Asam Garam Kehidupan: July 2020

Nuffnang

Pages

31 Jul 2020

Salam Aidil Adha 1441H.

Sepupu2 mereka bergolek2, bersenang2 main game di hari raya...yelah apalagi nak buat kan, bukannya boleh berjalan2 sangat pun...
Mereka berdua bergelut dengan assigment, final exam isnin ni. Kadang sampai ke subuh tak tido, lepas subuh pengsan sampai zohor...bertabahla demi sebuah perjuangan..
Rumah wan ni bila raya baru berpenghuni. Kusyen sofa meja semua memang takde kecuali meja makan kat dapur.
Masing2 tekun mengadap assigment di hari raya Aidil Adha 1441H.

Selamat meraikan sebuah pengorbanan..

22 Jul 2020

Sengal mati😭😭😭

Tak tau macamana nak gambarkan kesedihan ni. Tak sangka aku sayang Sengal, aku fikir aku cuma kesian sebab tu aku bagi dia makan, belikan makanan kering sebab dia tak suka makan ikan mentah macam Yong tu. Bila makanan dia habis aku susah hati, ada sekali tu tak sempat lagi beli, aku bagi jugalah makan nasi digaul dengan ikan goreng. Mungkin lapar sebab masih baru melahirkan, dia makan juga. 
Sengal ni behave juga. Kalau dia nak masuk dalam rumah, aku marah..hhhaa..hhaa..jangan masuk..dia pun duduk je depan pintu tak jadi masuk. Entah siapalah tuan Sengal sebelum kami, kenapa dia buang Sengal padahal Sengal ni comel dan baik...

Aku tak pernah dengar suara dia mengiau kecuali pagi tadi, itupun aku tak terfikir itu dia..menunggu subuh sambil ngaji sikit2 tiba terdengar riuh rendah anjing depan rumah, aku tak kisah lagi, tiba terdengar ngiauan yang kuat, cepat2 aku kejutkan anak suruh tengok apa yang jadi kat luar..
Dari luar kemudian anak jerit.."ibu...Sengal.." cepat2 aku keluar dengan tak bukak pun telekung..ya Allah..betul Sengal, dah tak bergerak..dah mati..bawah pokok depan rumah kami, padahal masa bising2 tu Umar Zikri sempat jenguk melalui tingkap, dia nampak anjing2 tu empat ekor semuanya masih depan rumah kami, maknanya Sengal berlari memang nak selamatkan diri ke dalam pagar rumah kami, tapi tak sempat, dia diheret ke bawah pokok seberang jalan rumah kami...aduhhh...aku tak terbayang kesakitan yang Sengal alami sebab dalam sekejap masa saja dia dah mati...
" Kenapa Ngal, kau boleh je lari dulu masuk ke dalam pagar rumah orang lain, ibu tau kau sayangkan kami, sayangkan Umar Zikri, selalu dok ngekor Umar Zikri ke padang, ibu tau kau sayangkan kami sampai pernahla 3 kali kau bawakkan hadiah berupa tupai yang masih hidup sampai kena tepuk kat badan baru kau lepaskan tupai tu, kau bawa tupai mati tinggal depan pintu sampai bersemut..padahal masa tu kau tengah bunting, badan kau berat, tak tau macamana kau boleh kejar tupai tu... tapi kau tetap nak masuk ke dalam pagar rumah ibu ni sebab kau tau kau selamat dengan kami...tapi  kalau kau masuk dulu kat mana2 pagar, agaknya kau masih hidup pagi ni, ibu masih la dapat tengok muka kau yang macam masih keanakucingan tu lagi...."
ini gambar semalam, baru habis makan ni..dia relax2 dulu..kang kejap lagi dia mesti panjat berdiri kat atas pasu bunga aku untuk minum air dalam pasu ikan guppy. Pernahla pecah pasu bunga aku sebab masa tu badannya berat sebab bunting, agaknya masa nak turun tu dia terjah..menyesal plak aku pukul dia, tapi taklah kuat, pukul konon nak mengajar lah..tapi dah namanya binatang kan..esok dia panjat juga..sudahnya aku tukar bunga ke pasu plastik..kena terjah jatuh taklah pecah walaupun tumpah tanahnya..
Berdarah2 hidungnya. Kat perutnya ada kesan gigitan. Kat tempat lain takde pula..
Yong...bini kau dah mati...mesti kau pun sedih kan, sebab bising je mulutnya dari subuh tadi sampai sekarang terngeong2..perati je masa kami tanam Sengal tadi. Lepas kami masuk, nampak dia dok terhidu2 kat kubur Sengal tu..

Sengal..nanti kita jumpa lagi di sana yea..

21 Jul 2020

Yong dan Sengal.

Meong atau lebih mesra disape dengan panggilan Yong ditinggalkan oleh tuannya yang telah berpindah. Bila dia datang minta makan anak2 den yang memang sukakan kucing terus bagi dia makan, jadi lekatlah dia di rumah kami. Tak bagi masuk ke dalam, dia pun memang tak mau masuk. Mula tu ensomi marah juga sebab kereta dia habis calar2, tapi sekarang dah tak kuasa agaknya nak bising. Sesekali ada gak nampak dia melayan si Yong ni di kebun belakang rumah kami tu sebab si Yong ni suka sangat lepak kat situ, tunggu den campak ayam ke, ikan ke sebab dia tak suka makanan kering tu. Dulu2 makan juga, sekarang ni kalau dah terlajak lapar agaknya baru dia makan. Ada gak sesekali dia memancut...kenalah cepat2 sembur air..jangan sampai tercium baunya oleh ensomi tu, hehe..
Nilah Sengal atau Ngal panggilan manjanya. Kenapa panggil Sengal? Sebab awal2 dia datang tu dia dah menggedik2 kat si Yong. Si Yong pun apalagi kan, ibarat ikan tersaji depan mata lansung tak menolak. Masa dia datang tu pun dia dah bunting. Aku rasa dia ni masih remaja..tengok pada rupa dia, badan dia pun kecik ajer..
Anak2 den pun sekali lagi tak lepas peluang nak membelanya. Dia ni lain pulak pesennya, suka masuk dalam rumah..masa perutnya dah makin membesar, hari2 dia nak masuk dalam nak riki2 tempat beranak lah tu kan, kadang2 tak sedar dah ada dalam almari. Risaunya tunggu hari dia nak beranak tu. Hari tu kami balik kampung, balik2 tengok dia terkocoh2 datang, lapar agaknya..tengok2 perutnya dah kempis..sah dah selamat tapi tak tau kat mana dia beranak. Masa tu hari pun asyik hujan aje. Lepas makan cepat2 dia belah, sedar2 dah takde..sehari lepas tu dia bawak balik sekor anaknya, kecik sangat anaknya. Tunggu2 kot dia nak pegi amik lagi anaknya, tapi takde pun, den rasa yang lain tu mati. Bila dah ada anak lagilah dia eager nak masuk dalam kan, pantang pintu terbuka.
Tapi umur anaknya tu tak panjang, 2 hari lepas tu mati juga. 
Sekarang ni bukan main bahagia dia 2 ekor...hari2 dok ..tutttt...
Hrmmmm...tak lama lagi bunting lagilah ko Sengal oiii...

11 Jul 2020

10 Julai 2020..Hagia Sofia menjadi masjid semula.

Alhamdulillah..semoga Islam terus membangun di bumi Turki dan terus gemilang di seluruh dunia.

Hagia Sophia diiktiraf masjid semula
https://www.hmetro.com.my/global/2020/07/598702/hagia-sophia-diiktiraf-masjid-semula

Hagia sophia(aya sofya) yg berusia hampir 1500 tahun ini asalnya gereja,kemudian dijadikan masjid oleh sultan muhammad al fatih(penakluk constantinople) selama hampir 500 tahun apabila dijadikan muzium oleh mustafa kamal attartuk,alhamdulillah 80 tahun kemudian presiden erdogan menukarkannya semula kpd masjid pada 10 julai 2020
Menara Hagia Sofia ini dibina oleh sultan Muhammad Al Fateh.
Mimbar khutbah. Semasa kami menziarahi Hagia Sofia bulan Februari lepas belum pun terdengar ura2 ia akan ditukar menjadi masjid. Bila berjalan2 di dalamnya terasa sayu perasaan melihat bangunan yang dahulunya menjadi rumah Allah menjadi bahan sejarah semata2. 
Di ruang legar ini begitu ramai pengunjung dari serata dunia. 
Rombongan umrah ziarah Turki Februari 2020 berlatar belakangkan Hagia Sofia.

10 Jul 2020

Amalan yang akan memudahkan kita mengucap.

Ini saya ceritakan semula dari kuliah ustaz Sy Zainul Asri, untuk kita amalkan bersama..mudah2an menjadi amal jariah saya. 
Di waktu kita larut dalam mabuk sakarat, waktu itu akan datang kepada kita dunia yang sebentar lagi akan kita tinggalkan, alangkah malangnya, ruginya..Nauzubillah minta dijauhkan sangat2, jika di hujung usia itu tidak diakhiri dengan kalimah tauhid La ilaha illallah, kerana nabi memberitahu barang siapa yang menutup usia dengan kalimah tersebut akan dimasukkan ke dalam syurga.

Jadi antara amalan yang sangat2 simple, tapi susah sebab selalu lupa atau pun..esoklah, nantilah..bertangguh2 haa itulah dia..sayalah tu..mudah2an lepas ni saya dapat istiqamah..
Amalan ini in shaa Allah akan mengingatkan/memudahkan kita untuk mengucapkan kalimah tauhid La ila ha illallah di saat keluarnya roh kita itu ialah dengan bersugi/bersiwak. Bersugi yang dimaksudkan ini adalah dengan menggunakan kayu sugi/kayu siwak. Mudah didapati, di Mydin in shaa Allah ada. Saya dah beli lama, tapi dah lama juga tak buat, adalah 2,3 kali guna..lepas tu dah malas.

Ingat kan bagaimana sabda Nabi kata baginda kalau tak memberatkan kita, Nabi kalau boleh nak wajibkan bersugi setiap kali nak solat. Menunjukkan pentingnya amalan ni. Ada lagi kisah bagaimana di saat menjelang kewafatan baginda dalam keadaan sakit baginda meminta untuk bersiwak. Ruginya rasa kalau tak diamalkan sunnah yang satu ni, ya Allah muga2 lepas ni dapatlah istiqamah beramal.
Yang macam ni ada kat Shopee. Bagus ni, mudah dibawa kemana kita pergi, bersih pun ye sebab siap dimasukkan dalam bekas bertutup macam ni. 

9 Jul 2020

Anak2 yang comel.

Kelas ngaji dah buka awal jun baru ni. Cuba juga ikut SOP yang termampu. Saya hadkan setiap 15 minit dalam  3 ke 4 orang datang mengaji ikut jadual yang saya susun. Jadi kelasnya kena start seawal pukul 4 petang dan berakhir pukul 6.45 petang. 

Sebelah pagi ada seorang budak tusyen membaca. Sejam dari pukul 9 hingga 10 pagi. Sebelah malam baru masuk seorang budak tusyen, yang seorang masih bercuti, juga sejam dari pukul 8 hingga 9 malam. Kalau dulu saya buat 4 malam, sekarang ni 3 malam saja. 

Terasalah juga kesibukannya. Dalam sibuk2 tu menyempatkan juga hobi berbunga2.
Antara anak2 ngaji saya. Tengokla tu siap bergincu. Tiap hari datang melawa dengan gincunya. Hihi.
Yang ni 4 tahun umurnya. Sebut ت،ث sama je bunyinya sebab pelat. Matanya bulat. Badannya kecik comey je.
Yang ni pun 4 tahun umurnya. Baru je masuk ngaji. Dok keliru dengan ج،ح،خ..tertukar2 hurufnya, tapi rajin datang ngaji tiap hari. Kakaknya dah naik Quran dari darjah 1 lagi tu. Ada adikya sorang lagi umur 5 tahun dah nak baca iqra 2. 

Belum menjadi terrarium saya.

Kalau nak buat terrarium banyak lagi bahan dan pokok2 succulent tu yang nak kena kumpul, maknanya kena kumpul duit lagi lah untuk tertunainya hasrat yang murni, kikiki..

So kita buat yang simple mimple dulu. Amacamm? Ok tak??
#tengah kumpul duit nak beli planter pulak😁😁
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign