Dari darjah 1 dah menggosok baju sekolah sendiri budak ni. Dia ni pendiam, sepatah ditanya sepatah dia jawab. Dalam kelas pun kata cikgunya dulu la, takdelah nak angkat2 tangan respond macam kengkawan yang lain, tapi bila cikgu tanya personal boleh je jawab. Ingat masa dia nak pereksa upsr dulu, takde pun nampak dia study, dua minggu lagi nak pekse, dia lambak semua buku depan tv, konon nak ulangkaji, adalah lima belas minit kot nampak dia serious, pastu hanyut. Nasiblah otaknya Allah bagi lebih.
Trobek plak masa dia kecik dulu, umur setahun dua camtu, kalo belikan mainan, kereta mainan fevret dia, danlah dua minit bertahan mainan tu, pastu dia bukak tayar, bukak atap, kekunun nak pasang semula, tapi mana ke ada. Apa aje mainan yang beli semua diproses balik, baiklah ibu belikan kete dua ringgit je, takdelah ibu terasa sangat kalo rosak pun.
Yang ni solatnya kita kena peringatkan selalu. Liat sikit. Pernahlah masa darjah 4, ibu kejut solat subuh, taknak bangun, ibu tarik dia sampai depan bilik air. Sampailah sekarang kalo dia ada Kat rumah, waktu subuh memang pintu biliknya kena ketuk, pastu ibu kena dengar ada tak bunyi air, haa..sampai camtulah dengan abang sorang ni.
Hari ni kami hantar dia ke asasi UIA Gambang, tempat yang sama dengan kakaknya dulu, sambung lagi 5 bulan selepas habis di PJ, PJ tu bangunannya dah lama benar, dah nak dipulangkan kepada tuannya semula. Tapi lepas 5 bulan sok patah balik ke KL sambung kat UIA Gombak plak. Kakak sekarang ni di UIA Kuantan.
Sedang mengemas Kain baju, setiap kali pindah, setiap kali kena beli hanger..
Pilih katil tepi tingkap, sayangnya kipas slow, 5 pun macam 1, tu yang dia duk meninjau2, agaknya dia memikio camane nak ditukangnya kipas tu supaya laju...Kan?
Wahhh terrernya abg..
ReplyDeleteJgn ditukangnya kipas, terus tak berpusing.. 😀😀😀
Nasiblah kalo ditukangnya juga, hihi
ReplyDeleteNi akak yang sulung ke? Oh, dah besar anak akak. Huhu. Wah hebat ya masuk UIA tu. Terbaik kak. :)
ReplyDeleteNi yg no 2 adik GV, yg sulung perempuan, dah 20 umurnya, Tak lama dapek menantu, hehe
Deletekejap je masa berlalu kan..
ReplyDeletetang kena kejut subuh tu sama dgn yg no 2 i.
kena ulang tgk kot2 tido dalam bilik ayor.. heeee.. anak..anak ...
Hehe, tido dlm bilik ayo ye
Deleteanak2 ni semuanya ada kerenah masing2 kan kak, itu mau dia repair kipas tu nanti gamaknya tu kan
ReplyDeleteAlhamdulillah, dua2 dapat belajar di UIA..
ReplyDeleteNampak gaya boleh jadi engineer ni.
ReplyDeleteKikiki, mmg dia amik Kos engine tu PH
DeleteWah bgga knor
ReplyDeleteSemakin mmbesar dh anak2 bijak dn pndai belaka
Setiap anak mmg mempunyai peelnya sendiri mak. Biasalah tu... lebih kat situ kurang disini....
ReplyDeleteTapi tak pe sikap kan boleh diubah cuma kena sabar je. Eh aku ni pandai je nasihatkan orang, diri sendiri lum tentu mampu sabar hihi
ada anak berdikari ni jadi mudah..semua dia nk uruskan sendiri
ReplyDeleteHaha suka tukang ye.. sgt berdikari darjah satu dh pandai gosok.baju sendiri Tu.. all the best Abang
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga berterusan dengan sikap yang baik tu..
ReplyDeleteMudah2an cerah masa depannya.
ReplyDeleteminyak wangi
ReplyDeleteminyak wangi
pewangi kereta
produk malaysia
hadiah untuk kawan
hadiah untuk kekasih
perfume tahan lama