Asam Garam Kehidupan: December 2017

Nuffnang

Pages

30 Dec 2017

Ada apa dengan MuG.

Saya suka guna mug untuk semug nestum atau quacker oat, atau semug lemon panas yang menyegarkan. Wah, semua menu nak sihat yea? Ofkos ler weyh,  umur naik tak turun2 ni, hajat nak sihat sampai ke tua, hajat dapat menunaikan solat, dapat sujud dengan sempurna hingga ke akhir hayat, takmo solat atas kerusi, nanti tak dapat cecahkan dahi ke bumi...

Ha, jangan jeles kome, muka makcik  yang cun terpampang di mug, hadiah dari anak murid yang akan melangkah ke tadika tahfiz setelah dua tahun bersama I Brain Islamic...takpelah Kan, moga menjadi seorang anak tahfiz yang berjaya.
Mak anak yang bernama Muhammad Areef Mirza Ni beria2 minta kami bergambar dengan anak2nya, rupa2nya nak buat ni, terharu weyh..terasa dihargai walaupun hanya sebiji mug. 
Areef Mirza ni budaknya agak lasak, selalu kena marah dengan kami...maafkan ticer duhai anak, marah bukanlah bererti benci..

28 Dec 2017

Tercapai jua hajat den.

Hehheh...ingatkan takdo harapan dah nak meraso diyan tahun ni. Disebabkan viral diyan reject tak dapat masuk ke China sebab diawet dengan bahan bahaya, musang king plak tu, jual murah2. Toklaki den tu kalo dengar benda2 camni jangan haraplah dia nak beli. So den pun hanya mampu mengharap dan berdoa dalam hati, dengan sepenuh harapannya moga2 adalah rezeki nak makan diyan hujung tahun 2017 ni.. Alhamdulillah...dengan tak disangka2, cempedak bertukar menjadi diyan..hewhew..tadi ha..otw balik dari check darah, iyo..konolah check darah dah umur nak masuk sonjo kale ni, kang tak pasal2 berkale2 plak penyakit menyinggah yo tak, kalo sakit tak menyusahkan orang takpo, tapi kang dibueknyo terlantar serupo mayat idup susah plak toklaki den tu..
Tetiba kat luar pagar spital tu ada orang jual diyan kampung katanya, durian kampung uishhh...tak mampu den tolak, tapi takdo berani nak minta, kot2 la tak cukup duit ko, rm16 sekilo, kira murah la kan, tapi rupa2nya dah rezeki den dan anak2 kan.,dibelinya 4 biji, rm100 jugalah weyh.. jadilah 4 biji pun, sape nak bagi kan.
Sedapnya..memang durian kampung sebab rasa manis pait2 tu memang kesukaan den. Ni kira penutup tahun 2017 lah, kita tutup dengan hal2 yang manis dan indah...moga hidupku manis dan indah selalu, amin2..
Nilah katanya musang king reject tak dapat masuk China tolak balik terpaksa jual murah2. Tapi tak taulah betul ke idok, buatnya tak betul kesian Kat orang jual diyan. Tapi den nak kesian kat diri den juga tak mampu beli diyan mahal rm45 sekilo, huhu...camanolah rege diyan mahal macam emas plak..
Ni pun kira penutup 2017, the last and lejen kopok leko from Teganung with love..haha. Korang len kali kalo nak beli kopok leko bawak balik Key Ell, korang kena beli kepok yang digoreng, jangan beli yang rebus, tak tahan disimpan, mudah berlendir pastu jadi warna oren2, kalo yang goreng ni seminggu pun tahan disimpan dalam esbok. Kalo nak beli minta camni..." Nak beli kepok leko yang digoreng." 
Ni pun semalam punya citer, majlis penutup orientasi bagi sesi 2018. Punyalah malas nak update blog sekarang ni, not priority anymore, chehhhh...dulu kalau sehari tak update rasa serba tak kono, sekarang nak update je jadi serba tak kono, hihi..












Salam sayang....

27 Dec 2017

Apakah sebenarnya kehidupan?

Apakah sebenarnya kehidupan? Untuk memahami kehidupan pergilah ke 3 lokasi ini.

1) Hospital.
2) Penjara.
3) Tanah perkuburan.

Di hospital kau akan faham tiada yang lebih berharga dari kesihatan.

Di penjara kau akan tau kebebasan itu amat indah.

Di tanah perkuburan kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yang kita pijak hari ini akan jadi bumbung kita esok. Kita datang tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2 kecuali amal kebajikan semasa hayat masih bernyawa....
( Sharing dari WhatsApp group dengan sedikit pengubahsuaian).
Sempena sambutan penutup majlis orientasi sesi 2018.
Errr...itu bukan tangan saya tau.

23 Dec 2017

JOM PAKAT JOIN sape2 cikgu tadika.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
JEMPUTAN EKSLUSIF SEMINAR PERSEDIAAN GURU 2018. PERCUMA!!!
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Sempena program @ Karnival Gempak Ambang 2018.

30/12/2017 ( sabtu )
9.00-12.00 tghari.

Smart Teacher Motivational Seminar 2.0- Are you ready cikgu for 2018?

Sasaran: 500 guru.
Sijil& sarapan/makan tengahari disediakan.

Speaker:
1) TUAN AMIN IDRIS.
"Srikandi Cikgu...Pahlawan Yang Tak Didendang"
2) CIKGU SHAMIZAN SHAFEA.
"Wow.. Seronoknya jadi cikgu"

21 Dec 2017

Boleh jadi cikgi ni.

Tapi ngeri juga jadi cikgu bila mengenangkan hebatnya cabaran yang perlu anak den berdepan sok2. Silap tegur sikit, silap marah, kena naik court weyh kome.

Tapi nengokkan gaya dia, memang nampak ada kebolehan mengajar. Sementara cuti masih berbaki ni, den bawak dia ke tadika tolong2 apa patut bila tak cukup cikgu, almaklum cikgu2 pun nak bercuti, jadi dia tolong lah ajar matematik kat adik2 darjah 2 dan 3 ni.

18 Dec 2017

Wajah2 yang comel ini.

Inilah antara wajah2 comel yang akan kutatap sepanjang tahun hadapan..tahun baru, cabaran baru..2018.

Kami mulakan sesi persekolahan sebulan lebih awal, sesi orientasi supaya sesi sekolah januari 2018 tidaklah terlampau dipenuhi sesi tangisan dan drama air mata, pujuk2 kubawa lari, hihi..eh..betul, bawa lari masuk kelas ler.

13 Dec 2017

Makan malam di atas bukit.

Hehe...gigih mendaki bukit sebab nak makan yea. Takkan ado weyh, belum sampai ke puncak dah pengsan dulu rasanya. Naik ngan ketelah cayang weiii, kat puncak Bukit Kecil atau arwah mak den panggil Bukit Kecik atau sekarang name glamernya Bukit Panorama ada tempat makan best, boleh tinjau bandar Kuala Terengganu waktu malam litlap2 bercahaya, cantiknya negeriku Terengganu Darul Iman yang tercinta.
Pemandangan dari puncak Bukit Kecil@ Bukit Panorama waktu malam.
Sesekali makan malam di puncak bukit, bukan senang abah nak bawak, hehe..
Kafe Panorama, boleh tahan ramai pengunjungnya malam tu 
Semangkuk besar Yee Mee Panorama, rm7.90, se'eh perut, tak larat nak habiskan.
Nasi goreng Panorama, pilihan selera toklaki den, anak2 nak makan ciken cop, tambah makan nasi goreng kampung, tak cukup portion kecik, tak cukup untuk perut abang Iman tu.

11 Dec 2017

Pantai Kemasik yang indah.

Otw ke Kuala Terengganu sebelum singgah di rumah adik di Dungun, kami singgah di Pantai Kemasik di Kemaman. Panorama yang sangat indah, pantai yang bersih, ombak yang kuat musim tengkujuh, mujur juga takde hujan.

10 Dec 2017

Sarapan murah.

Kat rumah adik di Dungun. Adik belikan nasi lemak, karipap, Mee tiew murah weyh, sedap plak tu...tapi biasalah selera orang Teganung, manis semuanya...maneh macam denlah, kihkihkih..

Rm1 lagi, 3 biji, mana nak cari kat Key Ell kome, inti penuh, bukan oksigen eh.
Rm2 lauk sambal ikan aye, cukup sebungkus dah kenyang.
Rm1.50 sebekas, Mee tiew manis juga, tapi bolelah dengan selera den ni, tapi toklaki first2 dah keluar komen, " maneh.." hehe...selera nogori dan Teganung macam air sungai bertemu air laut, takkan bercampur..

8 Dec 2017

Sambal petai mabeles tak busuk.

Bukanlah tak busuk lansung, tapi kuranglah busuknya, kalo masuk membuang air kecik tu taklah haring sangat. Tak caye cer try.
Petai free boss bagi, kalo nak beli sendiri takdelah sebab kurang minat, lagi pun petai mahai, 3 papan 5hengget you.
Macam ni caro eh. Petai dah kopek, goreng dulu sampai tukar warna agak 'kekuningan'. Pastu bolehla masak dengan udang ke, bilis ke.
Ini  sambal bilis dengan petai Negeri Sembilan stail, bawangnya potong2 aje.

5 Dec 2017

Tambang bas sekolah naik lagi tahun depan?

Korangggg, huhuhu.

Tengok tak berita tv9 malam tadi? Katanya tambang bas sekolah bakal dinaikkan antara Rm10 ke rm20, bergantung kepada kawasan luar bandar atau bandar.

Anak den ada 3 orang lagi yang pergi sekolah, balik sekolah naik bas. Si abang Iman naik satu bas untuk pegi balik, si kakak Nadhrah pegi naik van sekolah orang lain, balik naik bas sekali dengan abang Iman, tahun ni tambangnya rm90, nampaknya tahun depan kalo naik jadi rm110.
Si Umar Zikri pula pegi sekolah ugama naik van orang lain, balik sekolah ugama naik van uncle Rajan, pegi sekolah kebangsaan naik van sekali kakak Nadhrah, balik sekolah kebangsaan naik van uncle Rajan. Untuk dia tambangnya tahun ni sorang je dengan kenderaan yang berlainan tu tambangnya campur2 dah jadi rm105, untuk tahun depan tak taulah berapa tuan2 van tu nak caj. Kalo setiap sorang toke van naikkan Rm10 juga?

Belum apa2 den dah rasa bahang keperitan hidup tahun depan. Itu baru tambang bas naik, belum lagi keperluan lain, harus naik juga rasanya. Yang tambang bas tu naik kata mereka yang berkenaan tu sebab nak ringankan beban yang ditanggung oleh pengusaha bas sekolah. Habis beban hidup kami rakyat marhaen ni sape nak fikirkan??

Nampaknya nak tak nak, perit tak perit, payau, pahit, semua tu kenalah dihadap juga. Sudah itu ujian hidup di akhir zaman ni, janji Rasulullah yang mengatakan tahun demi tahun kehidupan semakin perit dan mencengkam. Mari kita jadikan Allah sebagai tempat mengadu....

4 Dec 2017

Selesai sudah majlisnya.

Sori la kengkawan yek, selain takdak mood, den sibuk dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil, majlis wajibla bagi mana2 tadika di hujung2 tahun ni. Sibuk latih bebudak tu untuk buat persembahan depan makpak dorang.

Adoila, Kali ni den dipaksa rela memberi ucapan alu2an kepada makpak bebudak ni, kalo bercakap one to one tu takde masalah lagi, yang buat tekak kering tu bila kena bercakap depan ramai2, adoila, adoila, dup2 macam nak jumpa ensuami di malam pertama dah rasanya, haaa..teruk betul, nak kena kursus public speaking kot.

Apa2 pun bila dah selesai legalah perasaan den ni. Sekurang2nya selesailah tugas den untuk tahun 2017 ni, tunggu plak apa yang kena hadap tahun 2018,in shaa Allah kalo ada umur yang panjang.

Adoila sekali lagi, malehnya dah nak ngadap blog ni..eh..
Haaa..sape tu yang dok cari maklumat tu??? Makcik tau..
Pembukaan dengan bacaan 30 ayat surah Al Mulk, Alhamdulillah, mudah2an ada jariah untuk den bila budak2 mengamalkan surah tu. Selalu den ingatkan supaya dorang baca untuk jadi peneman di dalam kubur, den kata...kalo dalam kelas bila ada kawan taknak kawan pun kita sedih, kalo kalo dalam kubur takde peneman macamane??
Dapat sarung jubah,๐Ÿ˜…๐Ÿ˜† topi konvo, dapat sijil...tc doakan anak2 kesayangan tc ni semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah, rajin solat, berjaya dunia Akhirat, aminnn.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign