Imsak hanya dikenali di Asia Tenggara ( khususnya Indonesia ). Kemungkinan yang membuat ajaran imsak ini berniat baik agar kita ada waktu untuk bersiap diri melaksanakan solat dan mempersiapkan waktu terbitnya fajar. Namun dia lupa ajaran Islam yang diajarkan Rasulullah SAW sudah sempurna sehingga tidak perlu ditambah atau dikurang.
Akibatnya ramai umat hari ini menganggap batas akhir makan sahur adalah imsak. Sehingga menghilangkan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.
Dalil: "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang piring ( makanan ) maka janganlah ia meletakkannya hingga ia menyelesaikan hajatnya ( makannya )
[ HR Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim disahkan oleh Adz Zahabi ]
Ibnu Umar berkata: Alqomah bin Alatsah pernah bersama Rasulullah SAW, kemudia datang Bilal akan mengumandangkan azan, kemudian Rasulullah SAw bersabda : " Tunggu sebentar wahai Bilal, Alqomah sedang makan sahur..
[ Hadis ini dihasankan oleh Syeikh Albani ]
" Dan makan dan minumlah kamu hingga terang benang putih dan benang hitam ( iaitu fajar )"
QS AL Baqarah 2: 187
Jadi wahai para sahabatku, batas sahur ialah waktu fajar ( saat azan subuh/ fajar ), bukan IMSAK.
" Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah."
( QS Al Hasyr 59: & )
.
imsak adalah peringatan supaya kita cepat sudahkan sahur kerana azan subuh sudah hampir tiba ...
ReplyDeletetakde pada zaman rasulullah
Deleteramai orang kita salah faham tentang Imsak.thanks for sharing kak NA
ReplyDeletebetul, akak pun dari dulu bila tiba waktu imsak ni cepat-cepa sudahkan makan, siap luahkan balik bila dengar azan subuh ( kalau tak perasan waktu imsak atau terkejut lambat utk sahur )
DeleteKat Terengganu siap ditembakkan meriam sebagai perinagtan imsak sepuluh minit sebelum azan subuh.
Assalamualaikum
DeleteBersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
* Saya setuju dengan pendapat Miss Vee, waktu Imsak lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu Subuh dan adalah lebih afdal kita dalam keadaan siap-sedia untuk solat Subuh (ke masjid/menunggu). Bukannya masih berada di meja makan atau masih mengemas di dapur...
Wallahualam...