Asam Garam Kehidupan: asam garam rumahtangga.

Nuffnang

Pages

Showing posts with label asam garam rumahtangga.. Show all posts
Showing posts with label asam garam rumahtangga.. Show all posts

25 Apr 2015

Nikmatnya ada SUAMI...




Image result for gambar kartun suami istri muslim
google imej

TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN MU MEMBERI PINJAM NIKMAT SUAMI

Jom belajar berterima kasih kepada insan bergelar suami...

6 ALASAN, MENGAPA REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.

3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Seddangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6.Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.

Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai. Cukup dengan mendapat "Redha" daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan bersabarlah terhadapnya.

(Habib Amri hafizahullah)

21 Nov 2014

Kisah benar-Surat seorang suami yang membongkar kesilapan isterinya.



Pengakuan Suami Curang, Apa yang Tidak Kena pada Isterinya?


[Sinar Harian] PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

28 Sept 2014

SERIUS: Kisah isteri dan MADUnya yang dapat 1238 share di FB.


SERIUS: Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 share di Facebook.




Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun.

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.

Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!

komen saya: sebenarnya poligami itu selamat dan menyelamatkan kalau betul ikut hukum Tuhan, cuma nafsu saya jer yang belum mampu, hu hu..

19 Jun 2014

antara WANITA CANTIK dengan WANITA BERAKHLAK

Perempuan cantik tapi berakhlak jahat, derhaka pada suami, adalah ibarat bunga raya, cantik tetapi harumnya tiada. sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat Allah, taat suami..ibarat bunga cempaka..tidak cantik tetapi harum baunya.

Antara bunga raya dan bunga cempaka, bunga cempaka lebih diminati. Sebab itu kita boleh jumpa bunga cempaka dijual dan dipakai. Tapi bunga raya tidak dijual dan tidak dipakai.

Keutamaan wanita samada cantik atau tidak cantik adalah pada akhlaknya, taqwanya dan taatnya pada suami. Bagi yang belum berkahwin lihatlah kebaktiannya terhadap kedua ibubapanya.

Wanita cantik tidak berakhlak dan tidak taat adalah menyakitkan hati suami walaupun sedap mata memandang. Perempuan tidak cantik pula kalau tidak berakhlak dan tidak taat, menyakitkan hati dan menyakitkan mata. 

Sebab itu usah bangga dengan rupa yang cantik dan usah risau sangat rupa paras yang tidak cantik. Tetapi berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa, beraklak mulia dan taat pada suami.

Kalau ini ada, percayalah...Allah akan sayang, suami sayang dan semua manusia sayang. Bukankah ini yang menjadi idaman setiap wanita.....?


Saya tak boleh nak fikir bunga apa yang sesuai nak diibaratkan bagi perempuan cantik tidak berakhlak tu, bunga apa ye, selain bunga raya..yang cantik tapi tak berbau, kalau kawan-kawan tau bolehla share ye..

12 Jun 2014

Bacalah-keluhan hati seorang suami.

Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.
“Mengapa? Teruji sangatkah?”
“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”
“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”
“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.
“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”
Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.
“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”
“Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.

“Apa guna, kita dah tua.”
“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”
“Dah tua buat cara tua.”

Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri. Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.
“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.
“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.
“Habis kenapa?” Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”
“Kau sudah berterus terang dengannya?”
“Tentang apa, tentang poligami?”
“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”
“Aku takut melukakannya.”
“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya. “Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya. “Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”
“Lagi?”
“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.

Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik 
“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.
“Kita tak berhias?”
“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.
“Salah bagaimana?”
“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!” 
“Dalam makna kata-kata kau tu…”
“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”
“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”
“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”
“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”
“Kasih ke kasihan?” saya menguji.
“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”
Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”
“Maksud kau?”
“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”
” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam. “Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai. “Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”
“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”


http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Sabar Dengan Kerenahnya... ( Buat para suami )

Tidak semua lelaki memperolehi isteri yang benar-benar sesuai dengan jiwa dan peribadinya. Ada yang dapat isteri taat, pandai mengurus rumahtangga, mendengar kata, senag ditegur dan kuat beragama. Namun ada yang diuji dengan isteri yang cerewet, suka melawan, degil, suka memerintah dan tidak taat beragama.

Baik atau tidak nialain seorang isteri itu terletak pada sejauh mana ketaatannya pada Allah dan suami. Firman Allah:
" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada suami, menjaga kehormatan pada waktu suami tidak ada di rumah, sebagaimana Allah telah memelihara dirinya."

*  Seorang suami hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara perhubungan baik dengan isterinya. Firman Allah:
" Dan bergaullah dengan mereka secara patut."
                                                                                  ( An Nisa- 19 )

Apa yang dimaksudkan bergaul secara patut ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakiti fizikal, mental atau perasaan mereka, dan juga menanggung segala kesusahan yang ditimpakan oleh mereka.
           Rasulullah bersabda:
" Barang siapa yangbersabar atas akhlak buruk isterinya,dianugerahkan pahala seumpama yang dianugerahkan kepada Nabi Ayub as."

*  Rasulullah juga selalu memperingatkan umatnya agar menjaga dan mendidik kaum wanita mereka dengan betul. Dalam khutbahnya semasa haji wada' Baginda bersabda:
    " Kaum wanita adalah makhluk yang lemah di sampingmu, mereka tidak berkuasa. Kamu telah ambil mereka dengan suatu amanah daripada Allah, Dan telah dihalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah."

*  Suami hendaklah sentiasa bersabar dengan kerenah isteri akibat kerendahan akal mereka. Dan inilah sikap yang diambil oleh para Rasul, nabi dan sahabat terhadap isteri masing-masing.
Selain dari Nabi Ayub, nabi Yunus juga mempunyai isteri yang selalu menyakiti dan memaki hamun Baginda. Apabila hal ini ditanyakan oleh kaumnya, baginda bersabda;
" Janganlah kamu hairan, kerana aku telah bermohon kepada Allah dengan berkata, ' Janganlah Engkau seksa aku di Akhirat, tetapi segerakanlah ia semasa di dunia ini lagi.

Lalu Allah berfirman:

" Sesungguhnya seksaan untukmu ialah anak gadis si anu yang akan menjadi isterimu."
( Masya Allah...malunya bila disamakan kerenah jahat seorang isteri sama dengan seksaan di Akhirat, saya takutttt...kalau saya tergolong di dalam isteri yang banyak kerenah, yang sangat menyusahkan suami....)

*  Dalam menghadapi kerenah dan kesusahan daripada isteri masing-masing, suami hendaklah berusaha melembutkan hati isteri dengan bergurau senda, memuji-muji dan bermain-main dengannya. Rasulullah juga bergurau dan berhibur dengan para isteri baginda sesuai dengan tafraf fikiran mereka. Baginda bersabda:

" Orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang paling berakhlak dan lemah-lembut dengan isterinya."
( Riwayat At Tarmizi dan An Nasai daripada Abu Hurairah )

suami yang ideal hanya Rasulullah- ihsan google


23 May 2014

Suamiku tak bekerja....

Alhamdulillah, bil dah disettlekan oleh larling saya, terimakasih abang, sayang abang, he he... so malam ni saya amik peluang BW dan balas komen kengkawan dalam post yang belum dibalas.

 
Nak war-warkan juga nih, bahawasanya si anak dara saya tu, yang sweet seventeen tuh, pun dah buat blog, nak tiru ibu dialah tuh, ha ha..kalau ada kengkawan nak join sangatlah dialu-alukan dan terimakasih tak terhingga..ini linknya http://chocolatebananapops.blogspot.com/ ( berapa banyak tuh..daaa )


Nampaknya ramai yang tertarik membaca isu-isu dalam rumahtanggakan, yalah..alam rumahtangga ni, memang ada pasang surutnya.

Saya nak buat entri bagaimana nak menghadapi suami yang tidak bekerja, so saya tanyalah pendapat larling saya. Nak tau apa dia jawab..." Suruhlah suami tu duduk rumah jerrr..." Peghh..sabo jelah. Tapi saya memang ada beberapa orang kawan yang suaminya tak bekerja atau kerjanya tak tetap, tapi Alhamdulillah diorang tu nampaknya ada tolak-ansur..isteri keluar bekerja, so suami akan duduk rumah dan jaga anak, masak, kemas rumah..

Tapi tu kalau dapat suami yang understanding, tapi kalau jenis yang memang malas, dahlah tak kerja, tolong apa yang patut kat rumah pun tak nak..hmmm...

Apapun..jika diuji begini, Dia selalu ada sebagai sandaran kita, Allah uji tu Allah sayang sebenarnya, jika tak ingat begini memang kita akan merana, derita, sakit hati, sakit jiwa semua bercampur-baur jadi beban yang tak tertanggung.

Memang kita akan rasa susah untuk merasa bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukannya. Tapi ingatlah harta yang kita ada itu hanyalah pinjaman Allah untuk dimanfaatkan. Isteri yang beriman tidak akan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki tetapi dia rasa bersyukur kerana dapat menolong suaminya seperti yang pernah dilakukan oleh Siti Khadijah yang menyerahkan hartanya kepada Rasulullah SAW yang menggunakannya untuk memperjuangkan Islam.

Kita...mungkin boleh bagi semangat dan dorongan buat suami untuk memulakan bisnes kecil-kecilan dan dahulukan modal untuk suami...In Sha Allah..berkat.

14 May 2014

Keistimewaan kasih-sayang dalam rumahtangga

Suami- perlukan belaian kasih isteri yang penyayang yang dapat melayani dan menghiburkan, serta pandai mengurus rumahtangga.


Isteri- juga sangat mengharapkan suami yang penyayang, bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik.

Anak-anak- akan bahagia dan tenang apabila ibubapanya berkasih-sayang, bertanggungjawab mengasuh dan mendidik. Ibubapa bahagia kalau anak menyayangi , mentaati dan memuliakan mereka.

Ras kasih murni antara suami dan isteri boleh rosak jika masing-masing tidak berakhlak,cinta murni antara anak-anak dengan ibubapa diikat kuat oleh cinta tabi'i yang semulajadi akan punah jika tidak disuburkan.

Cinta suci akan subur apabila ada iman dan akhlak yang mulia. Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab membentuk keluarga yang bahagia dan berkasih-sayang. Sehingga lahirlah masyarakat penyayang dan negara makmur hasil daripada........


Kasih sayang Dalam Rumahtangga.

8 May 2014

Suami yang ingkar, bagaimana nak hadapi?

Selalunya suami-isteri adalah sekufu, suami baik, isteri baik, suami jahat dapat juga isteri jahat. Tapi berlaku juga suami baik isteri derhaka atau isteri solehah suami pula kaki maksiat dan jahat. Jika terjadi begitu, sebenarnya tujuan Allah adalah untuk mendidik suami atau isteri tadi agar kuat tauhid dan jiwanya serta tabah menghadapi kerenah suami atau isteri tadi.

Kita bercakap bagi pihak isteri lah ye..

Isteri yang ditakdirkan mendapat seorang suami yang pemarah, kaki judi, kaki perempuan memang sangat menguji kesabaran dan satu ujian yang sangat berat sebenarnya. Tapi yakinlah Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu menerimanya.

Menghadapi ujian ini, kita amat perlu kembali kepada Allah, mengadu-ngadu dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Ada seorang kawan yang diuji begini. Perkahwinan pertama yang diaturkan oleh keluarga tidak bahagia kerana suaminya kaki judi dan sangat pemarah, mujur juga akhirnya dia diceraikan. Perkahwinan keduanya juga diatur oleh keluarga. Suami keduanya ada bisnes sendiri yang boleh dikatakan berjaya.

Awal perkahwinan mereka bahagia. Suaminya baik dan penyayang. Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata ( perkahwinan pertama yang bertahan selama 3 tahun mereka tidak dikurniakan anak ). Tapi nampaknya mendung hitam belum berlalu..

Allah menguji, bisnes si suami mula menemui jalan buntu dan tidak dapat bertahan. Rakan kongsi bisnes melarikan diri dengan keuntungan syarikat. Suami jadi hilang arah, jadi pemarah, jadi kaki perempuan, pantang silap kawan ni jadi macam punch bag dia, tak buat silap pun sering kena marah juga. Rumahtangga dah jadi macam tempat tukar kain baju je, lama juga kawan ni bertahan sabar.

Bila suami balik, dia tetap layan dengan baik, bertanya dengan lemah-lembut, sabar dia menghadapi kerenah suaminya. Keperluan batin suami dia tidak menolak, dia tetap melayan dengan sepenuh hatinya, biarpun dia tahu suaminya di luar dengan bermacam-macam perempuan. Ibubapanya tahu hal ni, mereka suruh juga dia minta cerai dari suaminya, tapi dia menolak.

Akhirnya suaminya berubah insaf. Alhamdulillah..

Bila ditanya kenapa dia tidak mahu bercerai dengan suaminya, jawapannya..

" Saya patut berterimakasih pada suami saya tu, disebabkan dia saya dapat Tuhan"

Rupa-rupanya kawan ni bila suaminya buat perangai dia mula muhasabah diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan, setiap malam dia akan bangun bertahajud mengadu-ngadu dan merayu-rayu dengan Tuhan agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian itu.

Parut luka ditangannya masih berbekas, tapi kini dia mampu tersenyum kerana hatinya sudah penuh pergantungan kepada Tuhan, dan suaminya juga sudah berubah.

Kalau suami kita jahat, ingatlah bagaimana Allah kurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang bersuamikan Firaun kafir. Dia dimuliakan kerana akhlaknya yang mulia di depan suami meskipun suaminya itu musuh Allah yang nyata.

Sabda Rasulullah:

Barangsiapa yang sabar atas budipekerti suaminya yang jelek, maka Allah akan memberikannya pahala sama sperti pahala Siti Asiah isteri Firaun.

6 May 2014

Isteri yang sering berjauhan dengan suami.

Pengalaman berjauhan dengan suami adalah suatu yang pahit buat permulaannya buat isteri yang suaminya perlu keluar kerana tugas out-station atau isteri yang bersuamikan pejuang.

Jika keadaan ini dihadapi, sibukkanlah diri dengan kerja-kerja berfaedah. Sentiasa menjaga maruah diri, harta suami, anak-anak dan nama baik suami. Dan sebenarnya ini adalah satu peluang keemasan untuk melipat-gandakan ibadah, bangun malam tanpa gangguan untuk memadu-kasih dan merayu cinta dariNya. Berbanding isteri yang suaminya sentiasa ada, kadang-kadang dalam keadaan berhadas besar, agak sukar baginya untuk melakukan ibadah.

Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim as sendirian di padang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah menghadapi semua masalah dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah:

" Kalau ini memang perintah Allah, aku redha menerimanya dan aku yakin Allah tidak akan mensia-siakan diriku."

Sekiranya nafsu jahat mendesak agar menghamburkan kemarahan pada suami, kenang-kenangkan semua kebaikan suami pada kita. Tapi berjauhan ni kata orang makin mengeratkan kasih-sayangkan? Sesekali berjumpa alahai manisnya, indahnya, manjanya, pendek kata semuanya bahagia bila berjumpa, ye tak? Cuma rindu, ala..apa susah..sekarangkan dah boleh skype ( eh..betul ke ejaannnya tu Farah? )

Berjauhan dengan suami juga adalah satu ujian dari Allah. Ujian bererti kasih-sayang dari Allah, jika kita menerima ujian itu dengan tenang, sabar dan redha ertinya kita mendapat perhatian dan kasih-sayang dari Allah.

29 Apr 2014

Jika isteri lebih pandai dari suami.

Camane tuh?
Isteri ada phD, suami ada diploma je, tapi dah itu jodohnya, mampu tak untuk taat, tawadhuk dan merendah diri terhadap suami?

Kenalah tanya iman di dada tu yea....

Nak jadi isteri solehah kenalah kita bersakit-sakit, membiasakan diri dengan kesusahan yang mendera tangkai hati, mengikis sifat-sifat mazmumah yang sekian lama bersarang di hati.

Selalunya kita sebagai wanita memang mengharapkan sumai lebih segala-galanya dari kita supaya suami jadi pembimbing kita, dapat mendidik dan memberi ilmu paa kita. Tiba-tiba ditakdirkan kita mendapat suami yang kurang bijaksananya. Di sinilah nampaknya kita kena bermujahadah untuk mentaati dan melayan suami.

Ketika itu kita kena ingat yang suami itu adalah pemimpin yang menguasai diri kita, walaupun dirinya kurang daripada kita., dia tetap menjadi pelindung yang patut ditaati dan dilayani. Dengar dengan baik apa yang mahu diperkatakannya, walaupun kurang tepat. Jika tersalah apa yang dikatakannya, jangan cepat membangkang. Jaga hati suami supaya dia tidak rasa diperbodohkan.

Kalau nak bagi pandangan atau idea, berilah secara berhikmah, lemah-lembut dan merendah diri. Contohnya kita cakap macam ni....

" Bagaimana pandangan abang kalau kita buat camni..."
                                         
                                          atau...

" Maafkan saya bang, abang setuju tak kalau kita buat begini..."

                                        atau....

" Cantik pandangan abang tadi kalau ditambah dengan..."

Percayalah, tak rugi memandang suami lebih pandai daripada kita walaupun hakikatnya tidak begitu. Carilah ilmu dan pengalaman dari orang lain jika suami tidak dapat memenuhinya. Kalau datang rasa tidak puasa hati terhadap suami kerana dirinya tidak seperti yang kita harapkan, kenalah bermujahadah, datangkan rasa suami itu tetap istimewa dan hebat kerana dia diistimewakan Allah. Merendah dirilah kepadanya biar bagaimanapun keadaan dirinya.
Yang penting kita hendakkan rahmat dan keredhaan Allah...


Kena banyak merendah diri jika dapat suami
yang kurang bijaksana-ihsan google.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign