Asam Garam Kehidupan: koleksi masakan di musim pkp.

Nuffnang

Pages

11 Apr 2020

koleksi masakan di musim pkp.

Lama dah tak menulis. Hilang mood yang teramat sangat weyh gara2 pkp. Nak kata sebab kena berkurung tak juga sebab den ni surirumah memang sebelum2 ni pun takdolah pi memano sangat pun. Tapi perasaan tu jadi tak keruan jer. Banyak benau yang menjadi kerisauan..

Teringat pulak nak share masakan dan aktiviti di musim2 pkp nih. Tapi takat masakan biasa2 jelah, lauk2 kampung. Yang penting berjimat cermat dan yang kurang kolestrol. Antara yang menjadi kerisauan tulah dianye..menjadi semakin tembam bak tong drum, betul tak..asyik makan, tido, makan tido..
Ha..yang ni lauk kampung sesangat. Dapat resepi dari kawan.

Jom kita tengok.
PINCUK.
Bahan2.
Tempoyak 3 ke 4 sudu.
Sedikit air.
Ikan yang dibakar tawar.
Cili ikut suka, nak pedas lebihkan cili.
Timun saiz sedang dicincang2.

Cara membuatnya.
Tempoyak bancuh dengan air. Cili tumbuk masukkan dalam tempoyak. Ikan bakar ambil isi masukkan dalam tempoyak. Last masukkan timun yang dicincang, kalau kurang masin tambahla sedikit garam. Ada tempoyak yang memang dah masin tak perlu tambah garam dah.

Siap dihidangkan dan dinikmati. Senangkan? Tak payah dimasak pun, hihi..
Hidangkan bersama ikan goreng jer, berjimat cermat di musim pkp nih.

10 comments:

  1. Assalamualaikum...yang ni tak biasa makan lagi...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Bolehla cuba, sbb senang tapi sedap

      Delete
  2. Memang pertama kali dengar pincuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saya tau ramai yg pestaim dengar ni, hihi.

      Delete
  3. Makan dgn nasi panas2..sedap ni..pertama kali jg dgr pincuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru pestaim buat ni, buat utk sekali makan je ye, sbb ada timun nnt cepat basi.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki sentiasa ada walau pun time PKP

    ReplyDelete
  5. Menu ganu ke NA?
    Awat saya tercicir ni? jk masak bening masuk ikan rebus, biasa daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan resepi teganu UA, ni resepi org kampung pahang daerah jerantut ni

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign