Belajarlah...Untuk Duduk Di Dalam kelongsong Orang Tua
Tulisan Puan Khalijah Ismail
Pada ketika saya memandang wajah mak, jasadnya semakin susut bukan kerana tidak sihat tapi kurang makan.
Pada ketika saya melihat riadahnya, mak semakin kurang menonton TV, adapun menonton mata sudah terlelap. Sudahnya TV tonton mak...Pada ketika saya melihat aktivitinya, mak semakin kurang berjalan-jalan. Lebih banyak menghabiskan masa dengan mengaji Al-Quran. Berkebun sikit-sikit dari tanah peninggalan arwah abah.
Pada ketika waktu hampir 10.00 malam, mak awal-awal lagi sudah masuk tidur. Tapi jangan ganggu dia selepas itu pasti susah mak nak tidur semula. Buat kata mak, tua-tua ini susah dah nak tidur.
Suatu hari saya tanya mak yang pada ketika itu beliau baru pulang dari menunaikan haji. Kata saya 'selepas ini apa rancangan mak seterusnya? anak-anak semua dah besar serta berkahwin. Haji juga telah ditunaikan. Apa harapan mak seterusnya? Kata mak 'hanya ingat mati sahaja...'
Kesimpulan dan hikmahnya;
Belajarlah...untuk duduk di dalam kelongsong orang tua meskipun kita masih muda. Semakin kita meningkat usia semakin hilang segala nikmat dunia. Adalah lebih baik kita merasainya sekarang sebelum waktunya.
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/search/label/BLOG%20KAMAR%20KEHIDUPAN
sebenarnya dalam kehidupan ini kita tak boleh selfish kak, kita rasakan kita adalah sesuatu dan minta orang duduk di tempat kita, tapi sekali sekala apa salahnya kita berfikir untuk belajar duduk di tempat orang??? jika kita nak orang faham situasi dan keadaan kita, kita juga perlu mampu untuk faham keadaan dan situasi orang kann???
ReplyDeleteya farah, betul
DeleteKalau kita nak oranga je faham kita, sedangkan kita taknak faham orang, akhirnya kita jadi kera sumbang.
Kalau dengan mak, kita letakkan diri kita dalam situasi dia, supaya kita jadi anak yang membahagiakan dia...
Tersentuh hati bila membaca N3 begini Azie. Kakak tak berpeluang sebab arwah mak pergi ketika kakak belum pandai berdikari. Tapi alhamdulillah bapak kami tatang bagai minyak penuh. Malah boleh kata lebih dari itu..
ReplyDeleteAlahai sebab dah busy lupa nak ucap selamat berpuasa..
ReplyDeleteLewatlah sikit sebab kakak agak sibuk.
Moga ibadah kita diterima olehNya..
Beruntung orang yang masih punya mak untuk ditaburkan bakti kan kzakie..
DeleteTerimakasih, moga kita sama-sama mendapat Ramdhan yang diberkati.
dikala usia seperti itu..bkn lagi wang ringgit,harta dunia yg diinginkan tp perhatian dan kasih sayang dari anak cucu..
ReplyDeleteya betul, perhatian dan kasih-sayang, serta ruang untuk dia menambah bekalan ke akhirat.
Delete