Asam Garam Kehidupan: Musibah

Nuffnang

Pages

Showing posts with label Musibah. Show all posts
Showing posts with label Musibah. Show all posts

12 Jan 2015

Keajaiban Allah di sekolah tahfiz.

[ 11.31pm, 4/1/2015] UUM: Ghazilani: sahabat-sahabat.....saya nak kongsikan sedikit cerita tentang pengalaman menghantar bantuan ke tempat mangsa-mangsa banjir, sabtu ( 3/1/2015 )
Saya bersama sahabat2 dari Terengganu yang mrmbawa 1 loi bekalan barang pergi ke Dabong untuk mrnghntr bantuan ke sebuh pondok yang ada di situ.  Kami memilih lokasi tersebut kerana mendapat maklumat dri ustaz Nazry yang menguruskan msdrasah anak-anak yatim dan pusat tahfiz  bahawa ada satu pondok di pedalaman yang terlibat dengan banjir dan mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dari jalan besar. Kedudukan pondok di tepi sungai juga memugkinkan kemusnahan teruk dialami, dan kami  tidak mendapat maklumat lanjut kerana tidak dapat berhubung dengan orang-orang di situ.

Terimakasih saya ucapkan kpd sahabat2 lain di Machang yang sudi menghulur bantuan untuk mrndapatkan bekalan tambahan dan mengisi barang2 ke atas lori sebelum kami bertolak pergi.
Dalam banyak2 tempat yang saya pergi untuk menghulurkan bantuan...pengalaman ini agak luar biasa kerana segala2nya dipermudahkan Allh SWT. Ini sangat berbeza dengan pengalaman saya membantu mangsa2 di tempat lain.

Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yang kami tuju tetapi kami seolah-olah dipimpin untuk sampai ke sana..setelah bertanya kpda beberapa orang.
Pondok yang kami tuju itu digelar Madrasatul Tarbiah Aulad...berada di kampung Sg kenerong, Stong, Dabong dan diuruskan oleh seorang ustaz yng digelar Pak Teh Din.

Setelah masuk ke kawasan Dabong...kami melihat kemusnhan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil untuk menuju ke madrasatul tarbiah aulad itu...saya membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai.

( 11.31pm 4/1/2015 ) UUM- Ghazailani : madrastul tarbiah ini berada di laluan air utama di bawah stesen hidro TNB Sg Kenerong, Stong, Dabong. Apabila stesen hidro itu melepaskan air yang sudah begitu banyak...terjadilah gelombang rasaksa yang begitu deras merempoh kawasan  adrasah tersebut.
Jadi masa 'palo air' ( kepala air )  turun dari bukit ke sini dengan lajunya dengan tingginya, dengan arus yang ganas menggila...segala2nya yang ada di sekitar kawasan ini dirempuh dengan begitu ganas ( mengikut cerita Pak teh Din-pemilik pondok itu sendiri )
Mereka yang berada di dalm pondok tersebut terlalu takut melihat kedaan demikian. Pak teh Din sendiri tidak pernah melihat keadaan begini seumur hidupnya.

Maka mereka ramai2 solat di madrasah yang sedang teruk dihempap air..lalu berdoa ( saya catitkan sebahagian shj )

" Ya Allah, ya Tuhanku..sesungguhnya aku ini berada dalam rumahMu dan aku mengajar dan menyebar agamaMu..dan mereka2 yang ada di sini adalah orang2 yang belajar ilmuMu. Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada..yang kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba2 Mu yang bersedekah di jalanMu..dan kami semua adalah hambaMu yang dhaif..

Dan sesungguhnya air hujan itu juga hambaMu..dan air sungai itu juga hambaMu...maka Engkau arahkanlah mereka ituke tempat lain dengan kudratMu..."
( kemudian Pak teh Din membaca beberapa ayat Al quran lalu diaminkan doa tersebut )

Di sinilah Allah menunjukkan kekuasaanNya. Aliran arus sungai yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu BERALIH DAN MENGALIR KE ARAH LAIN...!!
Masya Allah..Subhanallah...

Akhirnya kawasan pondok itu mengalami kerosakan yang sangat minima berbanding keadaan arus sungai yang merempuh kawasan ini...
( semasa kami di sana kami lihat sendiri arus sungai yang terlalu deras walaupun air sungai sudah agak cetek )

Inilah yang saya dan sahabat2 sebutkan berlaku keajaiban di tempat ini..

Dan satu lagi ingin saya sebutkan ..kawasan persekitaran pondok ini sangat cantik, dan kami rasakan satu ketenangan yang luar biasa sepanjang erada di sini..

( 11. 33pm, 4/1/2015 ) UUM- Ghazailani...dan untuk pengetahuan sahabat2...Pak teh Din ada menanam pohon2 pisang beberapa ekar untuk dijual bagi menampung ekonomi pondok...dan dengan kekeuasaaan Allah ..tiada satu pun pohon2 pisangnya tumbang atau mati, Masya Allah...
Sungai yang dimaksudkan
sukarelawan bersama ahli pondok.
Kawasan pondok yang terselamat dari bencana banjir.

1 Jan 2015

Nilai bencana banjir dengan seluruh pancaindera.

Kalau dua tiga hari lepas kita semua berdebar dan tertanya-tanya macam mana nasib mangsa banjir, hari ini hati kita jadi lebih tersayat dan tersendu apabila melihat kesan-kesan banjir yang sudah dapat disaksikan sendiri.

Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir.



kemusnahan di Kelantan 2014.

Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004.
Sayu, sedih, bahkan sejuta perasaan lain lagi menyerang kita apabila melihat kesan-kesan pasca banjir yang keadaanya amat dahsyat sekali yang belum pernah kita saksikan berlaku di negara ini.

Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu luluh hatinya. Tetapi bagi yang baru pertama kali menyaksinya, perasaan hiba dan sebak tidak dapat dielakkan. Mungkin sudah ada yang kekeringan air mata apabila menyaksikan audio visual banjir itu.



Gambar-gambar yang dikirimkan dalam media baru kini menceritakan segala-galanya. Kini segala kedahsyatan itu tidak boleh 
disembunyikan lagi atau dilindungi dengan perkataan-pekataan untuk memujuk hati agar tidak bimbang cemas. Tangisan dan air mata tidak biasa sapu dan diusapi oleh sesiapa jua.

Saya yakin kalau kita menjejaki sendiri kaki ke lembah bencana itu kita jadi makin sayu dan terharu. Tidak dinafikan bukan semua audio visual yang dipaparkan dalam media massa rasmi (Kerajaan) memaparkan perkara sebenar kerana ia ada etika tersendiri. 

Ucapan atau kenyataan banjir kononnya terkawal, ataupun ia tidak seteruk bencana banjir tahun 1967, atau pun pihak kerajaan mampu menanganinya dengan baik, ia sudah tidak relevan lagi. Perkataan itu tidak boleh menutupi apa yang dapat disaksikan kini. Mungkin timbul perasaan kesal kepada mereka yang berkeras untuk "membela" banjir kali ini dengan tidak mengistyharkan darurat untuk menunjukkan wibawa diri yang hebat dan prihatin?

Malam tadi saya menghabiskan masa hingga ke Subuh melihat gambar-gambar kesan banjir yang diposkan oleh rakan-rakan facebook masing-masing. Semua bentuk kemusnahan dan kehancuran ditunjukkan dalam gambar-gambar yang dipaparkan. Lihatlah sendiri mungkin bahasa hati anda lebih tepat untuk menilai dan menguhumnya dan saya sama sekali tidak cuba memberi gambaran berlebihan daripada yang hakikat.

Sepanjang saya melihat gambar-gambar itu deria bau saya terhindu wap kehancuran di Aceh. Aroma mayat manusia yang serta bau hanyir dan hampir lumpur tsunami yang terhidu 10 tahun lalu menerpa saya kembali. Seolah-olah bau sama sedang berterangan di seluruh Kelantan pada masa ini.  Air mata saya berseka-seka di mata ketika ini.

Cuma apa yang dapat saya tegaskan di sini, banjir yang doleh dinamakan sebagai BAH KUNING melanda negeri Cik Siti Wan Kembang khasnya pada hujung tahun ini amat dahsyat dan memilukan sekali. Walaupun jumlah kehilangan nyawa dan hilang yang dilaporkan rasmi oleh pihak polis tidak ramai, (tidak sampai 10 orang) tetapi kesan dan bah itu telah memakan korban harta benda yang banyak. Kandati pun banyak sudah pasti nilainya tidak sama dengan nyawa yang hilang sebanyak 9 orang itu? Hatta kalau Bah Kuning itu meragut satu nyawa pun bagi saya ia adalah satu kehilangan.

Mengenai bah Kuning yang melanda Kelantan itu tidak salah kalau saya menamakan ianya seolah-olah sebagai menyambut ulang tahun tragedi Tsunami yang melanda Aceh 26 Disember 2004. Apakah ia adalah satu kesenimbungan. Kebetulan pula kedua negeri Kelantan dan Aceh dikenali dengan nama jolokan Serambi Makkah. Apakah ia satu ujian untuk kedua-dua rakyat negeri berkenaan?  Dan satu isyarat jelas dari Tuhan untuk seluruh manusia dan isi alam?

Saya bukan berlebih dan emosional kepada Kelantan dalam membuat penilaian ini, tetapi hakikatnya Kelantan adalah negeri paling menderita dan sangsara dilanda banjir. Manakala Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang adalah paling memilukan. Saya yakin dan percaya gambar-gambar yang dipapar rakan-rakan di dalam Facebook masing-masing adalah gambar asli dari dua jajahan berkenaan.

Tiada kata-kata lagi yang boleh digunakan untuk menggambar keparahan itu. Hanya deria dan pancaraindra kita sahaja dapat mentafsirkannya. Di sini juga saya ada paparkan gambar-gambar kesan tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri 10 tahun lepas untuk dijadikan perbandingan dan penialaian adil dari sudut perikemanusiaan.

Anda budiman dapat menyaksikan dan membuat penilaian sendiri. Saksi dan bandingkan kemusanahan di Kuala Krai atau Gua Musang dengan kemusanahan di Aceh itu. Mungkin perbezaan yang ketara ialah di Kuala Krai dan Gua Musang tiada longgokan mayat seperti di Aceh. Tetapi yang jelas bumi, tumbuh-tumbuhan dan rumah sampai lunyai dan lumat serta segala macam kehancur berlaku seperti di Aceh.

Bagi saya kesangsaraan mangsa banjir dan tsunami Aceh sama sahaja. Mereka kehilangan harta benda dan mengalami truma dengan kejadian. Deruan air dan kocakan gelora yang melewati di hadapan mata kemudian merembatkan apa yang ada di hadapan mata, menenggelam dan menghilangkan kediaman mereka terus menghantaui minda mangsa. Begitu jugalah yang disaksikan oleh rakyat Aceh bahana tsunami dahulu. Ombak besar itu menyapu licin kediaman mereka. Tapak rumah hanya tinggal tungku-tungku tiang, nah begitu juga di Kuala Krai dan Gua Musang.

Tidak benar kalau ada orang mengatakan bencana banjir di Kelantan itu adalah perkara biasa. Sebenarnya ia luar biasa yang saya luar biasa diluar jangkaan manusia. Ia bukan lagi pesta air di hujung tahun seperti sebelum ini. Ia adalah cabaran dan tidak boleh ditangani secara tradisi dan konvensional lagi. Justeru bencana banjir itu tidak lagi dinanti dengan seadanya, tetapi harus dengan penuh bersiap siaga.

Di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar kemusanahan akibat banjir terutamanya di Kuala Krai dan Gua Musang. Gambar ini saya paut daripada wall Facebook rakan-rakan saya. (Harap izinkan). Manakala dibawah pula saya paparkan kembali suasana tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri dengan lensa kamera saya. Banding dan saksikan semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripadanya. Dalam pada itu jangan lupa tabung derma untuk mangsa banjir Bukit Bekok masih dibuka. 


GAMBAR KESAN BAH KUNING DI KELANTAN 2014.

Landskap alam sekitar hansur.
Kemusnah harta benda yang banyak.

Jalan runtuh dan memutuskan hubungan.

Puing-puing keruntuhan rumah.
Menjadi padang jarak padang terkukur.
Masalah pasca banjir, membersih lumpur.




Rumah hancur yang tinggal tapak sahaja.

DI BAWAH INI GAMBAR KESAN TSUNAMI DI ACEH 26 DISMBER 2004.


Jalan ditutup lumpur tsunami.

Tangga masjid dilumur selut bekas longgokan mayat.


Timbunan sampah yang dibawah arus tsunami.

Sebuah ruhmah lumat sama sekali dipukul tsunami.


Sebuah kapal kecil diheret tsunami ke depan hotel.

Bungkusan mayat yang tidak wujud di Kelantan.
Sebatang sungai dipenuhi sampah dan mayat di Aceh.
Tsunami memusnahkan landskap sungai.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign