Asam Garam Kehidupan: kisah para nabi

Nuffnang

Pages

Showing posts with label kisah para nabi. Show all posts
Showing posts with label kisah para nabi. Show all posts

4 Sept 2013

Perutusan.

Nabi Yaakub pernah meminta Malaikat maut untu memberitahu saat kematiannya. Permohonannya itu diperkenankan. Beberapa lama kemudian Malaikat maut datang lagi untuk mencabut nyawanya. Nabi Yaakub terkejut dan berkata, " Bukankah dulu kau pernah berjanji akan memberitahu saat ajalku telah hampir?"

" Benar, sesungguhnya utusan itu telah lama datang kepadamu. Lihatlah rambutmu yang dulunya hitam, tetapi kini telah putih. Tubuhmu yang dahulu kuat dan tegap kini telah lemah.. Tulang belakangmu yang dulu tegak kini telah bengkok, itulah utusan kepada setiap anak Adam," Kata Malaikat maut.


1 Sept 2013

Air mata taubat Nabi Adam.

Apabila nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemuudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir ke jurang Serantip. Dari air mata nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. burung-burung itu berkata, " Sedap sungguh air ini,"  Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung-burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah menyampaikan wahyu yang bermaksud " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu,"

Rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya. Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguh air mata taubat dari seorang hamba yang menyesali dosa-dosanya dapat memadam api Neraka.

16 Aug 2013

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan daripada Hassan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s; para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."

     Jawab Nabi Adam a.s; "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

     Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s; "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih payah dan upah dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau dan barangsiapa memohon keampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign