Di hari keluar result pt3 |
Cuma yang mendukacitakan kami di sekolah tu takde KAA untuk form 4. Nak mohon asrama pun rasanya susah nak dapat sebab math dia tak dapat A..nak teruskan di sekolah tu rasa sayang dan rugi separuh jalan belajar macam tu..jadi camane...
Akhirnya abah nekad tukarkan ke sekolah lain, di kawasan semenyih ni juga yang ada kelas KAA..
Tapi masalahnya kenderaan..
Aku memang takleh drive walaupun ada lesen, kalau berani pun kereta pulak takde..masalah berat nih..
Senyum lebar bila dapat result yang tak disangka2. |
Pendek kata selepas abah konfem tukarkan Nadhrah ke sekolah baru, hati aku sebagai seorang mak ni memang haru biru mengenangkan kenderaan. Nak pergi sekolah ada van, masalah nak balik van tu tak boleh ambik sebab kelas KAA ni baliknya tak tentu masa, kadang pukul 2.30, kadang pukul 3.30, sebab ada tambahan subjek agama dan bahasa arab tu, susahla driver van nak susun masa.
Oh ye, lupa nak cerita...masa Form 3 Nadhrah terpaksa transit di rumah kawannya sebab masalah kenderaan nilah, tunggu abah amik masa balik kerja pukul 5.30 tu. Sebelum stay rumah kawan tu, Nahdrah stayback je kat sekolah...kt library kt surau ke..tapi hati aku ni sebagai mak rasa sedih sangat sebab dia cerita dia pernah nak nangis bila cikgu tanya kenapa dia tak balik2 lagi, akhirnya bila tanya mak kawan baik dia, Alhamdulillah dapat transit kat rumah kawannya, lega sikit hati ni.
Selamat tinggal Fatin, terimakasih jaga Nadhrah di rumah Fatin ye. |
Aku tanya sana sini kalo2 ada yang sanggup ambil dan hantar balik Nadhrah, takpe bayar lebih pun sanggup, asalkan Nadhrah boleh balik rumah selepas kelas, bukan stayback kat sekolah macam dulu...
Tapi takde yang sanggup nampaknya..rawan sungguh hati ibu ni...
Tapi ya Allah sungguh Allah Maha Baik, Maha Mengatur, Maha Mendengar doa seorang ibu ni, last2 minute tinggal sehari sebelum bukak sekolah, akhirnya dapat satu kenderaan yang boleh ambil pergi dan balik..ya Allah...tak tau nak cakap macamane syukurnya, leganya hati ni..cuma tambangnya memang jauh beza lah dari van sekolah biasa..tapi biarlah..
Bila dah tukar stail pakai tudung bulat, barulah nampak macam budak form 4, kalo tak manjang macam budak form 1, tinggi tapi kurus... |
Jadi semalam 2/1 khamis Nadhrah selamat bertukar ke sekolah baru form 4 KAA. Umar Zikri dah naik darjah 5, masih di sekolah lamaπ...nampaktu dekat nak sama tinggi dengan kakaknya tu, dengan maknya pun sikit lagi nak sama tinggi..hrmmmmm...memang tinggi2 diorang ni, tapi kurus2..hihihi..
Alhamdulillah. Tahniah Nadhrah π
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Nadhrah...bagus belajar Bahasa Arab..
ReplyDeletemmg sedih tinggal sorang2 kt sekolah..Alhamdulillah..ada penyelesaian..
Wahhhh tahniah Nadhrah.
ReplyDeleteItulah hati seorang ibu..π
Alhamdulillah. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru.
ReplyDeletetahniahnyer anak dara mak tuuh
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan urusan akak & Nadhrah.
ReplyDeleteTinggi dah Umar tu kan?
Alhamdulillah dipermudahkan olehNYA.
ReplyDeleteTahniah Nadrah
Alhamdulillah...tahniah nadhrah, semoga Allah permudahkan urusan nadhrah untuk menuntut ilmu
ReplyDeleteTahniah Nadhrah Hannani. Hebat la Tu 5 A
ReplyDelete