Asam Garam Kehidupan: May 2020

Nuffnang

Pages

31 May 2020

Apa lagi aktiviti pkp?

Puasa dah berlalu, raya pun dah walau pun kalau ikut kebiasaan sebelum ni puasa sebulan, raya pun sebulan kan. Nak bukak kelas mengaji ensomi belum benarkan lagi, huhu..
So...apa lagi aktiviti yang boleh boleh den buat untuk mengusir, ececehh..haha..menghalau, mengisi masa di musim pkp nih..
Antaranya..
Cuti sekolah kemain panjangnya, tapi jangan ingat boleh duk sesaja ye. Cikgu bagi homework dalam GC (google classroom) kemain canggih dah bebudak sekarang belajar online je. Tapi dah namanya belajar kan kenalah ada cikgu, so mak2 kat rumah kenalah jadi cikgu ngajo anak memasing. Baru tau ek, betapa susahnya nak ngajo sebab mak2 ni bukannya pandai mana pun, tambah lagi jalan kerja matematik yang dah sekian lama ditinggalkan..nasib badan ko lah nak bila kena marah2..
Jadi cikgu ajar masak pun boleh. Kebetulan anak dara den yang sulung tu cuti lama kan, entah bila boleh balik sambung belajo pun tak taulah, so kena kerah masaklah jawabnya. Tambah lagi jarang sangat dapat masuk dapur, alahaiii...banyak lagi nak kena belajarnya.
Si abah apa lagi kerjanya, nasib ada kebun belakang rumah. Kebun di atas tanah rezab jalan. Hari2 dia ke belakang, sampai bersih rumput2 dikerjakan.  Tapi sekarang si abah dah mula masuk kerja start masa pkpd haritu lagi, tapi dalam seminggu tu 2 hari je pergi kerja.
Bukan kebun abah je yang bersih berseri2, haha..kebun jiran sebelah menyebelah pun tak kalah, apa taknya..memasing hari2 membanting tulang di kebun. Kalau bukan masa pkp..mimpi nak tengok bersih camni.

Selebihnya..tidur, makan, ngadap tv, ngadap phone...hrmmmm..
Apa aktiviti  yang'rare' yang korang buat ek? Share sikit, kot2la boleh gak dijadikan contoh teladan hihi..

27 May 2020

Raya pkp kita.

Alhamdulillah...syukur kita masih dipertemukan di sini..chehh..raya pkp kita. Apa cerita raya korang? Meriah? Lesu? Tak raya lansung? Hihi..
Ekceli, raya pkp ni bagi den tak ubah macam kita sambut hari raya haji. Betul tak? Raya haji kita sambut sederhana, tak kesah pun takde kuih raya, baju raya, langsir raya, perabut raya..jadi apalah nak sedih sangat bila hari raya puasa ni kita takde semua tu. Yang penting kita selamat menunaikan sebulan puasa, dapat terawih, dapat tadarus..di pagi raya tu kita tunaikan pula tuntutan solat sunat aidil fitri..itu yang lebih utama rasanya. 

Bagi keluarga den pulak, Alhamdulillah nak raikan anak2 kan, jadi kami buatlah bbq ala2 kadar, buat pakat2 dengan jiran sebelah rumah. Kami buat pada malam  raya 2 aritu. Seronoklah Umar Zikri dapat makan kerang bakar fevret dia tu.
Meriah tak? Okelah kan.
Ada sotong, udang, ayam..
Kerang bakar cicah sos, permintaan khas umar zikri.
Raya pkp...raya paling jimat, paling tak penat.
Setuju tak? Hehe..

23 May 2020

30 Ramadhan hari ni..

Jumaat, last jumaat, 4x jumaat....masih dalam pkp..bersyarat katanya..pandai2lah kita, masing2 dah cukup dewasa, dikurnia Allah akal yang sempurna, boleh menilai dan menimbang mana yang baik dan buruk untuk diri dan keluarga..
Hari ni 30 Ramadhan...sabtu..dan esok ahad..in shaa Allah kita meraikan aidil fitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa..
Dah makin ke hujung puasa ni dah makin malas nak berentri, hrmmmm..

Persiapan raya? Serius tahun ni lansung tak buat apa2, cuma kemas2 rumah..tapi kemas rumah tu kan memang selalu buat. Cuma kali ni dapat buat bersama anak2..sorang menyapu, sorang cuci kipas, sorang mengemop.

Semalam keluar cari bahan nak masak untuk pagi raya, sekadar buat rendang dengan masak nasi impit, cukup dah tu untuk raikan anak2, beli kerepek sikit camtulah..mak aiiii...ramai sungguh orang keluar nak beli barang, banyakkk kereta kat jalan cam bukan dalam pkpb dah...kat pasaraya tu nak masuk memang kena beratur, tapi kat dalam pasaraya tu ramai orang, nak kata jaga jarak semeter tu takkan adanye lah wey..

Ermmm cukuplah takat ni jer, nak gi settlekan ayam untuk buat rendang petang kang, nak sambung kemas dapur sikit, nak buang apa2 yang tak boleh guna tu..
Korang, sahabat2 alamaya yang dikasihi..selamat menyambut syawal dengan norma2 yang lain dari syawal2 kita sebelum ni..kita masing2 ada cara kita sendiri untuk meraikan syawal, walaupun mungkin tak semeriah syawal kita sebelum ni, syawal tetap kita raikan sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa..dahla takyah la sedih2 sebab tak dapat balik kampung, kita kan masih ada keluarga kita masing2 ye dok, at least kita tetap ada rendang, ketupat, nasi minyak, lemang bagai..jauh lebih baik kalau nak dibandingkan kita dengan ummat islam yang tinggal di negara yang tengah bergolak seperti Syria tu, kan??
Dan minta ampun maaf salah silap bicara saya di sini, yang terlebih gurau, terlebih komen tu, maafkan saya ye..

Salam syawal 1441 H, semoga Ramadhan dan syawal kali ni bukanlah ramadhan dan syawal kita yang terakhir, dan kalaulah yang terakhir pun, mudah2an inilah ramadhan dan syawal kita yang terbaik.
Terang lagi bersuluh dah ni, haha..

18 May 2020

Sketsa 24 dan 25 Ramadhan pkp..quiche and leko.

Dah 25 Ramadhan...dah nak habis sebulan puasa...macam2 perasaan berhimpun dalam dada..mesti korang pun ada rasa2 itu..kan??

Ramadhan yang bahagia. Kami anak beranak teruja nak mengkhatamkan 30 juz, walaupun yang perempuan terpaksa mengambil cuti bergilir2..
Lebih bahagia rasa hati bila 5 orang anak sudah berkumpul dan semua turun mengerjakan tarawih berimamkan abah. Abah pulak selesai 4 rakaat akan bagi turn kepada 2 orang abang besar untuk sama2 jadi imam terawih. Si Umar Zikri pun dah boleh jadi bilal...Subhanallah wabihamdih...dah lancar pun baca doa terawih.

Semalam edisi western. Ejaannya quiche, sebutannya den tak sure, quici ke quisi, Umar Zikri sebut kuaci..haha.
Den takdo acuan yang boleh buka2 tu jadi guna jelah loyang biasa tu. Yang base dia tu..tepung gandum secawan, mentega sejuk, garam dan air sejuk. Bancuh2, simpan setengah jam dalam esbok, keluarkan canai2 letak dalam loyang bakolah dalam 30 minit suhu 150c.
Intinya.
-cendawan butang 5 biji.
-Bawang holland sebiji potong dadu.
-karet separuh..potong halus.
-capsicum merah sejuring potong dadu.
-isi ayam potong nipis2.
-3 ulas cili akar hijau, ni den yang pandai2 tambah sebab nak ada rasa pedas2 sikit.
-secubit garam.
Semua bahan tu tumis sekejap je. Lepas tu pecahkan sebiji telur dalam sesuku cawan susu cair. Patutnya guna heavy cream, den tak ponah boli menatang ni, mana nak ada kan, so ganti jelah dengan susu cair. Dahtu tuang dalam base tadi, atasnya tarukla cheese, dahtu bakar semula dengan suhu 160c dalam setengah jam juga. 
Boleh tahan sodap eh, sesuailah dengan selera anak2.

Hari ni den buat kopok leko pulak. Buat sikit je. 
Yang ni den taknak rebuih. Kang nak buko terus goreng je.
Ni den guna ikan selayang, atau orang KL panggil ikan sardin. 5 ekor jr. Amik isinya. Blend, campur dengan 3 senduk kecik tepung sagu. Tepung sagu ni den boli masa balik Terengganu dulu, ket sini den tak taulah ada ke tak jual. Orang teganu memang guna tepung sagu untuk buat kepuk leko. Dah campur tepung sagu, den campur agak2 dua senduk kecik tepung ubi kayu, secubit garam dan sikit je ajinomoto. Uli2 dan gentel2 jadi macam dalam gambar kat atas tu. Kalo nak rebus boleh rebus, kemudian goreng. Pun sodap juga.

14 May 2020

Sketsa 21 Ramadhan pkp...epok_epok.

Apa? Tak pernah dengar? Alah..tanya WP..sure dia tau punya kan wak😁.

