Asam Garam Kehidupan: Santai ahad 17/1/21# santai yang tak berapa nak santai.

Nuffnang

Pages

17 Jan 2021

Santai ahad 17/1/21# santai yang tak berapa nak santai.

Perasaan sedikit gusar ni. Bukan sikitlah kalau difikir2kan makin ke dalam, ke dalam..cuma taknak sampai gusar, risau tak tentu hala, jadinya tak biarkan perasaan tu merayap jauh sangatπŸ˜€πŸ˜€

Dan konfem kan, sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula 20hb ni ditangguhkan lagi. Ekoran kes covid yang mencanak2 naik sekarang ni. Sapa yang tak risau bila difikirkan jauh2.

Sebenarnya kami sekeluarga 5 beranak yang ada kat rumah sekarang ni sedang mengambil langkah berjaga2. Kisahnya suami saya ada jamuan di pejabatnya hari jumaat baru ni, ada sorang contact positif covid rupanya sama2 dalam majlis tu, hari isnin dalam minggu tu si positif tu pun ada datang ke makmal tempat kerja suami tapi suami takdelah sembang2 dengan dia. Jadi harap2 rantai tu tak bersambunglah, risau weyh..bayangkan kalaulah suami terjangkit dan takde gejala. Memang takde nampak pun lagi gejala setakat ni. Risau sebab kalau suami positif, bawak balik rumah, saya pun positif, saya ajar budak2 ngaji sekian ramai, budak2 tu balik rumah kena pulak kat parent masing2..aduhh..tu yang takut nak fikir lebih2 tu.
Tapi mudah2an takdelah apa2, jauhkanlah ya Allah..

Awal tahun 2021... Nampaknya bermula dengan suasana yang tidak begitu indah...

15 comments:

  1. Nampaknya kenalah ambil langkah awal berjaga-jaga. Allahu Akbar! Covid-19 durjana ni tak ada mata. Sesiapa saja akan diserang. Moga keluarga dan anak-anak mengaji semuanya terlindung dari musibah ini. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Doa banyak2 kak, moga dijauhkan oleh-Nya dari wabak yg tak kenal mangsa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn2x, in shaa Allah mudah2an tkde ape2

      Delete
  3. Harap suami akak tidak terjangkit. Amin.

    ReplyDelete
  4. Allah...semoga tak apa2 kak, insyaallah. Roomate office saya dulu pun, suaminya contact dengan contac rapat +ve, alhamdulillah tak ada apa2 sebab SOP terjaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun harap camtu, takde berlaku jangkitan.

      Delete
  5. Harap2 dijauhi daripada jangkitan pendemik ini

    ReplyDelete
  6. SEMOGA ALLAH HINDARI KITA DRPD JANGKITAN WABAK BHAYA INI

    ReplyDelete
  7. Hari ni seluruh negara PKP kecuali Sarawak.

    Petang smlm tertengok video pelajar2 dr Mrsm 3 bas di bawa ke Bkt Tinggi untuk kuarantin, terbayang wajah anak2 😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Eemmmm..semoga semuanya berakhir sbl ramadhan tahun ni kan.

    ReplyDelete
  9. Semoga dijauhi dari virus bahaya tu. itulah, tak boleh nak risau sangat. tapi dalam masa yang sama dok fikir juga.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign