Asam Garam Kehidupan: November 2018

Nuffnang

Pages

24 Nov 2018

Bila dia curi2 guna telepon..

Habis penuh galeri ibu dengan gambar2 dia. Marah pun tak guna, kang dia buat lagi. So sebelum delete, baiklah ibu abadikan dulu ragam2 dia kat sini, sok dia beso bolehla dia tengok sendiri gaya2 dia yang entah apa2 tu.
Rambut tu kat rumah pun siap kasi minyak rambut, kadang tu belum sempat pakai baju, rambut tu dulu dikemaskan, nasib baik gak dia cuma reti buat stail rambut nerd camtu, kalo disikat stail bukan2, tak ke naiya..eh jangan..berani buat ibu botakkan kepala tu..

20 Nov 2018

Hasil tuaian pagi 12 Rabiul awwal.

Cuti hari ni. Alhamdulillah...sempena hari keputeraan baginda junjungan kecintaan kita. Sollu alan nabiy...semoga kita dapat mencintai baginda saw..
Langit indah sempena 12 Rabiul awwal, tenang..damai...hari yang pernah barokah..ya Rasulullah..semua yang baik2 dan yang indah2 itu itulah kelebihan yang dikurniakan Allah kepadamu..tidak mampu diucapkan dan digambarkan dengan kata2, tak mampu dibayangkan oleh mata..
Kedondong, mangga epal, limau kasturi..hasil kebun belakang rumah, seronok sesekali dapat ke belakang petik sendiri.
Pucuk belalai gajah ke apa nih, tak ingat plak namanya, elok untuk darah tinggi..pikir nak celur jr, lawan dengan sambal kedondong..

Jomm...perbanyakkan sebanyak2 selawat hari ni, jangan sampai kita biarkan hari yang berkat ni berlalu begitu saja. 

12 Nov 2018

Dodoi si dodoi..

Ada yang besar gedabak, ada yang comel loteh, ada bentuk tu, ada bentuk ni..takpelah janji bahagia, dan mau lelap supaya ticer2 dapat meluruskan pinggang time dorang tido. Time nilah ticer yang makan, yang nak solat, nak siapkan minum petang dorang nak siapkan ringkasan mengajar, nak menanda buku latihan..kang dorang dah bangun pukul 3 petang tu, kembali bersilat pencak la ticer2 dengan macam2 kerenah dorang tu..
sebelum tido boleh berangan jadi lightning mc queen..eh betoi ke ejaannya tu, haha..
Yang ni besar gedabak, memang lena sungguh ni.
Yang ni pun ada, apa ke nama katun ni..
Ha, comey je kan..


Lamanya dah tak tulis yang serius2, asyik merapu je..huhu..

7 Nov 2018

Fresh from backyard.

Gituh. Pertanian dalam bandar kata tukang tanamnya. Tukang makannya sengih suka hatilah sebab dah terbayang nak mencolek jambu tu dengan kicap berlado. Inilah hasilnya semalam, ada lagi kedondong, nangka, limau kasturi, durian belanda..harap2 tak kena kidnap oleh cik Tu..
Mangga epal, pokoknya baru berbuah kali ke-2, cuma musim hujan ni buahnya tak berapa comey.
Nangka madu dah banyak kali berbuah, hasilnya dah dapat kongsi sesama jiran setaman.
Kedondong..sedap buat macam kerabu..potong nipis2, halus2..tumbuk bilis, cili, bawang merah, tambah garam dan gula sikit, perghhh...
Durian belanda ni kali pertama berbuah ni, haraplah dapat merasa buahnya..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign