Seharian den sendiri terfikir-fikir pasal entri yang den tulis sebelum ni. Bukan niat nak tampo sesiapa tau MD and KB, den nak tampo diri sendiri je, tampo nafsu yang jahat yang selalu sangat menipudaya memutar belit, menyelitkan idea supaya den nampak diri den ni baik sangat, nampak tu betapa den telah tertipu., rasa diri baik, rasa diri dah beramal, tu maknanya den dah tertipu oleh nafsu..
Jadi semalam,( hari isnin tu ) sebelum maghrib, den buka radio IKIM, den suka dengar radio IKIM ni, suka dengar nasyid.Ada satu tazkirah pendek ni..macam kebetulan je bagi jawaban pada entri den semalam.
Dj tu kata...sorang kawan dia nak bagi hadiah handbag buatan tangan kat dia. So kawan dia kata, dia jahit beg tangan tu penuh cermat dan gembira kerana nak hadiahkan beg tu pada sorang kawan yang dia sayang sangat.
Jadi ibaratnya..solat kita ni kita nak berikan hadiah kepada Allah, tentulah kita nak bagi yang terbaik, yang terindah, yang tercantik, iaitu yang Allah suka, bukan yang kita suka.
Yang kita suka tu, itulah yang nafsu suka. Solat hujung waktu, solat nak cepat siap je..itulah yang kita suka. Cantik ke? Allah terima ke? Ermmm...jawab sendirilah ye sejujur-jujurnya.
Jadi ibaratnya..solat kita ni kita nak berikan hadiah kepada Allah, tentulah kita nak bagi yang terbaik, yang terindah, yang tercantik, iaitu yang Allah suka, bukan yang kita suka.
Yang kita suka tu, itulah yang nafsu suka. Solat hujung waktu, solat nak cepat siap je..itulah yang kita suka. Cantik ke? Allah terima ke? Ermmm...jawab sendirilah ye sejujur-jujurnya.
Yang Allah suka tu, itulah yang nafsu tak suka. Tapi kenalah lawan. Mujahadah itu perit tau korang. Tapi kena lawan juga. Contoh, malas nak baca Quran, ambik juga, walaupun tangan terketo-keto dek malas, baca juga walaupun satu ayat. Ok...adalah menang sikit kat situ. Berat nak bagi sedekah, lawan...bagi juga walaupun seposen, malu nak bagi seposen ( den la tu ) buatlah tabung, tiap-tiap hari masuk seposen. In shaa Allah bila dah selalu buat, benda tu jadi ringan. Malas nak masak, pi jugak masak,( niat nak bagi makan yang bersih dan berkat untuk suami dan anak-anak ) jangan bagi chance lansung kat malas tu, malas mandi, pergi juga mandi, malas tulis entri, tulis juga ye MD,><.
So, nak solat yang khusyuk tu bermula dari wudhu lagi, wudhu tu bagi sempurna. Solat tu janganlah laju macam keretapi turun bukit, buatlah dengan tertib, perlahan-lahan dari rukun ke rukun. Kalo dapat usahalah fahamkan bacaan-bacaan dalam solat tu. Pakai minyak wangi sebab Allah dan para malaikat suka bau yang wangi-wangi.
Usahalah ibarat mahu memberi hadiah yang terbaik kepada Allah. In shaa Allah..walaupun kita ni ibarat bermain tarik tali dalam solat tu, yang penting kita usahakan juga yang terbaik,moga ada juga nilaiannya di mata Allah.
Sebuah restoran menaburkan nasi yang tidak habis dijual untuk burung-burung merpati meraih rezeki setiap pagi..
Nasib baiklah ada juga rasa tertampo walaupun sekejap KakG. Buatnya tak rasa tertampo langsung, buatnya lepas baca buat-buat bodoh aje, lagilah sadis rasa di hati tau! Kira kita yang rasa tertampo (walaupun seminit aje) tu Allah masih sayanglahkan. Dititipkan rasa sedar diri tu walaupun sekejap ^_^
ReplyDeleteEh, malas taip entri tu sebab ikutkan nafsu gak yerk? Kalau gitu, memang kena rajin-rajinlah tulis entri lepas ni. Kena lawan sifat malas tu. Kalau ikutkan malas, memang serba-serbi kerja tak jadi. Itulah pasal, orang dah kata lama ikut nafsu binasa ^_^
Betullah tu. Wudhu' permulaannya. Ni ambil wudhu' pun bukan main laju maklumlah dah hafal tertib ~_^ Tapikan ada satu lagi kelemahan saya ni, kalau ambil wudhu' air yang digunakan tu boleh buat mandilah perumpamaanya. Selalu aje kena marah suami tapi boleh pulak buat-buat masuk telinga kanan, keluar balik ikut telinga kiri!
alahai kakG, terima kasihlah memberi peringatan dari hari ke sehari. kalau saya nak mendengar radio ikim tu entah bila lah agaknya. ke kuliah lagi lah tidaknya dek kerana sibuk ajer!
ReplyDeleteentry ni pun dah kena tempiasnya kat saya ni...
Betul tue. Kebanyakkan kita sambil lewa jer dalam beribadah. Hal dunia kita begitu tekun. Semoga kita istiqomah walaupun sedikit kan. :)
ReplyDeleterasa tertampor jgak ni. kena PAKSA diri bila terbit ja rase malas tu kan. BUAT JGAK!
ReplyDeleteLaaaa ..... pasal entri tu ke ? Aku ingatkan pasal lain.
ReplyDeleteYelah mak, nak bermujahadatun nafsi tu bukannya mudah. Yg penting kita cuba sedaya upaya buat yg terbaik. Tiada daya kita keciali dengan izinNya