Asam Garam Kehidupan: umum

Nuffnang

Pages

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

19 Feb 2015

Sedang nak ubati hati juga..




Image result for gambar hati
pinjam en,google

Takde nak menulis banyak. Ringkas je sebab En.somi dah hint2 ajak bergerak ke rumah my kakak ipar kat Sendayan nun..Jap, sabarla, nak up entri sikit nih.

Apa perasaan kita kalau ada seseorang buat baik kepada kita? Sesekali jumpa dibelanja makan, sesekali dia datang ziarah kita dia bawak hadiah, sesekali dia selit duit kat celah tapak tangan kita...Emmm..konfem kita akan kata.." ishhh, baik betul dia nih, ada je benda nak bagi."..Hati kita pun dok terkenang-kenang kat dia, teringat-ingat kebaikan dia. mulut kita pun dok bercerita tentang kebaikan si dia nih, betul tak? Sila jangan nafikan yek.

Dan kalau boleh kita pun nak balas kebaikan si sahabat tadi. Nak bagi hadiah, bagi buah tangan. Nak jumpa selalu. Kalau ada orang mengata buruk pada si sahabat tadi, tentu kita terasa nak lempang je mulut orang celupar tu, betul tak? Haa..sekali lagi, sila jangan nafikan..

Tapi....bagaimana sikap kita pada DIA yang Maha Berjasa...?

Pada Dia yang saban  waktu memenuhi keperluan kita walau pun tanpa kita minta. Mampu tak kita mengenang Dia selalu, betapa Maha Baik, Maha Berjasa Dia kepada kita, betapa kasihnya Dia kepada kita, boleh kita ingat Dia selalu...tak kan? sekali lagi, sila jangan nafikan...

Dan..ada tak kita teringat nak membalas segala kebaikan Dia dengan menjadi sebenar-benar hamba sebagaimana yang Dia minta? Ada tak? Mungkin ada, tak nafikan..cuma kita kan selalu lalai, sekejap je kita mampu ingat, pastu lama kita lupa..sekali kena hint dari Dia baru kita ingat balik, betul kan..?

Itulah kita, jahatnya nafsu kita, yang selalu berusaha menjauhkan kita dari Dia..

Bagaimana nak ingat Dia selalu? Bukan on the spot kita boleh jadi baik ni. Jika kita tersedar dari kelalaian itu maknanya Dia masih memegang hati kita, syukur banyak-banyak. Dan selalulah latih hati kita mengenang kebaikanNya pada kita, perhatikan kejadian diri kita seperti..garisan halus yang memisahkan antara isi dan kuku..kalau garisan halus tu rosak isi tepi kuku jadi bengkak sebab tiada perlindungan dari kotoran dan sisa makanan...sungguh garisan halus itupun ada hikmahnya, kalau rosak, sengsara pedih, nak buat kerja rumah pun susah, perhatikan pula lidah..lidah nan satu tapi mampu merasa berbagai jenis rasa, dan berbagai lagi kegunaannya..

Alamak, dah macam ustazah la plak, ishh..idokle..sesekali saling mengingatkan terutama buat diri sendiri sebab saya pun sedang berusaha nak jadi baik, sedang berusaha nak buang mazmumah yang dah berkarat nih, jenuh nak sental tak sejenuh sental kuali yang hitam tuh...


20 Nov 2014

Rally formula-e di Putra Jaya.

Antara persiapan yang dibuat sempena rally yang akan berlansung sabtu dan ahad ni. Ni gambar yang sempat saya snap di hadapan bangunan jpn putra jaya. Berminat nak datang? Jemput, jemput.

Psssst: disebabkan rally ni kitorang terpaksa pusing jauh untuk sampai ke jpn, rasa cam tak patut je event camni buat kat kawasan pejabat pentadbiran yang berurusan dengan kepentingan orang awam, padahal banyak lagi tempat lain di putra jaya ni yang tak melibatkan orang awam dan pentadbiran, hrmmmm...entah le.
oye..terlupa la nak bagi tau harga tiket bagi sesapa yang nak
duduk kat kerusi biru ni..tak mahal..antara rm50 dan rm70 jerrrr.

Erkk..satu lagi minta mahap la kengkawan yek..kualiti gambarnya kureng
memuaskan..

13 Nov 2014

Jika engkau kaya..atau miskin..

Kiranya gedung besar itu milikmu, berbahagialah engkau. Kedudukanmu tinggi di mata masyarakat. Engkau dipuji dan dimuliakan. Engkau punya tempat dalam majlis. Tetapi...sekiranya kemiskinan melingkari hidupmu, lapangkanlah hatimu. Jangan kau gusar dengan kemiskinan. sekurang-kurangnya engkau telah terpelihara dari satu penyakit jiwa yang sering menyerang si kaya iaitu kesombongan dan tamak haloba.

Jadikanlah dirimu si miskin yang redha. Contohilah Fatimah. puteri Rasulullah. Fikiranmu bebas dari memikirkan harta sedangkan si kaya kerisauan kalau hartanya hilang. Lupakah si kaya pada Nabi Sulaiman? Perbendaharaan dunia di tangannya tapi dia tidak cinta dunia. Bagi si miskin jauhilah sikap meminta-minta. Biarlah kau miskin harta asal kaya jiwa.

Kemiskinan adalah nikmat. Tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati atau dengki. Sabda Rasulullah.."Hai orang-orang fakir yang mukmin, sukakah saya beritakan padamu khabar gembira? Sesungguhnya orang fakir yang mukmin akan masuk syurga sebelum orang kaya kira-kira setengah hari  ( iaitu lima ratus tahun )"

...1 syawal 1435H- terlepas dari lensa kamera saya ( al maklum tak berapa nak peka ), saya menyaksikan satu keluarga yang tanpa rasa malu naik motosikal yang ada kotak barang di tepi untuk meraikan syawal....

..saat menaip entri ni, tengah terngiang-ngiang plak lagu..".kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga, semua aku belanja.." Wow...betul ke bole macam tu...?.

motosikal macam nilah yang saya maksudkan, tapi tempat letak barang tu dikeluarkan supaya
mudah duduk di dalam kotak-ihsan google-http://aboypunye.blogspot.com/2010/06/abg-si-penjaja-buah-potong.html

22 Oct 2014

Noslalgia Muharram.

Selamat datang Muharram 1436H dan selamat jalan Muharram 1435H..setahun berlalu penuh dengan warna-warna suka-duka sebuah perjalanan, setahun yang bakal datang entah apa lagi warna-warni suka duka bakal dicatatkan...

Dan setelah selesai daun-daun hari, minggu dan bulan-bulan taqwim 1435 gugur berantakan di bumi dan ditelan oleh mulut-mulut masa, daun-daun baru yang hijau segar timbul dengan susuk wajah baru, nafas baru, udara baru membentang sebatang jalan dan titian baru untuk dilalui oleh insan yang melata di bumi Allah ini.

Dan mahu tidak mahu, ingin tidak ingin seluruhnya berhijrah bila datangnya tahun hijrah 1436. Dunia berhijrah. Manusia berhijrah, muda berhijrah kepada tua, tua berhijrah kepada lebih tua lagi, hidup berhijrah kepada kematian....

Dan bayi yang baru lahir berhijrah dari alam gelita ke alam terang. Hidup yang berhijrah kepada kematian,  berhijrah dari alam dunia kepada alam akhirat, adakah kuasa kita yang mampu menghalang. Kemudian dari alam kubur berhijrah lagi ke perhimpunan besar di Padang Mahsyar. Kemudia berhijrah lagi, kemana???  ke mana???

ke syurga?...atau ke neraka???

Aku mengetuk daun pintu diriku, sudahkah aku berhijrah? Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah dari ingkar kepada taat kepada Allah, berhijrah dari selubung kemalasan ke alam kerajinan beribadah..

Kuketuk lagi pintu hati ku ini, bertalu-talu...sudahkah lidahku berhijrah? Sudahkah mataku berhijrah? Sudahkah telingaku berhijrah? Sudahkah tanganku berhijrah? Sudahkah kakiku berhijrah? Mampukah aku membuka sebuah babak baru dalam hidupku dengan menjadi hambaNya yang lebih taat lagi?

" Orang yang bermujahadah pada jalan Kami akan Kami tunjukkan jalan Kami dan sesungguhnya Allah berseta orang yang berbuat kebajikan."
                                                                                                  - Al Ankabut - 96.

NOSTALGIA MUHARRAM.
- 1 Muharram tahun ke 7 kerasulan: Rasulullah SAW dikurung di Shi'ib Abi Talib bersama-sama semua Bani hasyim.
- 1 Muharram 7H ( rabu ) : Permulaan Rasulullah mengutus surat kepada pemerintah-pemertintah antarabangsa.
- Muharram 7H: Ghazwah Khaibar.
- Muharram 7H: Perkahwinan Rasulullah dengan saidatina Safiyyah.
- 10 Muharram 8H ( rabu ) Bertolak dari Makkah ( Ghazwah Fathul Makkah )
- Awal Muharram 9H: Pentadbiran zakat bermula.

Pohon hijrah 1435 makin rontok daunnya- ihsan google.


11 Sept 2014

Jom bersedekah setiap hari (2)

Antara kelebihan dan keutamaan bagi orang yang bersedekah, Abu Laits berkata:
" Bersedekah lah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan , lima di dunia dan liam di akhirat.

Lima kelebihan bersedakah di dunia:

  1. membersihkan harta kekayaan.
  2. Membersihkan dosa-dosa.
  3. Menolak bala dan penyakit.
  4. Menyenangkan hati si miskin.
  5. Menjadikan harta berkat dan diperluaskan rezeki.
Lima kelebihan bersedekah di akhirat:

  1. Sedekah itu akan menjadi naungan di akhirat.
  2. Meringankan hisab.
  3. Memberatkan timbangan amal kebaikan.
  4. Memberatkan timbangan amal kebaikan.
  5. Memudahkan menyeberang titian sirat dan meninggikan darjat di syurga.
Dan banyak lagi yang rasanya kawan-kawan pun ada ilmu tentangnya, saya nukilkan di sini, mudah-mudahan ada kebaikan dan manfaat buat kita bersama. In shaa Allah...

ihsan google

9 Sept 2014

Anak yang soleh jambatan ke syurga.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin memiliki anak. Anak-anak adalah cahaya mata, penghibur hati yang memeriahkan sebuah rumah tangga. Tanpa anak, sunyilah rumah tangga.

Ada yang berbangga bila mempunyai anak ramai demi menyahut seruan Rasulullah SAW  yang berbangga dengan umat yang ramai, namun begitu ada juga pasangan yang hanya ingin sorang dua saja anak bagi menghiasi rumah tangga mereka. Alhamdulillah, saya dikurniakan lima orang anak..agak ramaila tu kan, tapi sekarang pun cuma tinggal 3 orang anak je kat rumah...

Sudah menjadi fitrah kita suka dan sayangkan anak-anak. Fitrah yang dikurniakan bagi kesejahteraan umat. Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah SAW sering mencium cucunya Hassan lalu dia berkat, " Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah menoleh kepadanya dan berkata.." Sesungguhnya orang yang tidak menyayangi tidaklah disayangi."

Sayangkan anak dididik untuk taat dan takutkan Allah, serta taat kepada kedua ibubapa. Seorang ibu di zaman para sahabat yang bernama Ummu Khomsa tersenyum setiap kali mendengar berita anaknya mati syahid. Tetapi bila anaknya yang terakhir syahid beliau menangis, bila ditanya kenapa, beliau menjawab.." aku menangis kerana tidak lagi mempunyai anak untuk kuhantar ke medan jihad untuk syahid." Lihatlah betapa besarnya jiwa ibu ini.

Banyak kelebihan mempunyai anak yang ramai. Antaranya jika ada antara anak kita yang meninggal sewaktu kecil, jika sabar dan redha kita terhadap ketentuan Allah itu, mereka dijamin syurga, Sabda Rasulullah..." Siapa yang mati tiga orang anak, lalu bersabar di atasnya nescaya masuk syurga." Kamipun bertanya" Duhai Rasulullah, bagaimana jika dua?"
Baginda menjawab.." Dan dua orang juga."

Anak yang soleh adalah jambatan kita ke syurga. In shaa Allah jika berjaya kita mendidik mereka sebagai anak yang soleh, nasib kita sebagai ibubapa akan terbela di hari tua nanti. Bila kita mati didoakan kita, amalan mereka pahalanya mengalir kepada kita.

Malang jika kita sebagai umat Muhammad yang dijanjikan kebaikan oleh Allah dan rasul takut untuk melahirkan anak yang ramai, bagi kaum perempuan alasannya takut hilang shape, takut hilang kecantikan, takut tak dapat keluar bekerja, malah ada yang tak yakin bahawa anak itu ada rezekinya yang Allah telah tentukan. Dan yang lebih malang dan teramat malang anak yang dilahirkan di luar nikah dibuang ibarat membuang sampah sahaja, aduhhhh..sedihnya umat yang mengaku umat Nabi Muhammad hari ini.....
Umar Zikri, Nadhrah Hannani, Muhammad Hilman, Aishah Humairah, Muhammad Danish, moga kalian jadi anak-anak ibu yang soleh dan solehah, jadi jambatan ibu abah ke syurga, aminnn..

11 Jul 2014

mengejutkan.

Kolam ikan patin Batu Gajah- Ipoh kering-kontang penuh dengan tulang khinzir...

Berikutan dengan itu diingatkan:

JANGAN BELI IKAN AIR TAWAR KAT:

  1. BILLION
  2. ECONSAVE
  3. GIANT
  4. TESCO
  5. AEON
  6. RAPID
Semua supplier ikan bangsa cina. Keluar dalam IKIM pagi tadi.
perkongsian dari gruop wasap.

9 Jul 2014

Nikmat yang hilang...

Terasa nikmatnya pegi kerja bila terpaksa cuti camni. Bulan puasa terpaksa amik cuti sebulan, kenapa??
Jem lain macam la bulan puasa ni, semua orang kejar nak sampai cepat ke rumah kan., lambat-lambat kena buka puasa dalam kete plak kan. Hari isnin 2 ramadhan baru ni  saya keje sebab nak cukupkan sebulan kerja. Saya sampai rumah kul 6.30 petang, tak sempat buka tudung terus ke dapur, kelam-kabut sangat. Tapi sempatla masak ringkas-ringkas. Tu yang terpaksa amik cuti sebulan puasa ni.

Sebenarnya saya tak ngantuk. Biasanya kalau keje memang tak sempat nak lelap lansung, bangun pukul 4 pagi, sampai rumah kul 6.30 petang, lepas maghrib tung-tang, tung-tang kena masak, pukul 10 malam saya dah tak larat nak angkat kelopak mata dah. Ni dah tak keje camni, sempatla tidur siang, kekadang terlajak-lajak..tu yang malam susah nak tidur, ni ha..biji mata tengah segar lagi nih..

Esok dah 12 ramadhan, kejap je kan..jom kawan-kawan kita pakat muhasabah diri..apa yang kita dah dapat dari ramadhan kali ni. Meningkatkah roh kita, bertambahkah rasa kehambaan kita atau bagaimana??
Sekadar lapar dan dahaga sajakah?? Bagaimana dengan sifat rendah diri, pemurah, bersangka baik, zuhud, sabar, berkasih-sayang sesama mukmin dan lain-lain?? sudahkah jadi akhlak kita?? Jika jawabnya tidak, itu tandanya kita belum mendapat roh ramadhan..

24 Jun 2014

Gosok telekung...? Rajinnya.

Kisah ni dah lama sebenarnya. Saya coretkan di sini sebab saya selalu teringat-ingat bila setiap kali menggosok baju suami..

Saya berkunjung ke rumah seorang sahabat baik saya. Kehidupannya sangat sederhana. Suaminya seorang 'pak guard' dan dia waktu itu mengambil upah mengurut. Saya suka mengurut dengannya sebab dia akan urut betul-betul, sakit betul..tapi saya serasi dan saya suka. Kalau takat-takat urut-urut, picit-picit biasa tu, lega sekejap je, pastu sakit balik, buat habis duit je. 

Suatu ketika, sebelum dia ambil upah mengurut dan suaminya takde kerja tetap, kehidupan mereka memang susah. Pernah diceritakan, yang ada kat rumah cuma beras, minyak, garam dan bawang. Setiap hari cuma mampu buat nasi goreng, tapi setiap kali dia memasak dia minta dengan Allah agar apa yang dimasaknya menjadi berkat untuk anak-anaknya belajar. Anaknya waktu tu 2 orang. Tapi saya nampak memang berkat doa seorang ibu, dua orang anaknya ni memang bijak, yang sulung tahun lepas llulus SPM dengan cemerlang hingga ditawarkan melanjutkan pelajaran ke German, tapi dia memilih untuk sambung belajar di IPT dalam Malaysia je. Anak yang kedua tahun ni SPM di Sek.Men Sains Negeri Sembilan. Sekarang anaknya 4 orang, yang 2 lagi ni masih bersekolah rendah.

Apa yang buat saya kagum lagi dengan sahabat saya ni, dia sangat lemah-lembut dengan anak-anaknya, berbanding sayalah, sabarnya dia dengan anak-anaknya. Di rumahnya ada bela kucing juga, dengan kucing pun dia bercakap lembut, macam bercakap dengan anak-anaknya...

Saya dah jauh lari ni...

Saya nak ceritakan yang ni. Suatu hari saya berkunjung ke rumahnya untuk berurut lagi. Masuk waktu Asar, saya nak pinjam telekung sahabat saya ni sebab saya tak bawak telekung. Dengan suara dan wajah yang penuh serba-salah dia minta maaf. Katanya dia belum sempat gosok telekung tu. Haaa...gosok telekung...? Dihulurkan sebotol minyak wangi. Minyak wangi biasalah, memang selalu saya guna untuk solat. Tapi gosok telekung, serius..saya tak pernah gosok telekung. Sehabis solat saya bertanya penuh kebodohan, " kenapa gosok telekung?"

" Yela, kita ni nak ke mane-mane, siap gosok baju cantik-cantik, wangi-wangi. Ni kita nak mengadap Raja segala raja, mestilah lagi nak cantik, kemas, wangi..."

Saya sangat tersentuh dengan jawaban itu. Betul sangat. Mursyid saya dulu selalu menyebutkan kita ni sepatutnya kalau nak mengadap Allah tu, sepatutnya mesti lagi cantik, wangi, kemas, bersih, bersiap-sedia lahir batin, setengah jam sebelum masuk waktu dah siap menunggu di sejadah. Ni kita tak camtu, kita kalau nak jumpa orang bukan main lagi bercantik-cantik, berhias-hias, berwangi-wangi, nak mengadap Allah selekeh je. Telekung pun basuh sebulan sekali, bertahi lalat, hapak..Macam tu ke adab seorang hamba terhadap Tuhannya. 

Saya yang lupa sebenarnya. Tapi telekung saya takdelah sampai berbau, cuma takdelah sampai teringat nak menggosoknya. Terfikir-fikir, merenung-renung, malu rasanya, baju melayu yang suami buat solat pun saya tak pernah gosok. Jadi bila teringat saya gosok semua sekali baju kerja suami dan baju melayu solatnya. Dan sapukan secalit minyak wangi....

Kawan-kawan lain tak macam saya kot....

Oh ye, nak ucapkan selamat datang dan selamat berukhwah buat Sal Bee Yah dan Syahmie, semoga jalinan ukhwah kita kekal hingga ke jannah.

24 Apr 2014

Selipar dan kasut.

Dari sejak zaman remaja, saya tak dibiasakan ada banyak kasut. Tambahan pula mak pun bukan orang berduit. Saya pernah tinggal dengan mak saudara di Batu Pahat selama 3 tahun, anaknya cuma 2 orang, jadi dia nak tolong supaya saya boleh belajar dengan sempurna. Masa tinggal dengan mak sedara tu pun, saya hanya ada selipar rumah, kasut sekolah dan sepasang kasut jalan yang dibelikan menjelang hari raya.

Sedih juga la masa tu, yela..remaja la katakan, teringin juga nak ada beberapa pasang kasut untuk bergaya sesuai dengan keadaan, tapi ..tak berduit, mampu tengok, mampu berangan jelah.

Pastu bila dah mula bekerja, ( cikgu tadika dari dolu-dolu ), gaji cikgu tadika berapalah sangat, pun tak boleh meralisasikan angan-angan nak berkasut banyak. Then..dah jadi terbiasa dengan sandal atau selipar yang cuma ada sedikit tumit. Ada juga beli kasut bertumit, saya cuma mampu pakai sekali dua, rasa tak selesa, jadi kasut tu terbiar tak dipakai. Dah jadi membazir, cuma masa tu takdelah akal tu terjangkau pasal membazir, hisab akhirat ke..

Bila dah tua-tua camni ( sedar pun diri dah tua, amalan tak seberapa , hua, hua ),  dah terbiasa dari kecik, alam sekolah, alam remaja..cuma ada sepasang selipar dalam hidup ( mbik kau, dalam hidup tuh, maksud saya untuk suatu tempoh masa, hi hi ) saya dah jadi tak kesah dah, sepasang selipar tulah saya lanyak ke pasar, ke tempat keje, jalan-jalan, balik rumah mak mentua, ke rumah terbuka datuk Zahid Hamidi ( oitttt...apa crita tetiba masuk nama DZH ni, sasepen jer ye, DZH tu pak sedara biras, jadi masa raya tahun lepas pi rumah terbuka dia, orang lain bergaya dengan macam-macam kasut merelit-relit, saya bantai selipar jer ). 

Pasal tetiba cerita pasal kasut nih, entah le..

Takde..sebenarnya masa lepak-lepak tunggu kawan kat stesen bas, saya tengok ramai sangat yang berselipar, tapi selipar cantikla..
Dari atas, tudung cantik, baju cantik, handbag cantik, tetiba kaki kat bawah pakai selipar. Then saya terpikir-pikir, mesti dalam pejabat ada kasut cantik, selipar tu pakai nak gi kantin ke, toilet ke, sebab selipar SELESA..


......selesa.....selesa...selesa....

Kita hari ni selalu lupa bersyukur dengan segala macam nikmat yang ada, kita selesa dengan apa yang kita ada, kereta, rumah, anak-anak, suami, isteri, segalanya telah kita miliki dengan izinNya, cuma dek kerana kita dah SELESA, kita tak menyedarinya. Macam pakai selipar tu, mudah dimiliki, kalau hilang murah je nak beli lagi, kita rasa mampu dapat dengan usaha kita, padahal kalau tanpa izinNya, nak gerakkan sebatang jari pun tak berdaya....


sepasang selipar, selesa...

16 Apr 2014

Bau....

Letihnya badan ni ya Allah, rasa nak tidur balik selepas anak-anak dah pegi sekolah tadi, tapi saya dah 'haramkan' diri saya tidur selepas subuh atau tidur awal pagi..taknak hilang berkat hidup. Tapi Alhamdulillah sesangat sejak saya aktif ( aktif la sangat..) berblog ni, nilah ubat hilangkan ngantuk saya ( hari ni saya cuti ).

Semalam semasa menunggu kedatangan kawan di stesen bas depan JPN, datang sorang pakcik, mungkin nak tunggu bas la kan. Saya mula cuak, sebab dari jauh nampak muka dia tersengih je ( rupanya memang muka dia camtu sebab giginya dah jarang-jarang ). Dia bertanya dengan sepatah perkataan je, beberapa kali saya dok 'apa..apa' sebab tak faham. Rupanya dia tanya bas. Pakcik ni berseluar jean lusuh dengan kemeja kotak-kotak. Saya tak tau pakcik ni melayu atau indon..

Tapi yang sangat tidak menyenangkan saya selepas itu ialah..baunya. Ya, hancing sesangat!. Saya cuba bertahan kat situ. Kemudian di keluarkan rokok, MasyaAllah bercampur-campur bau hancing dan asap rokok...membuatkan saya menahan nafas.

Tapi saya mengalah, tak boleh bertahan dah, tarik tangan Umar Zikri pergi agak jauh dari situ.

Bukan nak sangka buruk, tapi kalau kencing betul-betul di tandas dan basuh, mana ada bau sampai camtu sekali. Dulu kawan pernah cakap, jangan beli aiskrim cedok-cedok yang orang jual kat motor tu, sebab apa tau..diorang pun ada yang tak basuh kencing, Wallahu'alam...

24 Mar 2014

Buat Para Pengantin baru_-LAMBAIAN FIRDAUS SENTIASA MENANTI


Apabila seseorang perempuan melangkahkan kakinya ke gerbang perkahwinan, maka menangislah syaitan-syaitan dan terbukalah pintu-pintu syurga untuknya. Terpikullah di bahunya tanggungjawab dan amanah yang berat sesuai pula dengan pahala dan ganjaran dari Allah yang besar yang disediakan untuknya.

Ia akan menjadi seorang isteri, yang bakal menjadi penenang jiwa buat suaminya. Bakal menjadi isteri solehah sebagai perhiasan rumahtangganya. Bakal menjadi pendorong dalam setiap usaha suaminya. Dan bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya. Suami menjadi pemimpin rumahtangga, manakala isteri sebagai isteri menguruskan keperluan suami dan anak-anak. Itulah sebuah rumahtangga yang mana suami dan isteri berusaha menjadikan yang disebut Al Jannatul 'Ajilah ( syurga yang disegerakan ).

Perkahwianan kerana Allah akan berjalan menurut syariat Allah dan InsyaAllah akan diberkati serta mendapat keredhaanNya.

18 Mar 2014

Jadilah Bunga Penyeri Taman Syurga...

Wanita sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan suatu yang indah, cantik, wangi dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam di syurga. adanya wanita menjadi penyambung zuriat di mayapada ini. Wanita solehah ibarat bunga yang berkembang mekar, harum dan bersinar. Menjadi idaman untuk penyeri hidup, alangkah beruntungnya menjadi wanita solehah, di dunia lagi telah dimuliakan Allah.

Wanita tholehah pula ibarat bunga yang layu, kering tiada seri. Kalau cantik pun ia umpama bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

Wanita solehah di zaman Rasulullah seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah dan lain-lain telah lama meninggalkan kita. Dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.

Islam hanya memberi 4 syarat untuk wanita menempah tiket ke syurga., iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,  taat pada suami dan menjaga maruah. Hanya wanita yang beriman dan memiliki sifat taqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelakakan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat bunga penyeri taman syurga......


Ihsan google



17 Mar 2014

Mahukah jadi orang pilihan?

Alangkah gembiranya hati kalu dapat kalau kita jadi 'orang pilihan' dalam suatu perkumpulan. Tidak kiralah sama ada dipilih oleh ketua kerana kesungguhan kita bekerja atau diberi keistimewaan kerana jasa-jasa kita. Tatkala itu hati rasa berbunga, rasa diri kita sajalah yang terbaik...

Itu baru di dunia...Apakata kalau di padang Mahsyar, tatkala sedang berasak-asak dalam perbarisan mengharungi lautan peluh manusia, tiba-tiba kita dipilih untuk dihisab, tentu di kala itu kita rasa amat beruntung, setelah sekian lama menunggu, tidak tergambar perasaan kita waktu itu...

Rupanya, di alam dunia ini telah ada insan pillihanNya. Pilihan Allah adalah terhadap orang yang merendah diri (tawakduk ). Seperti dalam sejarah, antara lima orang pilihan rasaul Ulul Azmi, Allah telah memilih Rasulullah SAW sebagai kekasihNya dan sebagai penghulu sekelian nabi dan rasul. Kenapa pilihan Allah jatuh kepada Rasulullah SAW?

Suatu hari Allah bertanya kepada Nabi Daud, " Siapa engkau?" Jawab Nabi Daud, "Saya Khalifatullah (Khalifah Allah ).

Ditanya kepada Nabi Ibrahim, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Ibrahim, "Saya Khalilullah ( yang dikasihi Allah ).

Ditanya kepada Nabi Musa, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Musa," Saya Kalimullah ( yang diajak berbicara dengan Allah )

Ditanya kepada Nabi Isa, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Isa, " Saya Rohullah (roh Allah )"

Tapi tatkala ditanya kepada Rasulullah, "Siapakah engkau?" Dengan penuh tawadhuk baginda menjawab, " Saya anak yatim piatu." Maka dengan jawaban yang merendah diri itulah Baginda dipilih.

Kita hari ini, marilah kita berusaha memiliki sifat tawadhuk atau merendah diri untuk menjadi orang-orang pilihan Tuhan. Memiliki sifat tawadhuk umpama air yang sifatnya sentiasa mengalir ke bawah. Hatta ia berada di atas gunung, ia tetap berusaha mengalir ke bawah..

16 Mar 2014

Alhamdulillah..hujan lagi.

Cuaca indah pagi tadi, dengan awan putih memenuhi langit, mudah-mudahan
hujan lagi, hujanlah ya Allah, walaupun tak dapat membasuh dosa-dosa
kami yang banyak, moga dengan rahmatMu kami mampu bersyukur....

Alhamdulillah...petang semalam hujannya turun sekejap saja, petang ni hujan lagi..lebat
cukup untuk membuatkan cuaca dingin membalut bumi Semenyih ini.
Mungkin ada antara doa-doa yang Kau dengar, maka kami memohon lagi
kembalikanlah segera yang hilang....dan tolong beri kesedaran kepada
mereka yang lalai dan ampunkan mereka dan kami juga...

13 Mar 2014

Khusus buat blog babY-pose.

Saya tak tau tindakan ni betul atau salah, minta maaf banyak-banyak kat BabY-pose kalau apa yang buat ni salah, tapi saya tak tau nak hubungi saudari macamana.Saya buat ni pun dengan harapan saudari dapat cari jalan penyelesaian dan saya dapat berkunjung ke blog saudari lagi.

Macam ni...petang ni bila saya bukak blog saudari ada pemberitahuan dari google yang blog babY-pose has been block because of Malware virus. Dua kali saya try buka, dan dua kali juga ada pemberitahuan yang sama. Moga mesej ni sampai kepada saudari...

8 Mar 2014

30 tahun kutip tahi lembu....

Kuala Pilah: Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, seorang nenek di Kampung Juasseh Tengah, dekat sini, sanggup mengerah kudratnya setiap hari membersihkan najis lembu yang bertaburan di atas jalan di kampungnya.
Lebih mengejutkan, Wong Ah Pong, 81, mesra dengan panggilan Uwan, melakukan kerja sukarela itu sejak lebih 30 tahun lalu semata-mata kerana tidak sampai hati melihat kenderaan yang melalui jalan kampung sepanjang hampir 100 meter itu terpalit najis lembu. 
Dia terkenal dengan panggilan uwan, sedang mengutip tahi lembu yang bertaburan.

Inilah antara berita yang menarik hati saya, yang terkesan di hati saya... saya kagum dengan wanita tua Cina yang terkenal dengan panggilan uwan ini. Andai dia seorang Islam tentu menepati salah satu ciri taqwa yang disebut oleh Rasulullah..iaitu membuang halangan di jalanan....dan rasanya kita yang mengaku diri kita sebagai Islam, tak ada yang sanggup melakukan kerja yang nampak jijik ini.....

6 Mar 2014

Kelebihan Isteri Solehah

Kelebihan Isteri Yang Solehah:-

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali / 70 orang lelaki soleh.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelak iyang jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 
4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

5. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

6. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang mendorong suaminya keluar untuk berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan para bidadari.  Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
 
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

14.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

15.  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
 
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala berganda-ganda berbanding jika dibuat setelah di suruh.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu ilmu akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/08/kelebihan-isteri-yang-solehah.html

4 Mar 2014

Antara dua..pilihlah.

Sewaktu kita sedang berjalan, pernah kah terlintas di minda kita, " nak berjalan ni, kena susun langkah camni, pastu camni, pastu lenggang sikit, then elak bila nampak batu, longkang...",  atau waktu kita makan, minum,mandi...ada ke terfikir nak kunyah makanan ni, kena kunyah camni..rasanya tak kan? Kita tak terasa atau terfikir sedang mengunyah, meneguk minuman atau mandi, kerana benda tu semua sudah sebati dalam diri kita. Tidak perlu fikir-fikir atau terpaksa mujahadah untuk melakukannya. Kebaikan juga, jika kita  istiqomah melakukannya, InsyaAllah tidak lagi berat, memang berat pada awalnya, bersedekah misalnya, nafsu sakit bila terpaksa menyerahkan kepunyaan kita kepada orang lain. Tapi nafsu itulah nak kita tekan, ibarat rumput atau lalang di halaman ( rumah kampungla ada halaman, ada rumput, rumah bandar semua dah bertile..), jangan biarkan ia tumbuh, apalagi disuburkan, hendaklah kita cantas selalu.

Begitu juga dengan perangai yang tidak baik. Jika sudah sebati dalam diri, sudah menjadi tabiat harian, kita tidak akan sedar tabiat buruk itu ada dalam diri kita. Bila ada orang menegur.." Awak ni camni, camtu, sekian..sekian..so on, so on..." kita akan terkejut, bahkan spontan pula menafikan, " Eh, ye ke, bila masa saya camtu.." Kita akan anggap itu hanya tuduhan melulu, atau pun kita rasa kita tak terniat pun nak buat camtu, dan macam-macam alasan lagi, maka kita tidak akan rasa bersalah pun....

Memang kita tidak akan terasa lagi kerana kejahatan itu sudah jadi tabiat, pakaian dan basahan peribadi. Tanpa sedar ramai yang sudah terasa, kecik hati, jauh hati tapi kita tetap selamba je, 'cool men, cool..'

Ini sangat merbahaya, kerana kita tidak lagi merasa berdosa dengan kejahatan yang kita lakukan. Lantaran itu kita tetaplah melakukan dosa itu, berterusan dan berterusan. Kita juga tidaka akan bertaubat dengan dosa tadi, kalau bersalah sesama manusia kita tidak pula meminta maaf, jadi bagaimana mungkin ia dapat diampunkan oleh Allah?


Ihsan google


27 Feb 2014

Penipuan Cashier di Stesen minyak Petronas.

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan.......

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang. Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “Bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10. Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini. “Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf. “Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh. Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

sumber: buletinhangat.blogspot.com
Ihsan google
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign