Asam Garam Kehidupan: June 2020

Nuffnang

Pages

30 Jun 2020

Mt first terrarium (la sangat😝😝)

Antara yang menjadi minat den ialah menanam bunga..dan yang teringin sangat2 nak buat, sampai kadang rasa naik sengal dalam hati bila tengok betapalah kreatifnya mereka2 yang minat menanam ni..ada yang buat pasu dari bekas minyak masak, dari botol coke, dari batang kayu mati...adoiii...dalam hati tu terlonjak2 nak buat itu, nak buat ini..
Tapi masalahnya...bukan malas eh, tapi tak cukup peralatan. Nak buat tu kena ada antaranya glue gun lah, tali jut lah, cat minyak, batu2, cengkerang2..itulah, inilah...macam2lah haihhhh...

Satu lagi nak buat semua tu kena ada daya kreatif yang tinggi. Bayangkan dari botol minyak masak dia boleh buat pasu bertingkek2, boleh jadi bakul untuk letak pasu, dari fan grill boleh jadi macam ni..
Pendek kata mengucap panjang lah sebab ada 2,3 fan grill macam kat atas tu ensomi kita dah buang. Dulu masa bujang2 otak ni boleh tahan kreatifnya. Tapi seiring 😜 meningkatnya umur ditambah dengan sibuknya dengan macam2 hal, kekretipan tu beransur sirna, huhu..

Satu lagi, nak buat benda2 di atas tu sangatlah memerlukan masa. Nak membuatnya, nak menjaganya pulak lepas tu. Tak, ini bukan alasan tau. Tapi kalau yang betul2 minat dan berbakat memang boleh buat duit dengan benda ni. Jual indoor plant, bisnes terrarium..uishhh, kalau betul2 boleh buat dengan proper, dengan cukup bahan..rasanya in shaa Allah boleh menjadi.
Tengok ni, comeynya rumah dia, bergantungan pokok2 hijau. Segar dan sejuk mata memandang. Dia guna bahan2 terbuang je.
Jadi disebabkan hati ni rasa macam nak pecah oleh keterujaan, den pun cubalah buat satu terrarium. Alaaa..janganlah gelakkan terrarium den ni, memanglah tak cantik, tapi at least den dah cuba, hehe.
Bahan2 yang digunakan pun den kutip2 jer.

Gelas berkaki.
Arang untuk serap lebihan air.
Batu2 kecil.
Tanah.
Pokok2 kecil.
Lumut.

Dah ada semua tu, kat bahagian bawah sekali letak arang, pastu batu2 kecil, lepas tu lapisan tanah. Dah siap bolehlah tanam pokok2 kecil yang boleh dikutip2 di tepi2 rumah tu.
Tapi nanti den nak beli succulent pulak. Nak buat terrarium dengan succulent  pulak. In shaa Allah.
Sape ada minat macam saya, angkat tangan🙋‍♀🙋‍♀


25 Jun 2020

Tu dia bil elektrik😲😲

Yang ditunggu2 dah tiba. Selama ni ramai dok bercerita bil elekrik melambung tinggi di musim pkp, beratus2...ensomi pun dok tanya2 dah sampai belum bil elektrik...tu dia...semalam petang dia  pun sampai..
Tak pernah2 mencecah ratus..paling tinggi pun dalam rm80 lebih je sebulan. Tapi kali ni rm410...adoiii..
Nasib baik lepas ni tnb bagi free bil selama 3 bulan kepada pengguna domestik..

Berapa pulak  bil elektrik korang? Terkejut2 kan, nasib takde lemah jantung.

22 Jun 2020

Cer teka..goreng cempedak ke goreng nangka??

Haha..semua salah. Goreng sukun?? Pun bukan. Cer teka lagi. Apa? Givap??Hehe..
Ini goreng durian belanda lah.  Lagi sedap dari goreng buah sukun, siyes tak tipu.
Ensomi den ada tanam pokok duyan belanda. Dah banyak kali berbuah, dan setiap kali udah pasti menjadi rezeki sang tupai. Kadang tak sempat besau pun buahnya, tengok2 dah berlubang. Apo nak buek..

So, satu hari tu terpikir nak goreng. Kopek kulitnya, potong nipis2. Bancuh je tepung Bestari, goreng cam kita goreng sukun tu. Pastu suruh ensomi try rasa. Dia pun kata sedap. Ada sebiji lagi kat pokok,baru berhajat nak buat goreng lagi, hrmmmm...tak sompek, tupai lagi cekap..
Tak dapat banyak pun, buahnya kecik, pastu ada yang busuk2. Dapatlah rasa sikit sorang. Korang kalo nak goreng, pilih yang buahnya masih keras, tapi dah tua. Rasanya lemak2 manis gituh.

19 Jun 2020

Kelas online umar zikri.

Bila agaknya sekolah dibuka semula? Entahlah...jika tanya saya, saya memang nak sekolah dibuka semula...segera.
Tapi saya faham, banyak yang kena diatur, disusun, dibelanjakan oleh kerajaan jika sekolah hendak dibuka dalam masa terdekat. Budak2 sekolah rendah ni rasanya akan lebih rumit nak disusun mematuhi SOP kot, terutama yang baru masuk sekolah tu, yang doge tak maun donga arahan cikgu tu, maun naik pitam cikgu tu kang.

UmarZikri memang ada kelas online. Isnin hingga jumaat. Tapi dah namanya budak tak cukup akal lagi, walaupun umurnya dah 11 tahun..payah sungguhla nak suruh dia siapkan kerja sekolah tu. Tambah lagi dah boleh keluar sekarang ni, setiap hari, kadang tu pagi2 lagi kawan2nya dah memanggil2 ajak keluar. Melompat bangun bila dengar kawan panggil, tapi acer mak dia nih bising suruh bangun tido...bangunlah, bangun, bangun dah pukul 12...jangan harap dia melompat bangun macam dia melompat bila kawan panggil. Kejut solat subuh pun dengan rotan, tak pun hanger. 

Sebab tulah kalo boleh nak sangat sekolah dibuka segera. Tak larat weh nak menjerit cam tarzan je setiap hari bila nak suruh dia buat homework. 
Dia lapar, padahal dah sudah makan tengahari. Ajar goreng nasi sendiri. Pecah telur, tuang kicap, masukkan nasi, kacau2. Siap. Ada 2,3x dia buat sendiri. Sekarang dah jemu kot, katanya rasa sama je macam makan nasi dengan telur kicap, haha..

12 Jun 2020

Kenangan selepas Ramadhan dan pkp.

Sebab ramadhan tahun ni dalam suasana ramadhan jadi banyak jugalah kenangan tercipta di dalamnya. Tapi ada juga nostalgia yang rasanya orang lain pun mengalaminya. Yang dalam ramadhan sudah banyak tersurat dalam blog ni. Rasa nak share situasi yang kemungkinan juga dialami oleh mak2 lain di luar sana. Antaranya..

Mencari roti Gardenia.
Tetiba je kedai2 kehabisan stok roti gardenia. Yang pelik roti jenama lain ada je banyak cam biasa. Ah sudah, kat mana nak cari ni. Walaupun kami anak beranak bukanlah peminat roti sangat, cuma sebab lama tak makan tetiba craving nak makan tengok2 takde stok, panik gak kejab. Nak jadi cerita jiran sebelah yang kerja nurse tu bagi roti gardenia sebungkus, tu diaaaa...sekelip mata habis tinggal plastik saja.

Panic buying.
Terasa gak macam nak panik bila terfikir2 stok makanan kehabisan dalam pasaran, beras habis, ikan habis, gula, minyak,bawang...anak2 nak makan apa??? Tapi bila pak menteri nasihat toksahlah dok panik2, bekalan makanan mencukupi dalam pasaran, beli sekadarnya saja...barulah lega perasaan ni.

Beratur panjang.
Punyalah taknak beratur panjang, lama pulak tu, pernah den sampai depan pasaraya pukul 7.30 pagi..ingatkan dah awal sangatla..rupa2nya barisan menunggu dah cukup panjang. Nasib yang jaga pintu tu tanya sape nak naik tingkat atas, cepat2 den angkat tangan, walaupun sebenarnya bukanlah ada benda sangat pun nak cari kat tingkat atas,kat situ kan cuma ada baju2, bekas2 plastik. Dah masuk awal ikan pulak tak sampai lagi, ikan otw dari pasar katanya..so berpusing2lah den dalam pasaraya sebab menunggu ikan sampai. Kalau keluar kang kena beratur semula..tak kuasa den haih.

Sedih anak kat U tak boleh balik.
Rasanya ramai mak2 yang ada pengalaman camni. Banyak benda yang bukan2 berlegar2 dalam otak nih, cukup ke makan..camane dia dok sorang2. Punyalah dok doa siang malam supaya anak dapat balik. Alhamdulillah lepas juga balik akhirnya.

Mencuba resepi2 dari Youtube.
Dari yang simple2 sampailah ke yang agak cerewet macam quichee den telah mencubanya. Jadi tak jadi belakang kira, tak cukup bahan, den bantai je dengan apa yang ada. Awal den masuk dapur, pukul 12 tengahari..haha..sebab nak memasak variaty of juadah berbuka. Sebabkan puasa tahun ni kebetulan dalam pkp, nak pegi kedai atau pasaraya bukanlah satu perkara yang mengujakan sebab kena beratur lama kan, jadi den boli lauk basah untuk 2 minggu sekali. Tapi disebabkan esbok pun taklah besar mana kalau nak simpan stok ikan untuk 2 minggu sekaligus, jadi den putuskan masak berlauk untuk sahur saja, untuk berbuka masaklah mee goreng ke, mee kuah ke, laksam lah, mee tiaw ladna ke, nasi goreng pattaya ke...gitulah pusing2, jadi kenalah tambah lebih kuih sebab kang lepas terawih nak moreh pulak. 
Ada jiran siap beli freezer sejuk beku lagi sebab nak simpan stok lauk lebih sebab malas nak ke pasar.
Alhamdulillah plak tu boleh kata boss tempat abang Iman kerja sementara tu tiap2 hari memberi kuih muih, macam2 jenis plak tu. 

Hubungan jarak jauh.
Kesian kan, isteri kat sana, suami kat sana, nak balik tak dapat, dah sekian lama tak berjumpa. Tapi demi keselamatan semuanya diharungi dengan sabar. Saya ada sorang kawan macam ni, lepas pkp yang pertama tu dia terus balik ke seremban jumpa anak2 dia, tapi nak balik ke sini semula tak dapat sampailah lepas raya aritu baru dapat balik. Nasibla suami memahami, redha jer berbuka dan bersahur dengan juadah beli.

Rakyat Msia jadi lebih patuh.
Pakai mask, guna hand sanitizer, jaga jarak, jangan keluar rumah, kita jaga kita. Seronokla tengok orang2 kita ni jadi lebih prihatin dan lebih berdiplomasi sehingga membuat kagum negara2 lain seperti Jepun, Indonesia, sebab dengan kepatuhan kita pada SOP yang ditetapkan membuatkan negara kita terkehadapan dalam menangani wabak covid 19. Lebih lagi kagum pada frontliner yang bertungkus lumus siang dan malam menyelamatkan nyawa para pesakit.Para petugas keselamatan seperti polis dan tentera yang bertugas tak kira dalam panas dan hujan ribut bagi memastikan undang2 dipatuhi sepenuhnya. Bertambah lagi rasa kasih dan cinta kepada para pemimpin yang tak jemu2 memberi semangat sehingga kami menjadi lebih tenang dalam menghadapi suasana gawat sebelum ini. Terimakasih TSMY, Dato Ismail Sabri dan Dr Norhisham Abdullah. 
Juga tersangat kagum pada mereka2 yang menyumbang tenaga dengan tolong menjahit baju2 PPE, buatkan face shade semua tu...Allah...sungguh ujian yang diturunkan ini telah membuatkan kita bersatuhati. Terima kasih ya Allah...

Apa kenangan pkp korang? Masing2 ada kenangan tersendiri kan. Jomla kita pakat catit dalam diari kita ni untuk kenangan kita suatu hari nanti. Anak cucu kita pun mesti nak tau juga ye tak?
Disebabkan dia tak dapat merayau jauh, rumah jiran sebelahla jadi tempat lepak dia sebab ada kawannya. Duk rumah takde yang nak kawan, abang kakak sibuk dengan phone memasing je.




5 Jun 2020

Tukang gunting pkp.

Pun boleh juga..haha, musim pkp ni mak2 boleh memegang berbagai jawatan untuk melestarikan lagi urusan sesebuah rumahtangga..cewahh..cikgu, nurse, tukang masak, cleaner, ustazah, kaunselar dan terbaru tukang gunting rambut pun bolehhhh ajaaaa, ngakk apa2 kok, haha.

Beli jer pencukur otomatik tu..zass, zasss, siap satu kepala, hari ni kepala ensomi, esok lusa kepala 3 anak bujang den plak. 

Tapi tukang gunting ni ngelat sikit, lepas gunting rambut dia belah ke dapur sebab nak sambung tugas sebagai tukang masak plak, so customer kenalah uruskan sendiri rambut yang berterabur tu yer..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign