Pulut lepa( sebut pulut lepe ye), orang key ell panggil pulut panggang. Ni pun terbaikkk air tangan makcik saya.
Ni pokok pisang gala( sila sebut gale yea) Hanya daun pokok pisang gala ni yang boleh diguna untuk balut pulut lepa Terengganu sebab rasa dan baunya tak melekat pada pulut bila pulut tu dipanggang. Buah pisang gala ni banyak sangat bijinya, jadi hanya sesuai diambil untuk buat acar masa buahnya masih kecik. Pokok pisang ni dah lama tumbuh depan rumah. Sila abaikan toto dan kusyen tu ek.Hihi. |
Ni plak pulut kampung. Pulut susu boleh juga, tapi agak lembik. Pulut ni dikukus dua kali, kali pertama kukus biasa. Bila pulut agak kembang keluarkan dari kukusan, campur dengan santan pekat dan garam, kukus kali kedua. Dah masak bolehla disejukkan. Oye, pulutnya kena rendam semalaman ye. |
Ni plak rupanya setelah digulung menggunakan tikar getah, tu yang dalam besen kat atas tu, tapi tikar getah yang bersih tau, makcik saya siap simpan elok-elok selepas guna. |
Ni plak proses membalut gunakan daun pisang gala tadi. Kena balut ketat-ketat supaya tak pecah bila dipanggang nanti. |
Ok, saya nak ajar buat intinya pula. Biasa makcik saya guna isi ikan selayang atau ikan sardin orang key ell panggil, sebab isinya manis. Ikan direbus dan diambil isinya, campurkan dengan santan, bawang merah yang ditumbuk kasar, halia yang dipotong dan sedikit halba. Jangan lupa garam. Masak hingga kering. Inti ni diisi masa proses menggulung yang gunakan tikar getah tadi. Kalo kat tempat lain biasa gunakan inti kelapa dengan udang kering, tapi di Terengganu hanya gunakan inti ikan. Pulut lepa ni memang sajian mabeles di pagi raya kat tempat kami.
Fuh feveret saya ni... ada resepi ke? hehe.. nak try buat juga la..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jom share apakah penglaaman anda tentang :-
Pengalaman Beli Telefon Baru article..
baru tahu pulut lepa tu pulut panggang..irda suka pulut kak..suka sangat kalau dpt makan dengan durian...pulut panggang ni leceh jugak buatnya ye...hehe irda makan je pandailah...rajin dan gigih orang yang buat pulut panggang ni....kalau umah akak dekat dah terjah ni nak makan pulut panggang..hehe:)
ReplyDeletesedapnya pulut panggang, saya suka nih kak,nak pulak kalau panggang sampai terhangit daun pisangnya tu...hahaha nikmat sangat baunya
ReplyDeletesedapnya ni, saya suka especially kalau inti ikan
ReplyDeleteada lag k?
ReplyDeleteAdoiiii lama sungguh x makan pulut lepe...aloo pantang setahun pulut ni
ReplyDeletetak pernah cuba lagi kak...
ReplyDeletepandangan pertama pada barang atas kereta tu hehehe
sedaknyeeee...pulut lepe ni memg sha suka..
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteambo guna sambal daging (serunding) sebagai inti...fuhhhhh nyangkut molekkkk
Aku lum komen ek mak? Rasa mcm dah baca....
ReplyDeleteAku kurang suka kalau pulut panggang ni mak sebenarnya. Tp kalau makan panas panas sedap jugak ek. Kan aku dah ckp dlm tak suka tak suka tu aku sebat jer semua makanan mak
sedap nyer pulut panggang.
ReplyDeleteaida x pernah buat la. x pandai la :)
tukang makan ajer...