Pinjam ye en google. |
Ni nak citer kisah semalam. Apa? dah basi? eh..belumla, masih ok kot rasa dia, nak citer semalam terasa letih yang amat-amat. Nak tau ( ceh..perasan ) balik keje semalam lepas magrib tu memang dah nak tumbang sesangat, nak lipat telekung pun tak larat, gagahkan diri juga masak dinner, ( dinnerlah sangat ) takat goreng ikan, tumis air sayur, suruh anak setelkan meja makan, saya naik tidur, sedo-sedo pukul 11 malam, perut lapar sesangat, makan malam tak kiralah kata nak gemuk ke, apa ke, pukul 12 malam naik tidur semula, bunyi jam pukul 5 pun rasa cam tak larat lagi nak bangun, haaa..panjangnya alasan saya nak cover citer basi ni kan..
Al kisahnya semalam saya dan kawan keluar ke jabatan pendidikan putra jaya sebelah alamanda tu, saya nak nak sijil stpm saya, tapi rupanya sijil stpm kena amik di Selayang baru. Sijil stpm saya hilang. Tu pasal nak amik salinan baru. Tapi nampaknya nak kena gi Selayang barulah plak. Bilalah agaknya nak pegi ni?
OTW balik kete kawan ni memang saya tahu semalam last dia punya road tax, tetiba kan..dah dekat sangat nak sampai ke tadika..ada abang dan adik JPJ buat road block, jadi dari jauh lagi saya dah sengih, sebab adik JPJ ni tahan kat sebelah saya, jadi sayalah kena tunjukkan road tax yang dah dibuka tu ( ekceli, bukan dibuka tapi, tercabut dah ).
Kena sound kitaorang, tapi idokla kasar sangat, hormat kot pangkat 'ahkak' ni kan. Dia kata " Kalau nak pegi reniew hari ni sempat ni kak, pegi masa lunch nanti." Saya sengih lagi sambil ucap terimakasih.
Tapi takde la gambarnya, takkan nak selfie sambil sengih depan adik pegawai JPJ tu kan, nanti tak pasal-pasal kena sound kow-kow punya,
Tengahari semalam juga kawan saya tu pegi reniew road tax dan insuran, walaupun menggigil sebab belum gaji lagi. takpelah..gitulah jalannya nak selamat di dunia, ikutlah undang-undang dunia, nak selamat di akhirat kenalah ikut undang-undang Akhirat. Kalau tak ikut dua-dua, alamatnya tak selamat dunia akhirat.....
mujur selamat tak kena saman kan..ok kah dah settle ..bagus lah ada usaha dah tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...cuakla juga, takut dimarah
DeleteRezeki...lepas hehehe..adik JPJ tu baik orangnya kot
ReplyDeleteEh, mana bole saman lagi kan, kecualilah mmg dh tamat tempoh, ni tercabut je..
ReplyDeleteTu yg buat akk terpikir, jln nk selamat di dunia ni susah, jln nk selamat di akhirat lagilah susah, kena berperang 24 jam dgn hawa nafsu, hu hu..
kena beringat pd lain kali tu...
ReplyDeletesibuk kot, hi hi
ReplyDeleteHaha....kalau diajak selfie abg JPJ tu ....sure dia suka NA hihi.. .
ReplyDeleteMmg penat sangat tu kalau boleh tertidur lepas masak.....pastu sanggup pulak bangun balik sebab nk makan....Tak pe awak slim makan mlm pun tak de naiknya derrr
Hihi... sesekali terkena juga. Memang silap kita kenalah akur kan.
ReplyDeleteTapi jenis yg bertimbang-rasa tu pegawainya sebab itu ok kena yg tak mahu tolak-ansur memang kena juga Azie.. Kira masih nasib baiklah.
Bab kena tahan dengan JPJ belum pernahtapi dengan polis dah selalu.
ReplyDeleteYang pening, kita ngaku je salah dan hormati mereka.
Tapi pernah juga polis minta RM. Ha... ha... sebab itu respek kat luar je tapi dalam hati sebenarnya tidak...
OKje, kzakie, IM..tq datang sini.
ReplyDeleteOKje..idokle kome, cuak tengok misai dia, hi hi..
kzakie..itula kita kadang terambik mudah, bila dah terkena padan muka..
IM..betul tu, dah salah ngakula salah, tkyah nak banyak citer, mmg ada spesis camtu, cuma idokle penah terkena lagi.