 |
| google imej |
Setiap ingat DIA, selepas itu aku lupa lagi
Aku ingat DIA ketika aku susah, tetapi jarang ingat DIA ketika aku senang
Aku lapar DIA bagi makan, aku haus DIA beri minum
Aku penat DIA bagi rehat di malam hari
Aku jarang sekali mengingati DIA
sedangkan DIA selalu ingat akan diriku
Aku buat salah DIA sentiasa maafkan
Aku sedih DIA hiburkan
Aku sakit DIA sembuhkan
sekalipun aku buat kesalahan besar, DIA masih beri aku udara untuk bernafas
DIA sediakan keperluanku, tapi aku masih jarang sedar kehadiranNya
DIA cinta dan sayangkan aku, sedangkan aku cinta dan sayangkan orang lain
Orang tak pedulikan aku, tapi DIA sentiasa ambil peduli tentang aku
Aku disisihkan, tapi DIA masih ingin mendekat
DIA tahu isi hatiku, tapi aku masih jarang berbicara padaNya
DIA beri ku rumah untuk berlindung
DIA beri kesihatan yang aku sering lalai dengannya
SUNGGUH..aku ini manusia yang tidak mengenang budi
Terlalu banyak keperluanku terhadapNya, sehingga aku lupa DIA
Sehingga kadang DIA sengaja menyusahkan aku, agar aku ingat semula pada DIA
Tapi aku marah!
Aku slahkan takdir
Salahkan DIA.........
Aku tak sedar, aku tak tahu apa itu hikmah
Aku tak renungkan, tak muhasabah diri
Sedangkan sebenarnya..
DIA hanya ingin aku datang dan meminta padaNya
DIA sebenarnya ingin aku bermanja denganNya
DIA sebenarnya rindu menanti aku bercerita padaNya
DIA sebenranya kekasih SEJATI
cuma...
Aku memang lupa daratan
Bila aku ingat DIA, aku hanya mampu ingat sekejap sahaja
Dan selepas itu lama aku melupakanNya..
Allah...ampun, ampun, ampun, ampun, ampun, ampun, ampun..jangan KAU jemu padaku..
sajak dari ayahandaku tercinta, yang sentiasa memberi tunjuk ajar, terimakasih...