Asam Garam Kehidupan: Tips: CANTIK ahklak.

Nuffnang

Pages

29 Apr 2014

Tips: CANTIK ahklak.

AKHLAK BAIK PADA WANITA.
1..
Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, 
ibu-bapanya, rakan-rakannya dan masyarakat iaitu:
(a) Bersopan santun dalam segala percakapan
dan tindakan terhadap suaminya.
(b) Bercakap dengan bahasa yang baik ( tidak
suka memaki hamun dan berbahasa 
kesat) terhadap anak-anak.
(c) Bersopan-santun dan beradab dengan ibu
bapanya, dan juga keluarga 
mentuanya.
(d) Beradab dengan rakan-rakan, jiran dan
masyarakat, tidak mencari kesalahan
mereka dan sentiasa memaafkan
kesalahan mereka.

2.
Tidak jahat mulut, iaitu tidak gemar mengadu-ngadu hal
kepada ibu-bapa, rakan-rakan dan jiran
mengenai keburukan suaminya.

3.
Banyak sabarnya dalam menempuh segala
kesusahan dan ujian daripada ALLAH serta dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.

4.
Tidak berhias yang melampaui batas ketika keluar
rumah kerana dia tahu kecantikan isteri hanyalah
untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.

5.
Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh
kesusahan hidup.

6.
Tidak memaksa suami untuk memenuhi 
segala keinginannya.

7.
Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian
suaminya samada pemberian itu
disukainya atau tidak.

8.
Tidak gemar bercakap perkara yang sia-sia.
Suka memperkatakan kebenaran
dan hal-hal kebaikan.

9.
Bila berada di rumah, dia kan menguruskan segala
keperluan suami dan anak-anak dengan
sebaik-baiknya, anak-anak dididik
dengan sebaik-baiknya dengan
adab dan akhlak mulia.

10.
Selalu berpuasa sunat, solat-solat sunat, membaca
Al Quran, berzikir dan bersedekah menjadi
amalannya yang disukai.

11.
Selalu merenung keaiban diri, seterusnya bertaubat
dan memperbaiki diri.
Sabda Rasulullah SAW:
" Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu,
puasa di bula Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, maka masuklah
dari mana-mana pintu syurga
yang ia kehendaki."
( Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani
dan Anas bin Malik )

***** Alhamdulillah, berjaya juga dengan izin Allah, aku melawan mata yang mengantuk dan badan yang letih pagi ni, kalau tiada rahmat dan kasih-sayang Allah rasanya aku dah tumbang 
dalam usahaku untuk menjadi seorang isteri yang baik ( belum mampu jadi solehah ),
syukurku padaMu ya Allah, jangan pernah Kau biarkan aku lalai, pimpinlah 
hambaMu ini selalu*****
ihsan google.


10 comments:

  1. terima seadanya..mengomel2 dlm jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi, mengomel dalam je yea, ok lah tu

      Delete
  2. Mampukah kakak membuat semua itu? Mohon diberi kekuatan kerana sebenarnya terlalu mudah utk dipraktikkan dlm kehidupan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah, tapi realitinya payah kan kzakie.

      Delete
  3. Nampak mudah kan...ianya perlu ada kekuatan dan usaha..semoga bersama-sama kita memperbaiki akhlak yg hanya ntah berapa peratus dari apa yg telah kamu tuliskan ni geng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah nak diperkatakan, tapi susahnya nak dipraktikkan, sbb kita ni penuh emosi, tak merajuk nyata2, merajuk senyap2, hu hu

      Delete
  4. mudah bagi isteri masuk syurga tapi banyak perkara kena jaga terutama mulut .

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign