Asam Garam Kehidupan: May 2019

Nuffnang

Pages

30 May 2019

Tak sengaja terbazir juga.

Seboleh2nya den memang elakkan pembaziran pembaziran di bulan ramadhan ni. Sedih bila mengenangkan anak2 syria, anak2 palestin, anak2 ghaza yang usahkan nak menjamah seadanya, tapi kadang nak berbuka pun takde apa yang boleh dimakan..kalau ada kuasa super power nak je rasanya kumpul makanan2 yang tak habis tu bawak terbang hantar kat sana, tapi apalah daya hamba...

Yang cerita tak sengaja membazir ni, bila si abang Iman tu, bila dah selesai mengemas jamuan moreh kat surau tu ada je bawak balik apa2 yg tak habis, kuih2x lah terutamanya. Kalau yang boleh dikukus semula macam kaswi, kuih lapis den kukuslah semula keesokan harinya untuk buat berbuka puasa, tapi....biasanya den sorang je yang akan makan, si abah lansung tak sentuh sebab dia tak suka kuih2x kukus ni. Kadang tu karipap, den gorengkan semula, habislah dimakan. Ada sekali tu dia bawak balik donat..aterr camane nak dipanaskan semula sebab ada gula kan, dah berhari2 dalam esbok tu..sorang pun tak sentuh..akhirnya terpaksa buang..

Sekarang ni anak2x den semua ada dah balik, si kakak sulung dengan si abang tengah dah start cuti sem 3 bulan tu ha. Si kakak tu kemain kemaruk dia dengan tauhu bergedil, beli kat bazar la kan, den ni selama puasa tahun ni belum pun menjejak kaki kek bazar nun, dia balik2x kerah si abang drive pi bazar cari tauhu bergedil tu, tapi dah sampai bazar macam2x yang dia nampak, berjinjit3x ha kau, 3 kali jinjit plastik makanan, dengan air lah, mertabakla, taufa lah, ayam goreng lah..haa tu, dok ada lagi tauhu bergedil dalam freeze tak habis makan, harap2x kang dia sambung makan buka puasa petang karang.

Akhirnya den pesan kat abang Iman takyahlah bawak balik makanan dari surau lagi, dah tengah malam takde sape nak makan, simpan dalam freeze esok puasa pun takde orang nak makan, dah dipanaskan pun kadang tak termakan juga masa berbuka tu.

Kita kat Malaysia ni mewah makannya, Allah belum uji dengan kesusahan yang besar macam rakyat Syria dan Palestin tu. Itupun kita asyik merungut2x bila harga getah, sawit turun, mengeluh bila harga minyak naik, kita tak bersyukur dengan nikmat keamanan yang Allah bagi kat kita selama ni, kita rasa kita dah cukup susah bila makan nasi berlaukkan garam, padahal anak2 Palestin kutip sisa2 roti di atas pasir, anak2 Syria ada yang makan rumput..Allahu Akbar...janganlah sampai kita diuji seperti mereka baru kita nak insaf...
Ampun maaf terbebel plak, janganlah ada yang terasa yea..

Dah 25 Ramadhan..masih berbaki 5 hari untuk kita isi dengan sebaik2nya..
Bubur lambuk dari surau, ada sebekas lagi dalam esbok, petang ni in shaa Allah den habiskan..

27 May 2019

Rindu kat blog.

Rindu tu rindu tapi maleh naw rasanya nak menjenguk ke sini. Ada je benda nak dibebelkan, tapi last2 terdraft dalam otak je cam selalu. Tapi ni dah nak habis puasa dah ya Allah..dah 22 Ramadhan weih kome, Masya Allah, Subhanallah..cepat sungguh masa berjalan tik tok2 tup2 dah nak habis sebulan puasa..

Kita nak cerita pasal anak kita yang bernama Muhammad Hilman, umur 17 tahun. Antara adik beradik 5 orang tu, dialah yang paling kurang dari segi penampilan maupun otaknya..yelah kan, setiap anak tu tak sama Allah bagi kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi dia ni rajin budaknya, senanglah kalau kita nak minta tolong apa2...itulah kelebihan dia.

Bulan puasa ni, mulanya dari tahun lepas lagi, dia rajin menolong moreh kat surau. Kemas, basuh pinggan semua, adalah 2,3 orang lagi kawannya. Tahun ni pun sama, tapi sebongsu umar zikri pun dah menyibuk sama, cuti sekolah ni takpelah balik lewat pun, kadang pukul 11 malam, kadang pukul 11.30, cuma yang masalah time sahur, susahla sungguh nak suruh bangun, tapi memang kena paksa juga sahur. Lepas sahur, sambung tidur, pukul 6.30 kang jenuh kejut bangun solat subuh plak, kadang kena sedia rotan, bunyi pap2x cepatlah sikit bangunnya sambil merengek2. Lepas subuh sambung tidur lagi sampai pukul 11 pagi, senyap sunyilah rumah, tapi berbuka puasa kang, dengarlah suara dia membising tah apa2x ntah..

Sekarang ni ada plak budak2 tabligh datang iktikaf kat surau tu, jadi si abang Iman ni diajak join iktikaf sesama, oh dia on aje..ditanya abah masa iktikaf malam tu solat apa, solat tahajudlah, solat taubatlah..solat hajatlah..abah tanya lagi cane niatnya.."usalli fardan sunatan..." hahaha..takpe salah, boleh dibetulkan..sengih jelah dia. Baguslah ibu pun sejuk hati tengok anak ada usaha nak mempertingkatkan amalan.
Tapi dah si abang tidur kat surau, umar zikri pun sibuk nak tidur kat surau juga. Merengek2x nak pegi, bukan taknak bagi, tapi fikir kang dia susahkan orang ke, kacau abang2 tu nak iktikaf ke..hrmmmmm..tahan jelah telinga bila dia merengek2.

Bila korang balik kampung? Tapi in shaa Allah rasanya tak jem sangat, sebab dah cuti awal, so rasanya cikgu2 dah balik awal dah, mak2 yang tak bekerja mungkin dah balik dulu, tinggalkan dulu suami kat rumah, kemudian menyusul ye tak?, tapi cam den ni sejak arwah mak pergi, takdelah rasa ghairah nak balik beraya..tapi tiba giliran balik Terengganu kena balik juga, kesian anak2 nak balik rumah tokma, tokma takde pun takpe, janji balik juga rumah tokma.

Mudah2an Ramadhan tahun ni bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi kita kan, mudah2an ada lagi rezeki kita bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan. Tapi andai inilah Ramadhan terakhir kita, mudah2an segala amalan yang kita buat di dalamnya Allah nilai semuanya, penuh markahnya, mudah2an kita bertemu juga dengan Lailatul qadr dan diberi kekuatan juga untuk beramal di malam al qadr itu.

Akhir sekali, den nak ambik kesempatan mohon maaf semuanya ye salah silap disengaja atau tidak, manalah tau ada komen2 yang negatif ke..kan, so mintak maaf kosong2 yea. Semoga anda dan saya pergi dan balik dengan selamatnya , in shaa Allah...
Muhammad Hilman dan Nadhrah Hannani.

10 May 2019

5 Ramadhan dah wehhh..

Jumaat 5 Ramadhan, anak2 dah pergi sekolah..aku duduk di kerusi sambil menahan mata yang mengantuk..hari jumaat, cuti abc, tidak ke tadarus, tidak ada budak2 ngaji, tidak perlu rushing masak, tak perlu rushing kemas rumah., rumah yang senyap sunyi, hanya kedengaran kicau2 burung di luar rumah, dengungan peti sejuk#..aduiiii apa yang paling best??? Ya...sambung tidur...wahaha..ni sambung menaip pun mata terlelap2, berapa kali typo...

Camane korang? Tentu semakin bersemangat untuk buat yang terbaik di Ramadhan 1440H ni kan? Iyahhh, iyahhhh...cuma sebaiknya selain kita nak dan kejar fadhilat tu, kita niatlah sungguh2 supaya ramadhan kali ni kita nak tekan2 nafsu2 jahat kita yang asyik nak rumah besar, makan besar, gelang besar..nak sombong, riak, menunjuk2..ya Allah...sayalah tu...

Ada seorang waliullah yang menjual ganja di depan pintu masjid, sehingga orang ramai memandang serong terhadap wali tersebut. Orang ni terkenal sebagai hebat ibadahnya, baik akhlaknya tapi kerana pekerjaannya dia dipandang hina. Suatu hari imam masjid tersebut sewaktu mau masuk menunaikan solat maghrib bertembung dengan wali tersebut sedang mengemaskan barang2 jualannya iaitu ganja2 tersebut. Lantas terdetik di hati imam itu..."kenapalah dia melakukan pekerjaan begini sedangkan dia terkenal baik akhlak dan kuat ibadah..."
Sewaktu mengimamkan solat maghrib tersebut, tiba2 imam itu tidak mampu membaca surah al fatihah sehingga terpaksa dibimbing satu persatu ayatnya. Pelik, aneh..sesuatu yang tidak pernah berlaku..hatta kalau taraf kita pun rasanya tidak pernah lupa bagaimana bacaan surah alfatihah tu..
Sehabis solat, dia ditanya oleh para makmum kenapa terjadi begitu, apakah kesalahan yang mungkin dilakukannya. Katanya dia tidak ada melakukan apa2 yang bertentangan dengan syariat..kecuali...

Lantas imam menemui wali tersebut dan meminta maaf. Kata wali itu.."tak mengapa, aku tau engkau musykil akan pekerjaanku.."
Lalu terjadi perbualan antara mereka.
Imam: tapi..mengaka engkau melakukan kerja ini, bukankah ini pekerjaan yang tidak elok sehingga ramai orang yang tidak senang denganmu..
Wali: ada sebab aku melakukannya..
Imam: apalah sebabnya?
Wali: kau tunggulah di sini bersamaku selepas solat isya' nanti.

Kerana rasa ingin tau imam sanggup duduk di tempat jualan wali tersebut walaupun ada mata2 yang kehairanan melihatnya. Tidak lama kemudian datanglah seorang pemuda membeli ganja. Wali itu lantas menyuruh imam mengekori pemua tersebut untuk melihat apa yang dilakukan dengan ganja itu.

Imam dapat melihat pemuda tersebut menghisap ganja tersebut tetapi selepas hidapan pertama dia mencampak ganja tersebut ke tanah dan memijak2nya sehingga hancur..
Sungguh hairanlah imam tersebut.
Lantas segera dia menemui wali tersebut menceritakan apa yang dilihatnya. Rupa2nya wali itu sudah membacakan beberapa potong ayat Al quran sebagai penawar, bagi sesiapa yang menghisap ganja itu dia akan terus membenci ganja dan tidak lagi teringin menghisapnya..
Rupa2nya itulah tujuan wali itu, untuk membasmi gejala penagihan ganja waktu itu, bukanlah dia sengaja menjual ganja sebagai mata pencariannya...

Ya..kita manusia ni kan cepat sangat buruk sangka terhadap orang lain tanpa menyelidik dulu hal yang sebenarnya..
Tapi janganlah lepas ni kita nak buat macam wali tu yek, wali tu orang berilmu, kekasih Allah..kita kang tak pasal2 masuk dalam plak, ehehhh..
Minta maaflah juga...sebab saya lupa nama2 wali dan imam dan tempat kejadian..
Ramadhan kareem..



8 May 2019

Camane plak nak buek ni??

Akhirnya ko terperangkap jua dalam jebak berumpan janji manis siikan masin, wahaha...
Hilanglah sikit risau tu, asal jangan datang yang lain plak sudahlah..
Ater..camane nak eleminate menatang ni?? Tak boleh bako ek, berdosa..ensomi kata nak masukkan dalam plastik pastu ketuk kasi mati. Dia kata, ada kawan dia rendam dalam air bagi lemas..boleh ke kome??
Tadi pagi kat dalam..pastu suruh anak letak kat porch luar nun, dah terberak, terkencing dah ni..tunggu ensomi balik kojo kang, biarlah dia yamg uruskan. Ni dah seharian tak makan ni..kena ke kasi makan dah terkurung camni ni ek?? Risau plak kot kita teraniaya kat dia..

6 May 2019

Ramadhan seorang suri rumah..

Tahun ni kira mula lain sikit dari tahun2 puasa sambil bekerja sebelum ni. Eh...lupa plak yea..hari ni first day Ramadhan, den taknak lepaskan peluang ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia..Ramadhan kareem...semoga kita semua semakin insaf dengan bertambahnya usia, kita usahalah ye sama2 meningkatkan kualiti puasa kita dengan amalan2 yang sepatutnya, buang2 jauhlah amalan2 yang tak sepatutnya yang boleh meminuskan pahala puasa kita yek..sayang weyh..penat2 puasa, tapi tak dapat apa2..dapat makan? Isshhh...pastu makan sedap2 tu semua proses pastu jadi hampehhh busukkk jerr..


Walaupun bergelar suri rumah, yang macam banyak masa lapang..hihi..tapi cam biasa awal pagi kira2 time camnilah, den dah start planning nak masak apa untuk berbuka. Bagi den la tak salah, tak taulah bagi orang lain kan, sebab kita tak sama. Bagi den tu bukan apa, senang nak fixkan masa untuk contohnya pukul berapa nak kemas rumah, nak ajar budak ngaji, nak qailullah sat, nak ngaji..den ada join grup tadarus juga kat surau..jadi tu yang kena plan baik2, tidaklah terbazir masa2 yang berkat dalam bulan ramadhan ni kan..

Korang pukul berapa mula start pikir nak masak apa untuk berbuka?? Terutama yang suri rumah cam den ni?? Yang berkerja tu kang boleh singgah bazar beli apa patut ye tak?

Tapi sebenarnya den ni bukan takat awal pagi dah pikir menu berbuka..yang selalunya den ni den plan menu untuk 5 hari sebab pegi beli barang dapur setiap hari sabtu. Tapi antara menu hari biasa dan menu berbuka takde banyak beza pun, kalau beli ikan tu nenunya ikan sambal ke, ikan kicap ke, asam pedas ke, kalau ayam tu buatlah ayam masak merah ke, ayam lemak kuning ke, ayam kari ke..cuma adalah sikit tambah dengan kuih2 atau bubur..camtulah dari dulu in shaa Allah sampailah sekarang. Yang lebih sikit tu pun sebab nak raikan anak2 yang berpuasa, teruja nak berpuasa lagi bila omak eh masak lain dari biasa. Kekadang tu ada juga ensomi beli sikit apa2 kat bazar ramadhan, selalunya dia suka beli murtabak sebab den tak pandai buat murtabak..ehehh..

Hari ni plak kebetulan first day puasa sama dengan genap umur Umar Zikri 10 tahun..dari minggu lepas dah dia dok tanya nanti nak masak apa untuk dia untuk besday dia hari ni. Tulah plan nak masak nasi ayam sebab dia suka nasi ayam. Tahun lepas pun masak nasi ayam hari pertama puasa..apa? asyik masak yang tu ajerr?? Eh mana ada..den jarang2 masak nasi ayam ni..so nasi ayam ni kira menu spesel la bagi keluarga den.

Cukuplah takat ni dulu catatan first day puasa ni. Pasni den nak qailullah jap, pas zohor kan nak start masak dah, tak boleh lambek sebab petang pun ada budak ngaji. Kalau lambek masak kang tak berbuko anak2 den kang. Maaf zahir batin yo.

2 May 2019

Pantaulah apa yang dibeli oleh anak2 kita.

Macam2 yang dijual di kawasan luar sekolah. Jajan2 yang berwarna-warni, bermacam bentuk cepat saja menarik perhatian anak2 untuk membelinya. Takde sijil halal, takde deskripsi, takde ditulis bahan2 yang digunakan. Anak2 ni pantang nampak benda2 yang luar biasa mulalah nak beli. Bimbang juga sebab pernah terbaca dadah2 sintetik yang berbentuk coklat dijual begitu saja. Kawasan luar sekolah katanya di luar bidang kuasa pihak sekolah, jadi pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas apa2 yang dibeli oleh murid2 sebaik saja mereka melangkah keluar bila tamat waktu persekolahan.

Dulu Umar Zikri selalu juga beli benda2 macam ni. Kalau dia bawak balik memang kena rampaslah jawabnya. Kalau beli lagi abah tak bagi duit belanja 2, 3 hari. Sekarang ni Alhamdulillah dah takde, dah cerdik otaknya pikir mana boleh mana tak.
Yang ni saya jumpa dari budak2 ngaji saya. Kawasan luar rumah saya tu ada macam2 sampah jajan. Kenalah kutip sebelum suami bising. Nak pesan supaya jangan buang merata2 asyik terlupa. Ni dalam botol comel macam ni saya pun terpikat, botol kemain cantik, warna air kemain menarik, saya tanya harganya..50 sen. Tu diaaa...untung orang yang menjualnya. Eisshhh...geramlah saya kat diorang yang mencari untung tanpa fikir risiko yang bakal di tanggung oleh budak2. 
Pada saya, nak cari rezeki tu buatlah dengan betul. Juallah benda2 yang senonoh, yang mengenyangkan, bukan benda2 yang bukan2 macam ni.

Betul tak?

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign