Asam Garam Kehidupan: Masak apa kome malam jumaat ni?

Nuffnang

Pages

19 Jan 2017

Masak apa kome malam jumaat ni?

Berapa jam kome semua duk masak kat dapur? Tapi ai is tau la ada yang selalu tapaw dari WB, ada yang masak potam setiap hari, ada yang masak cincai ala-ala tomyam gitew kan, hehe..pekabo aweks blogger? Masak apa kome malam jumaat ni?

Ai is kalo malam jumaat ni kalo boleh nak masak yang paling simple. Rebus cam singgang ke, goreng ikan + sup sayur ke...tapi yang sebenonya memang den selalu masak simple, tak lebih tak kurang dari dua jenis lauk je..mesti ada sayur+ikan ke, sayur+daging ke..bukan apa, den pernah baca kisah saidina Umar Ibnu Al Khattab, walau pun dia tu memegang tampuk pemerintahan negara kat rumah beliau kalau masak tak lebih dari dua jenis lauk saja..katanya beliau tak akan mengumpulkan lebih dari dua jenis lauk waktu makan. See..den cuba nak ikut sikap zuhud sahabat yang dijamin syurga tu. Tak dapat ikut banyak, ikut sikit pun jadilah, daripada tak ikut lansung.

Tapi kalo malam jumaat ni, lagilah ai is nak masak simple dan cepat siap, boleh makan sebelum maghrib. Selesai makan boleh masuk bilik.

Kome is janganlah salah faham kat ai is. Kome ni...

Bukan apa, malam jumaat nilah den  nak beramal lebih sikit, baca surah yasin, surah al Kahfi sedekahkan kepada almarhumah bonda kesayangan di alam sana. Moga sejahtera mybonda di sana. Dulu masa dia ada, dia tak pernah lupa mendoakan anak-anak dia, setiap kali solat, mesti doakan kebaikan buat anak-anak dia, sekarang ni giliran anak-anak dia pulaklah sepatutnya mendoakan, menghadiahkan kebajikan buat dia di sana...

See..jomlah kita sama-sama berazam nak jadi anak yang solehah., isteri yang solehah..amin.

Meh, nak tayang lauk sempoi yang den masak malam jumaat ni. Rasanya siap dua jenis lauk dalam 45 minit je. See..terer tak den?

Bawang putih ketuk, tumis, campak bawang besar potong, halia potong, cili giling, campak tomato, campak carrot.
Alah..kome nak ngumpat kuali den yang hitam tu, ngumpat le..
Campak sotong.
Campak sayur-sayur lain. Masuk daun limau purut selai dua, masukkan kicap.
Ha'ah..memang den masak sotong tu sampai kecut. Pernah gak try masak 5 minit je macam chef wan ajar, tapi anak-anak kata tu sotong tak masak. Dorang suka yang liat-liat yang terlebih masak macam ni.
Nape tiga ketui kepala ikan je? Hehe, ai is tak suka membazir, lebih ikan goreng semalam, goreng semula, tu yang agak rentung kejadiannya tu. Kitorang memang lebih makan ikan, mytoklaki tak suka makan ayam, banyak toksin katanya.

12 comments:

  1. wah...menikam kalbu lauk ni...tgok waktu ni terus lapar perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...SA lagi terer masak kan, sedap plak tu;)
      Tu masak simple tapi ank2 suka, ibu masak cam lauk beli kek kodai, kata ank2

      Delete
  2. 2 lauk tu pun dah cukup mewah dengan khasiat nya Azi....sedap tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting juga senang nk masak dan cepat siap. Tak kuasa nk duk dapur lama2 la kak oii.

      Delete
  3. Alhamdulillah...simple tapi mewah dengan kasih sayang sebab isteri dan ibu yang masak...kuali PC pun hitam juga...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuali hitam tu tanda rajin masak, tapiii..malas nak sental, haha

      Delete
  4. malam2 makan simple2 je kan..sedap tu, sotong masak kicap + sayur2an..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sotong tu. sama style emak saya, masak sampai kecut.

    saya pulak, kalau dah masak sotong+sayur tu, ikan tak akan dijamu dah kak. Risau tak pandang dek budak2 kat rumah ni. Lagi membazir jadinya!

    saya biasa satu lauk jer masak. lauk dan sayur dicampur sekali.

    ReplyDelete
  6. Baca tajuk pagi ni tetiba konpius. Ingatkan dok tanya malam ni nak masak apa. Awat pepagi dah tanya nih, mesti buntu pikiran taktahu nak masak apakan, kan, kan!

    Ghupa-ghupanya, salah baca! Ini kisah semalamlah ya. Saya pun sama tau kalau malam Jumaat masaknya simple. Makannya mestilah sebelum Maghrib supaya boleh beramal lebih sikit sebab malam lain tu memang amalannya kurang sikit! Ngaku ajelah senang cerita. Nak tipu tak baikkan!

    Tapi semalam punya cerita, entah mimpi apa ajak keluar jalan-jalan pulak. So solat Maghrib pun di luar sana, pahala pun takdalah banyak mana pun dapat. Niat aje lebih ^_^

    Saya kalau masak selalunya 3 jenis lauk sebab memang wajib ada ayam goreng untuk anak-anak, satu jenis sayuran untuk suami dan satu menu tu lagi untuk kami empat beranak. Ada masanya rajin juga buat menu complicated ada masanya memang ringkas betullah ajelah menu. Main campak-campak, tabur-tabur, goreng dan hidang!

    ReplyDelete
  7. Tak masak, ticer oi :) PH masak only weekends. So PH selalu tabik kepada ibu2 bekerja (macam ticer Azimah) yang boleh masak lepas balik ke rumah.

    ReplyDelete
  8. Masak apa mlm Jumaat hari tu ek??? Lupa dah weyh.

    Aku pun masak simple simple je mak. Cuma kadang tu dah jemu masak simple, masak yg berat sikit. Masak berat pun simple jugak haha...

    Betullah tu mak, mereka yg dah arwah sure menunggu nunggu doa dari kita kan...
    Kuali tu hitam bukan sebarang hitam tu...kuali mahal tu, jgn main main

    ReplyDelete
  9. makanan paling sedap tu tau, sebab air tangan isteri/ibu sendiri. hehe

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign