Para pejuang Islam dari zaman-berzaman tidak pernah luput dari hasad dengki manusia kepada mereka. Begitu juga Imam Abu Hanifah, beberapa orang yang berhasad dengki kepadanya merancang satu fitnah untuk menjatuhkan imejnya.
Untuk tujuan itu mereka mengupah seorang wanita. Wanita itu dibawa ke kampung Imam Abu Hanifah dan diarah mengikut apa yang dirancangkan. Menjelang waktu subuh, dalam perjalanannya ke masjid, Imam Abu Hanifah disekat oleh wanita upahan itu. Dia berkata dengan suaranya yang penuh kerisauan, " Tuan, tolonglah ke rumahku sekejab, suamiku sakit tenat dan dia hendak berwasiat. Aku bimbang dia meninggal sebelum sempat berwasiat."
Sebagai seorang Imam, tanpa banyak bicara dia terus menuju ke sebuah rumah yang didakwa oleh wanita itu sebagai tempat kediamannya. Sampai di situ, dia dipersilakan masuk, tetapi sebaik sahaja beliau masuk, wanita itu mengunci pintu dan terus melaung-laung meminta pertolongan. Datanglah golongan pendengki itu menangkap Imam Abu Hanifah dan wanita itu untuk dibawa mengadap Khalifah.
Khalifah memerintahkan supaya Imam Abu Hanifah ditahan sementara menunggu waktu siang. Imam Abu Hanifah terlalu dukacita, hatinya tidak putus-putus mengharap rahmat dan kasih-sayang Allah. Ditakdirkan Allah, wanita upahan itu tiba-tiba menyesal di atas perbuatnnya.Lalu dia segera menemui Imam Abu Hanifah di tempat tahanan untuk menceritakan hal sebenarnya.
Imam Abu Hanifah tunduk berfikir sejurus, kemudian dia berkata, " Kalau engkau hendak menebus dosa mu itu, pergilah kepada mereka, katakan engkau hendak pulang ke rumahmu kerana sesuatu urusan dan akan segera kembali setelah selesai urusanmu."
" Baiklah, tetapi apa yang harus aku lakukan di rumahku nanti?" dia bertanya.
" Engkau jangan pulang ke rumahmu, itu sebagai alasan sahaja, engkau pergilah ke rumahku, ceritakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Kemudian bawalah dia ke sini dengan menyamar sebagai engkau. Suruhlah dia berpakaian seperti engkau, dan engkau sendiri pergilah kemana-mana pun, aku maafkan engkau."
Rancangan itu berjalan lancar dengan berkat Imam Abu Hanifah. Sebaik-baik sahaja isteri Imam Abu Hanifah yang menyamar sebagai wanita upahan itu sampai, hari pun menjelang pagi. Imam Abu Hanifah dan isterinya yang menyamar itu segera dibawa mengadap Khalifah.
" Adakah halal bagi engkau berkhalwat dengan seorang wanita ajnabi?" tanya Khalifah.
" Wahai Amirul Mukminin, sebelum membuat tuduhan, pastikan dulu wanita ini. Panggillah bapa mentuaku untuk memastikannya." Kata ImamAbu Hanifah.
Bapa mentua Imam Abu Hanifah segera datang dan diperintahkan oleh Khalifah untuk mempastikan siapa wanita itu. Beliau segera membuka 'purdah' yang menutup wajahnya...
"MasyaAllah, ini anakku. aku kahwinkan dia dengan Imam Abu Hanifah..." dia menjerit terperanjat.
Semua orang yag hadir di situ terkejut dan kehairanan, termasuklah golongan si pendengki itu. Alangkah kecewa dan marahnya mereka kerana rancangan itu gagal.
Showing posts with label Mujahid dan Mujaddid. Show all posts

27 Feb 2014
27 Dec 2013
IMAM SYAFIE-Ujian demi ujian
Maaflah teman-teman, baru dapat sambung semula kisah Imam Syafie ni, takdelah sibuk mana pun, tapi saya layan MASTIKA dan satu buku lain, yang saya rasa tak boleh berhenti membacanya, banyak ceritanya yang nanti saya nak kongsikan, InsyaAllah...
Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Syafie kembali ke Madinah. Sebaik saja sampai di Madinah beliau terus ke masjid Nabawi. Kemudian menziarahi maqam Rasulullah SAW. Selepas itu beliau terus menziarahi Imam Malik yang kebetulan hari itu sedang mengajar. Imam Malik sangat gembira dapat bertemu kembali dengan Imam Syafie lalu ia turun dari kerusi dan meminta Imam Syafie menyambung syarahannya.
Imam Syafie tinggal di Madinah bersam Imam Malik selam 4 tahun. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia dalam bulan Rabiul Awwal tahun 179H. Jenazah Imam Malik dikebumikan di Baqi'.
Selepas kewafatan Imam Malik, Imam Syafie masih berada di Madinah. Tetapi Gabenor Yaman memintanya untuk menetap di sana. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha kerajaan Yaman. Nama Imam Syafie semakin hari semakin harum. Kealiman, kecergasan serta akhlaknya makin disukai oleh rakyat Yaman. Tetapi sudah menjadi sunnatullah pejuang-pejuang kebenaran itu sentiasa diuji, seperti mana yang dialami oleh Imam-imam besar yang lain- Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain. Disebabkan nama Imam Syafie semakin harum dan disukai oleh rakyat Yaman, ada pihak tertentu yang ingin nama baik beliau tercemar. Imam Syafie difitnah memimpin kaum syiah menentang Khalifah Harun Al Rasyid. Beliau ditangkap lau dihadapkan kepada khalifah bersama puak-puak syiah.
Sekalipun ujian dan cubaan selalu menimpa pejuang kebenaran, namun Allah tidak biarkan begitu saja, begitu jugalah dengan Ima Syafie. Berkat kealiman, ketenangan serta kefasihannya menjawab segala soalan yang dihadapkan Khalifah, akhirnya dia dibebaskan dari sebarang tuduhan. Bahkan dalam pemeriksaan itu Imam Syafie dapat mempengaruhi Khalifah dan memberikan beberapa nasihat yang begitu membekas di hati khalifah. Beliau dikurniakan hadiah sebanyak 1000 dinar tetapi semuanya habis diagihkan kepada pegawai-pegawai istana.
Selepas peristiwa itu nama Imam Syafie semakin masyhur. Pernah suatu hari beliau bertamu di rumah Imam Ahmad bin Hambal lalu bermalam di sana. Kebetulan Imam Ahmad mempunyai anak, anaknya amat sukacita dengan kedatangan Imam Syafie kerana dia sudah lama mendengar kehebatan ilmu Imam Syafie. Ia mengambil peluang untuk memerhatikan segala perbuatan dan amal ibadah Imam Syafie.
Menjelang sepertiga malam, sebagaimana biasa Imam Ahmad bangun beribadah, berzikir dan berdoa ke hadrat Allah SWT, tetapi Imam Syafie berbaring sahaja sehingga ke waktu subuh. Anak Imam Ahmad sangat hairan menyaksikan peristiwa itu. Kalau begitu kenapalah ayahnya begitu mengkagumi Imam Syafie.
Ketika dia masih kebingungan memikirkan peristiwa itu, datanglah Imam Syafie menghampiri Imam Ahmad. Lalu Imam Ahmad bertanya khabar, apakah Imam Syafie selesa bermalam di rumahnya. Jawab Imam Syafie,
" Belum pernah saya merasa gembir seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring. Kesemuanya adalah masalah yang sering ditanyakan oleh masyarakat."
Selepas keberangkatan Imam Syafie, Imam Ahmad menghanpiri anaknya lalu berkata, " Begitulak keadaan Imam Syafie. Apa yang dikerjakan Imam Syafie lebih berguna dari apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum."
Di zaman Imam Syafie terdapat dua aliran fahaman tentang ilmu feqah. Aliran yang pertama ialah aliran feqah yang kuat bersandar kepada ar- rakyu ( fikiran ). Ia berpusat di Iraq. Dipelopori oleh Imam Abu Hanafiah yang lahir pada tahun 80 H ( 660 M ). Ajaran beliau disambung oleh sahabat-sahabat dan pengikutnya. Aliran ini banyak bersandar kepada ar- rakyu kerana Iraq letaknya jauh dari tempat kelahiran Rasulullah SAW. Jadi kurang atau jauh dari ahli hadis. Tambahan pula Imam Hanafi kurang mengembara. Ia tinggal di Baghdad dan wafat juga di Bahgdad. Jadi bila tidak ada hadis, mereka sangat bersandar kepada ar-rakyu ( fikiran ).
Aliran ini disandarkan kepada apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda ketika menghantar Saidina Muaz menjadi guru di Yaman. Sabda itu bermaksud:
" Dari beberapa orang daripada kawan Muaz, dari Rasulullah SAW di kala beliau mengutus Muaz ke negeri Yaman, maka beliau bersabda: Bagaimana engkau menghukum ?
Ia berkata: Aku menghukum dengan apa yang ada dalam kitab Allah."
Baginda bersabda: Jika tidak ada kitab Allah?
Jawab Saidina Muaz, Dengan sunnah Rasulullah SAW. Baginda bersabda pula: Jika tidak ada sunnah Rasulullah SAW?
Jawab Saidina Muaz : Aku akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada pesuruh Rasulullah."
Riwayat- At Tarmizi.
Bersambung lagi.
Sebelum tu saya nak mengalu-alukan sahabat-sahabat baru saya, ahlan wa sahlan dan terima kasih ya kerana sudi berukhwah dengan saya, semoga kita saling mendapat manfaat dan ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga, amin. Saya dapat tiga orang teman baru-tapi belum dapat update kat sini, tenet problem sikit, slow cam siput.

24 Dec 2013
IMAM SYAFIE-MUJADDID KURUN KE II
Membelek MASTIKA terbaru Disember 2013, membuatkan perut saya memulas-mulas, kepala saya berpusing-pusing sebab apa tau..aduhhhh...Nauzubillahiminzalik..tak tau siapa nak dipersalahkan, kalau tuding satu jari kat orang, 3 jari lagi menuding ke diri sendiri...macamana ye, sedih, sayu, pilu, sebak melihat gejala kejatuhan moral dan akhlak remaja seawal umur 13 tahun..berani, tak ada rasa malu muat turun aksi lucah, perkataan lucah kat fb dan yang pelik ramai pulak yang like..MasyaAllah..apa nak jadi dengan anak-anak Melayu sekarang ni, memalukan Islam, Islam jatuh terhina dan betapa berjayanya agenda Yahudi dalam menghancurkan anak-anak muda Islam ini...
Saya tak nak komen banyak, saya cuma nak paparkan di sini akhlak dan peribadi seorang mujaddid agung yang sama-sama kita banggakan, moga boleh kita ambil sedikit panduan untuk mencorak anak-anak kita, InsyaAllah...
IMAM SYAFIE- adalah kurun kedua. Nama penuhnya adalah Muhammad bin Idris, dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 H (767 M ), di Gazza ( salah satu perkampungan di sempadan Palestin- Syam ). Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim.
Kelahiran Imam Syafie juga bersamaan dengan wafatnya Imam Abu Hanifah, ulama terkenal dari Baghdad. Pada masa itu juga Imam Abu Al Makki, seorang ulama besar di kota Mekah meninggal dunia.
Kelebihan Imam Syafie memang terserlah. Semasa berumur 9 tahun beliau telah hafal Al Quran. Setahun selepas itu dia dapat menghafal kitab karangan Imam Malik yang amat terkenal pada masa itu iaitu Al Muwatha. Berdasarkan tanda-tanda tersebut ramai yang berkeyakinan dia adalah bakal pengganti ulama tersebut.
Kecerdasan Imam Syafie dalam menuntut ilmu menjadi tauladan kepada orang lain. Pernah seorang bertanya kepada Imam Syafie bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Lalu dijawabnya, " Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Padahal dia tidak punya anak selain dari yang hilang itu."
Inilah di antara gambaran kecintaan Imam Syafie terhadap ilmu pengetahuan. Sehinggalah dia berjaya menjadi Imam mazhab dalam bidang Feqah, sekalipun dia hidup dalam keadaan papa, namun tidak menjadi penghalang baginya untuk menuntut ilmu. Kerana sulitnya untuk mendapat buku catitan, dia mengumpulkan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas untuk dijadikan tempat catitan. Katanya dalam sebuah syair,
Pengetahuan ibarat binatang buruan
Ia mesti diikat dengan catitan
Satu kebodohan bila berburu di hutan
setelah dapat lalu dilepaskan.
Bertahun-tahun lamanya Imam Syafie mencatit segala ilmu yang diperolehinya di atas kertas dan tulang-tulang kering itu. Menjadi sikap beliau tidak mahu meminta-minta dan menyusahkan orang lain. Beliau yakin kesusahan itu menjadi baja dalam mencapai cita-cita. Bahkan ia merasa bahagia bila tidak bergantung dengan orang lain. Sekalipun dalam keadan perit dan derita. Baginya pahit dan derita itulah kemenangan dalam menuntut ilmu. Ini sesuai dengan ungkapan beliau,
" Tidak mendapat kemenangan dalam menenutut ilmu melainkan orang yang menuntut dalam kekurangan."
Akhirnya penuh sesaklah biliknya dengan bahan-bahan catitan, hinggakan untuk meluruskan kaki, melepaskan penat pun susah. Akhirnya beliau memutuskan untuk menghafal semua bahan catitan itu. Berbulan-bulan lamanya beliau mengurung diri. Dia berusaha mrnghafal seluruh catitan tersebut. Selama itu juga beliau bermujahadah melawan kehendak nafsu yang tidak suka dengan ilmu pengetahuan. Akhirnya dia berjaya menghafal seluruh catitan itu sehinggalah bilik itu kosong dari sebarang catitan. Kelebihannya dalam menuntut ilmu sentiasa amat disyukurinya.
Di antara tokoh ulama yang menjadi gurunya ialah Syufyan bin Uyanah, Muslim bin Khalid Al Zanzi, Said nin Salim aL Qaddah dan beberapa ulama lainnya. Di samping itu beliau juga belajar sastera Arab sehingga beliau mampu menguasainya dengan fasih.
Untuk meluaskan ilmunya buat pertama kalinya Imam Syafie pergi mengembara ke Madinah. Di sana beliau mendalami kitab Al Muwatha yang masyhur itu. Beliau menetap di Madinah sebagai tetamu Imam Malik selama lapan belas bulan. Kerana Imam Syafie telah hafal dan memahami isi kitab itu maka Imam Malik telah memberi peluang kepada Imam Syafie untuk mensyarahkan kitab itu kepada sesiapa yang mahu mempelajarinya.
Semasa di Madinah, Imam Syafie sempat menemmui beberapa rombongan haji daripada Iraq. Dari mereka Imam Syafie mengetahui kealiman Imam Muhammad bin Al Hassan dan Abu Yusuf, sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah mendengar khabar tersebut, beliau menyampaikan keazamannya kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu dan pengalaman ke negeri Iraq pula. Imam Malik mengalu-alukan keinginan Imam Syafie itu sambil berkata, " Ketahuilah bahawasanya para malaikat menghormati orang yang menuntut ilmu."
Setelah 24 hari melakukan perjalanan akhirnya beliau tiba di Kuffah. Lalu beliau terus ke masjid dan melakukan sembahyang. Di masjid itulah beliau bertemu dengan Imam Abu Yussuf dab Imam Muhammad bin Al Hassan. Lalu beliau tinggal bersama Imam Muhammad bin Al hassan dan menuntut pelbagai lagi ilmu darinya.
Selepas itu Imam Syafie meneruskan pengembaraannya dari satu negeri ke satu negeri aehinggalah sampai ke Palestin. Lalu beliaua menetap pula di satu tempat berna Ramallah. Pengembaraan ini berlaku sela bertahun-tahun.
* nanti saya sambung lagi ye....*

23 Nov 2013
Imam Malik- "Aku rasa malu menunggang kuda ini..."
Sedari kecil dia berusaha sendiri mencari rezeki. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi keperluan hidupnya.
Ujian kesulitan dan kesempitan hidup itu merupakan didikan lansung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung.
Itulah peribadi Imam Malik rhm. Setelah dewasanya dia menjadi seorang yang tawadhuk dan pemurah. Lebih-lebih lagi sebagai ulama yang terkenal, beliau sering menerima pelbagai hadiah dari orang ramai, termasuk dari Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan Khalifah Harun Al Rasyid.
Imam Malik tidak mensia-siakan nikmat Tuhan yang diperolehinya itu. Wang dan harta-hartanya dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutama kepada fakir-miskin yang benar-benar memerlukan. Tanpa dilantik sesiapa, beliau berperanan sebagai bank kepada masyarakat.
Tawadhuknya pula amat ketara. Pernah tercatat suatu peristiwa tatkala seorang muridnya menziarahi beliau. Murid itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Syafie yang ketika itu masih kecil. Terpandang Imam Syafie akan seekor kuda sambrani tertambat di hadapan rumah gurunya. Kuda itu rupanya hadiah daripada seseorang kepada Imam Malik.
Tiba-tiba terpacul Imam Malik dari rumahnya. Sambil tersenyum Imam Malik berkata," Kuhadiahkan kuda ini buatmu."
Imam Syafie terkejut lalu berkata," Terimakasih wahai Imam, tetapi ambillah ia buat kegunaan tuan."
Kata Imam Malik, " Tidak. Demi Allah, saya rasa malu menunggang kuda ini dengan menginjak-nginjakkan kakinya di atas bumi, di mana di dalamnya ada jasad Rasulullah."

2 Nov 2013
IMAM HAMBAL-300 RAKAAT SEMBAHYANG
kita sambung lagi kisah Imam Hambal yea..
Sememangnya Imam Hambal memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap golongan fakir dan miskin. Walaupun masyarakat menyanjung dan mengagungkannya, namun Imam Hambal tetap merendah diri di hadapan fakir miskin. Seorang muridnya berkata, " Aku tidak pernah melihat fakir miskin merasa mulia kecuali di majlis Imam Hambal."
Imam Hambal amat teliti dalam memilih makanan. Beliau tidak gemar memakan makanan yang bermacam jenis. Beliau pernah melarang anaknya memasak di rumahnya kerana ingin mengelakkan dirinya daripada makan makanan yang syubahat. Beliau mengetahui anaknya itu pernah mengambil harta daripada pemerintah. Beliau ditanya orang, " Dengan apakah hati manusia boleh menjadi lembut?" Dijawabnya," Dengan makanan yang halal."
Seperti tokoh-tokoh islam lainnya, Imam Hambal juga sangat menjaga hubungannya dengan Allah. Anaknya menceritakan bahawa Imam Hambal mengerjakan 300 rakaat sembahyang sehari semalam dan khatam Al Quran seminggu sekali.
Pada hari-hari terakhir hidupnya, Imam hambal lebih menumpukan kepada memperbanyakkan ibadah, yang wajib dan sunat. Beliau terus mengekalkan keadaan itu sehingga beliau diserang demam panas yang berlarutan hingga beliau tidak berupaya lagi untuk berjalan.
Setahun kemudian iaitu pada tahun 241H, Imam Hambal kembali ke rahmatullah pada usia 77 tahun. Puluhan ribu rakyat jelata mengiringi jenazahnya sewaktu pengebumian di kota Baghdad. Beliau meninggalkan jasa dan pengorbanan yang terlalu bernilai pada generasi sezaman dengannya dan generasi-generasi sesudahnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

1 Nov 2013
IMAM HAMBAL- KITAB-KITAB HADIS.
saya sambung kembali kisah Imam Hambal- mari bersama kita telusuri kisah orang Tuhan yang gigih ini.
Imam Hambal juga mengarang kitab. Kebanyakan kitab hasil karangannya ialah kitab-kitab hadis. Kitab Al Musnad adalah antara kitab-kitabnya yang mahsyur. Di dalamnya terhimpun 40 ribu hadis.
Imam Hambal kurang memberi penumpuan dalam menyusun ilmu-ilmu Feqah. Pun begitu pendapat dan pandangan beliau dalam membicarakan masalh-masalh berkait dengan ilmu tersebut telah dikumpulkan dan disusun dalam bentuk kitab, anaranya ialah kitab Al Jamiul Akbir, yang disusun oleh Ahmad bin Muhammad Al Hilal merangkumi 20 jilid.
Ketika usianya mencecah ke angka 40 tahun, Imam Hambal mula melibatkan diri dalam bidang penyampaia n ilmu. Beliau menjadi guru agama dan mengajar di masjid Jamek di kota Baghdad. Walaupun beliau seorang yang kuat ingatan dan tajam fikiran, namun beliau lebih suka mengajar dengan melihat pada kitab. Beliau berpesan kepada seorang muridnya; " Jangan kamu meriwayatkan sesuatu kecuali dengan berpandukan kitab."
Telah berlaku pada zaman pertengahan pendapat di antara golongan ahlus sunnah dan Muktazillah, penganut fahaman ahlus sunnah dipaksa mengakui Al Quran itu baharu. Imam Hambal adalah salah seorang daripada mereka yang menjadi mangsa paksaan itu. Denga tegas dan berani Imam Hambal menyatakan pandangan:
" Al Quran itu qadim, Al Quran itu qalam Allah."
Lanjutan dari pengakuan itu, Imam Hambal dipukul sehingga pengsan. Imam Hambal dimasukkan ke penjara. Dua tahun setengah lamanya beliau merengkok di dalam penjara.
Sepanjang tempoh itu, bermacam seksaan dan hukuman dikenakan ke atasnya bagi memaksa beliau mengubah pendirian dan keyakinannya. Namun beliau tetap tegas berpegang kepada keyakinannya.
Akhirnya Imam Hambal dibebaskan. Kali ini beliau dibuang daerah pula. Empat belas tahun selepas itu, Imam Hambal dipanggil pulang dan pemerintah mengizinkannya mengajar seperti biasa dengan ditawarkan berbagai-bagai jenis hadiah.
Imam Hambal menolak semua tawaran dan pemberian itu. Menurutnya ada sebab tertentu kenapa pemerintah berbuat demikian. Pun begitu setelah berkali-kali dipujuk akhirnya Imam Hambal menerima juga hadiah-hadiah tersebut, tetapi semuanya dibahagi-bahagikan semuanya kepada fakir miskin.

27 Oct 2013
IMAM HAMBAL- Pengasas Mazhab Hambali.
Suatu ketika beliau bertemu dengan seorang lelaki yang sedang memberi makan seekor anjing. Ahmad lantas menghampirinya. Niatnya hanya satu- untuk mengutip hadis daripada lelaki tersebut, yang diketahuinya seorang perawi hadis.
Selesai memberi makan anjing itu, si perawi tersebut berkata, " Sebenarnya anjing ini mengekoriku kerana mengharapkan sedikit makanan. Aku merasa aku telah menyempurnakan tanggungjawabku kerana memberi anjing ini makan, sebab sabda Nabi, siapa yang memutuskan harapan orang yang mengharap, Allah akan memutuskan harapannya pada hari Qiamat."
Mendengar itu Ahmad berkata, " Hadis itu sudah cukup bagiku."
Beliau pun pulang ke Baghdad, daerah kelahirannya dengan rasa puas. Bukan saja puas kerana dapat menambah perbendaharaan hadisnya tetapi juga kerana dapat mengutip hadis daripada seorang perawi yang beramal dengan hadis yang diriwayatkannya.
Ini merupakan sekelumit daripada pengalaman Ahmad bin Muhammad bin Hambal, atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Hambal atau Imam Hambal, dalam memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang alim sehingga membolehkan beliau mengasaskan satu mazhab. Sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan, pengasas mazhab Hambali ini sanggup merantau dari setempat ke setempat untuk menimba ilmu. Beliau ke Madinah, Syam, Yaman, Kufah, Basrah dan Jazirah Arab lainnya.
Dalam perantauannya beliau pernah tidur di pondok buruk dengan hanya beralaskan tanah. Itu tidak menjadi hal baginya kerana yang penting beliau dapat meneruskan cita-citanya untuk menguasai ilmu. Lagipun beliau sudah biasa melalui liku-liku hidup susah.
Dilahirkan pada bulan Rabiul Awal tahun 164H, Imam Hambal kematian ayah sejak beliau kecil. Walaupun beliau merupakan cucu kepada gabenor di Sarkhas, Khurasan, ayahnya pulang ke Rahmatullah tanpa meninggalkan harta kecuali sebuah rumah kecil dan sebidang tanah kecil. Ibunya yang bertanggungjawab mendidik dan membesarkannya. Dan Imam Hambal sendiri terpaksa melakukan bermacam bentuk pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya.
Imam Hambal mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu Fekah dan Hadis. Itulah bidang penumpuannya. Gurunya yang pertama bernama Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim. Kemudian beliau berguru pula dengan Husyaim bin Basyir Abu Khasim Al Wasiti. Daripada Husyaim, Imam Hambal memperolehi lebih daripada 3000 hadis.
Imam Hambal sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan sunnah. Beliau menjadikan kedua-duanya sebagai rujukan dalam menentukan satu-satu hukum. Beliau juga berpegang kepada ijmak ulama dan qias.
Beliau sangat teliti dalam menerima hadis-hadis yang bersangkutan degan soal halal dan haram. Kata Imam Hambal, " Apabila kami menerima hadis-hadis Rasulullah mengenai halal dan haram, sunnah dan hukum, kami teliti ia dengan cermat."
Ketegasan beliau dalam hal-hal seumpama ini sangat nyata. Beliau mewajibkan ke atas dirinya apa yang tidak diwajibkan kepada orang lain. Mazhab Hambali mewajibkan membasuh tangan bila bangun daripada tidur. Mazhab ini juga mewajibkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk.
Bersambung..nantikan kisah hidup Imam Hambal seterusnya yang penuh dugaan dalam menggapai cita-citanya..

10 Oct 2013
Zunnun Al-Misri..antara kalah dan menang...
--mari kita hayati antara kalah dan menang pertarungan hatinya--
Zunnun terus gagah memperjuangkan kalimah tauhid di bumi Nubian. Pengetahuan dan pengalamannya yang luas membantu beliau. Zunnun tidak hirau pada cercaan dan penghinaan orang terhadapnya. Zunnun tidak hirau pada ugutan sang pendengki. Pesanan daripada ahlisufi yang ditemuinya dijadikan azimat perjuangannya: Hendaklah engkau sabar dan tabah hati menghadapi semua itu.
Memang sudah menjadi sunnatullah, pejuang kebenaran itu pasti ditentang hebat oleh musuhnya. Zunnun Al-Misri telah difitnah sehingga mengakibatkan pihak pemerintah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya.
Diriwayatkan bahawa sebuah kapal yang membawa sekumpulan alim-ulama telah karam. Seorang anak murid Zunnun bertanya kepadanya. Zunnun berkata," Itulah kapal yang membawa orang-orang fasiq." Rupa-rupanya kumpulan alim ulama itu mahu membuat pengaduan kepada pemerintah mengenai Zunnun.
Ketika Zunnun menjalani hukuman penjara, seorang saudara perempuannya membawakan makanan dan menyerahkannya kepada penjaga penjara supaya disampaikan kepada Zunnun. Zunnun tidak menyentuh makanan itu, " Aku tahu makanan itu halal,tetapi ia sampai kepadaku melalui tangan orang yang zalim."
Diceritakan bahawa Zunnun Al-Misri mempunyai seorang anak perempuan. Pada satu hari, mereka dianugerahkan hidangan makanan dari langit. Begitu juga pada hari-hari seterusnya. Setelah 12 tahun menghadapi keadaan demikian , terdetik di hati Zunnun bahawa pemberian rezeki itu adalah kerana kelebihannya yang tekun beribadah.
Selang beberapa hari selepas diganggu perasan itu, anak perempuannya meninggal dunia. Dan selepas itu, Zunnun tidak lagi beroleh kurniaan rezeki yang selalu diterimanya. Fahamlah Zunnun bahawa kedatangan rezeki dari langit itu adalah kerana berkat anak perempuannya, bukan kerana keteunannya beribadah.
Di penghujung hayatnya Zunnun Al-Misri jatuh sakit. Kata Zunnun kepada seorang murid setianya: " Aku ingin tahu waktu kematianku. Takutku pada Allah telah menyebabkan aku jatuh sakit. Rinduku hendak bertemu denganNya telah membakarku. Dan cintaku kepadaNya telah membunuhku dan menghidupkanku."
Tidak lama berselang, Zunnun Al-Misri pun dijemput pulang ke kampung abadi, membawa sekeping hati yang penuh cinta terhadap Penciptanya.

9 Oct 2013
Zunnun Al-Misri-tinggalkan uzlah, dekati masyarakat
--kita sambung kisah Zunnun--
Di pertengahan jalan pulang,Zunnun Al-Misri bertemu lagi dengan seorang ahli sufi. Ahli sufi itu tahu akan namanya walhal tidak pernah Zunnun bertemu dengannya, apa lagi mngenalinya.
" Bagaimana tuan tahu nama saya?"
Ahli sufi itu senyum seraya menjawab," Dengan mengenal cinta orang yang kita cintai,"
Zunnun berhenti seketika, dan mereka berbual. Berlakulah soal-jawab di antara Zunnun dan ahli sufi itu. Banyak kemusykilan Zunnun terjawab di situ.
"Sebelum kamu pergi aku ingin berpesan, beruzlah daripada manusia merupakan perkara mudah. Tetapi mengajak manusia kepada agama dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah itu adalah suatu kewajiban. Hendaklah engkau sabar dan tabah hati menghadapi semua itu. Engkau serahkan dirimu kepada Allah."
Zunnun terdiam. Dia melihat ke dalam dirinya. Di luar kesedarannya, dia telah mengabaikan tugas yang lebih utama daripada segala tugas yang diperbuatnya selama hayatnya.
Zunnun meninjau kehidupan masyarakat sekitarnya. Mereka sudah jauh menyimpang dari landasan agama tauhid, dijajah oleh kejahilan yang maha hebat. Dan alim ulama tidak lagi memainkan peranan memperbaiki kehancuran yang terlalu ketara itu. sebilangan besar daripada mereka lebih suka menggunakan agama untuk memenuhkan tembolok semata-mata.
Zunnun bertolak pulang ke Nubian dengan tekad dan cita-cita baru. Dia mahu membasuh najis-najis kemungkaran yang kian tebal menyalut kehidupan manusia. Hanya dengan menanam kembali ilmu dan kesedaran ke hati-hati umat, kejahilan yang bermaharajalela akan dapat dibendung. Dan perlahan-lahan ia membawa kepada pembinaan masyarakat baru. Zunnun berjuang gigih untuk menjayakan cita-citanya itu.
---ada lagi sambungannya, sabar... tunggu yea--

8 Oct 2013
Zunnun Al- Misri...siapa tu?
Tidak dapat dipastikan dengan tepat sejarah awalnya. Namun yang jelas lukisan potret hidupnya memberitahu bahawa Zunnun Al-Misri seorang sufi yang zahid.
Berasal dari daerah Nubian yang terletak di antara Sudan dan Mesir, Zunnun banyak menghabiskan umurnya dengan bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Persinggahannya ialah daerah-daerah kediaman syeikh-syeikh tareqat dan ahli-ahli sufi. Daripada mereka Zunnun memperkayakan pengetahuan tasawuf dan kesufiannya.
Zunnun Al-Misri gemar menyisihkan diri daripada kesibukan manusia ramai. Hidup bersendirian di tempat-tempat tertentu. Dalam persulukannya itu, beliau berusaha gigih memperbaiki dirinya dan meletakkan kecintaan semata-mata untuk Allah. Kemudian beliau bermusafir lagi.
Suatu ketika Zunnun singgah di sebuah kampung. Sedang beliau berehat meredakan kepenatan, terdengar oleh riuh-rendah suara orang ramai sedang bersuka ria. Terbit keinginan di hatinya untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Lantas Zunnun bertanya kepada seorang lelaki yang ditemuinya.
" Orang ramai sedang bermain rebana," jawab lelaki itu. Sebentar Zunnun mendengar pula suara ratap tangis yang datang dari sebuah rumah.
" Kenapa mereka menangis?" tanya Zunnun lagi.
" Di dalam rumah itu ada kematian,"
Raut wajah Zunnun Al-Misri serta-merta berubah. Ada sesuatu yang tidak berkenan di hatinya. Zunnun segera mengambil bungkusan pakaiannya dan mahu memulakan perjalanannya lagi. Sebelum meninggalkan tempat itu, Zunnun berkata:
" Aku tidak sudi bermalam di tempat yang mana penduduknya apabila mendapat nikmat mereka bersuka-ria, dan apabila mendapat ujian atau kecelakaan mereka meratap dan mengeluh."
Zunnun bermusafir ke Lubnan. Sudah menjadi kebiasaannya, beliau akan mencari kediaman syeikh-syeikh tareqat dan ahli-ahli sufi. Zunnun bergaul mesra dengan mereka, menambah pengetahuan dan pengalamannya. Hasil dari itu, kemahirannya dalam membicarakan hal-hal kerohanian kian menyerlah.
Zunnun tidak terus bermastautin di Lubnan. Beliau bermusafir lagi sehingga ke Jabbal Muttaqam. Beliau bertemu dengan seorang syeikh tareqat yang telah lanjut usianya. Zunnun mengambil keputusan untuk tinggal bersama syeikh tersebut. Empat puluh hari Zunnun menumpang di rumah syeikh itu. Sepanjang tempoh itu Zunnun mendapat banyak pengalaman baru.
Suatu ketika Zunnun bertemu dengan seekor burung hantu yang buta matanya sedang bertenggek di atas dahan pokok. Burung itu turun ke tanah dan mematuk-matuh tanah, sebentar selepas itu, muncul dua buah bejana di tempat yang dipatuk oleh burung hantu tersebut. Sebuah bejana berisi bijian, manakala sebuah lagi berisi air. Selepas makan bijian yang tersedia, burung hantu itu minum air di bejana kedua.
Kejadian aneh itu menanamkan keyakinan yang sungguh-sungguh di hati Zunnun Al-Misri bahawa Allah Maha Pemurah lagi Maha Hebat. Rezeki hamba-hambanya sudah sedia diatur, meskipun rezeki hanya untuk seekor burung hantu yang buta... Subhanallah...Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya mati kelaparan. Cuma hamba-hambaNya sahaja yang tidak tahu berterima kasih. Allah menyatakan hala ini di dalam firmanNya: " Sedikit sahaja daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."
Zunnun terus bermusafir. Pengajaran yang diperolehi daripada burung hantu itu menjadikan beliau tidak lagi memikirkan rezekinya. Selagi ada nafas, rezeki tidak akan putus. Cuma yang pentingnya usaha dan ikhtiar. Selebihnya berserahlah kepada Allah. Setelah sekian lama memgembara dan merantau, mendalami selok-belok ilmu tasawuf dan jalan-jalan menyempurnakan taqwa, Zunnun membuat keputusan untuk kembali ke Mesir.
---apakah yang terjadi seterusnya? Tunggu yea----
4 Oct 2013
IMAM ABU HANIFAH...diracun
sambungan kisah Imam Abu Hanifah..moga memberikan kita kekuatan jiwa dalam memperjuangkan Allah dan Rasul.
Pada tahun-tahun akhir kehidupannya iaitu ketika Bani Abbasiyah telah mengambil alih pemerintahan, Imam Abu Hanifah telah dipilih untuk memegang jawatan ketua Perbendaharaan Negara ( Baitul Mal ). Tetapi beliau menolaknya hingga Gabenor Yazid bin Amr yang sewaktu itu menjadi Gabenor di Iraq merasa tidak senang.
Pada ketika lain, Yazid menawarkan jawatan khadi kepada Imam Abu Hanifah, tetapi juga ditolak, sebagaimana beliau menolak jawatan yang sama yang pernah ditawarkan oleh Khalifah Marwan.
Yazid memanggil para alim ulama terkemuka Iraq. Imama Abu Hanifah juga diundang tetapi beliau tidak hadir. Yazid menyerahkan jawatn-jawatan penting kepada alim ulama yang hadir. Kata Yazid, "Kalau Imam Abu Hanifah tidak mahu menerima jawatan yang diberikan kepadanya, dia akan dipukul." Ancaman Gabenor disampaikan kepada Imam Abu Hanifah, namun pendiriannya untuk tidak menerima sebarang jawatan tidak berubah.
Gabenor tidak dapat lagi menahan marahnya. Imam Abu Hanifah ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Beliau dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 110 kali sebatan. Apabila hukuman itu tidak juga mengubah pendirian Imam Abu Hanifah, beliau dibebaskan.
Waktu terus berlalu. Teraju pemerintahan bertukar tangan. Namun pemerintahan Iraq terus menawarkan jawatan penting negara kepada Imam Abu Hanifah. Tetapi beliau tetap juga menolak. Kemuncak daripada usaha-usaha itu, Imam Abu Hanifah dipenjara lagi.
Beberapa lama dalam kurungan, gabenor memanggilnya ke istana. Untuk beliau dihulurkan segelas air yang bercampur racun. Gabenor memaksanya meminum air itu.
Selepas meminum air itu, Imam Abu Hanifah dihantar semula ke penjara. Sejurus selepas itu, kematian pun datang menjemputnya, pada usianya 70 tahun ketika itu.

2 Oct 2013
IMAM ABU HANIFAH mengalahkan Dahri
Ini sambungan kisah semalam. Sebelum tu saya nak ucapkan ahlan wasahlan buat teman-teman baru seperti Lina Razak, Insan Marhaen dan Acik Erna, semoga Allah panjangkan silaturrahim antara kita hingga ke akhirat, InsyaAllah..
Akhirnya wakil Khalifah menemui seorang lagi ulama yang belum berdepan dengan Dahri. Hamad nama ulama tersebut. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Hamad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.
Sehari berselang, masjid Jamek penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Hamad berjaya menumbangkan Dahri kerana Hamad satu-satunya ulama yang masih tinggal.
Seperti selalu, sebelum menyampaikan dakyah jahat, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan alim-ulama Islam yang telah ditewaskannya. Dan dengan suara lantang dari atas pentas, dia mencabar lagi kalau-kalau ada yang berani.
Tiba-tiba muncul Nu'man ( Imam Abu Hanifah ) yang ketika itu masih kanak-kanak. Beliau menjadi murid kepada Hamad. Berkata Nu'man dari bawah pentas, " Apakah soalanmu wahai Dahri? Cubalah kemukakan agar dapat dijawab oleh yang mengetahui."
Dahri tersenyum apabila menyedari yang meminta soalan darinya hanya seorang budak kecil. Berkata Dahri, " Siapa kamu, wahai kanak-kanak? adakah engkau mahu menjawab soalanku sedangkan sebelum ini sudah ramai alim ulama yang berserban besar dan berjubah labuh telah aku kalahkan."
" Wahai Dahri, sesungguhnya Allah tidak memuliakan kurniaan dan kebesaran itu kepada orang yang berserban besar dan berjubah labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu. Nu'man lalu membacakan sebuah firman Allah yang bermaksud," Allah telah meninggika darjat orang yang beriman dan berilmu di antara kamu beberapa darjat."
Tanpa diselangi bualan yang panjang, Dahri pun mengajukan soalannya yang pertama, " Apakah Allah itu ada?"
Jawab Nu'man, " Ya, wajib Allah itu ada."
Tanya Dahri, " Kalau ada di manakah tempatnya?"
" Wahai Dahri, apakah engkau mempunyai nyawa? Kalau ada di manakah letaknya nyawamu?"
Tersentak Dahri apabila soalan dijawab dengan soalan yang benar-benar mengujinya. Dahri mengajukan soalan kedua setelah seketika Imam Abu Hanifah memberikan beberapa lagi hujjah yang padu. Tanya Dahri, " Adakah wujudnya sesuatu sbelum wujudnya Allah dan sesudahNya?"
Nu'man menjawab," Sesungguhya wujud Allah tidak didahului oleh sesuatu dan diakhiri oleh sesuatu jua,"
" Tidak boleh diterima akal barang yang tanpa permulaan dan tanpa kesudahan," Hujjah Dahri.
"Adakah jari lain sebelum ibu jari dan adakah jari lain sesudah jari kelingkingmu?" Balas Nu'man dengan pertanyaan lagi. Dahri terpegun. Nu'man memberikan beberapa hujjahnya yang lain dengan penuh petah. Dahri mula rasa tercabar. Kata Dahri sambil menahan perasaannya yang kurang sedap, " Baiklah, ini soalanku yang akhir, apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?"
Soalan tersebut membuatkan Nu'man tersenyum riang. Kata beliau. " Wah! ini soalan yang menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengari oleh semua orang."
Dahri turun dari pentas, memberi tempat untuk Imam Abu Hanifah yang masih kanak-kanak itu menjawab soalannya yang terakhir. Sambil berdiri gagah gagah di atas pentas, berteriaklah Imam Abu Hanifah, "Wahai manusia sekelian. Ketahuilah oleh kalian bahawa kerja Allah ketika ini ialah menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang batil sepertimana Allah menaikkan aku ke atas pentas dan menurunkan Dahri ke bawah."
Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dan tempik sorak sebagai meraikan kemenangan Nu'man atau Imam Abu Hanifah itu.
Ada lagi sambungan kisah ini yang sangat menarik, InsyaAllah..moga memberi iktibar kepada kita semua, bahawa peri pentingnya ilmu untuk meninggikan syiar Islam.

1 Oct 2013
IMAM ABU HANIFAH (di zaman kanak-kanak pernah berdebat dengan pendakyah Yahudi )
Ada riwayat menyatakan bahawa gelaran Abu Hanifah diberikan kepada Imam Hanafi kerana ketekunannya beribadah, sesuai dengan makna perkataan ' Hanif' yang dalam bahasa Arabnya bererti cenderung atau condong kepada agama sebenar. Ada pula riwayat menyebut kerana kegemarannya menulis hingga beliau dikatakan tidak pernah berenggang dengan pena dan dakwat. ' Hanifah' menurut lughah Iraq bereri 'tinta' atau 'dakwat'.
Lain riwayat lagi menyebut, gelaran Abu Hanifah adalah sempena anak lelakinya yang bernama Hanifah. Abu Hanifah bererti 'bapa Hanifah'
Menurut riwayat lain pula, 'Abu Hanifah' dikatakan bermakna "kepala paip" kerana luar biasanya kecerdikan dan kepintaran yang dimiliki oleh Imam Hanafi sedari kanak-kanak lagi. Kecerdikannya ibarat kepala paip, dipulas sahaja keluarlah airnya ( ilmu ).
Pengasas mazhab Hanafi ini dilahirkan di kota Kufah pada tahun 80H. Nama sebenarnya Nu'man bin Sabit bin Zautha bin Mah. Beliau dilahirkan ketika pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Bani Umaiyah ke-5.
Sejak kecil beliau menjalani kehidupan yang selesa kerana ayahnya seorang saudagar. Pun begitu, ini tidak lansung mengurangkan sifat zahid dan waraknya.
Imam Abu Hanifah seorang yang sangat teliti dalam segala hal. Beliau tidak akan berteduh di bawah pohon kepunyaan orang yang berhutang dengannya.
Pernah beliau melihat sepasukan tentera makan daging di tepi sebatang sungai. Sisa-sisa lebihan daging dibuang ke dalam sungai. Imam Abu Hanifah bertanya kepada penduduk sekitar, berapa usia ikan-ikan di dalam sungai itu. Diberitahu, maka dalam tempoh masa usia ikan-ikan itu, beliau tidak makan ikan.
Ketika usianya masih anak-anak, Imam Abu Hanifah telah menunjukkan kecerdasan akal yang sungguh mengkagumkan. Kerana kelebihannya itu, gurunya Imam Amir bin Syrahbil Asy-Syu'bi menasihatinya supaya memilih tempat belajar yang hanya dihadiri oleh alim ulama dan cerdik pandai yang diiktiraf sahaja.
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kadatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam Baghdad. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan mengetengahkan soal-soal berhubung kait dengan ketuhanan.
Dahri mencabar sesiapa sahaja yang berani berdebat dengannya. Cabaran itu disambut hebat oleh alim ulama Baghdad. Tetapi apa yang menyedihkan, Dahri tidak pernah tumpas setiap kali berdebat. Hujah-hujahnya sukar dipatahkan sampaikan akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama sekitarnya yang sanggup berdebat dengannya. Hinggalah Khalifah memerintahkan menterinya meninjau ke daerah lain kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.
- apakah yang bakal berlaku seterusnya..siapakah yang dapat mengalahkan pendakyah Yahudi itu?-