Asam Garam Kehidupan: kisah AKU

Nuffnang

Pages

Showing posts with label kisah AKU. Show all posts
Showing posts with label kisah AKU. Show all posts

17 Feb 2015

Bro Hasrul Hassan datang melawat.



Terima kasih saudara.


Bro Hasrul Hasaan, terimakasih bebanyak sudi singgah kat blog picisan saya sini, komen apa patut yang sebenarnya satu tunjuk ajar yang sangat berguna untuk saya sebagai seorang blogger.

Seronok sangat rasanya membaca komen saudara Hasrul Hassan di SINI, SINI, SINI dan SINI. Komen-komen tu in shaa Allah akan saya jadikan pemangkin semangat saya untuk terus aktif menulis, dan saya harap sangat kedatangan saudara Hasrul Hassan ke sini sedikir sebanyak menaikkan graf trafik blog saya nih, hi hi..in shaa Allah.

Walaupun mungkin hajat saya nak buat duit melalui blog tu tak kesampaian, at least saya cuba sharekan sesuatu yang bermanfaat yang akan jadi saham akhirat buat saya, rasanya itu dah cukup membuatkan saya bahagia dan gembira, yelah..mungkin ada antara post-post saya yang boleh memberi kesedaran, keinsafan pada yang sudi singgah. In shaa Allah setakat ni saya takde menulis yang lagha, yang ada tu banyak cerita tentang keluarga, anak-anak tadika saya, sedikit petua dan entri berbentuk kerohanian.

Oye, entri yang saudara Hasrul Hassan cari tu ada di Sunday, 28 Disembar 2014. Jemput singgah lagi, jangan jemu..

Pssst...hari ni amik cuti, kesian Umar Zikri belum sembuh dari ciken pox, sambil santai ni, berazam nak BW bebanyak hari ni, aduhai...keje suri rumah melambak tu...

1 Feb 2015

Tak habis lagi ye Azimah..

Azimah, azimah..aduhai..tak habis lagi citer semalam yea.

Tulah, dulu saya tak merasa nikmatnya cuti sabtu ahad sebab saya kija 3 kali je seminggu, cuti-cuti umum pun saya tak berapa nak tunggu. Tapi bila dah kija 5 hari seminggu ni, saya rasa saya amat menghargai saat-saat bersama anak-anak dan suami, saat-saat dapat BW sepuas hati ke laman sahabat alamaya.

Memang dulu masa ada bisnes tadika/taska sendiri masa kerjanya 5 hari seminggu jugak, tapi saya still boleh lari-lari jenguk rumah, buat apa patut, yelah..boss kan, anytime bole je keluar. Tapi bila kita jadi pekerja mana boleh buat sesuka hati, kenalah ikut arahan boss, ye dok?

Taknak buka tadika/ taska sendiri semula ker? ( kot ada yang bertanya camni ), tak kot...dah tua, dah malas nak pening-pening kepala. Ada bisnes sendiri ni memang best, cam tadika..kita boleh corakkan tarbiah camane yang kita nak terapkan kepada anak-anak tadika kita, cam saya dulu, lebih kepada tarbiah islamiah, begitu juga tadika yang saya bekerja sebelum ni, amat menekankan soal syariat, contohnya tidur diasingkan bilik lelaki dan perempuan seawal usia 4 tahun, bilik air pun diasingkan, sebelum keluar cuci kaki, dalam tandas ada selipar, keluar dan masuk tandas dengan doa...

Di tempat baru ni, walaupun namanya ada islamic di belakang, banyak yang saya perlu berbuat supaya sesuai dengan nama itu, saya tambah perbarisan pagi dengan doa, shahadah dan bacaan surah, saya mula melatih solat walaupun anak-anak itu bersungut.." Tak best la solat teacher, penat..", saya ajarkan malu kerana mereka sebelum ni bebas terbogel sebelum dan selepas mandi, saya asingkan tempat diorang bertukar pakaian..dan rasanya banyak lagi yang saya perlu berbuat. Takla bermakna saya bagus, tapi saya cuba jadikan kerja saya sebagai ibadah, dan anak-anak di sini faham islam dan syariat sesuai dengan nama tadika yang dilagangkan..

Aduhai..rasa kejap je cuti 2 hari ni. Esok dah nak kija balik, tapi saya dah cuba minta kija separuh hari, harap-harapla puan Aida tak keberatan, kalau tak nampaknya yang semalam wasap dia tu kira notis sebulan la yek, alahai azimah, azimah..ntah apa-apa la ngko nih!

Saya boss, he he..entah mana pegi bekas cikgu tadika saya
berdua ni, yang tudung putih bercermin mata tu
lepas berenti kerja dengan saya, bukak tadika sendiri juga.
Kakak..no 2 dari kanan.

