Asam Garam Kehidupan: anak sapu 2, mak sapu 3😆😆

Nuffnang

Pages

20 Jan 2020

anak sapu 2, mak sapu 3😆😆

Sebulan sekali ada bacaan yasin berjemaah di surau taman. Ada jamuan dengan masing2 bawa pot luck, malangnya semalam saya tadak idea nak buat makan apa, so semalam saya datang bawa perut dan tangan kosong tapi balik dengan perut dan tangan yang penuh sarat,hihi.. Awal tahun macam ni sekaligus membincangkan isu2 terkini dan perancangan setahun yang akan digerakkan oleh muslimah2 taman.

Antaranya muslimah nak buat kursus mandi jenazah sekaligus nak cari calun jenazah..eh..hehe..calun tukang mandi jenazah. Yang ni saya tunggu, so saya offer dirilah untuk jadi salah sorang team mandi jenazah. In shaa Allah saya nak belajar betul2, kalau boleh saya nak ikut menguruskan kalau ada kematian. Saya terkilan sebab masa kematian mak dulu saya tak dapat mandikan sendiri jenazah mak, masa tu saya takde ilmu...

Tengah syok sembang dengan kawan di sebelah tiba2 nama dipanggil, saya dicalunkan merebut jawatan...haha..caye ke korang? Takdelah, mana ada tanding2 pun..semua yang dicalunkan terima dengan hati sukarela kerana tanggungjawab mengimarahkan surau dan kaum muslimah almaklum saja muslimah ni kena selalu dipush2 untuk bergerak. Faham sebab muslimah banyak tanggungjawab,mana yang bekerja tu sibuk dengan kerja, yang tak kerja macam saya sibuk juga dengan urusan rumahtangga. So yang memegang tanggungjawab tu kenalah cuba buat sebaiknya bukan untuk glemer atau ada imbuhan apa.
Saya memang suka deco2 dan hias2 ni..oklah kot..mana tau saya boleh menambah suasana keceriaan di dalam surau muslimah dan tandas, in shaa Allah saya nak cuba buat macam sorang makcik dalam ceramah ustazah Asma Harun, makcik ni diberi amanah jaga kebersihan tandas surau, dihias cantik siap ada bunga2, ada bangku, ada kipas, wangi..


So saya diberi tugas sebagai wakil jalan 1/15..lorong rumah sayalah tu dan ketua biro fasiliti dan keceriaan surau. In shaa Allah tolong doakan saya dapat jalankan amanah yang diberi ye.

10 comments:

  1. Alhamdulillah..jd team mandi jenazah, fardu kifayah tu..
    suka tengok surau yg centik & kemas..

    ReplyDelete
  2. Amin. Moga dapat jalankan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Wahhhh NA, tahniah..


    Mg dpt jalankan amanah dan tanggungjawab.. aamiin...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Azi semoga dipermudahkan urusan dan tanggungjawab yg diamanahkan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sangat bagus kursus pengurusan jenazah ni. Belum terlewat untuk belajar cara2 pengurusan jenazah ni. Betul akak, sebolehnya dalam setiap lokaliti mesti ada satu team yang menguruskannya.
    Siiru `ala barakatillah atas perlantikan. moga dipermudahkan tanggungjawab yang digalas.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azimah...pertama kali berkunjung ke sini.. Alhamdulillah
    Salam kenal

    Bagus tu aktiviti menceriakan surau..semoga Allah sentiasa memberkati usaha Puan

    ReplyDelete
  7. Tahniah Azi. Semoga dapat menjalankan tugas dengan jayanya :)

    ReplyDelete
  8. Waa mesti cantik nanti taknsabar nak tgk hasil

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign