Asam Garam Kehidupan: November 2017

Nuffnang

Pages

29 Nov 2017

Sape pernah buat sup ikan kerisi.

Ngehhh...orang tak buat den buat. Ni gara2 mencipta menu sihat untuk mylaling centahati ku itulah...dia tak mau dah menu2 kolestrol ni. Yang tak menahan tu ada ke dia suruh ikan kembung tu dimasak sup juga, haha..sup ikan kembung, mau kembang tokak den, kalo kembung singgang tu ok lagi, tapi mungkin dah kerap menyinggang, tak berselera dah kot. Terkenang zaman sekolah dulu, arwah mak tiap hari menunya tulah dia, singgang ikan, sambal belacan...tapi toklaki den tu jangan haraplah dia nak makan sambal belacan, bau belacan pun dia tak suka
Lebih kurang macam masak sup ikan merah, tapi den taruk serai dan daun ketumbar. Lawan dengan sambal kicap. Lain Kali Kita try cipta resepi sup ikan kembung plak, mana tau ok boleh den share resepi kat sini, hehe.
Dah rasa macam makan lauk dalam pantang jer, ikan selar bako.

27 Nov 2017

Den kojo cam biasa.

Cuti sekolah panjang ko, pendek ko den tetap kojo cam biasa. Al maklum den kan cikgu bosa. Mwehehe..ishhh..takdelah nak besar diri, cuma kita bekerja makan gaji Kan, amanah yang dipertanggungjawabkan tu kenalah pikul sebaiknya, supaya gaji yang diterima tu menjadi halal, ye dok?
Sabtu maren, pi makan kenduri kat Pedeksen, kata mak mentuo den. Faham ko, Tak faham? Ala, buat2 faham jer. Rumah Sepupu toklaki den, kira pangkat anak sedara mak mentuo den la kan. Pastu singgah Kat muzium tentera, banyak boto keto kebal, ada yang dari tahun 1969, 1970...semua elok lagi tayar eh, hehe..ada kapal terbang tentera, helikopter lama tentera dan yang ada terowong kominis. Tapi den bukan nak citer sangat pasal ni. Kalo nak tau lebih detail, silalah buat kunjungan musim cuti sekolah ni yo.
Yang den nak citer pasal gerobok rezeki.
Mak mentuo, kakak ipar, adik ipar, den, mak mentuo tu kena paksa ikut sebab doktor suruh banyak bergerak, duk icu hospital king Abdul Aziz maren ada dalam seminggu, Alhamdulillah sihat semula, dapat balik Podeh nogori Sembilan.
Posing depan terowong kominis, macam2 ada dalam dalam ni, sape nak tau, sila datang sendiri yea, hehe.
Nilah gerobok rezeki. Rasanya Saya belum jumpa lagi masjid lain yang buat macam ni. Di sini diletak beberapa keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, kicap, sos...dibuka kepada yang memerlukan. Bagus Kan. Yelah...dah banyak Kita baca komplen susah bagi orang2 yang memerlukan bantuan nak minta zakat, minta bantuan masjid, Ada macam2 procedure. Kalo Kat gereja tu  sapa pun boleh datang, just tulis nama pastu boleh amik duit bantuan.
Jadi kalo masjid Kita boleh buat macam ni Kan dah satu kemudahan tu.
Nilah madjid perintis gerobok rezeki tu, masjid tentera di Port Dirkson.

23 Nov 2017

Ni serai ke?

Kalo dah masuk rumah, nak keluar rumah cukup bercinta kan, nak kena sarung tudung balik, lebih2 lagi kalo dah tukar menjadi haiwan terbang malam tu, huhu...dan yang selalu menjadi mangsa kerahan ialah abang Iman la, kalo suruh  kakak Nadhrah dia pun malas nak sarung tudung, kalo suruh Umar Zikri..hrmmmm, tunggu sejam lagi lah jawabnya, lagi bagus lansung tak bergerak, tu yang ibu selalu memetir ( pinjam ye mama Yan), tak pun lagi dahsyat terus jadi ribut taufan..

Hari selasa lepas mylaling pegi hospital amik keputusan ujian darah dia. Keputusannya... kolestrol tinggi! Yang lain semua ok. Oh, kalo dia yang kurus tu banyak kolestrol, den yang boleh tahan simpan spare tayar ni lagilah ni, ni salah myanaks la, suka sangat makan lauk goreng2, hehe...boleh gitew ek. So, lepas ni dah diberi peringatan supaya masak lauk rebus2 je, tak pun kukus, tak pun stim, eh...samalah tu, korang...cer bagi cadangan menu sihat Kat den ni, dah buntu ni ha.

So, semalam bermula operasi menu sihat, dimulakan dengan menu ikan singgang., sayur tetap digoreng juga, untuk anak2 masaklah ayam masak merah, kesukaan dioranglah tu, takde lauk pun takpe dah.

Nak masak ikan singgang den suka taruk serai. So tugas mengambil serai haruslah abang Iman yang kena, tapi tengoklah apa yang diambilnya. Dulu pernah disuruh amik daun pandan, diambilnya daun lalang sebab pokok pandan tumbuh dalam kebun lalang.


Maka terpaksalah den menyarung baju kerja semula, keluar amik serai yang sepatutnya, sebab dah diterangkan cemana roman serai dia tetap tak faham, dan tak tau cara nak amik serai yang betul.

Sebenarnya pokok serai tu ditanam oleh jiran sebelah, jiran sebelah dah pindah, diamanahkan kek den supaya dimanfaatkan serainya tu. Kalo tak takdelah berani nak usik pun, tak pasal2 tertahan di padang mahsyar dek sebatang serai kan.?

22 Nov 2017

Rezeki breakfast.

Dah makin ke hujung tahun ni, makin baik hati plak bebudak ni dengan ticernya. Semalam dapat nasi lemak lauk ikan semilang, ticer kan tak makan ikan semilang.

Hari ni dapat lagi, sebab katanya ticer tak makan ikan tu, dibelikan lauk tolo plak, jadilah kan. Alhamdulillah 😁😁😁😁

19 Nov 2017

Sama tapi tak serupa..

Ke serupa tapi tak sama..?? Kikiki...mana2 ajelah.

Salam Isnin semua.
Semalam ke mana mike semue? Kita semalam dari pagi ngemas rumah, cuci esbok dan segala macam lagilah mana yang sempat sebab nak gi jemputan kenduri kawen, anak pakcik driver bas bebudak ni,..haruslah pegi kan, memenuhi jemputan itu satu kewajiban iye Kan? Aah..dah dekat musim kenduri kawen ye kome.

Lepas makan kenduri kita pi jenjalan Kat Bukit Ampang nun, dah lama beno tak ke sana, adalah 2,3 tahun juga rasanya. Best pegi sini kalo kebetulan time matahari nak terbenam, tapi semalam singgah, masih awal..so takdelah sempat melihat panorama alam yang indah tu, ceh..
Tapi sempat juga bergambar, di tempat yang sama, recap kenangan 6 tahun lepas..
Jarak 6 ke 7 tahun gitulah antara dua gambar ni. Toklaki den masih maintain cam dulu, den je dah macam makcik2 naw, ek eleh...dah memang makcik Kan, tak lama lagi jadi nenek, aww...
Best ke sini, boleh tengok sun set, tengok bandaraya KL, nampak dari sini KL tower dan menara berkembar tu.

16 Nov 2017

Dah tua, jaga makan tu.

Kat mana ek? YouTube kot..katanya kalo dah masuk 40-an, jaga makan tu. Nasi pun dua senduk je untuk dua kali makan, bukan dua senduk sekali makan yea, kufkufkuf..aii..batuk plak.

Lebihkan minum air kosong. Makan lebih sayur, lebih buah...blablabla...eh, bukan ke sayur dengan buah pun dah banyak tercemar. Ngeri Wei tengok Kat YouTube, siap rendam dalam pewarna terung dengan bendi. Epal plak bersalut wax. Habisss tu nak makan apa ni???. Jom le berkebun macam WP tu ek. Apa? Malas? Sendi dah longgaq? Tak larat nak mencangkoi??

Dipendekkan cerita, zaman sekarang ni apa yang selamatnya. Kang tak makan lapo, makan plak kang bertoksid, berlemak, berkolestrol...Kan..
Jadi sebelum makan tu, selawat2 dulu, baca2 dulu apa patut macam Bismillah 5 ke, selawat syifa ke, betul tak?

Ikan goreng, sup sayur..oklah kan..
Tiga jenis sambal, buat bebanyak simpan dalam esbok. Sambal kicap tu mesti ada, kalo habis pandai dah dorang ( anak2 den ler ) menumbuk cili sendiri. Sambal kedondong tu terlebih cili, jadi slow lah sikit mylaling mencedoknya, perutnya tak tahan pedas weh.

15 Nov 2017

Aduh..duh..duh..

Hampir nak mengELkan diri hari ni tau,, tapi mengenangkan cuti tahunan yang tinggal tak berapa hari jer lagi tu, den gagah2 diri juga bersiap dan dalam kedinginan pukul 6 pagi, dalam rintik2 hujan... tertinggal di dalam dada, namun luka hatiku masih ada, eh..lama dah tak dengar lagu Hetty koes endang ni..terkenang plak zaman ingusan..

Tulah..semalam penat jiddan weyh kome, bangun pagi tadi, kalo tak kuat semangat ngenangkan nak simpan cuti untuk hujung tahun, kalo terlajak perahu bercuti kang kono potong gaji lak, so..dengan mata kelat tu akhirnya sampai juga ke tadika, try nak sambung tido pas subuh di tadika tu, takkan adanya mau lelap.. sekadar membaringkan diri sahaja adanya..

So..hujung2 tahun ni Apo kojo eh? Latih bebudak lah, untuk konvo dorang on 3/12 nanti.
Eh..ewah, ewah..kalah lagu Hindustan Kan.

14 Nov 2017

Apa lagi yang best hujan2 ni selain nasi lemak.

Pastu dapat pulak kepok leko Teganung, ada parent balik dari sana, padahal baru teringat2 dah lama tak makan, dan dah lama tak balik Teganung, huhu...rindu rumah arwah ma, dah tanya laling, in shaa Allah bulan 12 kalo tak banjir bolehla balik katanya..
Tak padan 4 tahun tu, suko nasi lomak, roti canai..lawan plak Milo kotak, jangan ko lolap dalam kelas sudahla ye, nasi lemak singgit, sedap sambalnya Tak pedas sangat, nak kenyang kena beli 2 bungkus, 3 bungkus ke, tengok saiz perut, hehe
Cekodok pisang, kepok leko siram sos, umang aiii, Bak kato mak mentuo den, Tak berdayo nak tolak kalo dipelawo.
Jemput kome, jom sarap sesama.

13 Nov 2017

Bila manusia menentang fitrah.

Untuk cantik, kekal muda, glamour, terkenal, disanjung, dipuja, untuk kaya...manusia sanggup buat apa saja. 

Bila manusia tidak kenal Penciptanya, lupa Penciptanya, menolak fitrah ketentuanNya...mereka tidak lagi waras dalam menggunakan akal kurniaanNya.
Maka, lihatlah apa yang terjadi kepada mereka..

Alangkah beruntungnya kita, kita punya Dia untuk segala-galanya, untuk mengadu, meminta, berlindung, memberi rezeki, menjaga keselamatan...Dia lah...yang tidak pernah meminta sezarah pun balasan atas semua kurniaNya..
Hanya yang diminta ketaatan kita sebagai hamba, untuk dibalasi pula dengan syurga...
Untuk cantik, kekal muda..mereka2 ini sanggup sakit, berhabisan duit..tapi lihatlah apa yang terjadi....

8 Nov 2017

Kalau susah minum air.

Susah minum air kosong meh. Musim2 hujan ni, tak rasa dahaga pun. Dahla ada masalah sakit pinggang kalo kurang minum air. Agaknya buah pinggang terpaksa bekerja keras bila kekurangan air kan.

Alhamdulillah, terpikir plak nak minum air suam. Barulah boleh minum. Kalau air sejuk takleh minum, kita minum air suam, barulah kurang rasa sakit kat pinggang tu.
Kena campur air panas dulu, barulah boleh minum dengan selesa, kalo tak segelas pun tak terminum sebab tak dahaga.
Menjadi plak bunga kemboja mylaling musim2 hujan ni. Pokok ni sebenarnya Tak boleh kena banyak air,tapi tengokla bunganya tu, warna merah tu paling meriah bunganya, warna pink baru dua Kali berbunga, warna putih baru belajar berbunga.
Saya nak share something...
Dari radio IKIM..
Di hujung hayat, jika kita dapat mengucapkan kalimah Lailahaillallah..in shaa Allah kita akan masuk syurga, tapi...di hujung nyawa macam tu, dalam keadaan kita sedang sakarat, bolehkah Kita mengucapkan kalimah tersebut, jika di waktu lapang, waktu Kita sihat, mampu bercakap...tapi kita sia2kan waktu begitu saja, jadi dalam keadaan genting begitu bolehkah Kita ucapkan...?

Dari Tazkirah viral di channel mayaHD, kata-kata dari PU Rahmat, jika Lori bunga yang terbalik, yang keluar dari lori tersebut mestilah bunga, tapi jika lori sampah yang terbalik, yang keluar dari perut lori tu tentulah sampah. Jadi bayangkan apa yang akan keluar dari mulut Kita di saat sakarat, jika yang selalu keluar dari mulut Kita adalah maki hamun dan kata2 kesat...

7 Nov 2017

Hujan2 ni.

Rasanya nak kebabum balik atas katil, hujan renyai2, guruh berbunyi sayup2 tu, cuaca yang sejuk ni, cukup meransang mata kalo dapat tido semula. Apalagi tengok enlaling ai tu rilex2 je pagi ni, rupa2nya dia ada appointment doktor pagi ni, aduhaiii nape tak cakap awai2, boleh gak slow2 sikit, tak kelam-kabut cam selalu...

Tapi manakan adanya nak landing semula weyh. Rezeki mahai kome kalo tido lepas subuh ni. Jangan le diamalkan, tak elok bebeno, acer bawak malu kat burung2 Kat luar tu, pepagi lagi dah berkicau terbang mencari rezeki tau, tawakkal je.

Jomle tengok tauhu sumbat yang rare ni. Bukan den boli, jiran sebelah bagi. Tapi sedap juga weh. Dari tastenya macam boleh buat sendiri je, tapi tengokle pada angin tu, kot rajin Kang boleh juga cuba buat sendiri, sebab cam mudah je.
Sodap weyh, makan time2 hujan ni. Intinya cam kentang hancur tu, ada campuran daun bawang, kalo buat sendiri boleh gak campur daging cincang ke. Pastu salut dengan telur, goreng garing2, cicah sambal kicap, perghhh...
Ni kalo tengok Ada nasi impit kuah kacang Kan, jangan ditanya bila buat ni. Saja tunjuk, motifnya nak bagi lapo orang yang nengok je, sebab hujan2 ni, haha..

6 Nov 2017

Laksa sarang telur.

Bezanya telur yang bersarang tu aje, tapi tulah yang membuatkannya spesel. Yang membuatkan rasanya sedikit berbeza dari laksa biasa.
Den tak tau plak nak buat telur bersarang tu. Kalo pandai boleh gak buka warung depan rumah. Hehe.
Rm4 je sebungkus 
#jommakanlaksa
#jangan rasa perbezaan itu sesuatu yang aib, sebab mungkin itulah yang membuatkan Kita istimewa#

2 Nov 2017

Resepi edisi kesukaan anak den la pulak.

Den ni kalau malas camane sekalipun tetaplah kena meraih Jannah dari dapur juga. Tak macam orang tu kalau tiba hari maleh eh, buleh yo boli kripap gergasi sama laksa sarang tolo gitew kan. Takpelah joki dia dapek laki poket tebal. Poket laki den nipih yo, anak plak ramai, joki den anak ramai. Alhamdulillah la kan.
Jom, den nak share resepi mudah lagi nih, nak tak? Hehe.
Laki den tak goma makan ayam, so hari2 kono masak ikan, sampai naik poning pusing2 kot tu jugak, ikan asam podeh, ikan sambal, ikan kicap, ikan goreng, ikan baling campak toklaki den suko...kan, jadi malam ni tibalah edisi kesukaan anak2 den plak.
Bahan2 eh.
Ikan selar goreng garing2.
Bawang, halia, cili, bawang putih, lengkuas, sorai- blend...simpan masuk esbok.
Santan kotak- jangan buko dulu. Rempah kari- coppp...jangan keluarkan dulu..ngeh...
Ketumbar, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang....ok...boleh simpan dulu...
Sos cili, kicap manis..agak2 jelah,satukan dalam kuali, bukak api perlahan supaya adunan jadi pekat, lepas tu..masukkan ikan goreng tadi. 
Tadaa...dah siap.

Hehehe...jangan marah ha..

1 Nov 2017

Resepinya tak tau nama apa..

Kalo dapat ikan tenggiri kome, lagi ampuh, den takdo beli tenggiri do, mahei serope bedil layaknya, so kita ganti dengan ikan sardin jelah, pon sodap weyh. Haruslah kita share sementelah dipuji sodap oleh laling kita kan. Meraih Jannah dari dapur kekdahnya.

Tapi tulah, lauk sempoi camni jelah yang den mampu masak di petang2 weekdays ni kan, tapii.. frankly speaking kuikui...kadang sabtu ahad pun lagi sempoi, takpelah, janji ada makan, sebab Kita ni jenis makan untuk menyambung hidup jer..isk..isk..
Ikan sardin, goreng garing2. Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili hidup, ikutlah cili api k, cili akar ko,suko podeh taruklah doploh biji ko- potong ikut suka hatilah camane pun pastu goreng sampai naik bau, tomato potong dadu, campak sekali dalam kuali tu, masukkan air, jangan banyak sangat, agak berkuah gitulah, tunggu mendidih, masukkan asam jawa, den pakai asam jawa Adabi je, sonang. Masukkan sikit je kicap manis, pastu potong daun ketumbar, masuk sekali. Pastu bolehlah masukkan ikan yang dah digoreng tu. Jangan lupa garam yo, last tutup api. Sebelum diangkat dari kuali perahkan sebiji limau kasturi...perghhh...
Mesti ada sayur, malam ni kita tumis bening lobak putih, campur dengan sayur fucuk dan suun, tapi ni ado campuran lada hitam. 
Lobak putih kalo taknak yang maung sangat, beli lobak putih kampung, sedappp.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign