Asam Garam Kehidupan: Jadikan kami mampu bersabar ya Allah...

Nuffnang

Pages

1 Apr 2014

Jadikan kami mampu bersabar ya Allah...

Dah masuk April. Hmm...dah lebih dari suku tahun pertama 2014. Nampaknya suku tahun pertama 2014 ni kita lalui dengan berbagai musibah yang menduga keimanan dan kesabaran, bermula dengan banjir, sejuk melampau, kemudian diuji pula dengan panas dan jerebu, terkini tragedi yang masih berbekas di hati..... Alhamdulillah..musibah sepatutnya lebih mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta. Kerana setiap musibah itu tanda Dia masih mahu memberi peringatan atas kelalaian dan dosa-dosa kita..dan sepatutnya ucaplah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..supaya hati lebih redha dan tenang.

 Siapa kita untuk mempertikaikan setiap ketentuanNya, sedang untuk hidup yang sedetik ini pun kita amat bergantung kepada udara yang diciptaNya, bayangkan kalau ditakdirkanNya hidung kita tersumbat tak mampu bernafas, terpaksa guna mulut, itupun amat tidak selesa, jadi apa hak kita untuk mempersoalkan setiap kejadianNya. sebaiknya kita cuba mencungkil hikmah, tapi sebaliknya..kita selalu mempersoalkan..kenapa..kenapa dan kenapa? ataupun kalaulah..kalaulah..kalaulah....

Percayalah..Allah jadikan semuanya bersebab. Di antaranya:

1.  Supaya kita terasa kebesaran Zat Tuhan yang berkuasa. Melalui sebab itu, bukan saja makhluk yang bernyawa boleh menerima dan patuh kepada perintahNya. Seperti angin dan awan, patuh kepada perintah Allah untuk membawa dan menurunkan hujan.

2.   Nampak kehebatan kerajaan Allah dan pentadbiranNya bilamana petugas-petugas dan pegawai-pegawaiNya terlalu banyak. Ada yang ghaib dan ada yang nyata. Ada yang bernyawa dan ada yang tidak. Ada yang berakal, ada yang tidak. Semuanya boleh patuh dengan perintah dan suruhanNya. Membuat kerja Tuhan tanpa bangkang. 

3.   Setiap kesusahan dan kepayahan itu maka ganjarannya adalah pahala jika kita mampu bersabar atau sebagai penghapusan dosa dengan rahmat Allah SWT. Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh kita sama-sama fikirkan...

Jadi ...jom kita sama-sama terus bersangka baik kepadaNya. Mudah-mudahan kita dibimbingNya untuk jadi lebih bersabar....
Ya Allah..jadikanlah kami orang-orang yang sabar..Ihsan google


10 comments:

  1. setiap musibah yang melanda adalah peringatan kepada diri kita supaya lebih dekat kepada Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai farah..kalau tak diuji kita lalai

      Delete
  2. bagaimana nak sabar, berzikir, tarik nafas dan menaruh harapan dan berdoa. dan alih tumpuan pada yang lebih baik. kalau pandai tengok hikmah, lebih senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..bila diuji banyak-banyaklah bermunajat dan merintih-rintih pada Allah..

      Delete
  3. mulakan langkah pertama dgn ucapan Bismillahirrahmanirrahim....

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh mahu sentiasa bersabar sebab ada waktunya macam kakak ni terlupa juga Azie.
    Patah balik bila ingat. Moga iman yg tak seberapa ini terus dibajai dgn kesabaran yg tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah kita kzakie..sebab kita belum bertaqwa, bukan maksum..Alhamdulillah bila terlalai Allah bagi peringatan dan boleh patah balik..

      Delete
  5. sudah tentu setiap yg berlaku atas kehendak NYA jua . Teruskanlah hidup dengan redha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sebagai hamba, kita ikut saja apa saja percaturanNya..semoga kita dibantu

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign