Asam Garam Kehidupan: From London with love.

Nuffnang

Pages

8 Jun 2016

From London with love.

Saya pun dapat.
Jauh datangnya ni. From London with love kan knoor. Terimakasih kak Noriahnaim, blogger dari Brunei, sekarang ni dok tengah honey moon dengan anak-anak di kota London sana. Berpuasa dari kul berapa knoor? Sampai kul 9.30 malam ek? Fuuhhh...lama tu, mau lembik dibuatnya. Alahhh...takde hal la kan knoor, Rasulullah tu lagi dahsyat, setiap kali perang mesti dalam bulan Ramadhan, dan mesti menang. Kita ni plak terbalik, asal puasa je lembik, asal lembik je puasa..mwehehe..

Jauh langit dengan bumi antara kita dengan Rasulullah kan....

Poskad ni sampai semalam. Diabadikan di sini sebagai kisah di Ramadhan kedua 1437H. Terima kasih knoor atas ingatan dan persahabatan ni.

Ada satu kisah lucu di meja makan waktu berbuka semalam. Entah mana datangnya sekor lalat, dah ngeong-ngeong kat pinggan lauk, dihalau datang lagi, datang lagi, sungguh mengganggu ketenteraman nak berbuka. Tapi abah memang terer la. Dengan tekun dia membidik jari tepat kat lalat ...kelepep.ada bunyi ..tepat pulak terpelanting hinggap kat pipi kakak yang duduk berdepan dengan abah. Apalagi, nak tersedak ibu gelak bila dalam mulut penuh nasi gelihati tengok kakak terkejut. 

Ishhhh...apalah, lalat pun lagi mau cerita ka? Ermmm...suka hati ibulah kan, ni kan kenangan ibu..biar pun nampak kecik di mata orang, tapi besar di hati ibu, saat-saat manis bila semua berkumpul mengadap hidangan berbuka puasa. Lalat tu turut memeriahkan suasana, tapi akhirnya jadi korban di hujung jari abah..Hihi..

17 comments:

  1. hihi sabo je lahhhhh..syoklah dapat hadiah dari kota london

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan, dia pun nk boke puasa juge agaknya..
      Tak dpt pi London dpt hadiah dr London pun jadilah..hihi

      Delete
    2. Haa kan, dia pun nk boke puasa juge agaknya..
      Tak dpt pi London dpt hadiah dr London pun jadilah..hihi

      Delete
  2. wah seronoknya dapat poskad dari kak noor.

    takpe kak kisah kita, kenangan kita walaupun nampak kecil tapi besar dimata kitakan, kongsikan saja, saya dapat bayangkan keadaan kakak masa tu..hahaha, mesti lucukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tunggu tu, akhirnya smp gak poskad dr London.
      Mmg ibu yg lebih2 gelihati, terlebih gelak, smp diorg plak yg gelakkan ibu.
      Tulah mama yan, suatu hari bila baca blk diary ni, pasti sengih lebar kan..

      Delete
    2. Lama dah tunggu tu, akhirnya smp gak poskad dr London.
      Mmg ibu yg lebih2 gelihati, terlebih gelak, smp diorg plak yg gelakkan ibu.
      Tulah mama yan, suatu hari bila baca blk diary ni, pasti sengih lebar kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Wah, penah duk London ye, akk penah gak, penah mkn biskut almond london, haha.

      Delete
    2. Wah, penah duk London ye, akk penah gak, penah mkn biskut almond london, haha.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki jauh dtg,klu hak kita ,akn jadi hak kitalah kan..Allahuakbar

    ReplyDelete
  5. Ya betul, rezeki walau sekecik mana atau besar gedabak sekalipun wajib disyukuri.

    ReplyDelete
  6. Ya betul, rezeki walau sekecik mana atau besar gedabak sekalipun wajib disyukuri.

    ReplyDelete
  7. Nasib baik tak tersembur keluar nasi dlm mulut ibu itu kan kakak. Kalau tak mahu tambah kecoh setelah lalat mati:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki dari London.. ha tu la nasib di pipi haha..suasana berbuka mesti diabadikan kan..

    ReplyDelete
  9. Suasana berbuka, setiap kali pasti ada kenangan nk diabadikan.

    Faiq Fadya fasting juga ke? Seronok ajar ank2 berpuasa ni, tapi mcm umar zikri, setakat yg dia mampulah, tk paksa.

    ReplyDelete
  10. Suasana berbuka, setiap kali pasti ada kenangan nk diabadikan.

    Faiq Fadya fasting juga ke? Seronok ajar ank2 berpuasa ni, tapi mcm umar zikri, setakat yg dia mampulah, tk paksa.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign