Asam Garam Kehidupan: Tak larat pulak hari ni.

Nuffnang

Pages

21 Jun 2016

Tak larat pulak hari ni.

Salam 16 Ramadhan.
Terlajak lapar dan dahaga pulak hari ni. Malas nak layan bebudak tanya itu-ini, takde mood. Dari pagi tadi dah mengantuk yang amat-amat., rasa nak lelap je dok tengah-tengah ajar iqra' tu.
Biasa kalo dok meraban lapar, dok mudah hangin satu badan tu, alamat tak lama lagi nak ABC lah. Aduhaiii.

Bukan apa, tetiba cuti di tengah-tengah macam ni, esok nak mula balik mulalah takde mood. Selalu cuti di awal puasa, atau dah hujung-hujung puasa, jarang sangat kena tetengah bulan camni.

Tapi ok gak kan, boleh buat biskut raya. Takde nak buat banyak pun, takat yang simple-simple cam biskut bunga cina atau biskut dahlia tu yang lejen sangat sedari kecik tulah biskut yang ditunggu-tunggu, bilalah ma nak buat nih, kan..haa, tambah sejenis lagi biskut, selebihnya beli kerepek bebanyak. Biskut raya sedap makan sebelum raya je, masa kecik tu terkebil-kebil tengok biskut dalam balang, ma simpan tak kasi makan. Boleh makan, tapi yang hangus je, tu pun bukan main suka lagi.

Dok tengah lapar camni, Nadhrah bawak balik bubur lambuk dari sekolah, dengan wanginya, dengan panasnya, alangkah nikmatnya kalau dapat makan di kala perut tengah lapo camni..
Bubur lambuk dari sekolah. Bubur pun kalo tengah lapar sedap aje kan. Teringat plak bubur lambuk Terengganu, banyak-banyak bubur lambuk, bubur lambuk Terengganulah paling sedap, banyak campuran ikan, dengan lemak santan, dengan wangi halba, dengan pedas lada hitam, diperisakan lagi dengan pucuk-pucuk kayu pelbagai jenis, perghhhh....

14 comments:

  1. Dugaan
    Hri agak pns diluar....dh 2 hri sejuk nymn jer...

    ReplyDelete
  2. Aah, hari ni agak panas cuacanya, tapi dah petang ni takdelah panas dah.

    ReplyDelete
  3. Aah, hari ni agak panas cuacanya, tapi dah petang ni takdelah panas dah.

    ReplyDelete
  4. ALLAH BERI CUTI NIKMATINYA NOR SAMBIL BUAT ANEKA BISKUT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah aneka kak PI, cukup ada je,hihi..

      Delete
    2. Takdelah aneka kak PI, cukup ada je,hihi..

      Delete
  5. So ko yahooo lah mak ek dalam masa terdekat ni. Boleh minum hihi...
    Betullah mak kalau lapo tu, batu goreng pun sedap weyh....

    Namanya pun org Ganu tentulah sedap bubur versi sana. Maklumlah dari kecik ko dah makan benda tu hihi.... Aku tak pernah rasalah mak bubur letak ikan. Kecuali bubur biasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko rasa pun aku sure ko pun suka, ada rezepi aku bagi dah taun lepas, tapi guna phone ni aku nak bagi link pun susah.
      So, pojek biskut raya ko dah mula ke? Hihi..baklah barang sebalang dua haa.

      Delete
    2. Kalo ko rasa pun aku sure ko pun suka, ada rezepi aku bagi dah taun lepas, tapi guna phone ni aku nak bagi link pun susah.
      So, pojek biskut raya ko dah mula ke? Hihi..baklah barang sebalang dua haa.

      Delete
    3. Lum lagi....mood rajin lum mai hihi....Aku ni nak membaking banyak banyak malas mak, lagilah oven kecik, sekali masak baru dapat 15 ketul kot...jenuh weyh nak dpt 1 tong hihi

      Delete
    4. Dah tu nak tggu bila tu, aku takut tepung bebanyak tu ko buat stok cekodok je, baik ko seru2 semangat rajin tu, buat sesikit pun lelama jadi setong tau, hihi

      Delete
    5. Dah tu nak tggu bila tu, aku takut tepung bebanyak tu ko buat stok cekodok je, baik ko seru2 semangat rajin tu, buat sesikit pun lelama jadi setong tau, hihi

      Delete
  6. setakat bulan puasa ni, kita belum merasa lagi bubur lambak..

    nak ke Param, malas, nak masak sendiri, macam2 menu yang ada, risau membazir..

    ReplyDelete
  7. Bubur lambak memangle tak merasa UA, kiki..
    Wow, mcm2 menu, rajinnya, puas si Alya dpt berbuka macam2, oye, puasa penuh ke dia?

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign