Asam Garam Kehidupan: Ramadhan lapan.

Nuffnang

Pages

26 Jun 2015

Ramadhan lapan.

Sedar tak sedar hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Cepat masa berlalu, tak terasa...tau-tau dah tua, tau-tau dah sakit
dan eh! dengar-dengar dah meninggal. Begitulah singkatnya masa hidup di dunia. Kalau tak bersedia, taulah nasib kita di sana...

Semalam Ramadhanku tiada yang istimewa. Aku yang tak pandai mengisi Ramadhanku, akulah yang rugi..

~~Anugerahkan sedikit rasa cinta padaMu~~
Anugerahkanlah sedikit rasa cintaku padaMu Tuhan..
Agar aku tidak mencintai selainMu..
Supaya segala yang ada kukorbankan untukMu..
Atau berilah aku sedikit rasa takut padaMu Tuhan..
Agar aku boleh mengawal diriku...
Patuh pada suruhanMu..
Menjauhi laranganMu...
Hidupkanlah jiwaku dengan mengingatiMu...
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa takut padaMu...
Agar rasa kehambaan subur di jiwaku..
Tuhan, bila rasa cinta dan takut padaMu memenuhi jiwaku..
Inilah yang menyelamatkanku..
Kalau tidak kerana rasa-rasa itu..
Sudah tentu aku lalai selalu..
Aku lupa suruhan dan laranganMu setiap waktu...
Nafsulah yang mempengaruhi..
Syaitanlah yang akan menipudayaku...

4 comments:

  1. Siapa kita nak tahu peraturan dunia
    apa yg perlu buat apa yg disuruh tinggal yg dilarang
    terlanjur tak sengaja segera patah balik, taubat... entahlah kakak ni pun banyak buat silap Azi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kita bernama manusia...mmg tk lepas dari salah dan silap..

      Delete
  2. salam singgah kak..selamat menunaikan ibadah puasa..smoga amalan kita diterima amin

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign