Asam Garam Kehidupan: February 2020

Nuffnang

Pages

28 Feb 2020

Makanan di Turki.

Camane nak describe makanan dorang ek, hihi..ok senang cakap mungkin macam orang putih try makan sambal atau budu..pada yang suka kelainan mungkin seronok mencuba, tapi macam aku yang pure lidah melayu kampung ni, makan untuk hidup jer kot masa kat sane tu.
Nasi minyak, eh..nasinya berminyak, ada rasa macam nasi goreng. Ini makan malam kami kat hotel Ramada, hotel pertama kami menginap di Bursa. Kurang rasa, ada garam dan perisa lada hitam, aku tuang bagi ada rasa, barula laju sikit menyuap.
Ini breakfast kami esoknya, masih nasi yang sama. Isi perut sebab lepas tu nak jalan jauh.
Korang rasa pebenda ni? Macam mek comey kan, jangan terpedaya. Rasanya tidak semanis mek comey tau. Ha nilah kebab turki, nape? Tak percaya??kiki..aku tengok menu ada tulis kebab je yang aku faham, ingat macam kebab kat Malaysia kita, sekali datang macam ni rupanya kebab turki. Rasanya? Ermmmm..tak taulah nak cakap.
Dorang suka makan banyak ulam2 macam ni, aku suka juga salad2 ni, tapi tak berani makan sangat. Masa kat turki perut aku asyik kembung jer, tak serasi dengan makanan turki agaknya.
Baklava yang manis. Ni masa kami singgah kat kedai coklat dan manisan dorang, nama kedai tu Munira, salah satu destinasi perjalanan kami. Aku beli satu box coklat yang boleh dipilih dan campur2 dengan harga 250lira..ermmmm...nyesal, mahal..korang kalau pergi jangan beli kat sini, nanti akan singgah di spice market harga satu box baru 50 lira..memang nyesal habis.
Aneka jeruk buah zaitun. Rasa sebiji..yaikssss..pahit. 
Yang macam popia tu boleh tahan jugalah, isi dia tak silap ada kentang dan sayur.
Ni dinner kami di hotel kedua di Istanbul. Nampak sedap kan? Hihi
Caye tak ni semua dihidang waktu bteakfast kami di hotel kedua tu? Aku tengok sorang lelaki turki tu amik beberapa potong tomato, salad dan roti. Fuhhh..
Aku?? Tetap cari nasi, nasib ada nasi walaupun nasi turki yang berminyak tu.
Ni salad sayur campur, kena tuang minyak zaitun dan mix dengan sos warna merah dalam piring tu. Aku rasa sikit2 jer.
Bila teringat yang ni aku sengih sorang. Masa nak order tu, dahla kita tak faham apa tulisan turki tu, dah tu bila tanya dalam bahasa inggeris jurujual tu pulak tak faham, sudahnya tawakkal jelah nak rasa..ingatkan macam mushroom soup ke yang warna putih tu, rupanya aduiii..masammmm semata.  Yang kat piring tu oklah, manis..bolehla dimakan. Harganya? 8 lira setiap satu. Duit kita masa tu lebih tinggi dalam 70 ringgitla dari duit dorang.
Dorang makan roti dengan salad, dengan sos apa ntah cara dorang la kan, tapi aku cicah dengan nescafe susu jer..cara aku, hehe..
Nak cuba lagi tak? Ermmm..mungkin kalau masa tu ada pergi tempat2 lain, ada yang sesuai dengan selera. Tapi masa kami amat padat, kami ikut je tourist guard tu bawak kami makan kat mana. Ada jumpa juga orang jual2 tepi jalan, rotinya bentuk macam donat dibelah pastu diletak jem, macam sedap. Tapi aku tak beli pun. Ada jual jagung sebiji 4 lira, buah berangannya besar2, boleh beli dengan harga 10 lira adalah dalam 12 biji rasanya. 

27 Feb 2020

Turki aku datang😜😜

Penat weyh ziarah dan umrah ni. Kalo korang nak ziarah biar ziarah je. Nak umrah tumpu betul2 pada ibadah umrah tu. So ini pengajaran buat aku yang dah tak berapa nak muda ni. Tapi dah suami yang nak macam tu, kata dia kalo nak gi jalan semata susah juga, ni dah alang2 pegi jauh, gi lah jalan sekali.

Satu lagi kalau nak gi Turki, pergilah dalam bulan april macam tu. Aku pergi awal bulan Februari....perghhhhh...sejukkkk tak 0tahan, dah pakai baju sejuk pun takleh tahan weyh. Lupa plak nak bagitau aku dan suami pergi melalui Andalusia Travel. Nak pegi umrah saja pun boleh. Kalau nak ziarah sekali boleh pergi Sepanyol, Mesir, Turki antaranya. 

Kami bertolak 2/2/2020 naik Turkish Airlines. Dari KLIA bertolak dalam pukul 11.30 malam macam tu. Yang ni best sebab dapat seat tepi tingkap, bolehla tengok lampu2 bermacam kaler, naik tinggi boleh tengok bintang2. Itu jelah yang nampak sebab malam kan.

Terbang dalam lebih kurang 13 jam weyh. Lama sungguh rasanya. Tengok luar nampak macam flight tak bergerak..punya sungguh luas alam semesta ciptaan Allah..aku dah ngantuk tapi nak lelap tak boleh sebab orang turki depan dan belakang seat aku tu asyikla totey2 entah apa2 yang diboraknya. Tak tau pukul berapa terlelap, terkejut dalam pukul 4.30 macam tu tak boleh lelap dah. 

Sampai dalam pukul 6.15 waktu turki . Kat sana subuh masuk lambat dalam pukul 6.40 macam tu, habis dalam pukul 7.30, so kelam kabut jugalah nak solat berebut2 kat ruang solat kat airport tu, terpaksa berebut2 dengan warga turki, kita elok beratur nak ambil wuduk, sedap je dia potong queue, sabo jelah.

Kami dibawa ke hotel. Lepas sarapan tak sempat mandi pun, tapi takpelah sebab sejuk sangat masa tu, kami terus dibawa ke destinasi pertama sekitar Bursa.
Makanan dalam flight..lebi kurang macam tu je semuanya. Kalau naik MAS bolehla jumpa nasi lemak, tu sramble egg lansung aku tak lalu nak sentuh.
Sarapan kami, nasi dengan lauk ayam. Nasi turki ni dorang masak dengan minyak zaitun agaknya, berminyak. Kalau di restoran jangan mimpi nasi penuh pinggan macam kita selalu makan, dorang makan lebih lauk, nasi tu sampingan je, kalau makan kat hotel plak selalu ada campuran terung dalam lauk dorang, tak berani nak makan sebab asyik nak terk....t je, haha.
Ni muka turun dari fligt terus naik bas gi jenjalan tak sempat mandi..kikiki.
Kat air port turki, sedang tunggu pemandu pelancung kami. Orang Turki tapi pandai berbahasa melayu Indonesia. Dorang gi kursus belajar bahasa Indonesia kat Indonesia, bersepah rupanya pelancong dari Indonesia di Turki. Bila terserempak dengan kami dorang akan tanya.." Indonesia?", no..from Malaysia..nampaknya dorang kurang arif plak dengan nama Malaysia. Ada sorang perempuan Turki tu dok ulang2 cakap..I love Indonesia2x..sampai dalam hati aku cakap..eii dia ni aku pelempang jugak ni kang, dah cakap aku dari Msia, dok cakap i love indonrsia juga..
Masjid paling baru di Turki, masih dalam pembinaan masa ni. Entah apa namanya, aku ni lemah betul nak ingat nama2 tempat ni. Tapi masjid ni memang cantik pada aku.
Ni plak gambar di laman masjid paling tua di Bursa
 Di dalam kawasan masjid ni ada pemakaman sultan2 yang membangunkan Turki, tapi takde plak makam sultan Muhammad Al Fateh. Aku terkilan sebenarnya dalam pakej ziarah ni takde lawatan ke makam sultan Muhammad Al Fateh pembuka kota Constantinople tu. Dia lebih banyak bawak ke pusat jualan dia macam spice market,kilang baju kulit la, ..adala pergi ke maqam sahabat Saidina Ayub Al ansari tapi dah malam masa kami sampai tu, badan dah penat nak explore pun tak larat dah.
Mengabadikan kenangan di sini..ermmm mungkin inilah yang first dan last kami datang.

22 Feb 2020

Hampir ditipu.

Kisah yang aku nak share ni adalah pengalaman peribadi aku, supaya sahabat2 yang akan ke tanah suci Makkah Madinah khususnya bagi yang first timer macam aku, ingat ye walaupun di situ terletaknya Baitullah dan di situ bersemadinya jasad manusia paling mulia tapi di situ juga tempat lahirnya Abu Jahal dan Abu Lahab, so berhati2lah..

Biasa kalau nak ke sana kita dinasihatkan supaya tak perlu bawa banyak baju, jubah sebab di sana nanti mesti kita akan terpikat dan terbeli juga jubah2 yang cantik2 dan murah2 la sangat. 
Aku di Madinah dan Makkah duduk berempat sebilik dengan kakak2 yang dah berumur 60 ke atas, ada seorang tu umurnya hampir sebaya almarhumah ibuku tapi aku tetap memanggilnya kak, kiranya akulah yang paling muda dalam bilik tu, so akulah kena banyak mengalah, dorang sebenarnya baik sangat, tak sombong, peramah. Dorang rajin basuh baju, basuh sendiri..hang dalam bilik air bagi tos air lepas tu sangkutlah kat birai2 tingkap bilik hotel tu. Jadi bilik air tu selalu penuh tergantung dengan baju2 doranglah..jadi akupun takdelah nak basuh baju2 aku. Nak hantar dobi kalau kat Madinah ok lagi, 15 rial satu kg, kat Makkah..kira helai, selai baju tak silap 5 ke 10 rial macam tulah..parahla kalau nak hantar dobi.

Jadi aku yang cuma bawa 4 helai jubah, akhirnya semua dah dipakai..walaupun tak busuk, ye tak busuk sebab keadaan cuaca kat sana, semut, lalat pun takde nampaknya. Dah pakai 2,3 kali jugalah satu2 jubah tu, hihi..macam tak sanggup dah nak sarung lagi. Jadi hari tu hari jumaat di Madinah..

Di Madinah, Makkah orang perempuan pun ikut solat jumaat. Jadi bila balik dari solat jumaat tu ya Allah ramainya umat manusia menderu2 di jalanan. Masa nilah penjual2 jalanan mengambil kesempatan menjual barang2 mereka. Caranya bentang je kain ke, plastik ke di tepi jalan dan lambakkan je baju ke, tasbih, minyak wangi, tudung, kayu sugi macam2 lah. Sekali aku dengar.." jubah2x, 25 rial2x" aku pun menyelit bersama kakak2 ku itu di celah2 ramainya orang berebut2 memilih tu.

Aku berkenan satu. Tiba2..prittt, apalagi..penjual tu cepat2 membungkus jualannya berlari agak jauh dari situ sambil tangannya memanggil orang2 yang sudah memilih jubah yang hendak dibeli tu, kami pun mengekor je. Kejap dia berlari lagi, kami ikut juga..ah sudah..aku pun cepat2 keluarkan not 100 rial sebab memang aku belum sempat pecahkan duit lagi, hulur kat dia. Kat sinilah ya Allah..cemas dan geram..
Dia pulangkan balik sekeping not 100 ribu rupiah, menjerit aku..
No, no..bukan duit ni..dia balas..sama saja sambil terus berundur, aku ikut sambil minta balik duit 100 rial aku, dia tetap kata sama saja, aku cakap aku bukan Indonesian, aku dari Malaysia, dia masih buat tak tau, cemas aku..100 rial kan, banyak tu, 100 ribu rupiah baru berapa kan..aku tetap minta juga. Akhirnya dia mengalah, dia pulangkan balik 100 rial aku, aku bagi balik jubah dia dan terus belah dari situ.

Adoii pengajaran sungguh. Janganlah sahabat2 terpedaya nak beli macam ni. Pergilah kat kedai yang betul2 premis kedai tu, ada je jual jubah 25 rial, 35rial, 50rial, cantik dan puas hati. 
Kalau di Makkah sahabat2 pergi je dekat2 clock tower tu, kat sebelah dia safa tower tingkat paling bawah..ermmmm...rambang mata kat situ.

Atau kalau nak beli kat kawasan Arafah dekat2 Jabal Rahmah. Kat situ pun murah dan cantik. Terbeli juga satu jubah 35 rial je, hihi..dan kalau nak tau kat setiap miqat memang akan ada je orang menjual, nak dengan taknak je, pandai2lah korang menawar harga, jangan risau, penjual2 arab tu faham je bahasa melayu atau bahasa indonesia. Bahasa Inggeris memang tak laku kat sini. Elok sebelum beli tu kita tanya dulu kawan2 lain yang dah membeli. Aku saja je tanya selipar sarung macam selipar crock tu boleh nak jual 25 rial, padahal kawan aku beli tempat lain 15 rial je.

Itulah ceritanya. So sahabat2 yang akan berangkat umrah..semoga perjalanan umrah korang dipermudahkan dan mendapat umrah yang maqbulllah..Aamiinn.

20 Feb 2020

Umrahku tak seperti yang kuharapkan.

Ini sebenarnya episod akhir dalam cerita perjalanan umrahku. Tapi cerita ini yang nak kuabadikan dahulu sebelum ianya memudar dari memoriku.
Perancangan awal aku dan suami akan bertolak pada 29 januari 2020 ziarah umrah ke Turki seterusnya akan ke Madinah dan Makkah. Tapi aku meminta suami menukar tarikh perjalanan kami ke 2/2/2020, kerana pada tarikh 29hb tu aku masih dalam waktu period kalau ikutkan putaran 3 minggu bersih. 

Dapatlah tukar tarikh baru dengan tambahan bayaran rm100, tak mengapalah..asalkan dapat travel dalam keadaan bersih.

Tukar tarikh penerbangan sudah, ambil ubat untuk menunda period pun sudah. Tapi ilmu untuk menjalani ibadah umrah kalau tiba2 datang juga period tetap juga aku kaji dan pelajari. Ada juga cari doa2 untuk menahan period. 

Tapi Allah berkata lain...
Aku hanya sempat menunaikan solat tahiyatul madjid di masjidin nabawi dan solat subuh sahaja pada 7/2 hari jumaat selepas tu aku uzur tanpa sempat pun masuk ke Raudhah.periodku datang lebih awal dari sepatutnya. Ubat yang kuambil tak berkesan nampaknya. Tak tahulah kenapa, mungkin juga sebab sebelum ni aku tak pernah ambil apa2 ubat samada hormon atau pil perancang..Allah..
Allah..betapa kecewa dan sedih hati ini. Terasa apakah dosaku sehingga aku dihukum begini. Ketika teman2 umrahku berbahagia mengikuti ustazah untuk masuk ke Raudhah, aku menangis2 sehingga bengkak mata di bilik keseorangan...
Sehinggalah hari bertolak ke Makkah malam isnin berikutnya aku tidak berkesempatan untuk ke Raudhah. 

Tapi period ku tak lancar seperti biasa. Sedikit sangat, tak membasahi pad pun. Di Makkah dapat pula bertanya masalah pada ustazah yang bertugas di situ. Dengan panduan ustazah dan sedikit ilmu yang sempat kupelajari aku mandi hadas membersihkan diri, menyumbat kapas dan memakai pad dan seluar dalam yang ketat, dan dengan ditemani suami aku melakukan tawaf, saie dan bertahalul. Jadi Alhamdulillah dapatlah aku menunaikan umrahku yang wajib itu.

Keesokkan harinya haidku yang tergendala selama 5 hari terus keluar lancar walaupun aku amat2 berharap ia berhenti supaya aku dapat menunaikan umrah yang seterusnya. Puas berdoa, berharap, minum air zam zam..tapi nampaknya ia takkan berhenti. Kerinduan untuk melihat lagi kaabah begitu mendalam. Tak putus2 aku berdoa biarlah sekurang2nya aku dapat buat sekali lagi umrah atau dapat buat tawaf wada'...

Aku ajak suami cari pintu tempat saie yang tak perlu masuk ke kawasan masjidil haram, tapi nampaknya kawasan masjidil haram ni sentiasa dalam keadaan diubahsuai..pintu masuk kawasan saie ditutup...kecewa lagi hati ni..sedih tak dapat digambarkan...tapi dalam hati tetap berharap...Ya Allah aku nak juga tengok kaabah, nak juga ya Allah...

Malam terakhir sebelum berangkat pulang.
Tak sengaja tertinggal tasbih di dewan makan, tasbih yang kugunakan semasa di masjidinnabawi di Madinah dan sepanjang waktu di Makkah itu, awalnya fikir takpelah takyahla ambil..tapi terdetik pula rasa sayang sebab dah diguna di masjidinnabawi dan di Makkah tu, aku turun mencarinya di dewan makan. Ada pula ustazah di situ. Aku pun meluahkan kesedihan dan betapa keinginanku untuk menatap kaabah sebelum balik...

Waktu inilah ya Allah..betapa aku merasakan Allah itu Maha Mendengar doa seorang aku yang kerdil dan berdosa...rupanya ada orang lain senasib denganku, dia tahu jalan masuk kawasan saie tu rupanya dibuka selepas waktu isya sebab dia tanya pengawal yang menjaga di situ dan dia pun nak masuk tengok kaabah dengan seorang lagi kawan senasib..

Jadi malam tu pukul 9.30 malam kami bertiga berjalan agak jauh juga, dari pintu 79 sehingga jumpa tandas perempuan no 3, belok ke kawasan tembok istana raja dan akhirnya jumpajuga pintu masuk kawasan saie yang dari situ kami dapat melihat kaabah..
Lantai saie paling bawah. Aku dapat menyaksikan kaabah walaupun tidak sepenuhnya. Kami bertiga sama2 tanpa sedar mengalirkan air mata, gambaran perasaan yang tidak terlukis dengan kata2.  Lama kami di sini. Masing2 sudah semestinya ada rintihan hati yang disampaikan kepada Dia Yang Maha Mendengar..
Pukul 12.00 malam baru aku sampai di bilik hotel.

Aku sudah berada di tanah air. Tapi dari sana lagi aku sudah menyimpan hasrat untuk datang lagi..mudah2an kedatanganku waktu itu Allah izinkan aku melakukan umrah yang sempurna dan dapat pula masuk ke Raudhah untuk bertemu dengan Rasulullah saw.

In shaa Allah3x...

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign