Asam Garam Kehidupan: 2018

Nuffnang

Pages

19 Dec 2018

Jauh di sudut hati..

ok terima kasih atas segala2nya, sbnrnya kat i brain saya cuma ingat tc sorg je, xde tc xde i brain, surah al mulk tu mmg saya akan pastikan alya hafal
kalo x silap tc nak buka tuisyen atau taska sendiri kan? semoga maju jaya.
----------@-----------------------@-----------------------(salah satu ucapan dari parent kepadaku)

Banyak kenangan yang tersimpan sepanjang 4 tahun aku bersama anak2 di situ. Mereka adalah sebahagian dari hidup aku. Bersama mereka membuatkan aku hidup dan ceria. Sungguh..dunia bersama anak2 memang penuh warna-warni yang indah. Penuh gelak tawa, dunia yang tiada dendam, tiada benci...bertingkah sebentar, seminit kemudian mereka berpeluk bahu semula...

Berat sebenarnya keputusan yang aku ambil itu. Bila teringatkan budak2 tu, teringatkan ada antara parent yang betul2 baik terhadapku..ada antaranya yang tidak jadi sambung walaupun sebelum tu kata nak sambung, ada yang tunggu sampai aku bagitau aku ada lagi di situ tahun depan, baru bayar duit pendaftaran..

Bukan salah sesiapa. Salahnya aku sendiri. Aku yang cepat terasa hati. Aku yang tidak mampu memimpin guru2 lain dengan baik setelah dipertanggungjawabkan. Aku yang rasa diri ini dah tak diperlukan lagi, kerana itu aku ambil keputusan yang berat ini.
Lagipun jiwaku makin tak serasi rasanya..sebab..aku tak mampu nak dominan dalam menekankan nilai2 islamik di situ..aku keseorangan...tiada kekuatan, satu lawan enam..

In shaa Allah kalau ada rezeki, aku dah hantar resume kat satu tadika tu, yang lebih sesuai dengan jiwaku, harap2nya...cuma tak taulah, sebab aku dah tua juga, dah tak lincah macam orang muda..tapi aku tau aku ada kesungguhan. Kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap pembelajaran anak2 terutamanya, aku pastikan anak2 yang habis pengajian tu keluar dengan boleh membaca, menulis, dapat adab2 yang asas dalam membina peribadi mereka..jika ada kebaikan buatku ya Allah...maka Kau rezekikanlah..
Buat anak2 yang kutinggalkan, moga kamu berjaya. Buat cikgu2 yang dah lama bersamaku, ampun maaf atas semua kelemahanku..buat majikan ku yang baik..halalkan semua kemudahan yang telah kugunakan..semoga terus maju jaya.
Dalam mengajar aku memang agak garang, tapu aku sayangkan budak2 ni. 
Kadang2 perangai mereka memang menguji kesabaran, tapi aku tetap sayang..
Bersama mereka, ibarat aku duduk di kalangan ahli syurga..
Selamat tinggal sayang ticer..kalau terjumpa di mana2 sapalah ticer yea. Korang akan selalu ada di dalam hati ticer. Saat2 manis akan selalu menjadi kenangan hidup ticer.

17 Dec 2018

Pening nak bagi nama.

Anak saudara baru den, anak adik ipar. Anak nombor 5. Lelaki. Sape nak join contest bagi nama.. haha, takdelah..gurau je.

Maknya tengah penin tu, anak dah seminggu lebih lahir tapi belum kasi nama, takdo idea. Kakak kepada baby nak bagi nama gabungan huruf N dengan Z, yang si mak pak tak kisah asalkan sedap, mudah disebut, ada makna yang baik.
Tulah, den pun cakap juga, tolonglah..tolong bagi nama yang senang disebut, senang dieja. Kesian weyh kat anak tu kat tadika nanti, kesian kat cikgu tadika. Ni den cakap regard tu my pengalaman as cikgu tadika. Makpak nak anak tu pandai tulis nama sendiri, nanti senang masuk darjah 1. So bila tiap kali suruh tulis nama, nanti dorang tanya, " ticer, tulis nama panjang ke nama pendek?" Bila den kata..tulis nama panjang, adalah nanti dengar rungutan.." alaaa.." tak pun kalo dia tak bersungut jawabnya berjanggutla tunggu dia siap tulis nama..bayangkan kalo namanya Muhammad Qaliff Zayyan ke..contoh..atau kalo yang perempuan plak Puteri Qaseh Nur Qaisara ke...memangler lemak berkrim gitew..tapi nama panggilnya pendek jer, tu yang diorang tanya, nak tulis nama panjang ke pendek.
.
Den pun cam adik ipar ni juga masa keluar si bongsu dulu. Nak kasi nama yang berkat, ada makna, senang nak panggil tapi still nice, manis didengar..so jadilah namanya Umar Zikri. Asalnya nak eja zikri tu ziqrie..tapi abah eh tak kasi, takyah nak eksyen lah kato eh. Nak panggil Umar boleh, nak panggil Zikri pun boleh, nak panggil Umar Zikri pun boleh.
Si bongsu yang belum bernama.
Anak dara den dua orang yang tudung pepel dan merah tu, yang rendah sikit lagi dua orang tu kakak si baby atas tu, bersepupula kan..tengah membawang sambil goreng cekodok..anak den Aisyah Humairah, sorang lagi Nadhrah Hannani..sepupu dorang tu sorang Nur Zafirah, sorang lagi Fatini Rauhah..tu trend dulu, gabungan 2 huruf lagi. Sekarang ni dah gabungan 4, 5 huruf..mana tak pening.

13 Dec 2018

Apalagi tugas surirumah🤔🤔

Wakaka..

Pertanyaan cepu cemas untuk diri sendiri.😆

Den cakap kat toklaki, aduyaiii...makin gomukla camni, takdo pergerakan fizik yang banyak, banyak duduk yo, camano ni? Toklaki den kato bawak2la menyapu, lipek baju..huk aloh hei..taulah kain baju dah penuh bakul, takyah cakap do, nanti rajin2 kang den lipekla..💪💪

Okeh, sambil duduk2 jomlah layan anak2 mandi air hujan. Dulu2 memang cari nahas kalo berani main hujan, takut demam..tipikal mak jaman moden duduk kek bandar, padahal dulu zaman budak ingusan dialah juara jelajah kampung, panjat pokok, mandi sungai..ek.ek..le..dah duduk bando anak nak mandi ujan pun tak kasi..

Tapi semenjak dua menjak ni, dah terpengaruh dek nasihat salah sorang geng aweks, katanya banyak pekdah mandi hujan ni..antaranya jimat air..wakaka..pandai2 je kan CH..tapi nak mandi hujan tu ada syaratnya..tunggu lepas 2,3 minit hujannya, pastu bacalah 3 qul, in shaa Allah jadi ubat kato eh..
Si abang pun sama naik je dengan adik eh.
Dalam hujan dia berbasikal.
Sampai kecut, sampai hujan berentilah baru dorang masuk, sebelum masuk siram dulu badan kat luar, tukar baju siap2 kat luar..pendek kata cam nak gi mandi sungai, bawak tuala, bawak baju tukar siap2..jangan berani masuk dengan basah2 menitis2 air kek lantai yek.
Mana nak cari  macam mandi air terjun camni.

11 Dec 2018

Jom menabung untuk akhirat.

[ #KEMPEN ]

🎉🎉🎉 TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA🎊🎊🎊

Jumlah kutipan dana untuk kempen Rayuan Musim Sejuk sehingga 06 Dis. 2018 telah mencecah sebanyak RM237,734.38 dan masih berbaki RM262,265.62 untuk mencapai sasaran RM500,000.

Teruskan menyumbang dan membantu pelarian di Syria dan Turki serta penduduk terjejas di Gaza, Palestin agar mereka dapat menghadapi musim sejuk dengan lebih selesa dan selamat.

🔰JOM MENYUMBANG🔰
1⃣Dalam talian (online); http://bit.ly/IslamicReliefMalaysiaDonateOnline
2⃣Luar talian (offline); http://bit.ly/IslamicReliefMalaysiaDonateOffline
3⃣Mesin ATM; Deposit Tunai/ ATM Transfer

NOMBOR AKAUN IRM:
✅Maybank Islamic - 5621 4270 8704
✅Bank Islam - 12 029 01 006564 3
✅CIMB Islamic - 860 2073818
✅Affin Islamic - 10 671 000278 4
✅Bank Rakyat - 11080 10000 35

4⃣Muat Turun Aplikasi Mudah Alih; Islamic Relief Malaysia
5⃣Pejabat Islamic Relief Malaysia / Charity Shoppe; Tunai/ Cek/ Kad Kredit

📨Sila emailkan NAMA, NO IC, NO TEL, ALAMAT, EMAIL & SLIP PEMBAYARAN kepada donation@islamic-relief.org.my untuk rujukan kami.

💻Layari www.islamic-relief.org.my atau hubungi ☎ 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!
#islamicreliefmalaysia
#islamicrelief
#mulasekarang
#winterappeal
#rayuanmusimsejuk

10 Dec 2018

Ini betul2 caca marba😆😆

Hehheh..kemain lagi sekarang ek, hari2..eh tak juga hari2, bohong bona lak kang., tapi jauhla rajinnya den ni banding dulu, yelah..dah duk rumah ni konolah pandai2 cari nahas..eh, cari tugas apa nak buat, update blog pun satu kojo gak yo tak? Wakaka..

Hari ni den buat bubur caca marba, ini memang boto2 punyo caca marba weyh.
Jangan risau, jemput try..takdo keracunan do.
Bubur campur2, ni ada pisang nangka., pisang nangka memberi rasa kat bubur ni. Jangan lak terkejut tengok ada campur makaroni ni, makaroni dari tepung kan, so not bad lah. 
Ada lagi campur dengan sagu besar tu. Sagu yang halus2  untuk pekatkan kuah pun ada dalam tu. Umar Zikri suka makan ni.

Nak habis setahun dah kan, nak habis dah tahun 2018, masuk plak tahun 2019. Banyak pahit manis mewarnai kehidupan..yang manis jadi kenangan, yang pahit telan jauh2 di sudut hati..

9 Dec 2018

Detik berharga bersama keluarga😁

Tajuk entri tak menahan tu. Kini aku dapat meluangkan lebih masa bersama suami dan anak2..ceeeeewah, haha..ater selama ni takde masa berharga la ek..idokle begitu..kalau dulu nak buat cekodok minum petang pun tak sempat weyh..tapi sejak dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni, kira proper ler sikit time minum petang tu, boleh buat cekodokla, mee goreng basah la, pulut kuning la, bubur tepung la..ha, kira gigih jugalah memikio apa nak masak petang2 cuti sekolah ni, kang kejap2 Umar Zikri kata.." ibu, lapar lah.."
Nak kata proper sangat tu idokle juga, camane angkat dari kuali guna bekas besi tu, camtu den bawak hidang ke depan duduk reramai depan tv.
Kuaci ni, lepas dinner..kira nak kudap2 sambil nonton tv. Bentang surat kabar takde le bersepah habuk kuaci tu. Dah selosai kang tinggai gulung buang je..senang kojo yo tak?

7 Dec 2018

Apa den buat sekarang?

Amik UP sebulan bulan 12 ni, sebelum resign bulan 1 ni, cuma belum hantar surat rasmi berenti kerja lagi, dah siap cuma tinggal nak bagi jer. Nekad? Rasanya macam tulah.

Jadi buat apa sekarang? Tulah den ni, nak meniaga tak pandai, nak buat kerja lain pun tak pandai, dunia den ni dari zaman remaja trang tang tang lagi dunia dengan budak2 jer, mengajar tadika dari satu tadika ke satu tadika, pernah ada bisnes tadika dan taska sendiri dalam 10 tahun gaklah., pastu pindah rumah sendiri, pun sambung mengajar lagi kat tadika orang juga sampai last bulan 11 baru ni.

Eh..pertanyaan belum terjawab ek, hehe..
Sekarang ni den buat tuition membaca kat rumah. Alhamdulillah baru ada 2 orang budak, sorang nak masuk darjah 1, sorang lagi nak masuk darjah 2..next year. Rezeki kan, tak cari pun..Allah nak bagi, kisahnya dorang tau den cikgu tadika, dah tu minta ajarkan anak membaca sebab dua2 belum lancar walaupun nak baca dua suku kata..
Antara kenangan terakhir di tadika..Nur Amani.
Muhd Adam, taun depan darjah 2, belum tau baca walaupun 2 sukukata, takpe ...pelan2 yea. Semalam baru masuk 4 hari tusyen dah kuasai sukukata ra dah. Kaedah membaca eXra ni sangat efektif, den dah guno dari tahun 2007.
Nilah dua orang anak tusyen den, yang baju biru tu anip next year masuk darjah 1, yang baju hitam tu Adam..selamat berkenalan.

5 Dec 2018

Hari2 terakhir..

Dalam hidupku..sebagai cikgu tadika lah, hihi..

Mudah2an saya dimuliakan dengan syahid..aminnn
.
2/12/2018-ahad. Majlis penutup atau ihtifal khusus untuk anak2 berumur 6 tahun, meraikan mereka tamat pengajian..grad gitew selepas dua tahun berhempas pulas, wah dahsyat ek..yea..nak bagi dorang pandai baca, pandai tulis, pandai kira dan most important tau adab2 sebagai seorang muslim..diajar solat, doa, hadis, mengaji, mengenal Allah dan Rasul..bukan satu kerja yang mudah Oooo..

Majlis berlansung di Uniten, Bangi.
Dasat budak2 tadika lo ning..dapat flower bucket, eh..choc bucket, untung akk bisness ni habis semua jualan dia.
Salah satu persembahan anak2.
Pakai jubah dan topi konvo lagi.
Anak murid kesayangan..Nur Irdina Damia.
Bersama ibu Ain Sofia.
Nur khaisara Adilah..
Perasan retis kejap, hehe..bersama ibu Nur khaisara Adilah dan Muhd Haxim Qushaiyi.

4 Dec 2018

Sangat tersentuh hatiku..

Kisah pagi tadi (jumaat 30/11/2018...cheh..lengkap tarikh oii)
Hari jumaat khusus untuk peribadi saya bertemu parent beramah mesra gitew), so 7.30 saya turun tunggu kat bawah dengan senyum ramah, hehheh..mestilah tunjuk muka manis, senyum..saya senang hati, parent pun senang hati jugalah kan..

Tiba-tiba, datang sesosok tubuh kecil dengan mata boolat yang bersinar, dengan suaranya yang halus...tak nampak wajah ketakutan atau kekok..meowwwwww...panjang ngiawnya...
Alahaiii...comey tau. Bulu semua putih. Ada bulu kembang di pipi tu. Rasanya spesies kucing mahai tu, sapelah sampai hati buang si kecil tu kat area kedai ni. Kecik lagi tu, agaknya baru 2,3 bulan kot umurnya. Comot bulunya, tapi taklah comot sangat, masih terserlah kecomelannya.
Kesianlah weiii...pelawa ticer2 tu amik bela, sorang pun tak sudi. Den lagilah..cari penyakit, mampuih kena marah dengan toklaki den kalau berani2 bawak balik. Kalau ikutkan hati naaaakla sangat bela.

Den belikan makanan yang lembut tu, dijilatnya airnya (kuah ) saja. Haus susu mak dia agaknya. Pastu dok berlengkar kat kaki den, aduiiiyaiii lemah perasaan ni dibuatnya. Dah pukul 8.30 ni. Dah habis tugas di bawah, nak naik atas tak sampai hati nak tinggalkan.
Apa nak buat ni, apa nak buat niiii...

Tiba2 datang sorang lelaki, tanya anak kucing sape, minta nak amik bela, anaknya nak...Allaaaaaahu Akbar...

Rasa bersyukur sesangat, terimakasih ya Allah...tak tau macamana nak bayangkan leganya perasaan tu. Sebab apa..sebelum tu terpikir2 apa jadi dengan anak kucing ni kalau ditinggalkan kat bawah tu, buatnya kena langgar, buatnya kena makan dek anjing..
Tapi sori arr, tak terpikir nak amik gambar si comey tu. Dan sori la kalau den terbazirkan masa korang baca coretan den yang tak seberapa ni. Tapi inikan sebahagian dari rencah hidup den yang manis. Tapi rasanya hari jumaat yang ni banyak plak hal yang baik2 tercatit dalam diari hidup den. Dapat brooch dari anak murid. Dapat tambah sorang lagi budak tuisyen.

So, nampaknya confirm den resign tahun depan.
Jumaat terakhir bertugas...sempat abadikan kenangan bersama anak murid yang sambut besday hari tu.

24 Nov 2018

Bila dia curi2 guna telepon..

Habis penuh galeri ibu dengan gambar2 dia. Marah pun tak guna, kang dia buat lagi. So sebelum delete, baiklah ibu abadikan dulu ragam2 dia kat sini, sok dia beso bolehla dia tengok sendiri gaya2 dia yang entah apa2 tu.
Rambut tu kat rumah pun siap kasi minyak rambut, kadang tu belum sempat pakai baju, rambut tu dulu dikemaskan, nasib baik gak dia cuma reti buat stail rambut nerd camtu, kalo disikat stail bukan2, tak ke naiya..eh jangan..berani buat ibu botakkan kepala tu..

20 Nov 2018

Hasil tuaian pagi 12 Rabiul awwal.

Cuti hari ni. Alhamdulillah...sempena hari keputeraan baginda junjungan kecintaan kita. Sollu alan nabiy...semoga kita dapat mencintai baginda saw..
Langit indah sempena 12 Rabiul awwal, tenang..damai...hari yang pernah barokah..ya Rasulullah..semua yang baik2 dan yang indah2 itu itulah kelebihan yang dikurniakan Allah kepadamu..tidak mampu diucapkan dan digambarkan dengan kata2, tak mampu dibayangkan oleh mata..
Kedondong, mangga epal, limau kasturi..hasil kebun belakang rumah, seronok sesekali dapat ke belakang petik sendiri.
Pucuk belalai gajah ke apa nih, tak ingat plak namanya, elok untuk darah tinggi..pikir nak celur jr, lawan dengan sambal kedondong..

Jomm...perbanyakkan sebanyak2 selawat hari ni, jangan sampai kita biarkan hari yang berkat ni berlalu begitu saja. 

12 Nov 2018

Dodoi si dodoi..

Ada yang besar gedabak, ada yang comel loteh, ada bentuk tu, ada bentuk ni..takpelah janji bahagia, dan mau lelap supaya ticer2 dapat meluruskan pinggang time dorang tido. Time nilah ticer yang makan, yang nak solat, nak siapkan minum petang dorang nak siapkan ringkasan mengajar, nak menanda buku latihan..kang dorang dah bangun pukul 3 petang tu, kembali bersilat pencak la ticer2 dengan macam2 kerenah dorang tu..
sebelum tido boleh berangan jadi lightning mc queen..eh betoi ke ejaannya tu, haha..
Yang ni besar gedabak, memang lena sungguh ni.
Yang ni pun ada, apa ke nama katun ni..
Ha, comey je kan..


Lamanya dah tak tulis yang serius2, asyik merapu je..huhu..

7 Nov 2018

Fresh from backyard.

Gituh. Pertanian dalam bandar kata tukang tanamnya. Tukang makannya sengih suka hatilah sebab dah terbayang nak mencolek jambu tu dengan kicap berlado. Inilah hasilnya semalam, ada lagi kedondong, nangka, limau kasturi, durian belanda..harap2 tak kena kidnap oleh cik Tu..
Mangga epal, pokoknya baru berbuah kali ke-2, cuma musim hujan ni buahnya tak berapa comey.
Nangka madu dah banyak kali berbuah, hasilnya dah dapat kongsi sesama jiran setaman.
Kedondong..sedap buat macam kerabu..potong nipis2, halus2..tumbuk bilis, cili, bawang merah, tambah garam dan gula sikit, perghhh...
Durian belanda ni kali pertama berbuah ni, haraplah dapat merasa buahnya..

29 Oct 2018

Memburu cinta/susun selipar.

Masih ada kesempatan nak berkunjung ke pameran barang berkat peninggalan Rasulullah dan para sahabat yang berlansung dari 27/10 hingga 30/10 ini. Bertempat di pusat perniagaan  Global Ikhwan bandar country home Rawang, cuma Karnival jualan dah berakhir semalam.
Apa yang menarik,  jom saksikan..
Ada cabutan bertuah,  kalo dapat boleh naik kereta kuda free.  Tapi kami tak dapat,  ni just buat kenangan. 
Ada booth untuk try kebolehan memanah,  ni hobby si kakak, dapat main busur kecik untuk kids pun jadilah. .
Ada real peraduan memanah,  sebagai salah satu sukan sunnah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah untuk kita belajar,  antara hadiah istimewanya ialah umrah,  makan angin ke Bogor,  ke Turki.. Best kan. 
Yang hebatnya bila mereka sangat menekankan menyusun selipar dengan elok bila masuk ke satu2 premis. Kalau kita tak susun,  mereka akan susunkan.  Nampak kemas kan?  
Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang pameran. So kalau korang nak tengok,  kenalah pergi sendiri,  masih sempat lagi,  last date sampai 30/10 katanya. 
Global Ikhwan ada chanel mereka sendiri. So ni ensomiku sedang diinterviewlah tentang pandangan terhadap pameran tersebut. 
Ada bermacam gerai jualan antaranya gerai makanan,  pakaian,  set alatan memanah dan macam2 lagilah,  berakhir semalam,  cuma pameran barang berkat tu masih aada lagi.  

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign