Asam Garam Kehidupan: September 2020

Nuffnang

Pages

30 Sept 2020

Ketua balai.

Jemput datang ke muzium Insitu Bukit Jugra, Banting..boleh jumpa dengan ketua balai yang ada basikal Raleigh ni, tengok Umar Zikri siap boleh salam lagi dengan ketua balai yang berwajah ketat ni🤭🤭🤭..

28 Sept 2020

Main paragliding di syurga jelah..

Itulah aku...nak pujuk hati tu kadang macam kena pujuk budak kecik...takpelah..tak dapat kat dunia, tunggulah kat syurga sok..
In shaa Allah..kenalah konfiden minta syurga dengan Allah walaupun tau diri tu tak layak sebab banyak dosa, tapi mudah2an dengan rahmat dan kasih sayang Allah aku dapat masuk syurga yang tertinggi..

Ha..tulah, nak main paragliding di Bukit Jugra Banting ni, ingat mudah ke..kena join kelab dia, kena bayar yuran, kena training...so kita mampu tengok jelah, tengok dengan perasaan penuh teruja...ishhhh...kalaulah dapat naik, kalaulah dapat meluncur di atas angin camtu...bestnyeeeee...emmmm..tak mampulah...tunggu kat syurgalah..lagi best, lagi hebat..hihi...(tu yang kata macam budak2 tu, walaupun sebenaqnya dah senja)
Ramai pengunjung kalau hari ahad..
Bersedia untuk meluncur..
Waaahaha...bestnya..macam mudah je aku tengok dorang buat..bentang payung dia tu, betulkan tali jangan bagi berselirat, tunggu angin, sambil dua orang kawan tolong kembangkan payung tu dan wuushhhh...bila angin kuat datang dorang pun meluncur...

26 Sept 2020

Pantun sifat 20

Simpan di sini pantun berkaitan sifat 20. Tidak tahu individu yg menciptakannya. Mungkin koleksi drpd kitab2 lama. Kredit utk pencipta pantun ini ; “awaluddin makrifatullah”.

PANTUN SIFAT 20

*1. WUJUD
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa 
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakan-Nya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubah-Nya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dari-Nya, pulang kepada-Nya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan Diri-Nya
Bahkan kita yang perlu pada-Nya.

*6. WAHDANIYYAH
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT
Ada ALLAH, Kehendak Milik-Nya
Kehendak kita kehendak-Nya jua
Tiada yang dapat mengatasi-Nya
Pasrahlah kita kepada-Nya.

*9. ILMU
Ada ALLAH, Ilmu Milik-Nya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdir-Nya elok belaka.

*10. HAYAT
Ada ALLAH, Hayat Milik-Nya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'
Ada ALLAH, Dengar Milik-Nya
Tiada apa yang sunyi dari-Nya
Tiap kata didengar-Nya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR
Ada ALLAH, Lihat Milik-Nya
Tiada dapat selindung dari-Nya
Zahir batin dilihat-Nya jua
Baik buruk pasti dihitung-Nya.

*13. KALAM
Ada ALLAH, Kata Milik-Nya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah Kata-Nya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN
Ada ALLAH, Kehendak Milik-Nya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
 
*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN
Ada ALLAH, Ilmu Milik-Nya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdir-Nya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN
Ada ALLAH, Hayat Milik-Nya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN
Ada ALLAH, Dengar Milik-Nya
Tiada apa yang sunyi dari-Nya
Tiap kata didengar-Nya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON
Ada ALLAH, Lihat Milik-Nya
Tiada dapat selindung dari-Nya
Zahir batin dilihat-Nya jua
Baik buruk pasti dihitung-Nya

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN
Ada ALLAH, Kata Milik-Nya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah Kata-Nya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*Kita hamba lemahlah jua
*Tiada berdaya, tiada berupaya
*KepadaNya berpasrahlah kita
*Baru kita hidup bahagia...

Lahaulawala kuwata illa biLlah🍀💖

25 Sept 2020

Terkenang Taif.

Tak terbayang kesakitan yang dialami oleh tubuh mulia itu apabila dihujani balingan batu bertubi2 oleh anak2 kecil yang diupah oleh orang2 dewasa yang menolak ajakan tauhid baginda waktu itu..darah yang mengalir sehingga memenuhi kasut yang dipakainya. Zaid bin Haritsah yang setia menemani juga parah dipenuhi darah kerana beliau begitu berusaha melindungi batang tubuh baginda dengan merelakan tubuh beliau menjadi perisai dari hujanan batu yang bertubi2..

Tapi baginda tidak mendoakan keburukan kepada bumi dan penduduk Taif sewaktu Jibril bertanya mahukah dihempapkan bukit uhud ke atas mereka...baginda menadah tangan meminta kebaikan...

Kini Taif adalah bumi berkat yang wajib dikunjungi sewaktu umrah..lihatlah keberkatan hasil doa baginda dahulu..
Hasil bumi yang melimpah.
Buah tangan yang mesti dibeli.
Memikat sungguh.
Sewaktu di sana, aku dipertemukan dengan seseorang yang mirip wajahnya dengan wajah almarhumah bonda..kami ditempatkan sebilik sewaktu di Turki, Madinah dan Makkah..
Semoga kita dipertemukan lagi..

23 Sept 2020

Pujaan hati ambe.

Kami antara pasangan pengantin..ngehhhh...yang agak muda dalam grup umrah 2/2/20 kecuali adik suar ijo speck itam tu, dia pegi dengan mak dia, dan sorang lagi takde dalam gambar dia bawak mak,makcik, adik dan nenek dia. Selebihnya yang 30 orang lagi tu pasangan suami isteri.

22 Sept 2020

Asalkan dia bahagia..

Mak budak lain takkan ada nak bagi anak dorang main/mandi hujan. Tapi mak budak ni ok je, pergilah mandi..ibu dulu kecik2 memang pantang hari hujan tak senang duduk dibuatnya, kalau arwah tokma tak bagi, ibu curi2 jugak turun rumah..yelah, dulu2 mana ada lagi tv kaler, game tu, game ni..yang ada game main hujan, mandi sungai, panjat pokok..game2 tu korang tak jumpa dah sekarang..usahkan nak berenang, nak panjat pokok pun takut..haihhh..apo nak dikato..zaman dah jauh berubah..
Baik punya landing..
Dulu diteman oleh abang Iman, sekarang abang Iman dah 18 tahun..takkan nak main hujan lagi kan..ahh..sorang pun jadikkk..
Sampai kecut jari...selagi hujan tak berenti..semalam seharian hujan..tapi hari sekolah tak dapatlah dia main hujan, kalau cuti ermmmm dia tak lepas peluang..

Hujan..salah satu tanda kesempurnaan ciptaan Allah..jangan merungut walaupun kita rasa tersekat tak dapat nak bergerak, beraktiviti ikut kesukaan kita..kerana hujan itu rahmat..Nabi pernah berjalan di dalam hujan kerana kata baginda Allah sedang menurunkan rahmatNya di bumi..

20 Sept 2020

Bila cerdik tapi...

Nak share satu cerita, salah satu dari sekian banyak ceramah..

Ada sorang pemuda ni, dia ni anak kepada kepada seorang yang pernah mengaku jadi rasul, tapi Alhamdulillah lah akhirnya dia bertaubat. Orangnya cerdik, pelajar U tempatan..dia ni, ni menurut cerita kawan dia lah..setiap kali nak exam ke, nak buat assigment penting ke..kalau orang lain tu bangun malam, tahajud, semayang hajat minta supaya Allah permudahkan..tapi dia ni lansung tak buat camtu. So..kawan dia ni pun tanya.."eh kau ni, aku tengok tak pernah bangun malam doa minta tolong Allah, kenape ek?"

Nak tau dia jawab apa?
Dia kata.."Kan ada ayat Quran surah Al Muddasir tu kata..wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan..aku tido mana pakai selimut, jadi takyahlah bangun..."

Haa..nampaktu jawaban dia..payah nak berdebat dengan orang camni,  ilmu ada tapi tak disuluh dengan iman...silap2 kita kalah lawan cakap dengan dia. Cerdik tak bertempat...
Teringat pulak dengan budak2 ni..tengokla tu, kan beza budak perempuan belajar dengan budak lelaki..pensel buat tulis, ko sumbat masuk lubang hidung ek..
.

17 Sept 2020

Seharian mengerjakan cik Roselle.

Kan cuti semalam, so dapatlah encomi kita petik hasil ladang(lah sangat🤭 kan..eh, bolehkot panggil ladang sebab dia tanam macam2 di tanah rezab sekangkang monyet tu..monyetlah tukar sudah, sebab banyak monyet) iaitu buah roselle yang ranum, eh..ranum untuk buah yang manis kan?

So, dia dah petik dia lah kena mengerjakannya iaituuu..membuang biji roselle supaya dapat direbus untuk dibuat jus dan jem oleh sang isteri dia..
Biji roselle ni pun direbus untuk mendapatkan pectinnya..korang jangan tanyo den pobondo pectin tu, tapi den tengok ket dalam youtube kono buek camtu. Rebus sampai tinggal separuh air rebusan tu. Laie satu, jangan dikomplen dinding belakang tu yo, den baru siap masak sambal tu, takdan laie nak berosihkan, dah siap kang baru lap sumo tu, sonang takdo nak kono lap bebanyak kali.
Ni kelopak roselle direbus sampai layu. Asal penuh piuk ni, dah layu tinggal banyak ni. Dah sudah, kita keluarkan kelopak dia tu, masukkan gula perang. Den nak bagi sukatan tak ghotilah plak sebab takdo penimbang, tak tau berapa kilo entah yang dipetik semalam tu. Tapi kalau ikut resepi yuotube 1:1..sekilo roselle, sekilo gulo. Den guno gulo perang nak bagi sihat sikit. 

Pastu nak buat jem, kelopak tadi campur dengan pectin yang kita rebus dari biji tu kan. Agak den ada sekilo kot. Campur dengan 3 biji epal hijau. Takyah bebanyok yo, kang roselle masam, epal masam..kang bertambah2 kemasaman. Pastu tambah sekilo gula perang, tu pun tak cukup manis, den tambah lagi dengan 3 keping gula nisey/nisang. Alahhh..tu yang orang buat inti buah melaka tu, tapi yang ni jenis nipis punya...barulah manis secukup rasa.

Siap untuk dipasarkan..ehehhh..takdo maknonyo lah..den nak bagi kat mak2 budak ngaji den ni jer. Yang dalam botol tu jus eh, yang dalam bekas kecik tu jem eh. Mana yang dapat jus tak dapat jem, mana yang dapat jem tak dapat jus..gitulah ceritanya.

Memang boleh tahan sodap jus roselle ni. Bancuh ngn air sojuk lak tu. Haduihhh...logo anak tokak. 

Ada separuh lagi buah roselle kat pokok tu.

16 Sept 2020

Kalaulah manis.

Kalau manis tak sempat dituai sebanyak ni..
Selamat Hari Malaysia 16 Sept. 2020.

15 Sept 2020

pokok roselle ensomi.

Bukan main banyak buahnya, bersisik. Pokoknya ada 5 batang. Baru ni ensomi petik, saya try buat jeruk, sedap tu sedap..tapi buahnya tu berlendir, so takde sape yang sudi menjamahnya hatta yang tukang buatnya pun tak lalu, adalah tersimpan dalam esbok tu tak bermakan.
Buahnya kemain meriah. Pokok ni adik ipar yang bagi, dia semai tapi dia takde tanah sebab rumahnya tak bertanah, sedang elok besarnya nak kena pindah ke tanah, cepat sungguh besarnya ditambah dengan hujan pun banyak, hrmmmm...macam tak cukup batang dia berbuah.
Esok cuti 16 sept, bolehlah minta ensomi petik, saya nak try buat jem dan jus. Kalau dikeringkan boleh buat macam asam keping tau. Masamnya tu memang menciutkan deria rasa, hihi..
Bunganya pun syantikk juga.

13 Sept 2020

Rezeki bubur asyura.

Alhamdulillah..dapat juga rasa bubur asyura. Kariah surau tempat kami yang memasaknya hari ni. 
Tak diwar2kan berikutan masih dalam pkp kan..
SOP tetap dilaksanakan😁😁
Dapatlah merasa..jadilah kan, nak buat sendiri, takkan hado lah jawabnya.
Alhamdulillah..
Ini plak rezeki hari jumaat lepas, beg tu kiriman dari kawan yang sama mengajar tadika dulu, dia lebih dulu berenti dari den..tapi masih lagi berhubung sampai hari ni. Yang cardigan tu plak anak yang belikan, dah lama nak beli cardigan..senang kalau kebetulan pakai t shirt nak keluar ke laman bolehla sarung je cardigan..takyah tukar baju.
Alhamdulillah rezeki yang melimpah.

11 Sept 2020

My favret ustaz.

Biasa saya dengar ceramah ustaz di Youtube tu adalah ceramah2 yang dirakamkan semasa sesi kuliah di mana2 masjid atau di pusat tahfiz ustaz sendiri. Ramai ustaz yang berilmu dan berkelulusan tinggi samada di Mesir atau Syria, yang ilmunya sangat bermanfaat sebagai panduan kepada kita semua. Mungkin kita jarang berkesempatan mengikuti kuliah mereka di masjid..yang mana memang sepatutnya kita berbuat begitu, berkumpul menadah telinga di masjid yang disabdakan Rasulullah supaya kita sentiasa memasuki taman2 syurga di dunia..tetapi mungkin banyak juga halangan seperti kekangan masa dan sebagainya. Tetapi sebagai altenatif bolehla kita luangkan sedikit waktu senggang yang ada dengan mendengar ceramah2 ustaz di Youtube, kita habiskan data phone kita dengan ilmu yang dapat membimbing kita ke akhirat😉😉
Saya paling suka dengan ustaz Syeikh Zainul Asri. Beliau adalah mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Berkelulusan Al Azhar dalam bidang Usuluddin. Beliau juga banyak menuntut di pengajian pondok dalam Malaysia.Dalam ceramahnya sentiasa disulami dengan selawat. Tutur katanya teratur dan lemah lembut, ustaz cakap dialek Kedah..
Ustaz Syeikh Zainul Asri ni speciality ceramahnya dalam bab hadis, tauhid dan tasawuf. Antara isi ceramahnya yang saya ingat ialah bab kelebihan bersugi iaitu dengan bersugi in shaa Allah memudahkan kita untuk mengucap menjelang saat sakaratul maut. Seronok dengar ustaz cerita bab kelebihan2 yang dimiliki oleh orang2 soleh dan wali. Cuma kalau nak dengar bab tauhid kenalah lapangkan hati dan tadah telinga betul2 untuk lebih faham.
Ini ustaz Auni bin Mohamad, berasal dari Kelantan dan sekarang menetap di Pulau Pinang,kelulusan dari Al Azhar Mesir. Ustaz yang dapat jolokan Zakir Naik Malaysia. Juga digelar komputer bergerak kerana kekuatan daya ingatannya. Ustaz Auni kalau berceramah takde tengok teks ceramah. Kalau dia cerita bab susur galur keturunan nabi2 atau sahabat memang cukup detail. Speciality ustaz Auni ialah ceramah bab2 sejarah dan kisah2 para sahabat, juga ceramah peristiwa2 akhir zaman seperti tanda2 kiamat dan dajjal. Antara lagi kelebihan ustaz ialah suaranya yang lantang dan jelas. Ustaz jarang melawak tetapi ceramahnya tetap diminati oleh golongan muda dan intelektual.
Ustaz Wadi Annuar bin Ayub, kelulusan dari Syria.Berperawakan menarik, suara lembut. Selalunya saya suka dengar ceramah ustaz bab sirah para sahabat. Ustaz Wadi kalau cerita kisah perang Uhud kita yang dengar ni seperti boleh bayangkan suasana perang ketika itu. Detail. Dengar kuliah ustaz kita dapat rasa betapa kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah saw. Ada juga siri ceramah bab yaumul akhirat seperti bab sakaratul maut, titian sirat..banyak lagilah, bolehlah cari di Youtube.
Ini ustaz Ibnu Rijal.Nama sebenarnya Muhammad Nazri bin Rijal, berkelulusan bidang syariah dan sejarah di salah sebuah universiti tempatan. Ustaz ni boleh tulis skrip drama tau, kalau nak tau drama NUR 1 tu ustazlah penulis skripnya. Anak murid ustaz Auni ni. Terer bab2 sejarah tanah melayu ni. Suka sangat dengar ceramah ustaz bab kelebihan yang dimiliki oleh bangsa melayu. Naik semangat dibuatnya. Dengar ceramah ustaz ni buatkan kita rasa bangga dilahirkan sebagai bangsa melayu beragama Islam.
Ini Ustaz Dato hj Shamsuri bin Hj Ahmad. Saya suka dengar kuliah hadis ustaz. Biasa sebelum mula kuliah ustaz buka mukaddimah dengan kisah para sahabat. Ustaz shamsuri sesekali melawak juga, tapi takdelah sampai pendengar kuliahnya ketawa berdekah. Cuma antara seorang ustaz dan ustaz yang lain adalah caranya masing2 dalam menarik hati para pendengar mereka.
 Yang ni ustaz Khalid Basmalah dari negara tetangga kita Indonesia. Ustaz ni pun kelebihannya dalam bercerita kisah para sahabat, para imam mazhab. Ada ijazah dari universiti Malaya kalau tak silap saya (maaf kalau tak betul U nya, tapi ustaz memang pernah berkuliah di salah sebuah universiti kita)..so bicara ustaz mudah difahami, tak pekat sangat bahasa Indonesianya. Pernah juga datang memberi kuliah di sini.

Sesekali ada juga saya dengar kuliah ustaz2 lain. Tapi saya lebih kerap dengar ceramah 6 orang ustaz ni. Bagi saya mereka memang ustaz yang tinggi ilmunya yang perlu kita timba sebanyak2nya ilmu dari mereka, walaupun sekadar mendengar dari medium alamaya, itu rasanya lebih baik dari lansung kita tidak berbuat apa2. 

Salam Jumaat..semoga bermanfaat.

10 Sept 2020

Sambil menunggu..

Pernah makan kuih ni tak? Kuih ulat bulu katanya. Rm2 sepack ada 6 ketul. Satu ketul adalah sebesar jari tengah tu kot..Habis dah 5 ketul makan sorang2 je.. Sedap pulak. Dibuat dari tepung pulut, ada inti kacang merah, warnanya pepel dan dibalut kelapa..cukup rasa..rasanya cara buat dia sama dengan buat kuih buah melaka.
Sambil tunggu anak2 ngaji datang..makan kuih ulat bulu kat atas tu, sambil tengok kerja2 turap jalan betul2 depan rumah ni. Hrmmmm...betul kot next PRU is around the corner..chehhh..nak berBI pulak yok, haha..
Kerja turap jalan ni dah berjalan seminggu lebih dah untuk seluruh area perumahan kami ni. Alhamdulillah..cumanya harap dorang turapla betul2 kemas, tak sukalah batu2 tar tu berterabur bila dipijak2 habis masuk dalam pagar rumah. Anak pulak balik dari sekolah, cat tar tu belum kering dipijak habis berbekas hitam kat lantai depan rumah rumah. Camane nak hilangkan kesan2 hitam tu ek?

Hrmmmm...tak datang kot anak2 ngaji den ni. Takpelah..lepas ni nak ke dapur pulak, nak masak.

9 Sept 2020

Kemboja nan indah.

Cuma sayangnya sekarang ni cuma jadi koleksi gambar ye..banyak pokoknya dah mati sebab selalu kena air hujan...
Si merah hati..seakan baldu..
Siputih bersih..kembangnya tak lama..
Si merah menyala..kembang memikat.
Siputih merah jambu..juga tinggal dalam kenangan..
Dalam gelap subuh pun, warnanya sangat memikat..
Errr..ini bukan bunga kemboja..tapi bunga tenggek burung...cantik kan cam burung warna pink tengah bertenggek ramai2 kat dahan..
Semua yang ada hanya pinjaman belaka, sampai masa dijanjikan..pulang ia kepada PenciptaNya...

7 Sept 2020

Share resepi laksa kuah lemak.

Seronok pulak share resepi masakan, hehe..tapi janganla fikir daku kan berubah arah menjadi blog masak memasak pulak, sebab daku bukanlah tukang masak pro pun, sekadar tukang masak di dapur suamiku saja ok lorr.😄

Sape suka makan laksa angkat tangan..hashhash..tapi susahla nak dapatkan laksa keluaran muslim, aritu ada jenama sufi..tapi susah nak dapat. Semalam singgah kedai aceh jumpa pulak laksa ni..
Laksa beras Terengganu korang, keluaran muslim. Den suka ni. Cara guna pun sonang, just celur dengan air panas, tak perlu rebus ye,lain kali kono singgah lagilah ke kodai aceh tu jawabnya. Kat Mydin takde pulak jenama ni. Mungkin ada di cawangan lain ke wallahualam la..

Well..ekceli..chehhh..
Haha..
Nyampah ye korang😁😁

Okla..sebenarnya resepi kuah putih atau kuah lemak tu sama je dengan resepi kuah laksam. Tapi jomla den share kepada sape2 yang belum tau tu.
..ikan sardin besar 5 ekor rebus ambil isi. Tulangnya boleh diblend dan airnya boleh masukkan dalam kuah untuk lebih kaw
..santan dari sebiji kelapa sukatan untuk 2 bungkus laksa.
.. Bawang besar 2 biji, lada hitam setengah sudu besar diblend bersama.
..garam dan gula secukup rasa.
..ulam2an seperti timun, daun kesum, kacang panjang dipotong halus, tauge..semua ulam ni tak perlu celur ye.
..Cili kering yang diblend bersama sedikit saja garam.

Cara memasak.
Masukkan bawang dan ladang hitam yang diblend tadi ke dalam santan. Masak santan hingga mendidih, kena sentiasa kacau ye adik2 jangan kasi pecah minyak. Bila dah mendidih baru masukkan isi ikan yang sudah diblend tadi, terus padamkan api ye. Jangan biar mendidih lama bila dah masukkan isi ikan tu, kalau tak nanti isi ikan tu mendap ke bawah, ha..itu tak best.
tadaaa..dah siap. Camnilah cara dihidangkan. Ulam tak cukup plak tu ha, takdo kacang panjang, bungo kantan pun takdo, toge pun takdo, tapi nohal lah, asal ada timun cukup dah.
Jemput makan ye kawan2. 😄😄.

4 Sept 2020

Nasi goreng ayam popcorn.

Sari dua ni semangat pulak menghapdet blog, cewah..kalau time lost in space tu jangankan nak menulis, menjenguk pun tadak mood. So tengah ada mood ni kita share la apa patut ye.

Jom kita buat nasi goreng sempoi nak.
Gorengkan ayam popcorn anda. Yang besaq2 tu potong2lah sikit.
Tumis cili dan bawang putih. Nak pedas lebihkanlah cili tu. Lebih pedas lebih kaw ye tak, anak2 den tak berapa suka pedas, takat pedas2 manja gitew bolehla..kalau pedas sangat semua pakat bising.
pecahkan 3 biji telur untuk 5 cawan nasi.  Nak lebihkan telur pun boleh juga..terpulang selera memasing.
Masukkan daun limau purut. Ni patut potong halus2, tapi kes nak cepat selesai jadi macam nilah, hehe..
Ni perencah tomyam adabi rahsia kespesialan nasi goreng kita ye, masukkan sesudu besar.
Last masukkan nasi dan ayam goreng popcorn kita. Tambahkan garam secukup rasa. Kacau2 sehingga rata..
Tadaaa...Umar Zikri menambah2 makan. Ni lunch kitorang hari ni sebab omak eh malas naw nak masak. Tepi pinggan tu daun limau, kalau potong halus2 takdelah dia nampak, dah kasar2 camtu takkan ada dia nak makan.
Sedap tau korang, rugi sape tak try..hehe..
Alhamdulillah..salam jumaat semua.

3 Sept 2020

Ayam PPNJ

Sape tak suka makan ayam kan? Anak2 terlebihla suka makan, digoreng., digulai, dibakar, disup..semuanya sedap. Tapi saya ni alergic ayam. Kalau makan habis jadi gatal..alergic sebab ada suntikan hormon. Telur pun saya tak boleh makan.

Tapi Alhamdulillah sejak jumpa ayam PPNJ ni, saya dah boleh makan ayam..yeyyy..
Ayam keluaran pertubuhan peladang negeri Johor. Takde suntikan hormon dan vaksin. Rasa daging ayam pun sangat berbeza, tekstur dia lebih kenyal dan isinya manis. Yang ni ayam popcorn. Puas hati sebab memang isi ayam betul, takde campur kulit. Ada ayam potong ikut saiz, sate..kalau nak tahu lebih lanjut nanti boleh search laman web dia.
Sejak jumpa ayam ppnj ni, hati dah tak berbelah bahagi dah bila nak makan ayam, haha..puas hati sangat. Yakin halalan toiyibah.
Nak cepat dan nak senang punya pasal, asalkan anak2 suka makan.
Jom saya syer resepi terlajak simple tapi terrrlajak sodap weyh..
-Goreng ayam popcorn hingga kuning.
-Tumis cili blend, masukkan bawang putih yang diketuk, masukkan bawang holland.
-Masukkan 3 sudu sos cili dan 4 sudu kicap manis.
-Kalau ada perencah tomyam adabi bolehla masukkan setengah sudu besar.
-Last sekali masukkan ayam popcorn tadi. Garam takyah dah, in shaa Allah dah secukup rasa, hingga menjilat jari gituh..tak caye cer try😉😉
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign