Asam Garam Kehidupan: Ingatan.

Nuffnang

Pages

4 May 2017

Ingatan.

Isnin malam selasa 26/12/2011,  Petangnya kami terima khabar pemergian sepupu ku ( selang tiga hari ma pula menyusul ) yang usianya lebih kurang sebaya aku juga, cuma tua 4 atau 5 tahun saja. Petang tu pun kami sempat singgah di gerai keropok leko, nak beli bawak balik KL. Sempat juga ma menyapa orang di gerai tu, masih ramah dan masih tersenyum seperti kebiasaannya.

Selepas maghrib, ma ajak ziarah sepupu ku itu. Kelihatan ma lemah tak bermaya tapi menggagahkan diri juga nak ziarah kematian anak saudaranya itu.

Ma lebih dahulu membacakan yasin sementara aku mengambil peluang melihat buat kali terakhir wajah sepupuku itu. Terkenang saat-saat indah waktu kecil kami bersama, kami agak rapat waktu tu. Terfikir juga, alangkah cepat kematian menjemputnya,(tapi aku tidak menjangka ma juga akan pergi, tak terfikir lansung walaupun ma nampak uzur ) belum pun 50 usianya, bagaimana aku..??

Bila aku duduk memulakan bacaan yasin, ma sekali lagi ikut membacanya bersamaku...membuatkan aku terkenang bila membaca yasin malam jumaat begini, entah kenapa malam ni hatiku sebak benar terkenangkan ma, mungkin ma menunggu aku menziarahi pusaranya, ya.. dah lama aku tak ziarah ma di sana...

Rindunya aku pada ma..

6 comments:

  1. Marilah kita sama2 sedekahkan al fatihah buat orang tua kita yang telah pergi buat selama2nya.

    Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman, aamiin.. (sayapun merindui mereka..)

    ReplyDelete
  2. Al fatihah, tanda ingatan dan kasih sayang yg tk pernah putus walau berada di alam yg berbeza.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah!

    Saya ni dah 20 tahun arwah abah pergi tapi kenangannya cukup segar lagi, macam baru semalam beliau pergi meninggalkan kami.

    Memangnya memberi kesan di hatikan, KakG. Rindu tak payah katalah, memang tak mampu nak dibendung lagi.

    Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiinn!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Innalillah...Salam takziah buat akak sekeluar, moga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Sesungguhnya hidup dan mati adalah ujian Tuhan ke atas hamba-Nya untuk melihat siapakah yang terbaik amalannya. Rindu yang amat mencengkam jiwa adalah rindu kepada mereka yang telah 'pergi', kerana tidak mungkin untuk bertemu kembali di dunia ini. Melainkan di akhirat nanti dengan izin-Nya...mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  5. Alfatihah untuk arwah yg telah pergi.
    Betullah mak, ajal maut tak mengenal usia. Usia tua bukan syarat utk mati. Takut ek....
    Ko mesti nak period kan....

    ReplyDelete
  6. moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign