Asam Garam Kehidupan: March 2020

Nuffnang

Pages

18 Mar 2020

Tukang angkut sampah pun hensem weyh.

Tinggi, putih, hidung mancung..itu yang muda2 la, orang tua cam kita lah juga, dah bongkok, gemuk, kulit berkedut, hihi.

Ralit saya memerhati orang2 Turki, bila berselisih jalan tu terasa rendahnya lah saya ni, hihi..bawah ketiak dorang je.
Tour guide kami, Ser kan namanya, tapi dia kata nama dia shah rukh khan, hihi
Dengan kata2 manisnya aku terpedaya terbeli coklat turki dengan harga 250lira sekilo, huhu..
Tinggi kan..
Tukang angkut sampah pun encem weyh, kalo kat Malaysia ni dah jadi pelakun ni, boleh cari makan dengan rupa betul tak? 
Ada sorang tukang sapu ni, tapi saya terlupa nak snap gambar dia,( gambo orang lelaki ingat pulak ko nak snap ek) dia dari Syria, pelarian.. Cantik orangnya, lembut je, Aisyah namanya, baik plak tu, masa kami rehat2 dalam surau kat satu kafe tempat kami singgah makan tu, kan masa tu cuaca tengah sejuk, jadi dia tolong tukar ke warm mood, dia suruh kami duduk betul2 ngadap kat warmer tu, tapi dengan bahasa dia lah, campur2 isyarat tangan, jadi fahamlah kami. Bila teringat kat Aisyah ni terkilan plak tak teringat nak bagi sedekah kat dia masa tu, hermmmm...semoga Aisyah baik2 saja di sana hendaknya di dalam peliharaan Allah swt.



Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign