Pelik juga yea, kenapa Selangor masih catu air? Kat Semenyih ni hari-hari hujan. Bila petang je hujan, bila hujan je petang, tu yang pelik tuh. Camane hujan yang banyak tu air, air kat dam makin kurang juga? Tapi Alhamdulillah, kawasan perumahan saya ni, bandar Tasik Kesuma fasa 7, setakat ni belum pernah kena catu air lagi. Sekali pun belum. Alhamdulillah sesangat. Tapi kat bandar Rinching catuannya 2 hari ada, 2 hari takde ( kawan ceritalah ).
Masa dok tulis entri ni pun guruh kat luar tu dok grung-grang, grung-grang lagi, baru je lepas hujan. Nak keringkan baju pun agak susah, kalau lambat basuh baju alamatnya tak keringlah, cam hari ni, satu mesin dah jemur belum kering, yang belum jemur ada je lagi dok terperuk dalam mesin tu.
Eishhh..merungut ke? Ha..tu la, salah sendiri, sape suruh lambat basuh baju. Sebenarnya basuh baju dah awal, selepas subuh lagi dah masuk mesin, cuma lambat jemur, lepas masuk baju dalam mesin, saya turun operasi dapur, berus lantai dapur yang dah mula kepam, cuci ekzos fan, cuci mineral pot dan macam-macam lagilah, sarapan pun buat lempeng bodoh jer, siap masak untuk makan tengahari sekali, tu yang lambat naik atas jemur baju, baru jemur baju dalam sejam, hujan pun turun.
Apapun, Alhamdulillah kan, hujan yang turun ni membersihkan masalah jerebu di negara kita, walaupun katanya hujan yang turun tu tak masuk ke dam. Dan pokok-pokok yang kekeringan akibat kemarau sebelum ni dah mula menghijau semula.
Alhamdulillah, Alhamdulillah..Ya Allah..jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur di atas apa jua yang Kau kurniakan, ampunkan kami jika kami terlupa mensyukurinya, dan ingatkan kami jika kami terlupa...
No comments:
Post a Comment