Hari ni ingatkan Umar Zikri dah betul-betul ok, sebab semalam sampai 6 kali mintak nasi ( saya pun macam tak caya, tapi mungkin kerana tak lalu dengan susu, suruh makan biskut, roti..taknak..dia kata tak kenyang ), rupa-rupanya belum lagi. Ubat demam pulak tak bawak, cuma sebelum pergi kerja tu dah bagi antibiotik. Pagi kat tadika, seronok je dia main, berlari-lari, gelak-gelak..menjelang tengahari tengok dia dah lain macam, panas dah naik balik.
Dalam kereta jiran, semasa perjalanan balik ( saya tumpang jiran betul-betul sebelah rumah, jiran tu kerja di JPN ), Umar Zikri muntah, nasib baik dah stand by dengan plastik, nampaknya esok kena cuti lagilah, sampai dia betul-betul ok. Jumaat kena jugak pergi, ada function kat tadika..Birthday party untuk anak-anak yang lahir dari bulan julai hingga oktober. Harap-harap dia betul-betul sembuh menjelang jumaat ni, amin..
kesian jika anak2 demam.. moga cepat sembuh, aamiin
ReplyDeleteterima kasih doa...kesian dan kita pun tak senang hati nak buat kerja lain.
Deleteyeke kak ji? sian umat zikri, moga dia cepat sembuh....amin
ReplyDeleteaminn..fateh, alia sihat?
Deletekesian kan bila anak2 demam ni, Irfan pon sejak jumaat lepas on off jer, bila mama dia ada hokay jer tak panas badan, bila mama dia balik kl pulak jadi panas badan tu
ReplyDeletedemam manja gitu yer..camtulah sementara nak tunggu besar...dah besar harapan kita anak-anak tidak lupakan penat-lelah kita membesarkan mereka kan..
Delete