Kalo teman ni ditakdirkàn jadi lelaki, idokle teman nak memilih ini pesen. Biolah tak trending pun. Mak oii, teman soping dengan niat baik tau, taknak kurangkan pahala mata di bulan Ramadhan nanti, teman dah niat nak menambah amal ibadah tau, rugi weyh pahala berganda mana ada dalam bulan lain kome oii.
Ni minggu depan teman niat pulak nak mencantikkan rumah, tukar langsir, Oppss, bukan tukar langsir baru, tukar langsir lama naikkan langsir lama jer, lap kipas yang berabuk tu,ermm..idokle nak tukar perabut bagai, sekadar nak tambah bersih2 je almaklum nak sambut tetamu agung tu kome, entah sempat sambut ke tidak ye..
Ater, yang teman soping semalam tu bukan baju teman pun, idok sepatah haram kome membuka mulut minta baju baru tau, haa..dulukan anak2, deme nak nak beraya, teman ni udoh kematu, bawok2 le mengucap.
Haa, udoh mike nak tengok yang trending mending raya ini tahun, inilah dianya, baju melayu yang diinnovasikan takdo pesak takdo kikek, habis sudah baju melayu tradisi entah hape ke rupanya, tapi itulah anak bujang teman ngabokan itulah trend terbaru.
Berhempas pulas nak memakeinya, masuk tangan kanan, tamgan kiri tak lepas, seksa kome nengoknya. |
Masuk pulak tangan kiri, kat sebelah kiri ni ada zip sampai bawah ketiak, iah...iahhh...tak lepas juga, ater..camane ke nak makeinya kome?? |
Rupanya kena masuk tangan dua2 dulu, pastu baru masuk kepala, baru lepas, ngehh.. |
Mak, aku pinjam abam baju merah tu jap. Camane ada rope model ke kome? Teman ni bukan tak sabo nak raya, tapi tulah, sok2 bulan puasa kalo lapo dahaga keluar soping takleh makan minum. Lagi pun banyak naw dugaan nafsu di bulan Ramadhan nanti, kang tengok tu rasa nak, tengok yang ni rasa nak beli, haa..kan susah tu. |
Semakin urban...moga yang asli tidak dilupakan..
ReplyDeleteAduh...susah nya nak sarung kat badan tu Azi.Tapi dah pakai nampak kemas sebab fit ....apatah lagi abang hensem yang pakai :-).
ReplyDeleteBiasalah budak2 skg ,nak ikut trend semasa.Anak bujang akak no 4 ni pun,tak suka akak belikan baju2 dia ....cerewet amat.Pilih lah sendirian ikut suka,akak cuma bayarkan je.
bagus buat persiapan awal ni..boleh concentrate utk bulan puasa..
ReplyDeletebaju melayu moden..kih,kih..mula2 baju kurung, sekrg baju melayu pulak...mudah tuk tukang jahit..
Ha3 tahan godaan ya awak NA..
ReplyDeletekalau sy, sama naik ngn anak, sedar2 tersandar di tepi dinding sogo dek kekeringan ongkosnya..
hensem sibujang tu dengan baju melayunya..ya lah sekrang macam2 pesen baju yang ada, untuk anak2 boleh lah untuk mak2 ni yang biasa2 sudahlah yang penting tetap anggun dipagi raya
ReplyDeleteBaju Melayu tu macam fitting dan sempit. Trend baru kot sebab PH selalu tengok pemuda2 suka pakai t-shit yang figure hugging gitu.
ReplyDeleteHahah tergelak saya baca. Ni boleh jugak buat tajuk "cara pakai baju melayu zaman sekarang".
ReplyDeleteAdik lelaki saya pun macamnilah jugak. Kalau kita nak beli baju kat dia, baik tak payah nanti dia tak pakai. Kena dia yg pilih sndiri. Baru kena dgn gaya dia. Hiuhiu
Tak suka tahu sebenarnya bila tengok baju Melayu yang dah kena 'kikih' ni. Entah apa-apa tapi dah namanya orang muda, naklah ikut trend juga katanya. Tapikan KakG, kalau nak tahu tahun ni saya shopping untuk diri sendiri ajelah. Bapaknya kata tak nak beli baju raya, jubah yang ada dah cukup. Anak bujang tersado tanya nak beli baju Melayu ke jubbah, jawabnya nak beli t-shirt aje ^_^ Anak bujang tercomel sarungkan ajelah baju Melayu pengantin baru hari tu. Baru sekali pakai. So bajet pakaian tahun ini adalah milik Mommy mereka. Hahaha!
ReplyDeleteEh, tak sedar diri dah tua ghopanya mommy budak berdua ni!