Karipap orang jawa Johor panggil epok2. Betul mak Okjer?Mak ni orang jawa juga, malangnya dia tak ngaku dia jawa, cakap jawa pun orak reti katanya, haha..
Tapi epok2 ni bentuknya bulat. Intinya sama macam inti karipap tu lah juga.
Memang buat sikit je, saja nak menambah2 kuih kat meja. Bentuk pun kecik beso sebab pakai mesin tangan je kan😁
Korang tau tak camane nak goreng karipap licin je cam den ni, tak gelembung2 cam biji jerawat pasir kan. Senang je..masukkan masa minyak belum panas betul2, suam2 kuku gitu, tunggu agak kering baru kuatkan api. Nak angkat tu tutup api, tunggu minyak agak sejuk baru masukkan second trip. Haa..camtulah..memang agak leceh juga sebenarnya, tapi nak cantik kenalah rajin.

13 May 2020

Sketsa 19 Ramadhan pkp..pizza/murtabak makaroni pun boleh

Alamak tak sempat laie nak balas kunjung rumah kawan2, soriii ek..hihi..takleh kunjung mengunjung live, kita kunjung mengunjung di alamaya pun ok lah juga..cuma den ni agak sibuklah juga dengan agenda2 seorang mak..hehheh..


Kerja mak2 ni apa lagi kalo tak masak hari2, hari2 masak kan, tambah lagi bulan2 puasa ni, time nilah tingin nak makan tu, nak makan ni..

So...hari ni kita tuko ke western stail sikit, dok sokmo  selere teganu kita ubah la sesekali ye dok🤣🤣
Tapi buleh gok dari western tuko balik jadi selera lidah melayu, alahh kita buat dia kan,ikut suka kitalah ye dok..
Tapi yang ni kira western lah sebab tambah cheese. Kalo nak tukar jadi murtabak tambahla rempah kari pulak😁😁
amacammm? Mengancam tak 
Okeh nilah dia bahan2nya..
-Makaroni separuh direbus jangan kembang sangat ye.
-Telur nak sedap taruklah 4 ke 5 biji, den tinggal 2 biji je dalam esbok tu.
-Bawang holland separuh potong dadu.
-Capsicum amikla agak2 sesuku, potong dadu.
-setengah batang lobak merah potong halus2.
-Daun bawang, daun sup.
-Garam, sedikit cili kisar, oregano kalau suka, tak suka ke takde ke takyahla.
-3 sudu mayonis.
Pecahkan telur dan gaul semua sekali dengan bahan2 lain tu, tuang dalam makaroni, kacau rata2.
Panaskan teflon/pan atau kalau ada panggang ajaib ke ok juga. Eh jangan lupa taruk minyak sikit ye. Dahtu masak je atas dapur biasa tu, bila dah agak kering bolehla tabur cheese, lagi banyak cheese lagi sodap tau.

9 May 2020

Sketsa 16 Ramadhan pkp.

Sape pernah rasa karipap Terengganu stail? Sedap kan, hihi..dah lama rindu nak makan, tapi mana ada orang lain yang pandai membuatnya melainkan orang teganu jualah yang pandai membuatnya🤣🤣
intinya spesel tau, tak macam karipap yang biasa korang makan tu.
Sape nak try buat bolehla ikut resepi di bawah ni. Ni untuk lebih kurang setengah kilo tepung la anggarannya.
-5 ekor ikan sardin sedang direbus dan ambil isinya, tulangnya diblend ambil airnya...kalo korang rajin la, kalo malas buang jer.
-Kelapa parut isi putih agak2 sebelah saja.
-Bawang holland 2 biji potong dadu. Nak lebih bawang pun boleh, takde hal punya, lain la kalo membawang😉
-Sedikit halia potong dadu.
-secubit halba.
-Sedikit garam dan gula...inti karipap ni rasa dia memang kena sedikit manis, tapi kalo korang tak suka manis letak sikit jelah gula..kalo tak letak nanti tak jadi pulak inti karipap teganu stail tu.😆

Pastu korang masukkan jer semua bahan tu dalam kuali, tuang sikit air..dah tu kacau3x sampai kering macam dalam gambar kat atas tu.
Den guna cara manual jr sebab takdo mesin canai, acuan pun den tak ponah beli laie sebab den suka buat cara manual ni sambil mengimbau kenangan dulu2 buat karipap bersama arwah omak den. Dia buat malam sebab nak tumpang letak kat kedai makan kawan eh, pagi2 dah kono hantar. Dia buat sampai jauh2 malam, sampai terlolap2 ....ishhhh..takleh dikonang2kan, sayu sangat perasaan ni..

6 May 2020

Sketsa 13 Ramadhan...laksam@laksang kali ke 2.

Sape suka makan laksang ( lidah teganu la tu sebut gitu) angkat tangan🙋‍♂🙋‍♀..

Entah berapa ramadhan aritu dah buat, masa tu si kakak belum sampai di rumah, dah siap bagilah kat boss abang Iman, malu juga weyh asyik dia je bagi kita juadah tak kesahla reject pun, janji sodap kan..so aritu den bagilah sebungkus laksam sebagai balasan. Abang Iman kata bossnya suka sangat sampai minta nak beli 2 bungkus. Dah dua kali tanya, jadi hari ni den melaksangla lagi sekali.
Yang hancur tu dah tentulah gulungan yang pertama, kikiki..buatnya setahun sekali mana nak expert ye dak. Tapi rasa kuah dia memang tak lari.
Banyak gak yang hancur sebab melekat kat tutup periuk yang den guna buat mengukus laksam tu. Buat kali ni den bagi lebihla sikit kat boss abang Iman tu.

Dah 7.02pm ni, selamat berbuka puasalah ye semua2x.

5 May 2020

Sketsa Ramadhan 11 pkp.

Mengajar anak dara melepak..eh melepat pisang. Juadah wajib bulan pose ni, den suko kuih muih orang lamo ni walaupun den ni bukanlah orang lamo bona laie, kihkih..tak soda diri lansung kau yo, umur dah masuk sonjo nak gak ngaku mudo..harap korang jangan tiru cam den yo😆😆
Daun pisang kena layur jap kat atas api supaya senang nak bungkuih adunan tepung pisang tu kang.
Anak daro den berduo baru first time belajar membungkuih lepat pisang. 
Kita buat lebih sikit, so bolehla berbalas juadah dengan jiran sebelah je, jadilah..puasa2 sebelum ni adalah juga selang sehari ke nganto juadah berbuka ke surau. 

Apa juadah kegemaran deme2 weyh? Kuih2 moden ke kuih2 tradisi cam den? Selamat berpuasa dan selamat berbukalah yo.

4 May 2020

10 Ramadhan pkp.

Alhamdulillah, akhirnya anak yang sangkut di UIA kampus Kuantan selamat sampai ke rumah pagi semalam. Alhamdulillah terasa lepas beban yang berbuku di hati. Lega perasaan melihat 5 orang anak berkumpul waktu berbuka puasa. Lepas terawih pakat moreh sisa2 makanan berbuka depan tv.
Sosial distansense (betul ke salah ejaan aku nih🤭) atas seat sebelah dia tolong bawak balik guinea pig kawan dia 2 ekoq, tu dalam beg hitam dalam kotak..kawannya sama duk semenyih tapi dah lepas balik awal dah.

Hermmmm..hari ni 4hb..pkpb...kawalan pergerakan dah dilonggarkan. So kawan2 saya nak pesan pada diri saya dan pada sape2 yang sudi menerimanya..jom kita ambil iktibar dari kisah perang Uhud, pada pusingan pertama tentera islam menang cemerlang sehingga musuh lari bertempiaran. Tapi sebelum perang baginda nabi sudah berpesan sungguh2 pada tentera pemanah yang berada di atas bukit supaya jangan turun dari bukit walau apapun yang terjadi..walau melihat jasad baginda dan sahabat dirobek burung pemangsa sekalipun, jangan turun dari bukit, tetapi bila melihat musuh lari bertempiaran sahabat yang bertahan di atas bukit lupa pada pesan Rasulullah, dari 50 orang tinggal tak kurang dari 10 orang sahaja yang masih ingat dan pegang sungguh2 pesan Rasulullah supaya tidak turun dari bukit...apabila tentera musuh melihat tiada lagi pertahanan islam di atas bukit, mereka mengambil peluang menyerang kembali dari belakang...dan kali ini tentera islam telah dikalahkan dengan memakan korban sehingga 70 orang sahabat syahid di medan uhud tersebut. Baginda sendiri cedera parah sehingga menitis darah baginda yang mulia di medan uhud...

So..ambillah iktibar dari peristiwa perang Uhud...ingat..kita belum menang sepenuhnya.

1 May 2020

Sketsa Ramadhan 6, masak apa tak jadi weyh.

Tengok Ti CH buat badak berendam labu comey kemain, siap bertangkai warna hijau lagi. Den pun tingin nak cuba. Tapi tulah baca entri sekali lalu, sudahnya..😆😆
Rupanya bukan main letak je warna hijau tu, tapi kena bancuh sikit adunan dengan pewarna hijau, buatlah bentuk tangkai yang comey..dah la letak banyak sampai meleleh2, haha..koleksi masak tak jadilah ni kiranya..

Sape nak tengok betapa comeynya badak berendam CH bolehla tengok kat link bawah ni yea.
http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2020/04/labu-berendam-vs-badak-berendam.html?m=0

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign