Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts
7 Dec 2014
Yess..saya dah masuk icon gratify cikgu rajin.
Saya dok BW malam ni, so bila ada peluang tu BW puas-puas, terjah sana, terjah sini. Blog cikgu Etuza ni pun malam ni saja dah dua kali saya terjah, tetiba saya teringat nak klik kat bloglist beautifully tu, alamak sedihnya tengok blog saya dah hilang dari senarai..
Pastu saja jelah klik kat icon gratify tu, ehh..laaa..rupanya saya dah masuk senarai bloglist kat SITU rupanya. Terimakasih cikgu Etuza. Malu saya..almaklum saja blog saya tu sangatla entah apa-apa, cerita-cerita biasa je, cuma saya nekadkan dalam hati saya tak mau sampai ada cerita-cerita lagha, kalau bole biarlah apa yang saya paparkan dapat memberi sedikit-sebanyak manfaat kepada sesiapa saja yang berkunjung.
Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga..
26 Aug 2014
Buat ku rasa dihargai...
Tak kisahla apa pun persepsi kawan-kawan pada saya bila tengok gambar ni.. Kalau sempat saya bersihkan sebelum keluar kerja, tapi kalau tak sempat tunggulah sampai selesai masak atau sehabis makan malam. Selalunya sampai rumah sekitar pukul 6.30 petang, buka tudung, tanggal stokin terus bergelut masak untuk makan malam. Saya kena siapkan makan malam sebelum maghrib. Kalau tunggu selepas maghrib macam dulu nanti anak-anak tak sempat makan malam, diorang keletihan. Lepas maghrib je saya bagi diorang makan dulu, kalau tak diorang tertidur. Jadi, walau letih macamana sekalipun, saya kena siapkan masak sebelum mahgrib.. Terharu baca whatsapp ni, tentang pengorbanan seorang isteri,..rasa diri dihargai pun ada, saya nak sharekan di sini.. " Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami, tapi bagaimana jika sumai sakitkan hati isteri?" Jawapan ustaz: " Berdosa jugalah, cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT." Kerana isteri rezekimu bertambah. Kerana isrteri lahirlah zuriatmu. Kerana isteri makan pakaimu terjaga. Kerana isteri tenang hatimu. Kerana isteri, lembut pandangan matamu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat-celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan asih menerimamu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walau kecil di matamu, besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya, dia adalah yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. Renungan sepintas lalu... Mengapa wanita sering menangis? Jawab ALLAH: Kerana wanita itu unik. Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. KU kuatkan hatinya untuk memberi rasa aman. KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. KU teguhkan peribadinya untuk terrus berjuang saat yang lain menyerah. Ku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati, walau disakiti Wanita makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana Ku beri dia airmata\untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. Saya taklah sehebat yang digambarkan dalam nukilan di atas, tapi terasa macam dialirkan semangat baru bila membacanya. Saya tak tahu siapa penulisnya, saya hargai sangat-sangat, dan saya rasa dia juga amat menghargai kita sebagai wanita...jadi buat para wanita semua..letaklah diri kita sesuai dengan fitrah diri kita, jangan sampai maruah dan martabat kita jatuh dihina. |
3 Apr 2014
Terimakasih babY-pose...
Alhamdulillah..semalam sampai je di tadika, kawan terus bagi bungkusan kiriman pos laju. Ngam-ngam, cuma pinggang besar sikit, saya akan pasangkan hook lain.
Terimakasih yang tak terhingga kepada http://baby-pose.blogspot.com/ atas kiriman ukhwah ini. Semoga jalinan ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga..
11 Mar 2014
Selamat Datang
Rasanya dah ramai sangat blogger yang mengulas misteri kehilangan MH370, saya yang pada awalnya terkial-kial nak mengingatkan nombor MH370 tu pun dah jadi lancar di mulut je, tak perlu nak fikir-fikir lagi. Jadi rasanya saya nak beralih cerita, biarlah mereka yang lebih tahu dan arif membuat kerja-kerja mereka. InsyaAllah..doa akan dikirim selalu.
Hari ni saya nak alu-alukan rakan ukhwah saya yang ke-50, Alhamdulillah..rasanya okla buat saya yang baru sembilan bulan menjadi blogger ( kalau pregnant saya dah bersalin..he he ). Buat Muaz As selamat berukhwah..sayangnya saya tak jumpa link saudara, jadi tak dapatla nak follow semula, tapi jika saudara terbaca di sini, harap dapat tinggalkan alamat di e-mail saya, ada sesuatu untuk saudara..InsyaAllah.
Sebagai menghargai rakan ukhwah saya, InsyaAllah setiap rakan yang ke-10 ( sekarang saya ada 50 rakan, jadi rakan yang ke-60 ) saya akan raikan dengan sesuatu, takdela istimewa pun, cuma sebagai penghargaan. Nak buat segmen saya tak pandai, dan saya pun malas nak pening-pening kepala nak pilih pemenang.
InsyaAllah

Muaz As...sila hubungi e-mail saya, tinggalkan alamat. |
15 Jan 2014
Curi amalan orang...?
Tajuk entri ni saya ambil dari key words. Alhamdulillah takdela yang mengarut-ngarut sangat, tergerak nak tengok key words macam blog azieazah buat, macam-macam carian yang lucu dan l......, gelihati juga kan kak azieazah.
Berbalik pada tajuk entri kat atas tu, saya yakin curi amalan tu bukanla macam curi barang kan? Curi amalan tak ada dalam syariat kita ( saya ada rujuk pada mereka yang lebih arif ), apa yang dibolehkan ialah kita cuba "meniru" amalan orang lain samada buruk atau baik. Saidatina Fatimah apabila diberitahu oleh ayahandanya Rasulullah SAW bahawa ada seorang wanita yang akan mendahuluinya memasuki syurga ( padahal wanita itu yang akan menarik kenderaan Saidatina Fatimah untuk memasuki syurga ), lantas beliau sanggup pergi ke rumah wanita tersebut untuk melihat sendiri kehebatan amalan wanita itu. Rupa-rupanya wanita itu amalannya ialah dia sangat memuliakan suaminya.
Atau di Akhirat nanti sewaktu ditimbang amalan baik dan buruk kita dibolehkan mengambil pahala amalan orang lain sekiranya ada dosa orang itu terhadap kita, kerana dosa kita kepada orang atau dosa orang kepada kita tidak akan terampun melainkan diampunkan oleh orang/ kita sendiri.
Semoga siapa yang membuat carian pada tajuk tersebut berpuas hati yea, dan moga ada manfaatnya buat semua.
Tak lupa di sini saya nak ucapkan Selamat Datang dan selamat menjalinkan ukhwah buat teman-teman baru, Vee Sandi dari http://harumankasehvee.blogspot.com/, saudara Abil Fikri dari http://abil4fauziah.blogspot.com, cik Syiqah dari http://cik-shiqah.blogspot.com/, saudara Shameel Iskandar dari http://www.bicaradariaku.com/, Kesuma Angsana dari http://www.kesumaangsana.blogspot.com/, Saudara Noob dari http://buasirotak.blogspot.com dan babYpose dari http://baby-pose.blogspot.com/. Semoga kita saling mendapat manfaat dan jalinan ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga, aminnnn.

17 Dec 2013
Apakah Esok Masih Ada Senyum?
Sebaik-baik manusia
yang berfikiran waras
dia mengingati umurnya
kian hari kian susut
dan singkat
Dan suratan amalannya
kian hari kian bertambah
Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman ukhwah yang baru nyanyisunyi, MP dari http://mulutpayau.blogspot.com/, rohaya dari Blogger (Blogspot) - bedungcomel dan khamsi Abdullah ( maafla, saya tak jumpa link saudara )
14 Jul 2013
Eh, ada follower baru
Sambil tunggu pukul 6 ( eeeii... lambatnya masak, ye.. sebab semua dah siap awal-awal, tinggal nak masuk kuali je ) sempat lagi jengah baby saya ni yang baru masuk 2 bulan usianya...
Eh! ada follower barulah, terimakasih, InsyaAllah moga ada manfaatnya yang boleh kita kongsikan.
Selamat menunggu berbuka puasa buat semua.
Eh! ada follower barulah, terimakasih, InsyaAllah moga ada manfaatnya yang boleh kita kongsikan.
Selamat menunggu berbuka puasa buat semua.