Asam Garam Kehidupan: December 2020

Nuffnang

Pages

31 Dec 2020

Terindah 2020.

Jomlah kita abadikan di sini yang terindah sahaja di sepanjang 2020 ni. 2020 nombor yang cantik. Sebab tu rasa nak ingat yang indah2 je. Yang kurang indah atau tak indah kita simpan dalam hati saja😁😁

Tak lupa saya nak minta berbanyak ampun maaf sekiranya saya ada terkomen atau tertulis benda2 yang tidak menyenangkan di blog teman2. Ampun maaf sangat2 ye.

Semoga 2021 yang akan kita mulai esok, Allah turunkan rahmat dan keampunan kepada kita sehingga berupaya menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa. 

Aamiinn2x,ya Rabbal Alamin.
Ziarah dan umrah 2/2/2020... Terindah dalam hidup.
Berjumpa semula dengan grup sekolah menengah walaupun sekadar di alamaya.
Sejak habis sekolah rendah tak jumpa, 2020 direzekikan berjumpa semula dengan kawan2 kampung di Pahang. 
Kawan yang sangat dirindui, berpisah semasa saya naik form 3 berpindah sekolah dari Pahang ke Johor, berjumpa semula selepas masing2 berubah jauh fizikalnya, hihi.
Banyak lagi yang indah2..tapi cukuplah diabadikan yang terindah.

Selamat menyambut tahun baru 2021 buat semua teman2 kesayangan. Semoga tahun 2021 bertambah iman dan kebaikan yang kita lakukan.

29 Dec 2020

29/12/2020-Sepuluh tahun..

Genap sudah 10 tahun ma meninggalkan aku. Aku rindu, rindu yang mendalam, yang tidak dapat kugambarkan dengan bait bicara. Ma pergi meninggalkan aku dalam sejuta kenangan..

................😒😒
Segalanya berubah bila abah berkahwin lagi. Kasih sayang terutamanya. Kesenangan dan kemewahan  memang tidak wujud sebelum itu lagi. Tapi sekurang2nya sebelum itu keluarga kecil kami bahagia. Antara yang kusimpan kemas dalam ingatan..sebelum itu abah penyayang, suka membawa pulang buah tangan, selalu bawa aku dan seorang adik lelakiku bersiar petang2, seorang didukung seorang dipimpin..pendek kata waktu itu abah memang seorang yang penyayang..

Bila abah membawa haluannya sendiri kami terbiar luka. Bagi anak berumur 8 tahun aku sudah mengerti duka ibuku. Dan aku rindu juga pada abah yang hilang..abah pulang malam setelah kami tidur, menjelang pagi sebelum bersarapan abah sudah ke destinasi hatinya yang baru, tiada lagi kemesraan, tiada lagi bahagia..

Dari sedih dan rindu menjadi jauh hati dan dendam...seiring berganjaknya usiaku..

Arwah ibuku mengambil keputusan membawa hati pulang ke kampung halaman tanpa putus ikatan perkahwinan. Tergantung..lama..hampir 20 tahun lebih, sepanjang tempoh itu seingatku abah hanya datang dalam tiga atau 4 kali saja bertemu kami. 
Hanya pada tahun 2002 baru ibu dilepaskan kerana ibu nak menunaikan haji, kalau ada mahram ibu tak boleh pergi.

Bila ibu meninggal tahun 2011, aku mengharapkan abah sekurang2nya bertanya khabar, mengucap takziah, tunjukkan sedikit rasa sedih pada seorang perempuan yang pernah membahagiakan dia..tapi aku hanya mengharap, aku sedih..makin jauh hati, makin hilang rasa, hilang rasa bahawa aku masih ada seorang ayah..

Bukan hanya dengan abah, tapi terhadap anak2 dia pun aku menjadi jauh hati. Aku tak dapat merasakan yang mereka adalah adik2ku juga yang wajib kusambung silaturahim..

Bila abah meninggal aku lansung tidak merasa sedih. Tidak ada apa2 rasa. Tapi masih membawa rasa jauh hati kepada adik2 ku itu, apatah lagi bila aku secara berkias menanyakan soal warisan, mereka menyerangku tanpa hormat (dalam grup wasap yang aku buat sebagai grup adik beradik dengan harapan kami boleh berbaik2, akhirnya aku yang buat grup tu, aku yang left grup tu dengan perasaan konon aku menang).

Abah meninggal tahun 2017. Hubungan kami masih sedingin ais beku. Tapi entah kenapa jauh di sudut hati aku menderita...aku ingin bahagia bersama mereka, aku ingin buang dendam itu..tapi ego tetap ada..dibisikkan kenapa aku yang harus mengalah..akukan anak yang paling sulung, aku yang paling tua..sepatutnya mereka yang datang jumpa aku..perasaan2 itu membuatkan hatiku kian menderita..

Bila aku menunaikan umrah bulan februari lepas, antara yang tak putus2 aku minta ialah supaya aku mampu menerima mereka sebagai adik2ku, kurniakan kepadaku perasaan sayang, buangkan semua dendam yang ada di dadaku..
Mungkin berkat doa di tanah suci, bila suamiku mengajakku mengunjungi mereka aku mengalah. Bila bertemu aku peluk mereka erat2  dan waktu itu dapat kurasakan rasa dendam dan jauh hati itu sirna begitu saja. Begitu juga terhadap ibu tiriku, kini aku mampu memanggil dia 'mak'.. aku cium tangannya, aku peluk dia..aku cuba cungkil hikmah tersirat kenapa Allah takdirkan begini dalam kehidupan kami, mungkin kerana mak itu lebih mampu menjaga abah sewaktu abah sakit terlantar, mungkin aku dan adik2 seibuku tak mampu jaga abah apatah lagi ibuku lebih awal meninggalkan kami, dan sekarang aku ada keluarga yang lebih besar, masih ada kampung lain untuk kuziarahi nanti..ye..mungkin itu hikmahnya..

Lagipun sebelum ibuku meninggal dia memang pesan supaya kami berbaik2, pulang jumpa abah dan minta maaf...

"Ma..anakmu sudah memenuhi permintaanmu..terimakasih ya Allah atas kurniaMu yang besar ini.."

Semoga ibuku damai di sana. Ma..dalam tempoh 10 tahun ini, perasaan rindu ini masih menggebu..setiap hari anakmu tak lupa memanjatkan doa untuk kesejahteraanmu di sana. Suatu hari aku pasti menyusulmu di sana, suatu hari kita pasti bertemu..semoga kita disatukan di syurga Firdaus bersama2 dengan nabi Muhammad saw..in shaa Allah..

28 Dec 2020

Sambal temu pauh.

Tahniah kepada yang meneka hari tu, kerana tekaan anda tiada yang benar melainkan salah belaka, even wak petani pun salah teka walaupun ternyata wak pernah buat entri pasal temu pauh ni.

Ye,namanya temu pauh, adik beradik temulawak lah agaknya, cuma temu pauh ni warnanya macam halia, yang temulawak tu kekuningan sedikit macam kunyit. Rasanya ada macam rasa buah pauh muda, tapi tak masam. Buah pauh ni buah mangga la, orang teganu biasa panggil pauh.
jiran sejalan yang bagi, banyak juga. Nak buat ulam tak terabis rasanya. Akak tu kata boleh buat sambal. So kitakan suka try and error ni, tapi boleh tahanlah sedap juga.
Kalau2 ada yang terbeli, terdapat, ada kawan kasi ke bolehla try buat sambal macam ni.
Temu pauh cuci bersih, potong, blend kasar.
Bawang besar, ikan bilis, cili api..kuantiti depend pada banyak mana temu pauh tu, blend kasar juga.
Tumis dan masak hingga agak kering dan garing, jangan lupa garam dan sedikit saja gula.
Siap.
Temu pauh ni kata akak jiran tu elok untuk dalaman orang perempuan. Memang herba2 ni bagus kalau kita amalkan untuk kesihatan. Murah pun murah, jimat, takde pengawet. 
Salam isnin, salam sayang, salam hujung tahun 2020😊😊

27 Dec 2020

Santai ahad #27/12/2020

Arini takleh nak santai mane weyh, banyak hal, banyak urusan rumah nak diselesaikan.
Salam santai ahad. Korang bersantai ke mana hari ni?
Semalam kami dah bersantai seharian kat majlis kenduri kawen adik di Jerantut Pahang. Ni adik perempuan saya tapi mak kami lain😁. Senang cakap abah saya kawen duo.
Yang duduk tu mak adik, yang berkopiah putih tengah sengih tu adik saya satu mak, yang lain tu adik2 saya dari mak yang tu. Saya 4 beradik, mak yang ni 6 orang anaknya. 
Saya akrab dengan dorang baru ni je. Sebelum2 ni saya 'jauh' dari mereka..nanti saya cerita macamana proses akrab tu terjadi.

25 Dec 2020

lbu marahla abah😌

"Sape guna gunting ibu ni? Simpan balik! Dah amik tak reti nak simpan balik. Ibu tak marah pun nak amik barang ibu, tapi dah amik simpanlah semula, ni tak..biar je merata2, pastu hilang, pastu ibu nak kena beli lagi..Umar Zikri, simpan balik!"

Berdas3 Umar Zikri kena peluru leteran ibu. Sebab dialah yang biasa menyepah barang. Dah minum cawan tinggal je kat meja. Dah makan biskut, plastik biskut tinggal je kat kerusi, ada satu hari tu ibu jumpa plastik gula2 atas almari kaca hiasan ibu. Sape lagi punya kerja kalau tak dia. Haishhhh...geram manjang kat dia. Urut dada banyak2 bila ingat pesan ustazah kata sabar banyak2 bila anak2 buat perangai supaya dapat pahala sabar.

Biasa dia amik dan simpanlah apabenda yang dia sepahkan tu sebab dia tau mulut ibu ni takkan senyap selagi dia tak bergerak. Tapi tadi dia jawab..
" Bukan bb lah, abah yang guna, ibu marahlah abah.."

Oh yeke..πŸ˜πŸ˜…

Jadi ibu nak cover malu, ibu pun jawablah..
"eheh..ibu mana boleh marah abah, nanti ibu jadi isteri derhaka.."

Rupanya hari ni cuti umum ek? Lansung tak ingat..takpelah, cuti umum tu tak penting, yang lebih aula hari ni hari jumaat, jom banyak2 berselawat kepada baginda nabi, kalau boleh ribu ribanπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

24 Dec 2020

Dah cantik tapi belum berbunga.

Bunga ros jepun yang disemai semula selepas serangan dalam tanah hari tu, dah cantik menghijau daunnya, dah masuk 3 minggu selepas semaian semula, dah memenuhi pasu cuma belum berbunga sebab sekarang ni kan musim hujan, adala bunganya tapi tak banyak lagi. Tak sabar tunggu kemeriahannya semula.
Makin rimbun, pasunya dilekat ke dinding, pasu dari kedai rm2 je tu, tapi cantik kanπŸ˜†πŸ˜† bila daun tu merimbun2..bila merimbun den plak susah hati, nak alihkan separuh ke pasu lain takut mati, sebab dah pernah jadi, dah rimbun sangat bila pisahkan omak dongan anak eh, tetibo duo2 mati, huhu..
Pokok ati2 haritu dah pindahkan ke luar, tapi belum merimbun lagi. Masa ni dia masih posing kat bawah bersama geng2 lain, semalam den paksa dia naik ke atas tembok sebab tengok daun2nya dah terpotong2, rupanya kerja cik siput dari rumah kosong sebelah rumah den ni, yang den dok kidnap bunga lalang tu. Banyak siput babilah, siput leper2 kecik besar ibu jari warna hitam dok menjahanamkan daun2 pokok bunga ku, bila nampak dengan geramnya den campak jauh2, tapi nanti ada lagi datang. Nak tau nak buat camane..agaknya wak petani tau tak petua nak halau siput nih?

22 Dec 2020

Petua nak bagi anak dengar cakap kita.

Sambil duduk tunggu budak2 ngaji datang tadi, sampailah dah habis budak ngaji, dah petang nak asar pun, baru dapat sambung semula entrinya.. mehla nak share petua dari ustaz. Ustaz Muhaizad Al Yamani, orang kelantan, cakap dialek kelantan pekat, tapi best ustaz ni banyak sangat petua2 orang lama yang berguna, yang banyak kita tak tau.
Gini deh, kalau kita nak bagi anak2 dengar cakap kita..kita buat camni, kita amik wudhu, air basuhan muka dan tangan kanan yang kedua kita tadah, campur kedua2 tu guna untuk bagi dia minum ataupun campur dengan makanan contoh bubur kr, sup kr, tapi jangan pukul rata plak nak senang letak dalam periuk nasi, haha..ingat! Kita buat kepada anak yang bermasalah saja, tu pun bila kita tengok anak tu dah mula dengar cakap, kita suruh je dia buat, terus STOP ye, ustaz kata kalau bagi berlebihan nanti anak tu jadi macam orang bodoh pulak.

Jadi tulah dia petuanya. Kita cuba buat dengan niat yang baik2 contoh supaya mudah kita nak didik nak suruh solat, ngaji, belajar kan..
Cer korang teka apabenda ni? Kalo korang kata halia, korang salah tau, hehe..

21 Dec 2020

Cerita santai semalam.

Alhamdulillah, berjalan lancar semua. Pengantin lelaki tu anak sedaro belah ensomi, mudo laie tu baru 22, tapi dah sampai jodoh elokla kawen ajer ye dok
Umar Zikri dah boleh bawak dulang hantaran, budak darjah 5 tu dah lebih tinggi dari mak dio dah, sebab tu dah boleh harap bawak dulang hantaran. 
Pengantin lelaki diakad nikah oleh ayah mentuo sendiri. Kenduri pun kecil2an saja, takdo panggil ramai pun, mematuhi sop kan. Takpolah kan, yang penting akad nikah tu, tu yang wajib.
Selesai kenduri di kuala Pilah, bertolak ke Sendayan rumah adik ipar sebab ziarah MIL yang kurang sihat. Dah singgah ramai2 acara wajibnya semestinya makan lagi. Kenyang tak boleh bawak bincang weyh tapi tengok makanan tu nak juga makan lagi. 
Yang remaja2 lelaki tu semua anak sedara sebelah ensomi tu, dah besar panjang memasing.
Yang bertiga tu perempuan tu, dua orang kakak ipar, yang agak muda tu my beras macam kata Allahyarham PRamlee😁
Yang cendol tu kami singgah di gerai cendul D'Ulu Bendol, semalam cuaca agak panas, jadi nikmatlah weyh dapat cendol. Cendol beluluk atau cendol buah nipah pun ada selain cendol jagung, cendol campur, cendol durian. Cendol beluluk tu rm4 semangkuk.
Kat rumah adik ipar tu dia masak spegeti.Sorang lagi adik ipar beli ayam kepsi.. Yang tu tak memikat. Yang memikatnya tu steamboat tu..dapur steamboat baru bukak tu, beli kat shopee, sebelah buat steamboat, sebelahnya bakar itik panggang, cuma den ni bukanlah penggemar daging itik, sebab dia ada satu rasa pelik pado den lah. 
Pendek kato memang kenyang sungguh semalam, makan dengan sesungguh hatilah ibaratnya..berat nanang mung mokcik weiii..

Saja diabadikan di sini untuk kenangan.

20 Dec 2020

Santai ahad 20/12/20.

Alhamdulillah emosi kehilangan den dah semakin pulih. Hari ni buat pertama kali selepas sekian lama tak gantung piuk kuali belanga, hari ni kita santai ahad ke majlis akad nikah sekaligus kenduri kawen anak saudara sebelah ensomi. Nun di kualo Pilah sana.
Dahlah makcik, pakai pulak tudung makcik, lagilah nampak makcik2, pastu memang pangkat makcik di sebelah ensomi, kalau sebeloh teganung pangkat maklong..haha..merepek2 di pagi hari, hati riang ria sebab dah lama tak jalan jauh..doakan kami selamat sampai ye teman2 kesayangan yang dikasihi..
Korang bersantai ke mana hari ni?

17 Dec 2020

Terasa kehilangan.

Maaflah kawan2, saya kehilangan mood 3,4 hari ni. Nak kata sedih sangat tu tidaklah, nak kata tak sedih tu bohonglah juga. Hati ibu kan.
Dalam dok marah, kadang geram..tapi jauh di hujung hati tu perasaan kasih pada setiap anak yang berlainan wataknya tu tetap ada. Kalau marah tu kerana kasih, kalau geram pun kerana kasih, tetap ada doa dititipkan tak kira waktu, bila teringat tu segera mengharapkan Allah beri kepada mereka yang terbaik.
Anak yang ni dari segi kelebihan otaknya memang kurang dari abang dan kakaknya. Tak apa..Allah lebih tau, Maha Tau apa yang terbaik kepada hambaNya.. Tapi anak ni dekat di dalam hati ibu sebagai yang paling ringan tulang, mudah menghulurkan bantuan, mudah mengukir senyuman, kalau abah out station abah amanahkan dia untuk menjaga keselamatan di rumah..itu salah satu sebab ibu terasa ketiadaannya.
18 tahun tak pernah berpisah, mudah2an dia cepat belajar berdikari. Bertubi2 pesan dan ajaran ibu supaya dia dapat menguruskan diri dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar di kampus IKM.( IKM Pekan, Pahang..buat masa ni itulah tempat dia menyambung pelajarannya dalam bidang kemahiran ) Sepatutnya dia masuk bulan Oktober lepas, tapi tertangguh disebabkan pkp. Jadi bila dah boleh rentas negeri dan dapat panggilan semula pada 13hb Disembar lepas, itupun kami pergi pada 15hb sebab tunggu result swab test, ..tak boleh lengah dah sebab kelas pun dah mula. Kami bertolak pagi selasa, sampai sana dalam pukul 1 tengahari, lepas zohor dalam pukul 2 dia dah join kawan pergi kelas.
2,3 hari ni ibu asyik menelefon dia tanya khabar dan pesan macam2 lagi.πŸ˜…πŸ˜…

Ya Allah..peliharalah anak kami ini, tetapkanlah imannya, jauhkan dia dari kejahatan dan kemungkaran, pertemukanlah dia dengan kawan2 yang baik supaya dia tidak terpengaruh dengan benda2 yang tidak elok di sisiMu..
Muhammad Hilman semoga kebaikan sentiasa bersama mu.
Aamiinn..

14 Dec 2020

Kembang baru di taman hatiku😍😍

Biras bagi anak pokok bunga mawar ni, malas nak tanam, cucuk je dalam pasu..tengok mula keluar satu daun, dua daun..besar sikit, besar sikit lagi dan akhirnya keluarnya kudup putih dan akhir sekali mekar jadi kuntum yang wangi..teringat pulak masa kecik2 ikut arwah mak selalu pergi ke rumah sorang nenek ni, kat rumah dia ada pokok bunga mawar ni merimbun dan selalu berbunga, suka kutip2 letak kat lipatan baju..
Yang ni tak tau nama pokok bunga apa..aritu macam nak mati dah, tukarkan pasu..letakkan ke tempat yang teduh tapi still ada cahaya, tak boleh direct sun dan tak boleh lansung tak kena cahaya..bila buat camtu..baru dia rajin berbunga, cantik kan? Subhanallah, sempurna sungguh ciptaan Allah..
Antara koleksi buah hati saya😍😍

13 Dec 2020

Santai ahad#13/12/2020

Alhamdulillah..mendung awal pagi berlalu pergiπŸ˜‰
Kebun belakang ensomi mula disinari matahari. Awan pun memutih cantik.. Subhanallah.
Ensomi sedang gigih cuba membasmi anai2 dengan menabur garam kasar..sayang juga kalau tumbang pokok jambu kami tu, walaupun tak berbuah, sekurang2nya ia memberi teduhan.
Korang nak masak tengahari ni? Den cam biasa sokmo..simple is meπŸ˜†
Sudah set dalam otak menunya..sup ayam+ sayur,sambal tempe ikan bilis, telur dadar and nak potong buah2 tu. Tembikai is umar zikri fevret, ensomi plak suka betik, and for me ada anggur sebab semalam shopping kat mymidin anggur murah gila, rm5 sekilo, ambik sekilo lebih tu cukuplah buat kudap2 bila lapo2.
Okey, to all my darling out there..selamat berehat di hari ahad..hari ni i sawan sikit jerπŸ˜…πŸ˜…

10 Dec 2020

Cucuq bergedil super duper senang.

Popia bergedil, itu biasa. Tauhu bergedil..oh itu lagi biasa. Jom meh hakak ajar buat yang luar biasa pulak😁😁, sungguh pun luar biasa ia tidaklah sesusah mana. Jangan takut, bimbang atau walang. Den jamin tak susah sebab den memang tak suka masak yang cerewet2 nih. 
Meh den tunjuk.
Tepung gandum dan garam, bancuh dengan air panas mendidih. Jangan lembik, jangan keras..yang sedang2 aja dong asalkan boleh dibentuk2. Sukatan? Den memang takdo sukat2 do, pepandai lah.

Bergedil kentang campur isi ayam. Takyah ajarlah yo camano nak buek bergedil, takdo yang luar biaso do. Cuma kena simpan dalam esbok atas supaya keras nanti senang nak isikan dalam adunan tepung tu.
Adunan tepung ni terlombik sikit ha. Jadi masa nak isikan bergedil tu basahkan tangan supaya tak melekat.
Siap digoreng. Patutnya kono buat kuah cam kuah tauhu bergedil, tapi den kan malas nak menyusahkan diri, jadi bolehla cicahkan dengan sos cili. 
Amacam? Bolehla cuba ye, buat minum2 potang ko sodap yo.

Selamat berehat di petang khamis.

9 Dec 2020

Di celah pili bomba.


Letak tanah, lengkungkan bata..tanam pokok bunga.😁😁

7 Dec 2020

Tergoda dengan cik ati pula.

Tergoda betul tengok kat blog Amie pasal pokok ati-ati. Tapi sebelum tu lagi hati dah tergoda bila lalu lalang kat depan jiran tu, amboi tengok pokok ati2 dia kemain cantik la. Bila Amie citer pasal ati2 tambah naik semangat ni, so dengan muka tak malunya hari jumaat lepas mintak dengan jiran, haha..kami memang selalu tukar2 pokok bunga sebenarnya, jadi memang biasa je buat muka tak malu. Tengok ni dapat sejambak, letak air dalam bekas plastik, letak atas meja..kemain cantik kan.
Dah selamat disemai dalam pasu plastik. Tengok youtube katanya kena letak tempat teduh dulu dalam seminggu..senang citer bawak masuk dalam rumah dulu.
Ada 6 jenis semuanya.Pokok ati2 ni jenis pokok yang senang dijaga, nak tanam pun senang, guna keratan batang, cucuk je dalam tanah gembur. Juga perlukan cukup cahaya matahari, kena siram selalu, tapi tak tahan panas berlebihan. Cahaya yang mencukupi buatkan daun ati2 ni berwarna cantik. Rupanya boleh buat ubat juga, yang daunnya warna gelap, cuma tadi tak sempat dengar habis kat youtube tu sebab budak2 ngaji dah sampai.
Nanti minggu depan kita nak letak kat luar rumah pula.

6 Dec 2020

Bila nak beli uniform sekolah.

Tahun 2020 ni mencatit sejarah di tanah air kita tempoh persekolahan paling singkat, lebih kurang 4 bulan sahaja seterusnya anak2 bercuti panjang disebabkan pandemik covid yang masih belum reda sepenuhnya. Di Selangor pun masih pkp, hanya beberapa daerah saja yang dah bebas pkp. Pkpb disambung lagi dari 4 hingga 26/12..eh..betul ke..haha..dah letih dah nak dengar info sambung pkp ni. Cuti panjang tapi nak balik kampung pun tak dapek, huwaaaa🀧🀧

Tu yang dok berkira2, bila nak pergi cari uniform sekolah si Umar Zikri ni. Tinggi dia mak oiii, omak eh dah jauh ketinggalan. Seluar sekolah dia dah naik atas dari buku lali. Hujung tahun lepas masa beli tu memang tutup buku lali sebab cadang dah malas beli uniform, memandangkan tinggal setahun lagi nak habis sekolah rendah. Tapi nampak gaya memang kena beli juga lah.

Uniform sekolah rendah mungkin belikan seluar saja. Bajunya boleh pakai lagi.
Uniform sekolah agama memang kena beli sepasanglah sebab takde jual asing2, jadi walaupun bajunya masih elok, nak tak nak kena beli 2 pasang juga.

Kasut sekolah belum check lagi. Tapi rasanya kena tukar juga. Bukan saja meninggi, saiz tapak kaki pun memanjang tu.
Cumanya dok berkira2 bila nak pi cari. Betul ke pkp tamat 26hb? Kalau sambung lagi camane sekolah? Cuti lagi ke pi sekolah ikut sop? 
Dah ada tengok iklan "back to school" merata2😁 cuma tengok takde pun lagi parent pi cari kelengkapan sekolah..agaknya diorang pun macam aku, dok berkira2 duit dalam poket, tunggu dan lihat bila tarikh persekolahan yang muktamad, tunggu last minit macam aku juga agaknya.

5 Dec 2020

Koleksi kesayangan 2015.

Di pantai Teluk Cempedak, nak takutkan monyet, sekali monyet jeling je terus gelabah😁😁
Budak ni masa ni umurnya 6 tahun, tercyduk sedang curi main phone ibu.
Semasa lawatan sambil belajar di masjid Putrajaya. Jadi imam solat. Alhamdulillah sampai sekarang boleh harap jadi imam solat di sekolah agama.

3 Dec 2020

Musuh Ros Jepun

Kewalahan, kewalangan melihat ros jepun yang hidup segan mati tak mau, ermmmm..kan telahanku betul belaka. Ros jepun nak hidup memang tak susah, bila dah berbunga tu, tambah pulak dicampur2 warna pink, merah, kuning, putih dalam satu pasu, kemain meriah bila berbunga.

Tapi perhatikan kalau daun2nya mula kecil, batangnya mula kecoklatan maknanya ros jepun anda telah diserang dengan ganasnya oleh musuh bawah tanah yang tak kelihatan melainkan anda selongkar tanah2 dalam pasu tu.
Lepas sehari ke sehari nak mengerjakan, asyik tertangguh2..hari ni tak boleh jadi..habis je budak ngaji pukul 11.30 tadi, den memulakan operasi membasmi musuh ros jepun.
kamera tepon den ni tak berapa nampak. Makhluk halus ni warna putih2 macam yang selalu menyerang pokok cili membuatkan daun cili jadi kerinting tu. Habis akar2 pokok tu diserangnya. Jadi akar2 ni semua kita buang je, kita ambil batangnya saja untuk semaian semula.
Ada beberapa pasu lagi belum sempat nak buang semuanya, panas pulak hari ni. 
Tanah tu den bancuh dengan air racun pembasmi makhluk putih tu (memang den tak tau nama menatang ni), biar mati semua menatang tu. Nanti tanah tu bolehla guna semula untuk semai balik ros jepun den nanti. Harap2 la ros jepun den berbunga meriah semula menyerikan laman dengan keindahan dan kemeriahannya.
Ha..betapa cantik berwarna warni sebelum diserang musuh perosak.
Ros jepun ni cantik bila kita rajin gemburkan tanahnya. Mudah je..kita patahkan batang2 dia semua sekali, kalau tanahnya dah kurang kita tambah, buang je akar2 dia sebab dia cepat je berakar semula. Lepas tu kita cucuk2 je semula. In shaa Allah kalau takde apa2 masalah, 2,3 minggu nanti dia akan berdaun dan berbunga cantik semula.

2 Dec 2020

Inspirasi bunga lalang.

Bekas air lama dari tanah liat, dah lama duduk di satu sudut sampai berdebu. Ambik, taruk di tangga..serikan dengan bunga lalang yang ku ambil free dari rumah sebelah yang kosong sekian lama..
Anak ngaji tanya..ustazah, kenapa bekas tu taruk kat situ...ermmm, adalah sebabnya, hihi..
Aku memang tak sukakan karpet sebab susah nak mop lantai, aku cuma gunakan tikar buluh, senang nak gulung bila nak mop lantai.

1 Dec 2020

'cikgu' ibu yang hilang sabar.

Cabaran sungguh mengajar Umar Zikri nih. Barulah tau dia tak tau banyak benda lagi, uhuks3x..formula matematik, cara nak guna kamus..hadoiii..penin2x.
Kalau hari sekolah tu, kita tanya homework jawabnya dah siapkan kat sekolah, kita pun banyak kerja lain, tak kuasa nak check2 dah, tanpa rasa cuak menaruh sepenuh kepercayaan betul dia dah siap homework..bila jadi camni, barulah terfikir..ermmmm padanlah taun lepas ko turun kelas nak oiiii..!!Kerahan menggunakan kamus dewan English-Melayu. Dia nak senang minta phone cari google translate je. NOOO!! Big no this time..
Minggu lepas exam akhir tahun. Exam paper boleh bawak balik rumah, dengan arahan setiap paper siapkan dalam masa satu jam setengah saja. Tapi also a big sorry la cikgu2, bukan sejam setengah, bukan 2,3 jam tapi dah jadi sehari dua satu paper, huhu..mintak mahap la sangat2 cikgu, jenuh nak suruh siapkan dengan jerit pekik kalah tarzan naik minyak tau cikgu..

Dah siap kena submit semula ke sekolah. Tapi kan main seronok budak tu dapat hadiah fail dan pensil khat dari cikgu..
Ermmm..agak2nya cikgu tau tak umar zikri ngelat? Tapi rasanya bukan umar zikri sorang yang ngelat kot..dah bawak balik rumah kan, peluang ngelat tu cukup besar ye tak. 
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign