Penat, penat. Tapi sayang plak tak abadikan kenangan sepanjang januari nih. Lepas januari sok tak kisah sangat dah. Mata pun dah mengantuk ya amat-amat. Penat weyh first day kerja dalam bulan satu, ngadap anak-anak yang nangis terutamanya, aduihhh! Tenhsyenh!! Harap-harap esok dah takde yang buat drama air mata nih.
Nadhrah Hannani dapat masuk kelas KAA ( kelas aliran agama ). Kelas ni ada tambahan belajar Bahasa Arab dan tajwid. Abah sengih lebar, yelah...sekurang-kurangnya tak dapat masuk asrama masuk kelas KAA pun ok juga. Kira kelas spesel la jugak. First day sekolah dah ada homework, ish! ish..
Dah bosa anak daro den.
Lambakan buku, baju koko, kain pelekat yang nak kena jahit jadikan kain berzip pakai hari jumaat. Abah memang dari dulu rajin tuliskan nama kat buku anak-anak eh, tak macam den, pemaleh nak layan sebab dah muak menulis segala macam namalah, jadual lah, resitlah kat tadika tuh.
Lambakan nametag bebudak, first day pakai pun dah banyak berterabur, ticer kena kutip sangkut kat leher ticer, sonang citer.
Nametag ticer kono pakai setiap hari tau, kalo hilang kono ganti rm20 hengget tekauuu..
Kawan-kawannnn, soriiiii tau, hari ni, esok, luso kalo den tak menjongah tu, almaknonyo den sibuk bebona lah tu. In shaa Allah free-free sok-sok den sampai yo. Salam sayang..
P/s..bersegeralah membuat kebaikan, tetapi bukan dengan gopoh-gapah. Jauhilah kejahatan tetapi bukan membiarkannya dan bersabarlah dengan ujian tetapi bukan diam membeku...asz.
Alhamdulillah.. ambik bahasa Arab adalah satu kelebihan utk pelajar. Paling tidak akan lebih memahami Agama
ReplyDeleteKan, boleh gak mak dia ni belajar dgn dia.
DeleteTahniah Hanani... dulu aunty pun belajar Arab jugak tp naik ting 4 terus tukau aliran. B. Arab yg aunty ingat sampai sekarang....Jum jumaton tengkorak haha....
ReplyDeleteAbah mestilah nak manjakan anak pompuan sorang dia mak
Tengkorak? Haha..nadrah pun gelak nih.
DeleteTapi betuilah mak, naik ting 4 dah tkde KAA ni, sayang juga, cam separuh jalan je belajarnya.
Abah eh mmg camtu, nama kt buku tulis, kt buku teks, kt buku sek agama, kt kad kesihatan semua dia yg tulis, harapkan aku, hrmmm.
La... betul ke Aunty tu belajar Bahasa Arab? Macam tak percaya jerk. Tengkorak aje yang dia ingat sepanjang dia belajar bahasa Arab? Hahaha!
DeleteTahniah Hannani dapat masuk kelas KAA.
ReplyDeletePenat rupanya kerja ticer ni.
Mungkin penat otak melayan karenah budak2.
Kerja kebun pun penat jugak.
Penat otak, penat fizikal, tak larat layan, kadang biar aje yg nangis tu, tak kuasa nk pujuk, hihi.
DeleteKerja kebun seronok, kuar peluh, sihat, pastu seronok tengok hasil.
Sy bukan ticerpnpn tgh serabut kepala otak, masuk keja dah bertimbun atas meja lap bagai yg perlu disiapkn segera.
ReplyDeletePening weyhhhhh dok main dgn angka n ngdap pc..
Saat2 gini baru le terfikir nak bg pd rakan2 daerah lain pula tugasan ini tapi kesian lak kt dorg..
Untung lah Nadrah dapat belajar bahasa Arab. PH ni, bahasa Cina pun tak reti ish! First day tadika sure lah ada bebudak yang nangis sebab tak biasa lagi dengan alam persekolahan. Kejap lagi bila dah berkawan, ok lah tu.
ReplyDeletebestnya dapat belajar bahasa Arab...respek kt ticer2, kesabaran tinggi..
ReplyDeleteMemang penat tau bila start kerja walaupun dah cuti lama. Sebab dah cuti lama sangat tulah yang jadi lagi penat bila nak mula kerja ^_^
ReplyDeleteTapikan saya rasa jadi full time housewife lagilah penat. Janganlah beri MakJilap sebagai contoh, dia housewife yang lepak memanjang. Kahkahkah!
Untung tau belajar banyak bahasa. Nanti-nanti ada aje kegunaannya untuk kesenangan hidup.