| Sanggup susah dalam mengenalkan Allah kepada anak-anak. |
Ada orang suka memberi kemewahan mata benda kepada anak-anak mereka tanpa batasan, minta apa saja akan cuba sedaya upaya ditunaikan. Kemewahan sebagai lambang kasih-sayang, Minta tu dapat, minta ni dapat. Tanpa anak-anak diperkenalkan kepada Tuhan, rasa takut dosa dan neraka..bayangkan apa akan jadi pada si anak...?
Betul ke jika menyusahkan anak-anak tu tanda takde kasih-sayang? Menyusahkan macamana tu? Ajar anak puasa, tutup aurat, ajar anak solat, rotan jika malas menunaikan solat, itulah menyusahkan anak-anak. Susahkan mereka bangun pagi-pagi ketuk pintu, gung-gung-gung..suruh bangun jugak, bangun jugak..tunaikan solat. Ajar anak tutup aurat, eh! panaslah pakai tudung, eh! rimasnya berstokin, baju besar, ala...tak nampak body yang slim tu..aduh...laparnya tak makan sehari suntuk sebab puasa....
Memang susah, kita susah..dia pun susah. Lagi-lagi kalo si anak tu degil, disuruh solat..liat, disuruh tutup aurat, tetap nak berlawa mengorat.
Tapi sebagai ibubapa yang mahu melihat anak-anak selamat dunia dan akhirat, apa pun kesusahan yang datang terutama dalam mendidik anak-anak ke arah insan soleh dan berakhlak lagi membesarkan Allah, hadapilah dengan tabah..
Sebenarnya memberikan anak-anak kenal ALLAH itu adalah sebesar-besar kasih-sayang kerana dengannya mereka mampu memberi kasih-sayang kepada insan lain pula, kerana Tuhan itu lebih besar dan lebih Maha Kaya dari seluruh isi alam ini, jika DIA dikenali.
Jadi...jangan pernah takut untuk menyusahkan anak-anak dalam usaha kita memberikan Tuhan kepada mereka, sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang hasil tuaiannya sudah tentu berbaloi. Tapi biarlah kesusahan itu bersama Tuhan, sebab Tuhan itu penyelesai segala masalah. Jangan pandai-pandai rasa mampu mendidik anak tanpa Tuhan, kita takkan ke mana...kecuali memimpin mereka ke Neraka...












