Terasa nikmatnya pegi kerja bila terpaksa cuti camni. Bulan puasa terpaksa amik cuti sebulan, kenapa??
Jem lain macam la bulan puasa ni, semua orang kejar nak sampai cepat ke rumah kan., lambat-lambat kena buka puasa dalam kete plak kan. Hari isnin 2 ramadhan baru ni saya keje sebab nak cukupkan sebulan kerja. Saya sampai rumah kul 6.30 petang, tak sempat buka tudung terus ke dapur, kelam-kabut sangat. Tapi sempatla masak ringkas-ringkas. Tu yang terpaksa amik cuti sebulan puasa ni.
Sebenarnya saya tak ngantuk. Biasanya kalau keje memang tak sempat nak lelap lansung, bangun pukul 4 pagi, sampai rumah kul 6.30 petang, lepas maghrib tung-tang, tung-tang kena masak, pukul 10 malam saya dah tak larat nak angkat kelopak mata dah. Ni dah tak keje camni, sempatla tidur siang, kekadang terlajak-lajak..tu yang malam susah nak tidur, ni ha..biji mata tengah segar lagi nih..
Esok dah 12 ramadhan, kejap je kan..jom kawan-kawan kita pakat muhasabah diri..apa yang kita dah dapat dari ramadhan kali ni. Meningkatkah roh kita, bertambahkah rasa kehambaan kita atau bagaimana??
Sekadar lapar dan dahaga sajakah?? Bagaimana dengan sifat rendah diri, pemurah, bersangka baik, zuhud, sabar, berkasih-sayang sesama mukmin dan lain-lain?? sudahkah jadi akhlak kita?? Jika jawabnya tidak, itu tandanya kita belum mendapat roh ramadhan..
rasa seronok mendoa ja, dalam solat terawikh dan lepas pun rasa look forward lagi..
ReplyDeletedoa kan kami juga, para sahabat alamaya BP, tgh abc la..
ReplyDeleteuntungnya akak banyak cuti, boleh ambil sebulan.saya nasib baik naik lrt, kurang masalh trafik jam.kalau tak, saya pun rasa nak cuti sampai raya..hehe
ReplyDeleteboring juga sal. awal2 mmgla best, ni dah sampai jemu la rasanya
ReplyDeletetapi ok juga, dapat tumpu ibadah, lagipun tak jumpa org takde la dosa termengumpat..he he