Asam Garam Kehidupan: Gemuk, diet..azam, kesungguhan..

Nuffnang

Pages

14 Feb 2015

Gemuk, diet..azam, kesungguhan..

Assalamualaikum wr.wb buat semua teman-teman yang dikasihi.

Takde nak cakap apa. Saja, dari tak berupdate. Entahla, macam dah malas, macam takde idea, mungkin kepenatan. Tapi tetapla sayang dan rindu kat sini. Tu yang curi-curi masa juga update walaupun kadang entri copy-paste, entri dari perkongsian wasap ataupun entri merapu camni.

Tadi baca kat blog Mia, aizamia3 dan blog JR...semua berkisar pada cerita gemuk. Tapi suami yang dalam blog JR tu, memang tak patut, mana ada orang perempaun yang saja-saja nak bagi badan jadi gemuk. GEMUK...aghhh..tidak, ketakutan paling besar bagi kaum wanita. Gemuk mean tak cantik, tak sihat, tak menawan dah, dan bila tak menawan ketakutan lain pula yang menyerang...takut suami menjeling pada yang lain, yang lebih slim, lebih menawan, betul tak, betul tak ?

Nak kurus? Macam-macam cara ada. Dari yang kena keluar duit ribu-ribu atau tak payah keluar duit.

Teringat sorang kakak ni dulu. Suka makan dalam piring cawan. Bila ditanya kenapa? Jawabnya sebab taknak makan banyak. Oraitt jugak kan, kalau tak ditambah bila nasinya habis.

Tak pun camni..jangan masak sedap-sedap, masak dua jenis lauk je..lauk dan sayur, tu pun rebus-rebus je. Takyah la nak sambal bagai, kalau ada sambal konpom laju je makan.

Banyak lagila caranya kalau betul nak sihat tu. Cari sendirilah plak ye, hi hi
Yang penting kesungguhan. Kalau tak bersungguh gunalah apa cara sekalipun, sure tak menjadi punya.

Ermmm..takat ni jelah yang mampu kuperah otak malam ni.

Oye, satu lagi..Saidina Umar kalau makan tak pernah lebih dua lauk, punya takutnya kepada sifat hubbundunya, tapi kita..ermm..malaslah nak cerita..
ada kesungguhan, in shaa Allah..

16 comments:

  1. nak kurus bukan sekadar nak nampak cantik.tapi untuk sihat kan..yg penting balanced dan tak melampaui batas dalam setiap perkara yg kita buat kat dunia ni=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kurus dan sihat, ofkos la Ciksiti, ha ah la, tertinggal plak cerita pasal nak sihat yea.

      Delete
  2. yang dah kahwin acik..memang kena berjaga2 la tang badan kan? hehehe..tpi sebenarnya tak kisah la lapisan umur ,patut dijaga badan di masa awal takut2 di hari kemudian,ada yang datang menyerang,kita masa tu nak menyesal pun tak boleh..hehe
    berdiet boleh,tapi pastikan la zat2 protein semua jangan diabaikan nanti dalam nak cantik2 tu kita menderita pula

    ReplyDelete
  3. salam azimah.
    Yg ptg utk diet ni perlukan disiplin dan pengorbanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      buat apa pun kalau takde disiplin,pengorbanan, kesungguhan takkan ke mana..kan?

      Delete
  4. salam tuan belog....

    cara paling berkesan... kawal makan..... bukan xmakan langsung....

    ape2 pun... kesihatan tu yg penting......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tuan pengunjung yang dihormati
      terimakasih atas kunjungan dan komen di sini, saya hargai.
      in shaa Allah, kawal makan, mana bole tak makan lansung, hi hi

      Delete
  5. Jaga mkn..ikut sunnah...berhenti mkn sebelum kenyang...InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Eye_nee, kak..kenapa lama menyepi, saya selalu tunggu entri akak.

      itulah yg sebaik2nya, ikut apa yhg diajarkan oleh sabda junjungan

      Delete
  6. As-salam. Saya sebenarnya cari entri segmen saya hari tu, tapi tak jumpa, mungkin dah kena buang. Tak mengapalah.

    Hmm saya tertarik dengan entri ni. Bab cerita gemuk ni memang suka orang baca, tapi alangkah bagusnya kalau ada link ke affiliate yang jual produk mengenai cara nak kurus, manalah tahu .. boleh dapat komisen kalau produk terjual. Semua orang yang rasa dirinya gemuk pasti akan beli produk tersebut.... :)

    Bila nak berikan sesuatu kepada pengunjung, di sebalik cerita, kita berikan tips ... dan mungkin petua yang boleh orang ikut. Dari situ, ada ilmu yang telah disampaikan dari setakat cerita kosong. Ilmu boleh berikan komisen juga, ia dinamakan komisen akhirat.

    Untuk cari idea menulis blog, teknik blogwalking tadi sudah bagus dipraktikkan. Bila rasa tak ada idea, cuba bertenang. Banyakkan membaca, tak kiralah majalah ke, akhbar ke, novel ke .. dari situ akan ada satu situasi yang boleh dikaitkan dalam kehidupan, walaupun ia dah lama berlaku.

    Cubalah.

    http://srikandiofficialblog.blogspot.com/segmen-jom.kenal-blogger-baru-bro-hh-html

    ReplyDelete
  7. Wsalam, terimakasih sesangat atas kunjungan dan tunjuk ajar secara lansung di sini, saya hargai sesangat. Ooo, entri tu ada dalam entri Disember2014, saya tak buang, mana boleh buang.
    Alamak, tak terfikir plak nak letak link tu, aduhai...

    Saya amik komisen akhirat je kot, hi hi
    In shaa Allah..memang kadang tumpul idea betul, tq atas tips yg diberi.

    ReplyDelete
  8. bab msk jgn msk sdp2 tu mmg selalu praktikkn.. tpi diorg kta sddp juga cmner.. hihi
    puasalh sng...

    ReplyDelete
  9. air tangan tu, berkat, sebab masak dengan ikhlas, tapi sya percaya knor mmg masak sedap.

    ReplyDelete
  10. Senangnya tak yah bagi kita masaklah....barulah senang nak diet. Ni kalau lauk lebih camne? Dah nak kena jadi DBKL pulak haha

    ReplyDelete
  11. takyah masak kan, makan biskut kering cicah kopi je, semua boleh jimat..
    lhooo, janganlah masak lauk bebanyak, ikan 3 ekor boleh syer, sayur semangkuk, dah cukup, hi hi

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign