Lama dah tak jumpa. Berpuluh tahun kot.
Nilah buah perah namanya. Orang tak tanam buah ni. Boleh jumpa dalam hutan je. Macam petai tu. Dulu masa kecik aku selalu makan buah ni. Makcik aku kata ni sepupu buah getah.
Korang pernah dengar atau makan ke gulai rom. Asam rom tu dibuat dari buah getah. Tapi adalah proses tertentu yang hanya disanggupi oleh orang tua-tua saja. Gulai rom ni terkenal kat Pahang je. So, selain dari buah getah, buah perah pun boleh digunakan untuk buat asam rom. Asam rom buah perah lagi sedap dari asam rom buah getah. Tapi buah perah ni susah sikit nak jumpa, pokoknya tak banyak, banding dengan buah getah boleh jumpa merata-rata.
Tapi buah perah ni bagi aku sangat sedap dibuat jeruk atau direbus saja. Nak tau rasanya camane? Lemak-lemak lebih kurang rasa biji nangka rebus. Haaaa...tak pernah rasa biji nangka rebus? Pilah boli nangko haa, biji eh robuih, lopeh tu makanla.
Oleh kerana lamo bona tak makan, pagi rayo tadi makcik den hidang, den makan sambil pelawo kat toklaki den, dio lagi tak ponah makan, dapek hujung lidah dah tak maun dah.
Tulah dia kenangan di 1 syawal 1437H.
Kite tak kenal buah ni....hihihi....hari ni baru taaau...
ReplyDeleteBtw selamat hari raya yer akak
Ni buah pokoknya tumbuh di hutan saja.
DeleteSelamat hari raya juga ya nini
Ni buah pokoknya tumbuh di hutan saja.
DeleteSelamat hari raya juga ya nini
sudah follow blognya
ReplyDeleteselamat lebaran Taqabbalhu minna waminkum. Mohon maaf lahir.
buah peghoh...sejenis buah apaan ya?
Trmkasih sudi follow.
DeleteSalam lebaran juga dari Malaysia.
Ini sejenis buah hutan, pohonnya ngak ditanam, tumbuh sendiri dlm hutan.
Trmkasih sudi follow.
DeleteSalam lebaran juga dari Malaysia.
Ini sejenis buah hutan, pohonnya ngak ditanam, tumbuh sendiri dlm hutan.
pernah dengar nama buah ni tapi tak kenal rupa atau kenal rupa tapi dipanggil denagn nama lain, sebab kecik2 dulu rajin juga makan buah hutan nih
ReplyDeleteAku pernah makan biji direbus mak...Tp tak ingat biji apa. Sama ada biji durian atau bijik apa tah.... tp yg pasti pernah merasa makan bijik rebus...
ReplyDeleteBiji perah ni mmg idak pernah le teman jumps
Aku pernah makan biji direbus mak...Tp tak ingat biji apa. Sama ada biji durian atau bijik apa tah.... tp yg pasti pernah merasa makan bijik rebus...
ReplyDeleteBiji perah ni mmg idak pernah le teman jumps