31 Jan 2015

Apo laie tu azimah oiiii...

Bila dah kerja 5 hari seminggu camni, tak sabar rasanya menunggu cuti sabtu ahad. Hari jumaat tu kalau boleh nk lajukan jarum jam biar cepat habis waktu bekerja tu. Penat. Itu yang bole  saya katakan. Tapi janganlah nk berbunyi mulut mengadu lenguh, sakit sana sini, takkan dilayan punya. Lagi best dipulang paku buah keras..." tulah, tak keja, sibuk nak keja, pah tu bersungut sakit sana-sini, kata kat ruma takdo kojo, padahal ado jo kojo e..." padan muka saya.

Habis-habis, sonyap jolah. Tak pun mengadu kat kakak. " ibu kan, nama je cikgu tadika, teacher lagi bebudak panggil tapi ibu all rounder kena buat, basuh berak budak pun ibu kena buat tau, padahal ibu ni dah lima tahun bersara dari basuh berak budak, sakit pinggang ibu ni, ibu ni bukannya muda lagi, camni ibu berenti jelah, tak pun ibu minta keje separuh hari je.
"
" Habis tu, ibu cakap jelah dengan puan aida tu, ibu nk keje separuh hari jer."
" Ibu tak sampai hatilah pulak, tapi ibu memang nak keje separuh hari je. Msa ibu keje 3 hari semunggu dulu, hari yang ibu tak keje tu ibu bole settlekan hal rumah, ni rumah pun tak sempat nak kemas, pastu ibu tk dapat nak main blog dah, ni yang buat ibu tambah frust ni..."

" pastu ibu ada dapat offer lain, jadi principal, separuh hari je, gaji lagi best, tapi jauh sikit, abah cam tak bagi je."

"Haa, ibu keje lah kt tempat baru tu, takkan abah takleh hantar, separuh hari tu, gaji lagi banyak."
" Tulah, dengar pun cam best sebab separuh hari,  tapi ibu lagi seronok keje kat putra jaya dulu, tempat jemaah ibu, walaupun gaji sikit, hati ibu seronok, buat apa keje pun ibu tak berkira, ni tak bolela, ada kirja, ada gaji ma."

Terukkan saya. Tulah manusia, jarang beryukur dengan apa yang ada. Sayalah tu, bukan orang lain, hu hu...
Oye..knor, cerita semalm tu sila-sila, lagi ramai yang baca, lagi bagus:-)  nk balas kat ruang komen semalam tak dapat.

15 Jan 2015

Esok balik Terengganu jap.

Assalamualaikum kawan-kawan alamayaku yang sangat kukasihi, didoakan anda semua sentiasa mendapat rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah walau di mana anda berada. Allahummasolli ala saidina Muhammad..

Esok kami bercadang nak balik Terengganu. Nampaknya anak-anak terpaksa memonteng sekolah hingga hari isnin, saya pun amik cuti juga jumaat dan isnin tu. Apa? Oo..kenapa tak balik masa cuti sekolah ritu? Nak balik, tapi takut tersangkut tengah jalan, sebab masa tu masih hujan, dan sesetengah tempat cam Kemaman tu takleh lalu sebab banjir.

Tak taula apa jadi dengan baju-baju kakak dalam satu beg besar tu. Mak sedara cakap dia tak larat nak angkat bawak naik tingkat atas rumah. Tenggelam dalam air pasang. Air pasang naik 10 malam berturut-turut. Kesian kakak. Baju dalam beg tu semua baru-baru. Saya dah beberapa kali bebel kat en. abah ..." Bah, kenapa tak bawak naik atas beg tu, letak dalam stor dapur Ma tu, memangla tenggelam.." Sat lagi bila datang rasa terkilan tu saya bebel lagi..." Bah, sayang baju kakak dalam beg tu, rasanya sume rosak tu, kenapala tak bawak naik atas..". En. abah awalnya menjawab juga..." Mana abang tau air nak pasang.." Tapi bila dah banyak kali kena bebel dia dah tak kuasa menjawab.

Masa amik kakak dari asrama SESTER Kuala Terengganu tu, barang-barang dia je dah penuh satu Exora. Jadi masa nak balik KL tu, barang-barang kakak ditinggalkan separuh kat rumah arwah mak. Tak muat nak bawak balik semua. Ingatkan suami angkat semua bawak naik tingkat atas, rupanya beg baju kakak tu disimpan dalam stor dapur arwah mak. Stor tu memang dah kosong, tu la kot disimpannya beg kakak kat dalam tu.

Kalau ikut apa yang mak sedara cerita banyak yang nak kena kemas. Yela...saya takleh nak harapkan mak sedara buat semua. Dia dah tak larat juga. Mesin basuh, dapur, peti sejuk, almari pinggan semua tenggelam. Almari pinggan kena buang sebab dah kembang berendam air. Bilik air mak sedara tak larat nak basuh, jadi banyak jugala kerjanya.

Seingat saya sejak empangan Kenyir dibina dah jarang air pasang malam, cuma setahun dua ni ada balik air pasang ni, dan tahun lepas paling teruk, sampai 10 malam berturut-turut. Pukul 5 petang dah start naik, pagi surut, mak sedara cuci juga apa yang dia larat, sebab kalau biar lagi tebal lumpur tu, lagi susah nak cuci, jadi siang cuci, malam air pasang, cuci lagi esoknya..cam tula berturut-turut 10 malam.
Ruang tamu arwah Ma, air pasang hingga tingginya sampai ke singki tu,
kalau ikut cerita mak sedara, jadi almari pinggan ma tu ( sebelah tv ) memang almari lama,
mana tak kembang terendam air .

Harap-harap dapat settle dalam masa dua hari tu, sabtu dan ahad. Isnin balik sini semula. In shaa Allah.

8 Jan 2015

Bukan rezeki saya..kot..


keluarga bahagia itu juga rezeki yang wajib disyukuri- google imej

Assalamualaikum wr.wb..semoga semua teman dan siapa saja yang tersinggah di sini sentiasa mendapat rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah hendaknya.

Mood berblog merudum betul sari dua ni. Kenapa? Saya rasa mungkin sebab saya dok asyik pikir camane nak buat duit kat laman blog ni, saya dok bertekun mengadap blog Bro HH belajar teknik SEO lah, affiliate lah..penyudahnya saya yang stress, saya tak faham, saya tak boleh bawak, saya rasa itu bukan rezeki saya. Apa? cepatnya give-up? Ha'ah..saya mengaku. Mudah bagi orang yang cepat tangkap, bagi saya yang slow learner ni, saya tak tau mana satu yang harus saya bagi prioriti, banyak sangat.  Saya rasa saya lebih suka menulis untuk suka-suka, sharing manfaat bersama macam yang saya buat sekarang. Ampun maaf bro HH jika ada tersalah cakap dan terimakasih untuk ilmu yang saya dapat setakat ni.

Mungkin rezeki saya ada kat lain. Saya yakin. Alhamdulillah setakat ni walaupun tak mewah, baju jarang bertukar, takde handbag, kasut ( lebih kepada selipar sebenarnya ) itulah yang saya pakai ke kedai ke, ke tempat kerja ke ( oye...saya masih direzekikan bekerja di tadika lama saya di putra jaya, in shaa Allah nanti cerita kemudian ), tapi saya tenang sebab tak pernah dikelilingi hutang, takde hutang belajar, takde hutang perabut, saya rasa itu juga satu rezeki dari Allah, bukankah sihat, tenang, aman, bahagia, anak-anak yang baik, suami yang baik ( walaupun tak romantik, hu hu ), kawan-kawan yang baik, ilmu dari mursyid yang sentiasa membimbing itu juga rezeki yang wajib saya syukuri. Alhamdulillah, terimakasih untuk segalanya ya Allah.

Oye cikgu Etuza, Salmiah Awang dan Mr. Syafiq ( ini kengkawan yang join segmen saya dulu ) harap sangat dapat hubungi wasap saya 0122127148 or sms ke 0189010340 dan bagi alamat anda untuk penghantaran cenderahati, Kesian kat kengkawan lain yang dah bagi lama.

4 Jan 2015

Saya tengah belajar ni.

Sepagi ni menghabiskan masa di www.Hasrul Hassan.com belajar teknik buat duit kat blog. Banyaknya benda tak faham, nak kena belajar, baca lagi, teliti lagi, mungkin kena beli kitab merah jambu tu untuk lebih faham teknik SEO semua tu. Pening? Taklah sampai pening, tapi ambik masa jugalah nak  hadamkan, al maklum bukannya muda lagi, pikup pun dah slow, he he..
senang bagi orang yang dah faham, tapi saya nak kena study lagi ni.

Sebab apa nak buat duit? Laa..duit kan, sape tak suka duit. Orang kata nak mati pun kena guna duit, apalagi bagi yang hidup ni. Tapi duit bukan matlamat, duit tu kalau betul caranya boleh jadi jambatan ke syurga. Nauzubillah..jauhkan hambaMu ini dari cinta dunia...niat hamba cuma nak sedikit ya Allah..jadikan hamba miskin yang redha ya Allah..

Menurut bro HH ada 4 cara nak buat duit dengan blog ni. Tapi saya baru tinjau, tu pun sikit-sikit je, tapi saya tengah cuba nak faham-fahamkan diri saya tentang teknik SEO tu. Tak tipu la..sebenarnya dah nak masuk dua tahun dalam dunia blogger ni, saya tak  pernah jana apa-apa income pun.

Ermmmm..serius ke saya nak belajar ni? Takpelah..saya cuba belajar pelan-pelan dengan bantuan blog bro HH, then kalau tak boleh juga, nak buat camana kan. Mungkin saya stick dengan menulis untuk suka-suka je lah..kan?

2 Jan 2015

Sikit je pagi ni.

Alhamdulillah, dengan bantuan kakak., thanks kakak, love you, mmmuah....boleh la tukar header baru dan tambah apa patut sempena menyambut awal tahun 2015 ni. Nak buat canggih-manggih sangat tu tak pandaila pulak, jadilah supaya ada sedikit penambahbaikan, hamboi..bukan main istilahnya, he he..

Hari ni takde apa nak cerita sangat. Cuma pagi ni nak pegi tengok tempat kerja kakak di sebuah taska, kakak jadi pengasuh bebudak, itulah pilihan yang ada buat masa ni, Alhamdulillah..nampak sangat kakak dah jemu duduk kat rumah, yelah..duk asrama macam-macam benda boleh buat, panjat gunung, outing, berkayak, memanah..kat rumah asyik-asyik kena marah dengan ibu sebab tak pandai potong bawang pun..

Pastu, kalau sempat nak ziarah pusara bonda, dah hampir dua bulan tak ke sana.Bukan sengaja..sibuk dengan hari penyampaian hadiah dan hujan sejak kebelakangan ni..mudah-mudahan hari ni Allah izinkan.

Dan sekali lagi..minta sangat dengan kengkawan yang join segmen saya hari tu dapat segera hubungi saya di whatsapp 0122127148, atau sms ke 0189010340 dan tinggalkan alamat anda untuk sedikit cenderahati, in shaa Allah..

Dan..tak lupa..ampun maaf salah silap, semoga rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, aminn.

kenangan syawal 2014. Kakak dan adik-adik.



18 Dec 2014

Ku tunggu petang ni..



Muhammalina
Silala lawat ke sini yea kengkawan.

Berdebar juga dada saya ni sebab...sebab, camana nak citer ek? Sebab berkait dengan diri juga ni, aduhai, risaunya kepala otak ni, serabut memikionya.

Hai..cam besar je masalah. Ekceli kecik je. Camni..sebenarnya jiran blogger Muhammalina sebelah rumah yang saya dok tumpang pi keje ni dah naik pangkat. A'ah..jangan la buruk sangka, tak baik tau, takdela saya nak pedajal dia sebab dia naik pangkat tu, lagipun bukan saya keje kat JPN, saya cikgu tadika je tau. Cuma..kan..saya rasa mungkin saya kena berenti keje cikgu tadika tu sebab mungkin dia kena ditukar daerah ke, tukar cawangan ke..tak mungkinla saya boleh tumpang lagi sebab dah tak syariat la plak kalau saya dengan suami dia saja kan, walaupun si Muhammad tu jauhla muda dari saya.

Dah tu, berenti jelah iye dok. Hrmmm..

Saya suka bekerja di tempat keje saya sekarang, walaupun gajinya sangatla tak seberapa. Bukan duit sandarannya, money is not everything..ceh..sesekali berenggerih, haa OKje, saya pun pandai buat istilah tau, kalah 'memeyek' , hi hi..

Saya tunggu petang ni, keputusan samada Tengku Amalina ni kena pindah cawangan ke, pindah daerah ke. Pastu tu bole decide apa nak buat. Cuma saya harap Allah dengar doa saya supaya TA ni masih keje di Putra Jaya walaupun dia dah naik pangkat, so bole saya tumpang dia lagi.

Laa, janganla tanya kenapa saya tak beli kete sendiri. Tak cukup duit nanti sapa nak sambung bayar, ada lesen pun perabih duit je dok renew tapi dok simpan beku dalam purse je.

13 Dec 2014

Kena tahan pegawai JPJ, road tax tercabut..




Pinjam ye en google.



Ni nak citer kisah semalam. Apa? dah basi? eh..belumla, masih ok kot rasa dia, nak citer semalam terasa letih yang amat-amat. Nak tau ( ceh..perasan  ) balik keje semalam lepas magrib tu memang dah nak tumbang sesangat, nak lipat telekung pun tak larat, gagahkan diri juga masak dinner, ( dinnerlah sangat ) takat goreng ikan, tumis air sayur, suruh anak setelkan meja makan, saya naik tidur, sedo-sedo pukul 11 malam, perut lapar sesangat, makan malam tak kiralah kata nak gemuk ke, apa ke, pukul 12 malam naik tidur semula, bunyi jam pukul 5 pun rasa cam tak larat lagi nak bangun, haaa..panjangnya alasan saya nak cover citer basi ni kan..

Al kisahnya semalam saya dan kawan keluar ke jabatan pendidikan putra jaya sebelah alamanda tu, saya nak nak sijil stpm saya, tapi rupanya sijil stpm kena amik di Selayang baru. Sijil stpm saya hilang.  Tu pasal nak amik salinan baru. Tapi nampaknya nak kena gi Selayang barulah plak. Bilalah agaknya nak pegi ni?

OTW balik kete kawan ni memang saya tahu semalam last dia punya road tax, tetiba kan..dah dekat sangat nak sampai ke tadika..ada abang dan adik JPJ buat road block, jadi dari jauh lagi saya dah sengih, sebab adik JPJ ni tahan kat sebelah saya, jadi sayalah kena tunjukkan road tax yang dah dibuka tu ( ekceli, bukan dibuka tapi, tercabut dah ).

Kena sound kitaorang, tapi idokla kasar sangat, hormat kot pangkat 'ahkak' ni kan. Dia kata " Kalau nak pegi reniew hari ni sempat ni kak, pegi masa lunch nanti." Saya sengih lagi sambil ucap terimakasih.

Tapi takde la gambarnya, takkan nak selfie sambil sengih depan adik pegawai JPJ tu kan, nanti tak pasal-pasal kena sound kow-kow punya,

Tengahari semalam juga kawan saya tu pegi reniew road tax dan insuran, walaupun menggigil sebab belum gaji lagi. takpelah..gitulah jalannya nak selamat di dunia, ikutlah undang-undang dunia, nak selamat di akhirat kenalah ikut undang-undang Akhirat. Kalau tak ikut dua-dua, alamatnya tak selamat dunia akhirat.....


21 Nov 2014

Nak balik ke tak?

Kami bercadang nak balik ke Kuala Terengganu 24/11 ni. Kakak last SPM 25/11, dah tak sabar-sabar nak honey-moon kat rumah. Kami pun belum jumpa mak sedara yang baru balik dari Makkah aritu. Mana tau kot-kot ada buah tangan dari Makkah untuk kami, air zam-zam ke, buah kurma ke, cukup dah.
Tapi bila dapat gambar wasap dari kawan-kawan situasi banjir kat sana, bimbang pulak nak balik. Buatnya tersangkut tengah banjir, aduhaiii.  Mak sedara bagitau kat phone pagi tadi di Dungun pun banjir. Gambar wasap yang kawan kirim tu kat Gong Badak, yang jalan runtuh tu kat Batu Rakit. Memang tak melibatkan bandar Kuala Terengganu, tapi tetap bimbang juga. Lagipun kat sana bila musim hujan cenggini hujannya tak berenti, 'hujang bbegheek' kata orang Terengganu, kesian kzakie tak faham, ha ha ha..maksudnya hujan tak sudah-sudah, hujannya kadang tu tak lebat sangat tapi berpanjangan satu hari. Cuacanya sentiasa mendung. Kalau di Selangor ni, hujan-hujan pun still ada matahari sebelah pagi, hujannya terus lebat dan ada berentinya. Tapi kat Selangor selalu ada banjir kilat terutama kat kajang.
Mungkin kakak kena balik naik bas kot. Barang-barang tinggalkan kat rumah tokma dulu. Bawak balik baju-baju je dulu.
Alhamdulillah Ya Allah..apapun ketentuanMu itulah yang terbaik buat kami, kerana Engkau Maha Mengetahui...

17 Nov 2014

Mengalah..

Nampaknya terpaksa telan juga benda alah ni. Bimbang esok takleh bangun...

Sakit itu penghapusan dosa.
Sakit itu tanda kasih-sayangNya.
Sakit itu peningkatan darjat di sisiNya.

....lagipun memang dah lama tak sakit, wajarlah diuji sedikit...
ni fakta menakutkan yang saya terima di wasap..panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia.
Ia akan merosakkan organ hati dan akan tinggal dalam tubuh manusiaselama sekurang-kurangnya lima tahun.
Panadol ni adalah sejenis painkiller, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya
pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan.

Alhamdulillah..makan sebiji tadi terus berpeluh, denyut-denyut kepala pun dah mula kurang.

Selesai sudah...

Alhamdulillah, selesai sudah dua task yang menyebabkan saya sibuk sari dua ni, semalam hari keluarga tadika/taska tempat kerja saya dan pagi ni walaupun punyalah saya kena amik masa yang panjang untuk jawab soalan kuiz di PENCARIAN ANUGERAH TROPI 2014 BY ETUZA dan saya tak dapat jawab penuh pun soalan-soalan tu, tapi at least saya rasa lega sebab dah tunaikan hutang pada cikgu etuza, haaa..cikgu..hutang tau.






Pasal majlis semalam tu, sorila sebab belum sempat masukkan semua gambar dalam pc..tapi Alhamdulillah..berjalan lancar walaupun ada juga cacatnya. Cuma yang saya terkilan Umar Zikri demam..dah jenuh dia berlatih untuk sukaneka tu dan punyalah dia dok tanya selalu bila nak gi dewan, bila nak gi dewan..tup-tup hari sabtu tu badan dia dah mula dedar, dan semalam dia dah demam betul-betul, hari ni pun masih demam, so..saya kena amik cuti, kesian plak nak bawak dia seharian di tadika. Sebab saya kalau dah kat sana, sibuknya tak payah nak cakap la. Pastu dia kalau dah jumpa kawan mainnya nanti tak macam orang demam.

In shaa Allah nanti saya tunjukkan gambar-gambar hari keluarga tu di mana saya sibuk dengan bahagian protokol merangkap deejay bidan terjun..ha ha ha..
ni gambar lama..saya yang pegang pembesar suara, sori
tunjuk gambar lama dulu yea.

13 Nov 2014

Saya dah bermula, hi hi.

Alhamdulillah, hari ni free sikit, so bole jalan puas-puas ke rumah kengkawan, hiii.
Aritu saya ada sebut  Nak meniaga tepi jalan je rasanya, Alhamdulillah..sebenarnya saya dah bermula.
Tapi bukanlah kat tepi jalan macam yang saya cakap tu, sebab larling tak kasi. Well..dia takut bini dia ni kena ngurat kot..ha ha ha..
Saya buat kuih, namanya woh puk samba, he he.
Apa ke pelik namanya tu, mana ada pelik, orang Teganu mesti tau punya. Ni kuih tradisi Terengganu, sedappp.
Apa? Nak resepi? Tunjuk gambar? Heee..sori lupa la nak snap gambar. Lagi pun baru dua kali buat. Saya hantar kat satu kedai di JPN Putra Jaya, Kedai Madah namanya. Buat pun sikit-sikit je, first time buat adala 25 biji, habis, walaupun keras sikit, al maklum baru nak buat semula, setelah sekian lama tak buat. Then second try semalam, ok la..lembut, saya hantar 30 biji, pun habis. Alhamdulillah.
Sebenarnya selain buat kuih tu, saya ada buat aiskrim Malaysia, bawak ke KAFA. Budak-budak suka, cuma sekarang ni musim hujan, slow sikit la. Saya buat tu guna air tapis, tak main la guna air paip. Kita nak rezeki yang berkat je.

In shaa Allah, saya akan bagi resepi dan gambar woh puk sambal tu. Tapi hari ni kita tengok gambar google dulu yea.
Ni gambar google je. Bentuk nya macam nilah, tapi ni inti
kelapa manis tu, saya guna inti ikan.


10 Nov 2014

Sibuk ngalahkan PM kot, he he..

Salam sejahtera wahai para sahabat alamaya kesayanganku. Rindunya nak jenjalan ke rumah kawan-kawan, menjamu minda dan hati dengan buah tangan dari kawan-kawan, tapikan..sibuk bebeno la dah dekat-dekat nak cuti sekolah ni. Ni pun update kat tab je, manalah tahu kot ada kengkawan yang tersesat ke sini, at least adala juga buah tanban ( amik kau, typo habiss. nak tulis tangan sebenarnya ) terbaru untuk dijamu walaupun ala-ala kopi dan biskut tawar je, he he...

Tengah sibuk dengan kertas peksa akhir tahun KAFA dan 'merait' buku-buku ni. Dan yang paling mendebarkan sebab minggu depan 16/11 kami nak buat majlis akhir tahun merangkap sekali hari keluarga tadika, KAFA dan taska tempat kerja saya tu. So...memang baaaanyak sangat kerja nak settle sebelum hari tu, saya plak ditugaskan di bahagian protokol dan hadiah, urusan mencari hadiah semua di bahu saya, balut serahla kat anak buah.
siapkan goody bag dulu.

Jadikan kawan-kawan, andai ku menyepikan diri ( cewah, keh, keh) bukanla aku melupakan kalian espeseli kzakie, knor, sal, UA, fair baby pose ( sekadar menyebut beberapa nama ), in shaa Allah lepas lega dan settle semua nanti kita bercerita panjang.

15 Oct 2014

Nak berniaga tepi jalan jer rasanya..

takde idea. Kuota broadband pun dah habis, tunggu loading pun dah cukup seksa. Cuma rasa nak kongsi perasaan jer pagi ni, entah ada yang sudi membaca ke tidak..takpe..pada yang sudi terimakasih saja mampu diungkap yea. Terimakasih juga buat teman ukhwah yang baru Zakaria Mamat, nak follow semula tak tinggalkan link, harap kalau terbaca kat sini, tinggalkan link kat komen ke, saya akan berdesup follow semula. In shaa Allah yea.

Saya rasa saya nak berjualan, tambah duit belanja dapur dengan berniaga pagi ahad, pagi ahad jer la. Boleh ke...? Entah la..tak pernah dan takde pengalaman lansung sebenarnya.

Kesian kat larling tu sebenarnya. Semuanya atas bahu dia. Gaji cikgu tadika macam saya ni berapala sangat, takat lepas nak beli suplimen sikit, topap sikit, tu je lah. Tengok muka larling kelat je bila hujung-hujung bulan, kesian tau...

Saya cadang nak buat yang simple-simple je, nasi goreng, mee hoon goreng, spageti goreng citarasa tekak melayu saya tu..keluar sikit dari kawasan perumahan saya tu ada kolej MARA Jepun, bolehla saya buka meja kat situ. 

Tapi kan, larling macam tak sokong jer. Agaknya dia tak yakin saya boleh buat, atau..ke dia malu, takut nanti orang kata dia tak cukup duit nak sara keluarga, ishhh..jahat betul hati saya ni, suka nak sangka buruk je.

Apapun saya masih dalam usaha memujuk dia. Dalam keadaan serba-serbi mendesak sekarang ni, barang tu naik harga, barang yang tak kena-mengena pun aikkk..boleh naik harga juga, rasanya kami perlu berbuat sesuatu,lagipun kan Rasulullah pun dah jamin, 9 per 10 rezeki ni adalah dari perniagaan.

Doakan saya, moga ada antara doa kawan-kawan yang berkat..In shaa Allah..
ni tumpang duduk kat gerai kawan dulu, amik feel...










12 Oct 2014

Santai ahad- " bah, camane nak cukur...?"

"





BB tengok abah cukur misai la..ha ha..tq
en google.
" Kawan Iman tanya lepas kawen nanti kau nak buat apa?"
" Hishh, Iman baru darjah 6, mane bole tau benda-benda camtu?"

Muhammad Hilman terdiam. Tak boleh jadi ni. Kena korek lagi ni. Entah apa-apa lagi dia dapat kat sekolah bila dah berkawan. Kat sekolah agama plak tu.
" Kenape kawan Iman tanya macam tu? Mana dia tau pasal kawen-kawen ni?"
" Entah..."
" lman bukan nak tau pun, dia yang tiba-tiba tanya Iman."

Muhammad Hilman ni agak kurang matang, pelajaran pun tak berapa menjadi macam kakak dan abang dia. Disuruh studi atau buat homework kejap jer dah berdengkur, sikit pun dia tak kisah pasal nak berjaya dalam upsr baru ni. Entahla...sebagai ibu saya tak putus doa, moga ada jalan hidup untuk lman ni, yang penting saya mahu dia tetap mendirikan solat.

"  Bah, bila besar nanti kat situ banyak bulu kan?"
" Mane Iman tau?"
" Kawan Iman tu, dia bukak seluar tunjuk, camane nak cukur bah?"
Laaa... ada je kau ni, dalam hati nak tergelak juga. Abah pun dah senyum.
" Bakar je Man.." jawab abah.
" Hah, bakar?"
" Ala, apa susah, BB hari-hari nampak abah cukur, hari isnin, selasa, rabu, kamis..."  Umar Zikri pun nak menyampuk juga.
" Baby nampak abah cukur ape?" Saya tanya si kecik penyibuk tu.
" BB nampak abah cukur misai la..."

Ha, ha, ha...pecah gelak kami sekeluarga. Hai lah anak-anak, macam-macam  yang korang nak tau yea. Lagi-lagi bila berkawan tu, ada je benda yang tak sepatutnya mereka tau, jadi tau. Jadi saya sentiasa nasihatkan Iman supaya pandai memilih kawan. Tahun depan dah tingkatan satu, hati ibu ni bimbang tak sudah. Tau jelah bila dah makin jauh langkahnya tu, lagi banyakla benda baru yang dia belajar nanti.

7 Oct 2014

Sedih..sob..sob..

Dalam pukul 11.30 pagi semalam kami bertolak balik. Dalam hati dah plan nak masakkan daging korban tu bekal kakak di asrama share dengan kawan-kawan. Nak masak kering-kering biar tahan untuk dua tiga hari. MIL siap ajarkan, tumbuk lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang,halia, saya olah pandai-pandai sendiri, tambah serbuk kari, kicap, ermmm..cam sedap jer
.
Sampai rumah terus rebus daging. Mak sedara cakap rebus biar semua darah lebihan tu keluar, air rebusannya jangan guna sebab bisa, tak elok untuk kesihatan, kalau tawar tambahla gula. Tapi daging baru In shaa Allah tak tawar. Kakak tolong potongkan daging nipis-nipis. Dia pun tak sabar nak bagi kengkawan dia cuba masakan ibu dia.

Siap masak saya asingkan dua bekas, satu untuk kakak, satu untuk abang. Kakak punya saya lebihkan. Rupanya si abang yang dok asyik dengan game tak perasan, dia ingatkan yang banyak tu dia punya, dia amik letak atas peti sejuk. Kakak yang sibuk kemas barang nak balik naik bas malam ingatkan saya dah masukkan dalam beg. Dalam kereta dah sesuku jalan, kakak tanya kat mane bekal daging dia, yang saya pulak ingatkan kakak dah ambil bahagian dia, si abang pun mengaku dia amik simpan atas peti, laaaaa... takkan adanya abah nak patah balik rumah, kang tertinggal bas satu hal pulak. Sepatutnya kakak naik bas pagi isnin, tapi takde tiket, yang ada tiket bas tambahan isnin malam selasa, jam 10 malam.

" Takpelah bu, biarlah kat rumah, kat rumah adik-adik boleh makan, kita pun dah makan banyak tadi." Kakak nak menyedapkan hati ibu. Tapi hati ibu ni jadi terkilan tak sudah, sebab masa kakak dok ratah-ratah lauk tu, ibu marah. Ibu bimbang nanti tinggal sikit je untuk bawak bekal. Memang nampak sikit, walaupun dah masak dua kilo daging, sebab dah masak kering-kering. Kalau ibu tahu ibu takkan larang kakak ratah, biar kakak makan puas-puas. Sudahnya ibu menangis sedih subuh pagi tadi, masih rasa terkilan sesangat...

Agaknya rasa terkilan macam nilah yang tokma rasa masa ibu tertinggal daging korban yang dia simpankan untuk ibu dulu...
asalnya penuh, dah tinggal separuh, jadi lauk makan tengahari
adik-adik kat rumah.

6 Oct 2014

Tidur reramai

Kalau dah berkumpul reramai, anak cucu MIL melebihi 20 orang, dulu masa anak-anakku dan lain-lain cucu masih kecik, ibarat sebuah taska bila semuanya terkumpul. Meriah sangat, dengan lari-lari sana-sini, yang mak-mak ( kami-kamilah ) sibuk dengan agenda masak-memasak. Sekarang ramai yang dah meniti usia belasan, takdelah lari-lari lagi, tapi sibuk dengan hp dan tab memasing lah plak.
Bila dah ramai, ruang tidur jadi rebutan, ha ha..
Saya tak suka tidur camni, dari dulu saya tetap memilih bilik sebab bolehla tidur dengan membuka tudung kepala. Segan nak baring bila masih ada yang lalu-lalang, kepala pun dah naik pengap sebab tak boleh bukak tudung. Syariat tetap ku junjung...Mak mentua sporting, bilik dia jadi milikku dan anak-anak perempuanku bila kami balik, he he....

2 Oct 2014

Seronoknya saya

Balik keje petang ni, tengok bunga ros saya dah berkembang mekar dua kuntum plak tu, dua warna pink dan kuning, cantik sangat. Masa saya beli tu warna bunganya pink lembut je, bukan dua warna, camane boleh jadi dua kaler camni yek, pelik..pelik, oii, cik kak oiii, apa yang peliknya..Allah kan boleh buat apa saje.
Ini yang buat tambah semangat nak menanam lagi ni.  Tambah plak nilah first time dalam hidup, sekali lagi diulang, pertama lagi tanam dan berbunga, sebelum ni saya tanam dah banyak kali tak pernah hidup apatah lagi nak berbunga, mana tak seronok.
semalam masih kudup, harini dah kembang cantik, Subhanallah..

1 Oct 2014

Larling lupa plak.

Hu hu, tunggu punya tunggu, punya tunggu, yang ditunggu tak kunjung datang, tiba-tiba dia call...."azie, abang terlupalah nak singgah, abang dah sampai Bukit Dukong dah ni,"
Aduhaiiii, nak nangis dah ni..kenalah naik teksi ke Bukit Dukong plak..hu hu, dengan jemnya ni, tak taula pukul berapa sampai rumah...
Kredit habis, tak sempat topap, tu yang tak dapat call ingatkan larling, cuma janji
mulut awal pagi sebelum gi keje, nak tau berapa kena bayar duit teksi...rm25!!
sebab katanya otw balik ke bandar tasik selatan tu takde penumpang, sudahnya
saya kena sound kow-kow punya dengan larling
sebab teksi tu dah pakai meter tapi tetap caj lebih, apa saya nak jawab,
diam jelah...
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign