Asam Garam Kehidupan: Didikan Aneh..tapi Berkesan.

Nuffnang

Pages

11 Oct 2013

Didikan Aneh..tapi Berkesan.

Saya nak kongsikan bagaimana tuk-tuk guru dulu-dulu mendidik anak murid mereka. Luar biasa dan pelik. Sekarang kalau ada tuk guru yang begitu, mungkin orang akan kata tuk guru tu dah tak betul. Sebab apa yang dibuatnya susah nak diterima oleh akal yang waras.

Seorang tuan guru yang bernama Tuan Guru Haji Hussein yang melarang keras anak muridnya merokok. Jika beliau terjumpa puntung rokok, maka dipanggilnyalah semua anak muridnya, disuruh ambil tali, diikat pada puntung rokok dan ditarik beramai-ramai untuk dibuang....

Tentu lebih munasabah kalau beliau ambil saja puntung rokok itu dan membuangnya. Tetapi beliau ada maksud lain, iaitu biarlah muridnya terdidik dengan sikapnya itu sehingga benar-benar dapat meninggalkan tabiat merokok...

Seorang lagi tok guru yang tak asing namanya, Tuk Kenali..pernah dipanggil makan kenduri ke sebuah rumah. Maka Tuk Kenali pun bersiap-siap untuk pergi. Tapi yang hairannya, beliau pergi ikut jalan dalam sawah. Bila terjumpa kubang kerbau, beliau masuk ke dalamnya sehingga habislah baju beliau dipenuhi lumpur. Beliau pun balik. Bila ditanya kenapa bajunya berlumpur, dijawab oleh Tuk Kenali yang beliau baru balik daripada makan kenduri di rumah kerbau. Rupa-rupanya tuan rumah itu orang yang tak sembahyang. Jadi maksud tersiratnya orang yang tak sembahyang itu samalah macam kerbau..

Begitulah adanya..tuk-tuk guru seperti ini didikan yang dibuat itu sangat berkesan pada murid dan masyarakat.

* harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama*



Tuk Kenali- didikan aneh yang berkesan tapi berkesan terhadap anak murid dan masyarakat.

2 comments:

  1. didikan dahulu kala memang tegas jika dibandingkan dengan sekarang...tapi itulah yang banyak menjadikan manusia...

    ReplyDelete
  2. Farah sihat?..mengajar dengan mendidik tak sama Farah, hari ni cikgu banyak yang mengajar je..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign