Asam Garam Kehidupan: November 2016

Nuffnang

Pages

29 Nov 2016

Rasa cam nak tulis pendek jer ni.

Salam petang isnin korang. Semoga semuanya sihat sejahtera di bumi kita yang aman makmur ini, jangan lupa ucapkan selalu kesyukuran kepadaNya...dan marilah kita sama-sama doakan juga semoga konflik yang melanda saudara seislam kita Rohingya segera ada jalan penyelesaiannya. Oo..yang ni memang kena fikir, kena amik tahu, atau paling kurang kita doakan ya, kesian mereka, tak tertahan hati ni melihat kekejaman terhadap mereka..

Isshhh..macam nak jadi panjang je..hihi..

Cuti sekolah ni apa program nak buat untuk anak-anak ye, takkan nak bagi game 24 jam, takkan ngadap kartun je, takkan tidur je..errrmmmmm...bila cuti panjang camni, bingung juga nak isi masa lapang anak-anak yang panjang tu.

Bagi yang berduit bolehla hantar ikut kem sana-sini. Banyak dan macam-macam, ada kem solat, ada kem tahfiz, ada kem ibadah, ada kem jatidiri, pendek kata sediakan duit je. Tapi den ni makpak marhaen juga, satu kem tu bukan murah-murah, kalau takat rm50 ke ok lagi, ni sebulan rm300, bayaran pendaftaran rm150. Tu sorang, kalau anak 2,3 orang tak ke sakit?

Sudahnya den hangkut ke tadika. Tolongla apa-apa yang patut. Abang Iman yang sekarang ni umur 14 tahun pun den hangkut, jomm ikut ibu, kang dok rumah asyik main game jer.
Nadhrah pun ikut, boleh tolong ajar iqra, tolong ajar kelas lukisan ke, Umar Zikri kena tusyen math dengan ticer Goki ye. Done, thats it, no bangkangan hokey, baru selamat.

Mana pegi kawan-kawan alamaya den ni, mama yan, si KB, si MD..sonyap yo, Oooo...ok, gi bercuti ek? Ok, takpe2x, teruskan percutian dengan aman ye. Tolong doakan kami yang tak pergi bercuti ni, doa orang musafir kan berkat.

Takdo motif apo do, just tayang je. Den ni tak pernah merancang percutian hebat, habis hebat pun balik kampung je, makang kepok leko, nasi dagang, cuma....musim hujan dan banjir kat Terengganu ni, risau juga nak balik.

28 Nov 2016

Yang amat membahagiakan.

Bagi seorang cikgu tadika macam aku, tapi rasanya bukan aku saja..kalau mereka benar-benar berjiwa pendidik, saat paling membahagiakan bila melihat anak-anak didikannya mencapai target yang ditetapkan, dan akhirnya membuat persembahan menunjukkan bakat mereka di hadapan ibubapa mereka, ibubapa mereka pun tak sangka anak-anak mereka boleh buat macam tu, ya Allah...rasa kepuasan tu hanya Allah yang memahaminya.
Anak-anak menunjukkan bakat masing-masing.
Bersajak.
Ini entah kali keberapa cikgu tua ni bergambar di pentas konvo, cikgu ni masih bersemangat tau, walaupun semalam tu demam, digagahkan juga bagi meraikan anak-anak tersayang.
Ticer Azimah pun tak pernah dapat peluang bertopi dan berjubah konvo tau, korang kecik-kecik dah merasa.
Persembahan mereka menyentuh hati ibubapa mereka.
Anak yang bernama Aidid Amsyar ni, seingatku, sepanjang 25 tahun aku memegang title cikgu tadika, dia inilah yang sangat sukar kutangani, dia tergolong slow leaner, pelat, suka cari pasal ( semua ni parent dia sedia maklum ), belajar dalam kelas rasanya dia tak dapat ikuti dengan baik, jadi dalam masa 5 bulan aku ambil masa khusus setengah jam setiap hari kelas khas untuk dia seorang, itupun dalam tempoh 3 bulan aku terpaksa pegang rotan supaya dia serius, dan...Alhamdulillah akhirnya anak ini berjaya juga, boleh membaca dengan baik seperti rakan-rakan sekelasnya. 
Tengoklah ticer Azimah dapat hadiah tu, daripada ibu anak nilah. Tapi bukan hadiah tu yang mengembirakan aku, yang lebih membahagiakan bila anak ini berjaya capai target yang ditetapkan.
Si kecil ni pun umurnya 6 tahun ye. Tahun lepas kami terpaksa masukkan dia di kelas 4 tahun. Pun tergolong slow learner, tapi Alhamdulillah pun berjaya capai target ticer Azimah.

Terimakasih ya Allah.

26 Nov 2016

Macam sawan tangis dah.

Yess, yess...berjaya buat budak-budak ni nangis, berjangkit-jangkit cam sawan tangis dah rupanya, haha..

Ishhhh...jangan salah faham. Den tak sentuh sejari pun, cuma sentuh hati mereka je dengan pesanan dan nasihat sebelum mereka meninggalkan alam tadika melangkah ke satu tahun. Tak sangka sedih betul bebudak ni.

Si comey yang tengah dipujuk tulah yang memulakan adegan air mata ni.
Tengoklah rupa memasing, sedih naw.
Ni kami dah start nak coolkan diorang semula, ingatkan mudah, rupanya tak semudah yang disangka.
Tak berjaya di'cool'kan kat dalam kelas, kami bawa ke dewan makan, pasangkan muzik yang tenang, ajak zikir...pun tak berenti lagi nangisnya. Ada sejam lebih rasanya diorang menangis.
Yang ni pun tumpang sedih, padahal tahun depan ada lagi setahun nak kena gulai dengan ticer azimah, hihi..
Jenuh plak ticer kelas 5 tahun ni nak coolkan anak muridnya, sabo jelah tc Goki.." ayoyo..macam ni camane ai nak kawen.." katanya...haha. Ha..tc Goki dah nak kawen dengan anak uncle tau korang, den lah yang membuka jalannya. Ada citernya den tulis, cuma nak bagi link tu susah, sebab den update entri kat phone je. Nanti den update perkembangan seterusnya tentang diorang ni. Pendek kata den suka hati sangat sebab berjaya satukan diorang. Hihi...out of topic ni biasa bagi den, rencah kari bagi nak sedapkan lagi cerita, betul tak? 

24 Nov 2016

Kurang asam punya kucing.

Tulah agaknya den tak boleh bolo kucing. Walaupun den suka kucing. Kalo dapat pegang kucing tu, rasa macam pegang baby jer. Pastu siap cakap-cakap macam cakap ngan baby. Aduihhh, rindunya kat Umar Zikri yang kecik comey 6 tahun lepas. Tapi dah tak mungkin nak dapat baby, bak kata mak okje, tunggu monopouse ye. So, kita tunggu cuculah plak. Alamak rasa cam tua benaw la plak. Ate...takyahla asyik nak ingat muda je, kang tak sempat bersedia, tetiba dah berada di batu dua..

Umak aii, jauh bona kona lepe den nih. Nak citer pasal ni je.

Ni Umar Zikri masa umurnya setahun lebih, MD..anak kitalah yang paling comey, paling cute kan.
Nilah kesnya, tak tau kucing sape, atau mungkin kucing tak bertuan. Habis dikobak-kobak pasu kosong dibuat tempat melepas dia, habis berterabur tanah, belum sempat den kemaskan. Nasib baik teringat adik ipar buat camni. Pagi semalam kan main masam baunya, bukak pintu dah semerbak baunya, toklaki den marah betul. 

So, dah pacakkan lidi camni, den tunggu sampai petang ni, balik kojo tengok Alhamdulillah, dah takdo dia melepas kat sini. Takut tercucuk vontot dia agak eh.

Jangan tanya nape pasu tu kosong ditanam apa-apa.
Tu yang den dah tak suka sangat berjubah, nampak naw debab eh.
Ni nak jawab pertanyaan UA walaupun rasanya anak den takdolah cemerlang mane pun.
Macam den jawab kat parent ni, den amat tekankan solat pada anak-anak. Dengan solat sekaligus mengajar anak berdisiplin, dan bila kita jaga hak Allah..in shaa Allah, Allah jaga kita lebih lagi.

23 Nov 2016

Ibu abah gembira.

Hari ni nak berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Ibu kepada Nadhrah Hannani la CH oii, bukan Tasya.

Cuma terkilan la jugak bila bayangkan Nadhrah naik pentas takde makpak dia dapat saksikan. Last minit dia bagitau ada majlis khatam Quran dan anugerah pelajar Mumtaz psra malam semalam, ate camane gayenya, ibu ada meeting, abah plak kata mana boleh amik cuti last minit camtu. Ishhhh..terasa betul bahawa kami lah makpak yang sangat mementingkan kerjaya macam dalam drama melayu tu. Sian Nadhrah. Tapi ikhlas dari hati ibu ni, gembira dan bahagia ada anak bernama Nadhrah ni, takde pun amik hati atau merajuk sebab ibu abah tak datang tengok Nadhrah dapat anugerah. Ibu abah minta maaf sesangat ya sayang..

Sampai kat rumah petang tadi ( rabu 23/11 ) Nadhrah dah sampai dulu naik bas cik Berahim. Ibu abah masuk rumah terus memasing snap anugerah yang Nadhrah dapat. Ibu dah tentu-tentu nak share rasa bahagia ibu dengan teman-teman alamaya ibu, abah plak nak tunjuk dalam group adik-beradik dialah tu, tau sangat kan abah.
Piala kecemerlangan periksa upkk, plak tu sebab dapat mumtaz dalam psra, rm100 dari pihak sekolah.
Dapat juga senaskhah Al Quran dan sejadah kecil.
Ibu kalo dah masuk hari rabu, khamis ni mulalah rasa letih semacam. Cakap kat Nadhrah ibu nak berenti kerja, pandai pulak dia bagi nasihat kat ibu.." ibu berenti kerja, sape nak bagi ibu duit, ibu kerjalah sampai umur ibu 50 tahun, pastu berentilah.." 

Pandailah kau, tu 4,5 tahun lagi ibu nak tunggu tu nak oii.  Ini malam ibu penat rasa macam nak pengsan ni, dah dua hari ibu tak dapat tidur siang sebab kena stayback kat tadika tu, pinggang ibu pun rasa macam nak patah ni.

Jadi ini malam ( malam tadi le cek oiii ) ibu masak nasi goreng je. Ibu tak peduli kalau abah nak mogok taknak makan pun, abah tu lidah nesilan jati tu, perut eh nak konyang nasi berlauk je, bah... tu tengok tu, kan ada tolo dadar, ikan goreng lebih lauk malam sebelum tu pun ada, dah gorengkan semula kira halal la  kan walaupun yang sekor tu dah tinggal separuh, sayur kita takyah masak ye, cukup ulam kacang boto tu ye, jimat minyak bah oiii, minyak kan dah mahal. Ngehhh..

22 Nov 2016

Kek? Ke pebenda nih?

Sendiri buat, sendiri gelak.
Ada rupa kek ek?
Cam Kek je ibu. Ibu kena buat sesuatu bagi jangan nampak cam kek. Komen Nadhrah bila tengok benda ni. Aku gelak bagai nak rak, tapi muka dia selamba je. Ada ke patut dia kata cam kek. Tapi bila aku tunjuk kat ticer-ticer lain, diorang pun cakap macam kek. Huhu...sabo jelah. Penat tau den pikio camana nak buat benda nih since benda yang betul tu takde yang sudi kasi pinjam. Maka aku pun mengkretipkan dirilah kan.

Tadaaa...hah...masih tak dapat nak agak pebendanya. Lhah..den kan cikgu tadika, mestilah selalu kretip dan innovatip. Alaaaaa...tekalah.
Haaa...takmo teka, oklah2x. Tapi janji jangan gelak tau. 
Errr...ni kompanglah, haa, agak dah, korang gelak kan. Takpe, taknak kawan, huhu..

Ok, takpe..ni nak share sesama cikgu tadika cam den, sebenarnya ni buat dari kotak, sebab tak dapat cari kompang betul, yelah..dah katanya nak pinjam, cer kata nak sewa, mesti dorang kasi. 

Ni buat untuk event ahad ni, majlis konvo bebudak tadika. 

Dalam sibuk kusempatkan juga.

 Pagi ni goreng mee tiaw, Nadhrah nak bawak bekal berkelah tepi tasik katanya, cikgu nak bawak. Cikgu pun kena pandai mikio camane nak buat supaya bebudak tak ponteng. Yelah dah last week sekolah nih, tambah dah tak belajar, result pun dah dapat, ponteng lagi seronok katanya. So, cikgu nak bawak berkelah dah tentu-tentu melenting dia nak ikut. Omak eh konolah lentung-lentang subuh hari nyiapkan bekal.

 Ni pehal dah tuang kicap nih? Dah siap ko? Eh, bolun laei
. Meh nak ajar satu rahasia, ngehh..Ada kawan ajar kalo nak kasi sedap itu kew tiaw, sebelum goreng, tuang dulu kicap, kemudian gaul rata. Kalo kurang hitam, kang masa goreng tambahla laei kicap eh.
Siap, jom sarap. Kew tiaw goreng ala mak zimah yo mak, boleh celen knoor tak nih? MD, you masak apa untuk HD hari ni? Kontang laie yo, umak aiii, sah sonang eh idup you kan, mweheehee..

Jangan marah ye pepagi nih. Kurangkan masam, lobihkan senyuman, pasti yang melihatmu turut senang😉😉😉😉.

20 Nov 2016

Buntut terjulur..

Sebagai seorang blogger( bluekkk....perasan sangat ko nih ), surirumah, cikgu tadika., tukang bebel, tukang masak, tukang cuci..aku bukan tak amik kisah hal-hal yang berlaku sekeliling aku, dalam masyarakatku, dalam negaraku yang tercinta ini, mahu pun peristiwa dalam dunia, semua aku amik tahu, cuma...aku tak suka menulisnya. Kejatuhan nilai matawang Malaysia, perhimpunan Bersih, kenaikan Donald Trump as presiden baru Amerika, semua tu aku baca, tapi bila benda-benda tu nak menyerap masuk dalam kepala otak aku, sebab dan akibatnya, yang akan menyesakkan dada aku, membuatkan aku berfikir sampai pening kepala, aku kena cepat-cepat bersilat kuntau sebelum benda-benda tu membiulkan kepala aku.

Bagilah orang yang arif untuk memikir dan menyelesaikannya. Kerana anda sebagai pemimpin akan dipersoalkan di hadapan Kadhi Rabbul Jalil apa yang anda buat untuk kami.

As for me, baik aku memerhatikan kekurangan diri aku, amal ibadah aku, usiaku yang makin meningkat dan kematian yang kian mendekat...

So, jangan poning-poning, jom tengok gambar kat bawah ni. Entah sape punya kereta da, nak kata baru dapat lesen, takdo pun tando P. Dahla tempat parking pasaraya kan sempit. Orang yang nak drive di jalan yang lurus di belakang kete ni pun kena belok sikit, pastu sian tengok sorang pakcik tu jenuh dia nak adjust van dia nak keluar, sebab kat belakang tu ada parking motor lagi, berusaha keras sambil terbebel-bebel mulutnya, hrmmmmm...

Bila kita memudahkan urusan orang, in shaa Allah urusan kita pun dipermudahkan oleh Allah....
Cer tengok kete sebelah tu, ya..kerete mytoklaki la, kan elok parking betul camtu, ni sampai terjulo..
Bila kita hanya mementingkan diri, orang lain akan susah kerana kita..
Jom belanja gambar Umar Zikri yang comey ni, haa..yang ni memang den sebagai omak eh perasan anak eh comey, tapi sekarang dah bosa dah tak comey dah. Takde motif apo do, sajo yo, mengimbau kenangan..

17 Nov 2016

Khas buat Mak Okje.

Ni bukan aku nak join GA ko ye mak.
Ni sebenarnya sebagai penghargaan buat seorang sahabat alamaya yang baru tak baru jugalah dikenali. Ha, aku undurkan niat untuk menyalahkan format upsr yang berubah tahun ni, sampai Nadhrah tak dapat usahkan 6A, 5A pun tak dapat tau, punyalah dia gigih usung buku latihan kulu kilir, sampai tido pun berbantalkan buku latihan,, takdo jeki dia, tak ngapelah, sebagai mak aku redha je.

Balik to topik yo, sebenarnya aku rasa terpanggil nak tulis sesuatu untuk ko ni mak, bila aku tengok ramai gak yang join ga ko, and wish yang baik-baik untuk ko, jadi aku rasa tak patut lah kalo aku mendiamkan diri sempena hari berbahagia ko esok kan. Tapi sekali lagi aku tegaskan, ni bukan aku join GA ko ye, bukan aku sombong taknak terima hadiah ko kalo aku layak menang,  ko tau la kan, aku ni ada alegik kalo tetiba nak kena mengarang panjang-panjang, malam ni pun kepala aku naik pening bila lama naw menenung screen phone ni, kalo tetiba aku pengsan, tak pasal-pasal toklaki aku plak yang kena jadi doktor kang, jadinya anggap saja entri ni khas nak wish yang baik-baik untuk ko dan pak jilap laki bini ya.

Aku doakan semoga bahtera rumahtangga ko bersama pak jilap terus dirahmati Allah sampai bila-bila, berbahagia till jannah hendaknya, bersama tiga orang putra putri yang menyerikan lagi kehidupan ko suami isteri ye, in shaa Allah. Aku pun baru tau dari kawan yang betul-betul baru dengan aku, tapi aku rasa si MD tu dah lama jadi kawan ko bila aku skodeng blog dia..yang si SA tu stand untuk apa, si angry bird, TLDB, dah faham dah, cuma aku rasa banyak benda lagi yang aku tak tau pasal ko ni, takpelah, pelan-pelan korek.

Yang ni plak aku pandai-pandai mengkretipkan lagi ko punya lakaran, ha..jangan tak tau aku pun ada bakat tenggelam gak, ni kira lakaran yang membayangkan ko and pak jilap balik muda sepuluh tahun dari sekarang, hihi.

16 Nov 2016

Tunggu dengan saspennya.

Tak sempat Nadhrah letak beg abah dah jerit dari atas panggil.
" Nadhrah, dapat apa?"
" Belum la bah, esok sekali ngan upsr," Nadhrah pun terjerit dari bawah.

Punyalah ibu dengan abah tunggu dengan perasaan tak sabar, sekali keluarnya esok daa, serentak dengan upsr, upsr keluar pagi, psra keluar petang.

Kepada mak okje, knor Cinnamon, ermmm...sape lagi ek, selamat  menempuh debaranlah yea memasing, Irda, moga adiknya cemerlang yea.

Arini den penat, takmo bebel panjang. Jumpa esok yo.

Timekasih pakcik google.
Nah, den hadiah jambangan bunga besar punya
pada mak-mak yang tengah berdoba-doba nak tunggu result anak memasing, moga cemerlang anak-anaknya yea...aminnn.

15 Nov 2016

Yang ditunggu minggu ini.

Geng-gengku sekelian, alah..bukan geng mesyuarat tingkap yo, geng mak yang anak eh upsr and psra 2016 nilah,  sari dua lagi result dah nak keluar. Esok 16/11 keputusan PSRA, khamis 17/11 plak keputusan UPSR.

Rasa eh ramai yang berdobar-dobar ni. Takut ngalahkan anak yang pekso tu. Eshhh...tak payah nak takut sangatlah, kalau anak tu dah usaha, ada rezeki eh, in shaa Allahlah berjaya. Positif aje ok.
Den tak risau anak den si Nadhrah Hannani tu tak lulus cemerlang. Yang den cuak kalau dia berjaya dapat 6A dalam upsr, dan dapat plak mumtaz psra nya. Huhuhu..takyahla, tak dapek pun takpo do.

Den takmo dia pergi asrama. Abah memang dah mintak sana-sini, tapi ibu dia ni dok berdoa dalam hati supaya tak dapat. Sedih tau, anak lima, sekarang dah tinggal tiga je kat rumah, nanti kalau Nadhrah masuk asrama tinggal dua je. Belum pun tua betul-betul dah nak tinggal berdua laki bini, huhuhu..

Tapi kalau dapat, takdelah nak halang. Dapat ok, tak dapat pun lagi ok. Tiap anak ni kan ada ada rezekinya masing-masing.

Eh, satu lagi. Rasonyo semalam ramai yang menunggu kemunculan super moon kan. Tapi super moon bersembunyi di sebalik awan. Nak tengok lagi kenalah tunggu 64 tahun lagi kan? 64 ke 68 tahun ek? 68 tahun lagi den pun dah tinggal nama je. Tapi malam tadi elok plak bulan mengambang. Tak dapat snap gambar super moon, snap gambar separuh super moon pun jadilah.

Nadhrah Hannani, kejap je kau besar nak, ibu pun makin tua...
Hasil snap-an malam tadi, jadilah tak dapat gambar super moon betul-betul pun, tapi malam tadi elok lak bulan ni senyum.
Tanda-tanda kiamat yang hampir dengan tanda-tanda kiamat besar:
" Bulan kelihatan besar"
( Disebut oleh As Suyuthi dalam Al-Jami' ash shaghir dan disebut oleh Al-Quthubi dalam At- Tadzkirah m/s 648 )

Cerita Cameron lagi, sawan Cameron kot..

Haruslah cerita lagi, dah sesekala pergi, ye dok. Tapi kali ni nak fokus pada ujian yang melanda, apakah ujian itu, teruk benarkah? Uiii..dahsyat, dahsyat tekau..

Kan malam khamis tu hujan, pagi khamis tu pepagi lagi dah start hujan renyai-renyai. Korang bayangkanlah Cameron masa ni. Dah sejuk bertambah sejuk. Pepagi perut dah nyanyi lagu keroncong. So pepagi den memulakan misi masak sarapan pagi dengan menu alacarte..haha..nasi goreng berjagung, megi goreng berjagung, alaa, jagung hasil jalaan di pasar petang rabu tu. Alhamdulillah..kenyangla sementara nak tunggu makan tengahari.
Lepas sarap, kami mulakan misi berjalan dalam hujan...

Tak payah nak enterprem sangatlah ye.
Depan rumah penginapan, English Cottage.
Berjimba dalam rintik hujan awal pagi khamis. McGyver depan sekali.
Korang ada perasan sesuatu tak? Tak? Ok, bagus2x.
Yummy, dalam sejuk menggelatuk, seleraku tak menolak aiskrim strawberi ni, yummyyyy..nak kono pi Cameron lagi nih.
Ke bawah plak gambar nih, nasi goreng jagung dengan megi goreng jagung misi mengisi perut lapar awal pagi. 
Hai..ingat saya tak? Saya Ajul, saya dah besar, peyut lapar, nak jugak2x..
Kami terperangkap dalam hujan dalam taman bunga Mardi, nasib baik tempat ni cantik.
Tinggal berdua, si Umar Zikri asyik berlari-lari..
Kami check out awal, malas nak tunggu, jadi dalam hujan kami menuju ke kilang teh Boh.
Pegi rabu tu tak dapat masuk, dah tutup, jadi dalam hujan pun kami gigih merentas jalan berliku menuju kilang teh Boh Sungei Palas. 
Hihi..nak pecah rahsia dah ni. Korang perasan tak, tudung den sama je semalam dengan hari ni. Kisahnya tudung selai lagi tertinggal di birai tangga kat rumah..
Ni yang den nak citer ni.
Dah separuh turun jalan Cameron tu, perasan tayar pancit. Ya Allah, dahla hujan selebat-lebatnya, lori-lori kemain laju. Agaknya masa cari parking kat kawasan kilang Boh tu, tayar terpacak paku. Nasib baik ada McGyver ni.

Sebenarnya den impikan percutian satu family kecik kitorang jer. Yelah, rasa leceh plak asyik nak bertudung je dalam rumah. Tapi rupa-rupanya nilah hikmah si McGyver ni ikut, kalau harap toklaki den je nak tukar tayar pancit tu, harus lama lagi nak siap, nasib baik dia ni cekap. Ni si bujang yang dok tengah cari calon nih, sapo berkenan pm yo.

12 Nov 2016

Riang ria Umar Zikri.

Sesekali bercuti, seronok betul budak ni. Ni memang kaki berjalan ni. Pantang abah bergerak, mula nak ngikut. Kalau ambik gambar suka buat gaya pelik-pelik.
Ladang strawberi Mardi
Makan aiskrim strawberi awal pagi, yummy..
Di Lavendar Park, abadikan kenangan je, tak masuk pun..
Di kilang teh Tanah Rata.


Entah mane dia dapat salotep, tampal plak kat hidung.
Riang-ria tiga beradik.
Ibu tak join masa ni, duduk kat kedai cenderahati, rasa beku kaki dek sejuk, tapi bebudak ni tak tau sejuk kot.

In shaa Allah ye nak, ada rezeki kita datang lagi, tak puas ye dapat sekejap je round Cameron, tu pun tak dapat pegi banyak tempat, dah hujan..kita ni orang dah biasa duk dalam kehangatan, bila dipeluk kesejukan mulalah tak tahan.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign