Asam Garam Kehidupan: January 2019

Nuffnang

Pages

17 Jan 2019

Berperang dengan..

Dengan apa weyh? Ngantuk!!!
Pagi2 camni bila anak2 dah berangkat ke sekolah, suasana sunyi sepi sangatlah mendorong mata untuk lelap kembali. Padahal tengah duduk2 di kerusi je, bukan baring kat katil pun.

Jadi apa kata ustaz...lawan..lawan...
Ubat dari setiap kejahatan atau ketidakbaikan yang dibisikkan oleh syaitan ialah "lawan"  contoh, jika syaitan membisikkan supaya.." alah, tidurlah kejap, bukan ada banyak kerja pun nak buat.." atau dia bisik lagi camni.." ko buatlah baik banyak2, puasa, semayang sunat banyak2, supaya ko dipandang kuat ibadah.." lawan, jangan dilayan..

Siti Zubaidah, isteri kepada khalifah Harun Al Rasyid terkenal cantik, dermawan, banyak membuat kebaikan antaranya membuat kolah bagi menampung air zam2 bagi diminum oleh jemaah2 haji pada waktu itu..sewaktu dia sudah meninggal dunia, anak saudaranya bermimpi bertemu dengannya, dan sewaktu ditanya..apakah sedekah, jariah yang banyak itu yang membuatkan ibu saudaranya itu dapat masuk syurga? Bukan..bukan itu, itu semua riak, dia membuat semuanya dengan dicelahi rasa riak...tapi mujurlah ada pengampuanan Allah..bila Allah menilai dari solat malamnya yang ikhlas tanpa ada kepentingan dunia itulah yang menyelamatkan dia...

Jadi..solusinya...lawan...lawan...lawan...lawan rasa malas, lawan rasa ingin dipuji, ingin balasan kebaikan...
Lawan rasa ngantuk ni, jangan terus duduk di kerusi ni, bangun..ambil penyapu, mop..kemaskan segala macam sepahan yang anak2 tinggalkan...macam tulah aku lawan ngantuk pagi setelah pencen dari ngajor tadika..oh ye..sekarang panggilan ticer dah tak available, itu panggilan masa ngajo tadika je, sekarang budak2 ngaji panggil aku ustazah...tapi seringlah lidah ni tersasul membahasakan diri ticer..eh ustazah..sebab dah 4 tahun terbiasa dipanggil ticer..hehe..

Sekian..celoteh lawan ngantuk.

15 Jan 2019

Ulam gemunggai pula.

Bila tiba malas tu, usahkan nak up citer baru, nak bukak blog pun malas weyh. Bertimpa2 malasnya, malas jatuh atas malas, kesian malas..wahaha..
Disebabkan malas, so storynya makin shortlah jawabnya..
Ni kita sambung citer masa balik Teganung itu hari.
Dinner spesel, ala kadar tapi tetap menyelerakan, nyum3..ada singgang ikan aye, ikan goreng, dan yang rare tu ulam pucuk gemunggai, ulam daun asam gelugur cicah kicap pecah2 cili perah limau kasturi..
Pucuk gemunggai tu ada je jumpa jiran2 tanam, tapi tak taulah orang2 bandar panggil apa. Gemunggai ni bila nak makan baru kita ambil, takleh petik awal2 dia cepat layu bila layu daun2nya mudah berguguran. Khasiatnya makcik den kata untuk darah tinggi dengan kencing manis. Boleh juga dimasak tumis air campur dengan pucuk2 kampung lain, atau dibuat masak lemak putih pun sodap.

9 Jan 2019

Rojak awesome bonda tercinta.

Arwah ma suka betul buat rojak ni. Rasanya tak sesusah rojak2 kat tempat lain. Biasa ma guna betik muda. Boleh juga makan dengan timun atau buah sentul. Tau tak buah sentul? Korang googlelah sendiri ek.

Kalau guna betik muda, kena cincang2 atau parut. Lepas tu rendam dengan kapur makan sirih tu supaya jadi rangup.

Kalau guna timun just potong2 jelah terus siram kuahnya.

Kalau guna buah sentul, kena perap semalaman dalam esbok dulu, baru sedap makan.
Ni rojak timun. Tapi kalau makan dengan timun kuahnya kena pekat betul, macam sambal, sebab timun kan berair. 
Nak cuba tak? Cuma memang manislah, well..teganu kita kan., manis ger orangnya juge lah..wehehe.
Ok.. Ini ramuannya:
Ikan selayang/kembung..panggang diambil isinya. Kalau nak buat banyak, banyaklah ikannya.
Ikan kering cencaru ke atau yang sepatutnya, jangan guna ikan masin bulu ayam atau ikan masin sepat sudahlah yek, tak sesuai gitew. Dipanggang juga, isinya ditumbuk2.
Keropok goreng, pecah2 kan untuk taburan.
Cili kering, nak pedas gunalah banyak, blend.
Cuka makan secukup rasa.
Gula kabung atau gula melaka.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.

Camane nak masak?
Cili kering, cuka, garam, gula kabung campurkan dengan air dan dimasak sehingga pekat. Dah pekat barulah dicampurkan isi ikan dan isi ikan kering. Sejukkan dan bolehla dituang ke atas buah betik muda, taburkan pecahan keropok, ready to serve. 

Selamat mencuba.

8 Jan 2019

Pokok terape.

Ha, mesti korang yang luar dekrah Terengganu tak pernah dengar nama pokok ni. Sejenis pokok renek yang macam takde pekdah apa2, tapi rupanya punya manfaat yang besar kalau kita tahu macamana nak guna.
Inilah pokok terape. Tolong jangan tanya nama saintifik dia ke, nama lain ke, memang den tak tau. Terape tu yang part 'ra' dia korang kena sebut 'gha' baru betul pronaun dia. Meh den cerito guna dia seperti yang dimaklumkan oleh makcik den yo. First akar dia kita boleh guna untuk buat ubat lelah. Akarnya direbus, airnya diminum.
Ni daun dia, boleh guna buat peram pisang weyh. Seyes menjadi. Den cakap kat suami, kita tanam pokok ni banyak2, buat cam ladang. Daunnya kita jual kat orang menanam pisang. Jadi takdelah guna kabait yang bahaya untuk kesihatan tu. Bagus kan idea den ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Meh den tunjuk bukti. Tengok ni, sebenarnya pisang ni tumbang, buahnya belum tua, tu pasal nampak busuk bila diperam. Caranya kita alas dalam kotak bhgian bawah dengan daun terape ni,letak pisang pastu bhgian atas letak lagi daun ni. Pisang ni boleh masak serentak weyh, tapi tak manis sebab buahnya belum matang. Den amik masa dalam 5 hari lah untuk peram pisang ni. 

6 Jan 2019

Nasi kerabu kg Kuala Hiliran.

Kat lain tempat tak jumpa macam ni. Korang carilah even kat pasar Cabang Tiga ke pasar Payang ke memang takkan jumpa punya. Tak caye tanyalah makcik den.
Adalah sambal ikan dia, sambal pedas dia, budu dia, telur masin dia, tapi yang rare tu ialah..jeng3x..ulam2 dia segala jenis pucuk kayu, ada daun sekentut, daun kesum, pucuk kemangi, pucuk kaduk, ada lagi ulam yang den tak ingat namanya.
Ha, macam ni cara yang betul menikmati nasi kerabu, gaul semuanya, termasuk telur tu patutnya gaul juga, tapi den tak suka plak, so teloq masin kita cubit sikit2 je. Pucuk2 tu bagus sangat untuk orang yang susah nak membuang, lawas sungguh weyh.

Oklah kot ada yang nak cuba.
Ini sambal ikan punya resepi.
1)Ikan selayang@org key ell panggil ikan sardin dlm 7 ekor, rebus, buang tulang dan ambil isinya.
2) Kelapa parut, goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga agak kering.
3) Bawang merah dlm 5 ulas ditumbuk.
4) Sedikit gula dan garam.
Semua disangai dalam kuali tak yah guna minyak ye, sampai semua sebati secukup rasa.

Sambal pedasnya.
1) Bawang besar 2,3 biji blend
2) Bawang putih 2 ulas blend
3)Cili kering blend.
4) Serai ketuk ( kalao tak nak pun takpe)
5) Budu ( ha yg ni wajib ada )
Caranya: tumis semua bahan blend sehingga cukup garing, masukkan budu dalam 5,6 sudu..tumis sehingga sebati..ready to serve with ulam2, ikan salut tepung dan sebagainya.

Nanti den kongsikan lagi resepi2 dari Terengganu yek.

4 Jan 2019

Kerja tetap abah setiap tahun.

Sampai tahun ni kakak Nadhrah cakap kat abah.."abah, nanti biar Ibi tulis nama sendiri, abah tak payah tuliskan.."

Hihi..seingat den memang dari anak den yang sulung lagi toklaki den ni lah yang rajin naw menuliskan nama ke setiap buku teks ke, buku latihan ke, buku tulis ke..dia akan hadap dengan tekun tuliskan nama anak2 sampailah sekarang. Yang tinggal 3 orang lagi, abang Iman dah form 5, kakak Nadhrah form 3, Umar Zikri darjah 4..memang toklaki den nilah tukang tulis namanya, bukan takat tuliskan nama, dia pun rajin tukang sampulkan buku2 diorang, nasib baik la sampul buku yang tinggal nak sarung tu aje, kalo jenis macam kita dulu2, kena gunting, kena salotep..hai..tak taulah berapa jam dia nak hadap..

Den?? Ermmmm...tak kuasalah nak ngadap, bio jelah diorang tulis nama sendiri, balut buku sendiri..sebab kojo totap den ialah...menjahit lencana sekolah diorang, jahit tangan jer tau..sampai sakit pinggang ngadapnya..yelah..sorang je dah ada berapa baju sekolah ye tak?
Kecuali diorang dah beli buku latihan tambahan, baru tulis nama sendiri. Tapi kalo awal2 tu, hasil kerajinan abahla jawabnya.
Selagi tak habis, dudulah dia ngadap buku2 tu..

3 Jan 2019

Semangatnya kemain, alih2x..

Ya2 je pesan.."ibu, esok kejut bb kul 5.30 tau, nak pegi trip pertama pukul 6.45.."
Dalam hati..aku kata..iyelahhh tu.

Ha, kan betul..kejut pukul 5.45 pagi kemain liat nak mandi dah nanges2x, dah darjah 4 weyh..malu ko kat menantu ibu si Alya tu, jadi pengawas lagi tahun ni. Last2 tak jadi pegi trip pertama, nak naik trip kedua kul 7.00, tunggu basnya datang kul 7.15..hmmmmm..tak taulah sampainya kul berapa..katanya assambly( eh betul ke salah ejaan nih, tak keluar dah google ejaan yg betul).

Yang si kakak Nadhrah plak, tahun ni dah sesi pagi masuk pukul 7.30, cuma kesian kat dia, huhuhu..perasaan sorang mak weyh sebab jadual kelas KAA dia tak menentu balik kul berapa,so bas sekolah taknak amik waktu balik, kenalah tunggu abah balik kerja kul 5.45 petang kang amik sekali..
Cukup kita tulis pendek2 je, nak masak2 plak2, kang kul 11.00 am kang budak ngaji dah datang.
Bersiap2 menggalas beg yang kian memberat dan sarat dengan buku2 semua dibawa sbb first day pun..jadual dah hilang..aduyaiiilah Umar Zikri.
Coppp..1,2..

2 Jan 2019

Cerita akhir dan awal.

Selamat tahun baru 2019 weyh korang. Jangan tanyo pasal azam yek deme, den malaslah nak pasang2 azam ni, kita go with the flow udoh ler. Udah 2 januari yek deme, cepat bebeno masa berlalu. Ingatkan dah benti kerja ni boleh rajin berbelog, tapi nampaknya super duper truper malasnya kome, ya Allah..entoh le. Ni baru habis ajar ngaji anak2 jiran setaman. Aah..nyambung ajar je. Kang petang ada dua grup lagi datang. Ada lebih kurang 30 orang kot. Jadilah dari duduk sesaja kan.

So akhir tahun aritu dapatlah den meluangkan masa balik kampung, yeyyyh..Teganu kite..nanananana..syioknya sebab kali ni dapat duduk lama kat kampung. Nantilah den story next time yek. Ni just warm up gitew.

Awal tahun..2019..walaupun dah pencen den dapat juga prezen2 dari parent2 tadika 2018, tanda ingatan gitu kan..ada yang bagi purse, pin tudung..itu yang kecik2,yang beso dapatlah sejadah, cadar..terimakasih sangat2..terharu sungguh hati ku..
Wajib gitew menjamah kepok leko di pinggir pantai. 
Dapat cadar cantik weyh, tambah lenalah tido den, wakaka. Terimakasih mama Nur Alisha Uzma.
Ni sejadah tebal pun parent bagi. Aritu gi Nilai 3, nasib tak cukup duit, kalo tak dah beli. Tapi rupanya memang nak jadi rezeki yek. Kata orang rezeki tak salah alamat yek. Terimakasih mama Nur Nadhrah Hazirah.
Tupperware lagi. Den memang nak botol baru sebab yang lama tu dah usang, Alhamdulillah rezeki kan. Terimakasih mama Nur Irdina Damia.

Banyaknya kenangan sepanjang jalan 2018...tapi biarlah separuhnya kita simpan dalam ingatan saja. Semoga tahun baru 2019 ni kita berusaha menambah perbekalan secukupnya untuk ke sana.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign