Asam Garam Kehidupan: November 2020

Nuffnang

Pages

30 Nov 2020

Motivasi untuk aku dan kamu.

Hari ini, esok..dan seterusnya, semua ada dalam ilmu Allah yang tak bisa akal lemah kita menerobosinya..semoga aku dan kamu sentiasa dalam rahmat dan pimpinan Allah swt untuk meneruskan kehidupan di pentas dunia fana tapi penuh tipu daya muslihat yang bisa menjerumuskan kita ke dalam kebinasaan..sentiasalah minta kepadaNya untuk berada di jalanNya yang lurus..semoga aku dan kamu selamat dalam perjalanan menuju akhirat.
Aaminn2x..

29 Nov 2020

Inovasi si tudung saji.

Masa kecik2 dulu, dalam gobok lauk camnilah mak simpan lebihan lauk. Bila kawen balik rumah mak mentua, pun ada gobok camni, cuma dah tak dipakai, lama2 letak luar rumah, kena hujan panas, lama2 pecah camtu aje.
Orang tua dulu2 ramai yang pandai menganyam daun mengkuang buat tudung saji camni. Rumah mak mentua ada lagi tudung saji ni.
Dari tudung saji mengkuang, maju sikit lagi ada pulak tudung saji plastik camni, berwarna-warni, bermacam saiz. Saya pun masih pakai tudung saji camni.
Terbaru, tudung saji bertingkek. Ekceli mak mentua selalu buat, kalau lauk tak habis dia letak pinggan lauk tutup dengan tutup periuk besi. Tutup periuk besi banyak kat umah dia. Atas tutup periuk tu, dia letak pinggan lauk lain dia tutup lagi lagi dengan tutup periuk besi. Den raso Sokano ke hape jenamo tudung saji inovasi bertingkek ni..dio dapat idea dari mak mentuo den tu, haha..
Aniway, inovasi terbaru ni memang bagus, menjimatkan ruang atas meja. Sape teringin nak beli bolehla cari kat shopee ke, wow shop ke..

Begitulah..dunia semakin berkembang teknologinya. Jangan sampai kita hanyut sudahlah..

28 Nov 2020

Koleksi kesayangan 2016.

Indahnya awan, cahaya kekuningan sang matahari tidak pernah mengecewakan.
Dari balik tingkap kaca..
Masih dalam ingatan..tapi mungkin mereka dah lupakan siapa yang pernah hadir mewarnai zaman anak2 mereka..
Oppsss..alahai, nak adik agaknya. Tapi kesian budak ni, sampai sekarang masih bergelar anak tunggal.
2016..darjah 1, abang tolong betulkan sampin nak pergi sekolah agama.
Tahun demi tahun berlalu..yang tinggal kekal sebagai kenangan.

26 Nov 2020

Amalan untuk mendapatkan jodoh.

Saya nak sharekan di sini, hasil mendengar satu kuliah. Mudah2an bermanfaat kepada sesiapa saja yang nak mengamalkannya.

Buatlah dengan yakin dan penuh pengharapan kepada Allah, mudah2an Allah permudahkan sampai jodohnya.

Apa yang perlu dilakukan, buatlah solat hajat 2 rakaat, dalam sujud akhir baca ayat 24 dari surah Al Qasas sebanyak 17 kali.
اللهم اني لما انزلت الى من خير فقير
Maksudnya..Ya Allah, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
(Allahumma inni lima anzalta a'laiya min khairin faqir- saya tuliskan dalam ejaan rumi, tapi sebaiknya buka Al Quran untuk tahu lebih tepat panjang pendek bacaan dan makhraj huruf ye)
Ayat ini dibaca oleh nabi Musa as semasa baginda sedang duduk di bawah pohon dalam keadaan penat dan lapar setelah menolong anak perempuan nabi Shuaib memberikan binatang ternak mereka minum air dari satu perigi.
Bolehla dengar kuliah dari mana2 untuk mendapatkan cerita sepenuhnya.

Boleh juga amalkan mandi dengan 7 jenis bunga yang berlainan warna dan bau. Ini tiada kaitan dengan unsur khurafat dan jin ye. Sebab bunga memang ada auranya sendiri, yang in shaa Allah dapat membuang aura2 negatif yang ada dalam badan kita. Just hancurkan bunga dalam air dan mandi. Kalau nak lebih wangi campurkan sedikit minyak wangi 1000 bunga. Orang yang dah berkahwin pun boleh buat bila badan tu rasa lesu tak bermaya untuk mengembalikan kesegaran. Nak lagi bagus, campur dengan ketulan2 ais buat berendam, lagi power in shaa Allah.

Moga bermanfaat.

24 Nov 2020

Sapu t..k idung.

Lately banyak sungguhla semut halus ni. Punya kecik tapi kalo menggigit orang bisa dia boleh tahan woo..tengah tido boleh terbangun, tengah solat sure hilang khusyuk, dahla memang tak khusyuk, kena gigit lansung menyumpah..oiii..semut nanti ko siap solat ni kang, aku penyek2 ko semut, tak padan kecik nak gigit orang..

Tak taulah sebab apa banyak semut ni. Tapi memang tak boleh lansung ada sisa makanan, siaplah dia datang dengan konvoi2 nya sekali.

Teringat petua masa kecik umur 5, 6 taun dulu kat kampung, suka sangat ikut orang2 tua masuk utan. Dalam hutan atas tanah tu banyaklah semut api, tak pun dengan kawan2 kampung tarik batang kemuncup tu pastu jolok dalam lubang kelengkiak, bukan main seronok dapat tarik kelengkiak naik dari lubang, dah tu kalau kena gigit, mak aiii..sakit, bengkak...tapi esok kacau lagi kelengkiak tu..deme tau ke menatang apa kelengkiak tu..well..ghopenya macam semut, tapi beso lagi dari kerengga, kat mulut dia pun ada taring cam kerengga tu, kalau kena gigit kelengkiak ni, umang aiii..sakittt.

Jadi adala sorang pakcik tu cakap, kalau kena gigit semut api, kelengkiak ni senang je ubatnya..sapu t..k idung.., haha..selekeh je kan, yelah..budak2 kampung masuk utan ater manenya nok bawak minyak angin ke..tapi nye menjadi sungguh weii..berkesan, mujarab, hilang pedih dan bengkak kena gigit tu. Tak caye..cer try buat,hasshh3x..ada bran??

Den masa kecik dulu dah buat, sobab tu den jamin menjadi. Tapi dah tuo2 ni, t..k idung pun takdak dah, haha..
Banyak juga petua2 yang macam..ermmm..apala kaitannya, tapi dah duduk di kampung kan, orang tua cakap kita ikut jelah.
Contoh..jangan pakai inai depan ayam, nanti ayam nampak inai tak merah. Nak inai merah masa tumbuk inai tu kena campur arang dengan air limau nipis..buat juga, sampai kecut2 jari sebab air limau tu. Ada lagi, kalau mancing ikan, dah letak umpan cacing kena ludah kat umpan tu supaya ikan makan, cian kat cacing..dahla kena cucuk mata kail, kena ludah pulak..adoii..den masa tu nak cucuk umpan geli kat cacing tu, tapi bab meludah cacing tu tak tolak,tak tolak..haha..adoii..kenangan sungguh.

Ermmm..btw..nak tumpang tanyala, sape ada petua camane nak halau semut tu? Dah try letak racun semut yang makan tu, tapi pandai plak dia tak makan. Setakat ni apa yang den buat, sapu..mop..pastikan takde sisa makanan di lantai..

23 Nov 2020

Apa nak buat dengan lebihan ayam kepsi nih.

Anak bujang pergi beli ayam kepsi tapi tak pandai nak oder..orang cakapla nak bahagian thigh kr, peha ke..bila tak minta dia bagi almost isi dada je korang, hadoii..habis tu tinggal berketul2 sejuk je dalam esbok tu.
Takleh jadi ni, pembaziran itu satu kerugian,hihi..
So sebagai mak yang pakar mengolah resepi..ecehh..maka terciptalah menu yang tak bernama ni,bolehla namakan ayam kepsi campak2 kan.
Ni rupanya tak menarik sebab kurang rencahnya, anak dara tu tak suka bawang.
-So menunya, ayam tu kita potong kasi kecik2 supaya mudah resap rencah.
- Tumbuk bawang putih, sikit je halia dan cili api jangan hancur sangat ye.
-Tumiskan bahan tumbuk, dah garing masukkan kicap manis dan sos tomato, masukkan air supaya tak kering sangat.
-Masukkan ayam dan bawang holland.
-Biarkan agak kering. Masukkan sikit garam,perahkan sebiji limau kasturi..wallah..terangkat.
-siap untuk disantap.

Selain dimasak camtu, 2, 3 ketul yang lain dibuat rencah nasi goreng. Maka selesailah masalah lebihan ayam kepsi.

22 Nov 2020

Pelan2 kayuh.

Done packing sambal roselle untuk dijual kepada mak2 budak ngaji. Mokcik jual rm5 sepack tu. Ermmm..ok ke..ke mahal?? Pack yang selalu orang letak kuih rm2 lima ketul tu. 
Mana tau ke depan bisness sambal roselle mokcik meletup2 sambutannya, mwehehe..

20 Nov 2020

Hukum tidur selepas Isya.

Biasa yang Rasulullah buat, baginda terus tidur selepas solat Isya. Lepas tidur kira-kira 3 jam, baginda akan bangun untuk solat sunat sehingga hampir masuk waktu subuh, Rasulullah tidur sekejap untuk menguatkan badan bagi mendirikan solat subuh. Saidina Bilal lah yang selalu datang memberitahu Rasulullah sudah hampirnya waktu azan subuh itu, lalu Rasulullah duduk sebentar, menyapu wajah baginda bagi menghilangkan kesan2 mengantuk. Rasulullah tidak mengambil wudhuk kerana baginda tidur sedangkan hatinya tidak tidur. Kalau Rasulullah dalam keadaan berjunub barulah baginda mandi dan mengambil wudhuk semula. Pernah Rasulullah sudah berdiri untuk mengimamkan solat subuh, baginda berhenti dan meminta para sahabat berdiri di tempat masing2, lalu baginda pulang seketika, kemudian baginda datang semula mengimamkan solat subuh tersebut. Rupanya Rasulullah terlupa waktu itu baginda dalam keadaan berhadas. Ini menunjukkan baginda juga adalah manusia biasa yang ada waktunya lupa, ada waktunya sakit, gembira seperti kita. Bezanya Rasulullah maksum iaitu terpelihara dari melakukan dosa.

Jadi hukum tidur selepas isya adalah sunat kerana ikut apa yang dilakukan oleh nabi. Melambatkan tidur pula hukumnya makruh kecuali bila kita ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Lagipun menurut kajian sains hormon growth akan keluar di awal malam, hormon yang meransang kesihatan sel badan kita, meransang awet muda..haa..bagus kan, sebab tulah Rasulullah awet muda, rambut baginda kekal hitam sehinggalah baginda wafat.

Ummm..tapi tulah, buat masa ni saya tak mampu lagi nak tidur lepas isya. Ada je urusan2 yang nak kena buat. Agaknya tunggu ensomi pencen, anak2 dah tinggal berdikari baru boleh buat kot, in shaa Allah..mudah2an.
Jom hari jumaat kita selawat 1000x..
Dan perbanyakkan sedekah juga. 
http://bit.ly/WinterAppeal_irmalaysia-jom kita santuni saudara seislam kita di Syria kerana mereka bakal menghadapi musim dingin dalam keadaan serba dhaif, tanpa rumah, tanpa makanan, tanpa baju sejuk..Allahu Akbar..

18 Nov 2020

Scanner menjerit.

Salah satu sebab malas nak keluar musim pkp ni sebab banyak naw prosedur nak kena ikut. Kadang prosedur yang tak masuk akal macam artis yang telah berhijrah Zul Yahya cakap, dalam kereta sekarang ni dah boleh naik 3 orang satu kereta, pergi masuk pasaraya pun jalan rapat2, pergi makan kat kedai makan pun boleh duduk rapat2..tapi bila pergi solat masuk masjid nak solat kena jaga jarak 1 meter..kan tak logik tu.
Kenapa ada double standard di situ?? Prosedur Allah dan Rasul kita langgar..prosedur buatan manusia kita ikut je tanpa bantahan...sape yang lebih wajib kita patuh sebenarnya?? Sepatutnya waktu kita diuji dengan bala dan musibah macam nilah kita lagi nak mengadu kepada Yang lebih layak..Yang lebih tau..
Haishhhh..kalau nak cakap bab perasaan tak puas hati ni mau terbakar jantung ni rasanya..jadi saya nak ajak diri saya dan anda..ya anda yang sedang membaca entri saya ni..jomla kita pakat2 suarakan pendapat kita supaya akhirnya sampai kepada pihak yang berwajib.

Oh..pasal scanner menjerit tu camni..sabtu lepas saya pergi pasaraya soping barang dapur. Punyalah panjang kena beratur. Sebelum masuk dah scan suhu normal 36.5°©. Pastu beratur panjang nak masuk ke bahagian barang dapur tu..agaknya ada 15 minit kot. Nak masuk tu kena scan lagi sekali..tiba scanner tu menjerit punya kuat..titt..titt..titt..titt dan panjang...alamak..tergamam saya tengok2 suhu tunjuk 38°©..terus kena tahan dengan pak guard tak kasi masuk..dia suruh tunggu kejap, kena scan lagi sekali..lahh..ok jer..baru 36.8°©, tu pun pada saya tinggi tu sebab biasanya 36.3, 36.4 tak pernah cecah 36.8..kalau 38 tu dah konpom tak keluar ke pasaraya la weii..

Tu yang saya kata malas naw nak keluar tu.

Tingat cerita ustazah Asma Harun lagi haru, lagi kesian..lagi tak tau nak cakap apa. Ustazah cerita dia dalam perjalanan nak ke satu tempat ceramah, dah masuk waktu maghrib..nasib dah ada wudhuk, nak singgah masjid, surau semua tutup, tak boleh masuk. Petronas pun sama, suraunya dikunci. Ustazah terpaksa singgah pas satu kedai ke satu kedai minta nak tumpang solat, semua tak kasi. Sampai kat satu kedai jual baju..merayu2 ustazah kat jurujual kedai tu minta nak tumpang solat, mula2 tak kasi juga, ustazah kata dia dah ada wudhuk..jurujual tu suruh masuk solat kat fitting room sebab kat situ jer takde cctv jadi bos tak nampak, masuklah ustazah solat kat fitting room..walaupun sempit ustazah kata waktu tu terasa sangat dekat dengan Allah bila dapat solat walaupun bersusah payah macam tu..

Kan? Betul tak kalo kita keluar dan bila masuk waktu solat kat mana kita nak solat...bila dah macam ni berapa ramai orang islam tak solat?? 

So..fikir-fikirkanlah wahai yang diamanahkan kat atas tu...


17 Nov 2020

Novel pertama Syaz Eym.

Hatiku ada kamu.
heronya bernama Azlan. Heroin dia Nani, ibu tunggal comel ada 2 anak. Azlan dah kahwin dan baru saja dapat sorang anak,tapi hatinya terpaut kasih kat Nani lah plak..hehe, tapi jangan cepat salah faham ye, sebab Nani tu hanyalah sekor kucing.

Seperti yang awak minta.
Heronya Busrain dan Mayah. Dorang ni berkonflik dalam rumah tangga kerana orang ke 3. Akhirnya bercerai...
Eh..takleh citer semua, nak tau kena lah beli novel ni..

Galas.
Heronya bernama Khalis. Disangka anak orang gaji, rupanya..
Bunyi agak klise kan, tapi klise yang tidak dijangka, haha..
Kalau nak tau apa yang tak sama tu, belilah novel Syaz Eym ni..tak rugi tau.

Jun.
Heronya bernama Nabil, seorang supir taksi ya om..heroinnya Jun, seorang isteri muda yang teraniaya. Kesian sungguh nasib si Jun, Alhamdulillah jumpa orang baik macam Nabil.

Selesai.
Kisah dua orang adik beradik..Sadah dan Rizal. Sadah sanggup tidak kawen kerana nak menjaga adiknya Rizal yang ada penyakit kanser dalam buah pinggang. Tapi Rizal ada beberapa permintaan sebelum tiba hari kematiannya, tapi rupanya Allah berkehendak yang lain..apakah itu??

Pesona Fitra.
Hero hensem dalam cerita ni bernama Muhib, si bujang terlajak yang ada kedudukan, kerja pun bagus..tapi tak nak kawen..kenapa ek? 
Sekali tu dia setuju nak kawen, tapi ada insiden di luar dugaan lah plak, adoi yai..kesian Muhib..

Antara dua.
Heronya masih si Muhib. Sekali si Muhib yang patah hati?? terbercinta dengan 2 orang gadis cantik bernama Akalili dan Amna Hamra. Dua2 cantik, dua2 mempersona. Dua2nya Muhib kasih dan dua2nya Muhib nak buat isteri..tapi boleh ke??

Demi restu.
Heronya tetap juga Muhib. Muhib diminta oleh mak di kampung supaya memilih antara dua..Akalili atau Amna Hamra. Tak bolehla tamak ye Muhib.
Apa agaknya yang Muhib buat untuk memilih siapakah di antara keduanya yang layak dijadikan isteri??

Perlu kembali.
Ada hero baru nampaknya bernama Ismat. Makin menarik pulak jalan cerita novel ni bila Ismat jumpa Akalili dalam perjalanan ke kampung Daching. Siapa Ismat ni? Macamana dorang boleh sama2 nak ke kampung Daching tu?? Ada apa di kampung Daching??

Taufan dalam hati.
Lah..gitu ke??

Hikmah Isu ini.
Ismat plak bercinta dengan Akalili..tapi nampaknya antara keduanya tak serasi. Banyaklah juga sabab musababnya yang akhirnya membawa kepada perpisahan mereka.

Tapi si Ismat ni terjumpa plak denga si Jun...mungkinkah ada jodoh antara mereka??

Merungkai.
Jeng3x..masuk Khalis lagi sekali berganding plak dengan si Akalili. Sama2 panas, sama2 ada angin...mungkinkah ada jodoh juga antara mereka??

Sejujurnya aku.
Bab penutup dalam novel ni. Nak tau kenalah beli ye dan baca sendiri novel yang menarik ni. Setiap bab ada kejutan yang kita tak jangka.
Pada saya tak rugi kalau anda beli novel Syaz Eym ni, sebab jalan cerita dia menarik dan tersendiri.

Syaz, mula2 akak hairan juga apa lah kaitan si Azlan bab pertama tu dalam novel ni. Bila cari2..oh...rupanya Fisah isteri Azlan tu..
Muhib, Busrain dan Ismat ni adik beradik, Fisah tu adik perempuan tunggal mereka. 
Watak2 lain sepert Khalis, Sadah, Himayah, Jun, pemandu teksi bernama Nabil, walau pun sebagai watak2 tambahan saja tetap menjadi tunjang kuat dalam novel ni. 
Jadi bolehlah contact Syaz Eym ye kalau nak dapatkan novel ni.
No contact nombor Syaz.
0192984616.
Terima kasih Syaz. Semoga Syaz terus suksess dalam dunia penulisan dan suatu hari menjadi seorang penulis novel yang berkaliber. 


16 Nov 2020

Cara Rasulullah menyantuni anaknya.

Baginda memang seorang yang sangat penyayang kepada sesiapa saja, baginda tidak pernah marah jika orang menyakiti peribadi baginda, tapi bila ada orang melanggar hak Allah lihatlah wajahnya menjadi merah padam kerana kemarahannya.
Baginda menyantuni sesiapa saja, hatta terhadap pengemis berkudis yang makan bersama baginda. Terhadap orang lain begitu santunnya apatah lagi terhadap puteri kesayangan baginda saiditina Fatimah azzahrah buah hatinya. Sewaktu puteri baginda itu datang mengunjungi baginda, baginda bangun dari duduknya mendatanginya puterinya, menyalami dan mencium tangan puteri kesayangannya itu...alangkah indahnya..

Kita tidak mampu meniru baginda, agaknya kita ni kalau ada anak2 kita yang tinggal berjauhan datang ke< rumah kita, agaknya kita kata macam ni jer.." masuk le.." dan tak bangun pun dari duduk kita..sebab kita rasa anak kitalah yang sepatutnya memuliakan kita..
Perasan tak kawasan bersimen di belakang saya tu? Itu tempat Rasulullah meletakkan kepala baginda yang tercedera dalam peperangan Uhud, batu itu menjadi lembut sehingga meninggalkan kesan lekuk bekas kepala baginda. Tapi kerajaan Arab Saudi pagar kawasan tu dan letak simen bagi menutup kesan lekuk tu.

12 Nov 2020

Terimakasih kak PI.

Seronok juga membaca buku kanak2 ni, kiki..kalo cerita teladan tu nanti bolehla ceritakan semula kepada anak2 ngaji sambil ajar ngaji tu.

Terimakasih kak PI atas kiriman yang tak ternilai harganya ni. In shaa Allah jadi bacaan untuk Umar Zikri.
Dalam dua judul buku kanak2 ni kak PI menyumbangkan puisi..antara puisi kak PI bertajuk Gurindam andai mendengar.
Gurindam Andai Mendengar.
Andai mendengar nasihat ibu,
Hidup selamat sudahlah tentu.

Andai mendengar pesanan ayah,
Hidup berpedoman tidak tersalah langkah.

Andai mendengar berhati-hati,
Maklumat difahami sudahlah pasti.

Andai mendengar ajaran guru,
Bertambah ilmu hilanglah keliru.

Andai mendengar penuh tumpuan,
Tidaklah tersesat arah tujuan.

11 Nov 2020

Terimbau kenangan.

Pulut dan kopi kampung 2 paket. Pulut dah selamat jadi pulut kuning lawan sambal ikan bilis dan ayam rendang. 
Gula, bahulu...dalam plastik tu kepok keping. Bahulu dah selamat dikerjakan oleh anak2.

Teringat pula zaman arwah ma mengajar ngaji, macam nilah mak2 budak datang jumpa ngadap beradab minta diajarkan anaknya mengaji.
Tak lupa dibawakan buah tangan walau sekadar sepeket gula sebagai pemanis bicara. Membahagiakan hati tuan guru tu kan berkah..( saya bukanlah tuan guru, cuma sekadar menyampaikan/sharing sedikit ilmu yang ada )

10 Nov 2020

Isteri Rasulullah di syurga.

Bila kita merajinkan diri dengar ceramah2 di Youtube..yelah tak dapat live majlis ilmu, kita carilah wadah2 lain yang kita boleh manfaatkan, betul tak?😊

So, saya baru dengar satu kisah Rasulullah yang saya tak pernah dengar sebelum ni. Yang saya rasa patut share manalah tau mungkin ada kawan2 lain yang belum dengar macam saya. Kalau dah tau Alhamdulillah la kan..

Kisah diceritakan oleh tuan guru Syeikh Zainul Asri dalam ceramah maulidurrasul terbaru beliau. Kita tau kan yang nabi ada 9 orang isteri di dunia, tapi nanti nabi akan dikurniakan oleh Allah 2 orang lagi isteri di dalam syurga iaitu saidatina Maryam binti Imran dan saidatina Asiah yang pernah menjadi isteri Firaun. Saidatina Asiah ni mati dibunuh oleh Firaun dengan cara dihempapkan batu besar kerana enggan mengakui Firaun sebagai Tuhan. Mereka berdua ni turut hadir ketika Rasulullah dilahirkan.

Jom kita rajin2 dengar kisah nabi, semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda.
Rindunya nak datang lagi ke sini..


8 Nov 2020

Ibu menang 3x dam ular.

Seronok beb dapat kalahkan anak sendiri, terbahak tak hengat dah..haha..
Tapi yang boleh buat murung setahun bila dah dekat2 nak naik haji tu tiba2 kena telan dengan ular menjunam turun sampai nombor 30 lebih, addoii..
Eh..sebut pasal naik haji, baru2 ni Arab Saudi umumkan bagi yang nak buat umrah yang dibolehkan mereka yang berumur 18 hingga 50 tahun je kan, kalau 2,3 tahun penguatkuasaannya nampaknya mokcik pun tak dapatlah nak buat umrah juga, huhu..sedihnya kalau dah tak dapat menjejakkan kaki ke bumi anbia..
Dadu kecik je, takde hal..takde buah dam pun no hal, biji salak pun jadik..

Salam takziah buat mangsa nahas 2 helikopter yang bertembung dan jatuh berhampiran taman melawati, Ampang.  Al Fatihah (dibaca)

4 Nov 2020

Tak sibuk pun, cuma..

Hakak tau la takdak sapa yang ghindu aihhhh...tapi saja ja nak habaq mai, hakak ni tak ngedet blog ni bukanlah sebab banyak gheja..tapi sebab anak2 dok guna hp buat gheja sekolah dorang, hakak nih dapat pegang phone petang2 gini je. Sikakak form 4 tu hpnya cukup2 makan jah, takleh nak install google meet, sekali gm dah 2 jam..kang si Umar Zikri plak ada homework sekolah kebangsaan lah,sekolah agama lah..haihhh..tah bila pkp ni nak habihh, payohla hakak cenggini.
Ni hah semalam, jiran bagi keledek pepel, kak rebuih makan cicah kepala, boleh tahan sedap ghupanya..cuma potong stim sikit sebab kelapa tu dah tua. Len kali nak beli kelapa putih je buat stok untuk buat kuih2..caihhhh..macamla rajin..
Ni pun dapat jiran bagi juga. Buah mangga epal muda..nyammm..potong3x..nak buat jeghuk mangga campuq asam boi campuq cili...perghhhh...mesti ada dah telan liuq tu, kan2x..

1 Nov 2020

Dam umrah, dam haji katanya..

Ni mainan indoor budak dulu2. Budak2 sekarang entah kan tak pernah jumpa pun.
Ibu dah naik pening bila dia kata bosan2 duk kat umah. Ibu larang keluar pun dia tetap nak keluar main kat padang dengan kawan2. Adoila Umar Zikri oiii.

Jadi ibu tiba2 dapat idea nak buat benda ni, mudah2an perasaan kemaruk nak main kat luar tu berkurangan sikit.
Tu dam ular. Nanti nak buat dam haji pulak. Bila ibu kata dam haji dia kata dam umrah, dam madinah ada tak..ha tukan..tapi dah nampak juga keterujaan dia nak main tu. 
Apa korang buat untuk isi masa lapang anak2 korang, den percayo takkan ekau semuo asyik bagi anak2 main game kat phone kan, hehe..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign