Asam Garam Kehidupan: Ibu,ibu apa khabar?

Nuffnang

Pages

29 Dec 2014

Ibu,ibu apa khabar?

Assalamualaikum tuan,

Ini sekadar cadangan. Apa kata kalau tuan menelefon ibu setiap hari? Ya, mungkin payah untuk dilakukan, kerana tidak biasa, dan mungkin tidak tahu apa yang harus dibualkan. Tapi percayalah cakap saya, hati ibu tuan pasti berbunga-bunga setiap kali tuan menelefon. Sensng-senang tuan dapat pahala hanya dengan bertanyakn khabar ibu tuan.

Saya menelefon ibu saya tiga kali sehari, sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu tengahari, dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tidak sampai lima minit pun, cukup sekadar bertanya, " Mama sudah makan? Semuanya okey?" Pada akhir perbualan, pasti saya tidak tinggal mengatakan ini, " I love you mama, take care." Dan ibupun akan menjawab " I alway love you, my baby." Saya dapat merasakan hangatnya kasih ibu dan rindunya dia pada saya daripada suara yang saya dengar di corong telefon.

Kenapa saya telefon ibu saya setiap hari? Sebab saya tidak tahu sampai bila saya boleh mendengar suaranya. Mungkin esok ibu saya akan pergi  menemui Yang Esa, atau mungkin esok ajal saya yang tiba. Saya kira, jika ini terjadi, saya tidak akan terkilan kerana dapat mendengar suara ibu, dan menyatakan yang saya sayang padanya setiap hari,

Just my 2 cents story and opinian. Jazakallah.

Surat ini saya petik dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. Pengarangnya bernama FATHURI SALEHUDDIN. Saya dah tak berpeluang nak buat camni. Bagi sesiapa yang masih punya ibu, ambillah peluang ini, gembirakan hati ibu, mudah- mudahan berkat hidupmu.

6 comments:

  1. inshaAllah, emak saya sms suruh solat tahajud jadi beliau hubungi saya dulu. i cuba hubungi awal dari emak nanti :)

    ReplyDelete
  2. Bahagia masih punya ibu. Sebaiknya mmg kita yg kena hubungi ibu terlebih dahulu:-)

    ReplyDelete
  3. Betul tu Nor Azimah, akakpun tak berpeluang lagi, bukan ibu malah bapapun sudah tiada..

    ReplyDelete
  4. arwah Mak dah lama takde, tinggal mak tiri sahaja yang saya dah anggap macam ibu sendiri.rindu sangat saya kat dia sampai demam..huhuhu

    ReplyDelete
  5. sangat baik dan mmeberi kan kesedaran kepada anak2 remaja..memang betul SMS tiap hari beritahu apa keadaan ibubapa pasti happy termasuk Etuza

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign